iHeart : Majlis Perkahwinan Diyana & Faiz


Ahaks, akhirnya masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Maaf sebab update lambat sikit, biasalah lepas kahwin busy sikit. MySpace Macam-macam nak kena settle kan selepas majlis kahwin hari tu. Sebab tu agak lewat sikit nak upload pic. Malah di FB pun tak upload lagi. Hahaha… Sudahlah lepas kahwin tu, aku demam. Nak buat macam mana, sebelum tu badan mana cukup rehat nak prepare itu-ini. MySpace

Mula-mula aku nak story tentang majlis akad nikah aku yang berlangsung pada Ogos 24, 2012. Akad nikah mestilah ambil warna-warna yang suci murni macam putih-golden ni. Nampak tak wajah aku dan FG yang berseri-seri pada majlis akad nikah aku. Menggelabah jugalah kan FG masa nikah tu (yelah, sampai 3 kali kan lafaz). Hahaha… MySpace

Tapi syukurlah semuanya berlaku dengan selamat dan tiada tumpahan darah berlaku di masjid. Aku menarik nafas. Dan malam tu wajiblah orang Melaka dengan malam berinai. Mestilah kena pakai sanggul lintang (malam berinai besar kan?). Jadi inilah aku dengan sarat di kepala membawa sanggul lintang tu. Rasa nak terbalik ke belakang pula pakai sanggul lintang tu.MySpace Tapi bunga api yang keluarga aku sediakan memang terbaik habislah. Kahwin musim raya, meriahlah mercun kan? Hehehe… MySpace

Dan majlis sederhana di rumah aku pada esoknya (Ogos 25) yang bertemakan warna kegemaran aku (semestinya pink!) yang membuatkan aku rasa puas hati yang amat!MySpace Dengan nenda dan pakcik-makcik yang pakai baju yang aku sponsor (mengikut tema), seronok sangat! Huhuhuhu, tak apalah kan? Yang penting aku puas hati dengan kasut pink yang aku memang specially beli untuk pakai pada majlis tersebut. Terangkat beb warna kasut aku tu.MySpace Dan sesi baling gula-syiling tu memang terbaik sungguh. Terima kasih Mokde Liza yang sponsor untuk event tu (Ops, terima kasih pada flower girls juga!) MySpace

Jadi, untuk semua pihak yang terlibat secara langsung dan belakang tabir, aku ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga. Budimu akan aku kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan aku. Sangat terharu. Rasa nak nangis pula kan? Huhuhu…MySpace Tapi gambar di atas bukan semua orang pun ambil masa tu. Sibuk kan masa tu? MySpace Baju tu sebenarnya untuk majlis potong kek, tapi disebabkan keluarga FG nak segera balik KL maka baju pink sanding aku yang digunakan untuk potong kek. Baju ini pakai selepas sanding saja, untuk ambil gambar. MySpace

Pssst… Aku nak ambil kesempatan ucapkan Happy Birthday untuk Nenda (she’s turning 70 on my wedding day, Ogos 25) dan untuk Pak Lang Rosli juga (Ogos 26). Moga Allah s.w.t melimpah rezeki dan panjangkan umur mereka. Amin. MySpace

Tinggalkan komen