iHeart : Yeah!!! Yeah!!! Cuti Sekolah!!!


Selamat bercuti kepada semua pelajar di Malaysia. crazy monkey 001 Wah, akhirnya cuti yang ditunggu telah tiba setelah azab menunggu (sebab bulan April langsung tiada cuti). Seronoknya dapat bercuti sebab last time cuti adalah pada bulan Mac. Lamanya rasa kan?crazy monkey 006 Dan kali ini lagi best sebab hari Khamis (Mei 23) sudah hari terakhir sekolah memandangkan Mei 24 adalah cuti umum sempena Hari Wesak. Dan ini bermaksud Mei 23 aku sudah fly ke KL untuk balik berjumpa FG. Yeah, akhirnya tiba saat yang di tunggu-tunggu. Lama sangat rasa nak tunggu cuti sekolah pertengahan tahun 2013 ni. crazy monkey 004

Dan selepas cuti pertengahan tahun ini, aku hanya balik semula ke SDK selama 2 minggu dan kemudiannya aku bercuti sehinggalah aku lepas pantang melahirkan Jr.  crazy monkey 017Mungkin dalam bulan Oct-Nov baru aku balik ke SDK (sebulan bersekolah terakhir). Tak best nya.  crazy monkey 025

Tak lupa juga aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada penganut agama Buddha yang meraikannya. crazy monkey 018Moga hari perayaan ini dinikmati sebaik-baiknya berkumpul bersama-sama keluarga apatah lagi musim cuti sekolah sudah bermula juga kan? Harapnya makin meriah sambutan Hari Wesak pada tahun ini dengan ramai berkumpul balik. crazy monkey 046

Psstt… FG bila kita nak balik ke MLK? Nak juga berkumpul ramai-ramai masa cuti sekolah ni. Huhuhu… crazy monkey 044

S.H.E.I.S.M.Y.S.O.U.L!


Inilah adik aku, Ain yg Emo. Hahaha

aindaisykiller

Aku mungkin tiada mak…aku mungkin bergelar anak yatim… tapi aku tahu aku ada dia…NUR DIYANA.. Dia punca kekuatan, keberanian,ketekunan aku…selepas mak pergi..

Rasa menyesal, marah pada diri sendiri sebabselama ni aku selalu terlepas pandang dengan semua kasih sayang yang along bersungguh2 bagi, supaya aku tak rasa kekosongan selepas mak pergi…
Aku tak nampak semua tu… aku keep rase aku yang sedih… aku tak mampu.. kenape aku sorang je macam ni?? kenapa Allah biarkan aku jatuh tersungkur dalam takdir yang Dia tetapkan?
Kenape??

ITULAH AKU…KELEMAHAN AKU! AKU KEEP SALAHKAN TAKDIR!!!! Aku terlepas pandang, kalau aku sangat sakit…adik-beradik aku??mereka tak sakit ke??mereka tak sedih ke?? sumpah!aku just fikirkan diri aku!! KEJAMNYA AKU!!!!!!

Sekarang aku tahu aku rasa sangat depress sebab aku dah tak bole ingat muke mak lagi…. Ya Allah, memang sangat sakit..Bile sedih dengan result exam, sedih kene marah dengan Dr kat ward, heppy ke..nak kongsi pengalaman yang akujumpe kat ward…bile…

View original post 268 more words

iHeart : Selamat Hari Guru


 

 

SELAMAT HARI GURU aku ucapkan kepada diriku sendiri (ini mestilah kan) crazy monkey 069 dan semua guru di Malaysia yang bergelar pendidik tidak kiralah di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti mahu pun yang mengelolakan kelas-kelas khas seperti kelas lukisan, kelas memasak atau kelas make up. Yang penting pokok pangkalnya mendidik dan mengajar seseorang tidak kiralah umur berapa pun.  crazy monkey 077

 

Mengambil kesempatan ini aku mengucapkan TERIMA KASIH crazy monkey 094 atas semua jasa guru-guruku yang bersusah payah mengajar dan menasihati aku sehinggalah aku adalah aku sekarang ini. Apabila terfikirkan satu persatu guru yang pernah mengajar aku (ada yang sudah arwah juga), terharu rasa.  Especially semasa aku di sekolah menengah (kerana pada masa tu Mum passed away).  Terima kasih banyak-banyak. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa guru-guru tersebut. 

 

Tahun ini aku tidak banyak mengajar di Menengah Rendah maka kuranglah hadiah yang diterima tahun ini. Tapi, sebenarnya ucapan Terima Kasih pun sudah cukup menyejukkan hati aku. in love cute cat Dan apatah lagi kalau markah mereka melebihi 80 ke atas dalam subjek yang aku ajar lagi menarik, Ahaks! star eyes cute cat Itu hadiah yang lagi berganda-ganda tau! Tapi untuk beberapa kelas (yang tidak boleh nak dinyatakan sebab tak sampai hati nak type), dapat LULUS pun aku sudah bersyukur. Huhuhu…  emoticon laugh cute cat

 

 

Dan kini aku juga seorang guru dan aku berharap aku juga menjadi guru yang terbaik untuk para pelajar di bawah ajaraku. Moga apa yang aku ajari sekarang bermanfaat kepada mereka dan mereka guna sehingga bila-bila pun umur mereka selagi ada. Insya-Allah. 

 

Pssstt… FG mana hadiah Selamat Hari Guru for me?

iHeart : Selamat Mengundi


Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia! admire onion headBangun awal ya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Hohoho, aku pula yang over excited menyeru semua bangun mengundi. Hahaha… cool onion head Kepada yang terlepas untuk mendaftar, aku harapkan lepas ini jangan mengambil remeh perkara ini sebab sepatutnya bila sudah genap berusia 21 tahun secara automatik sudah tahu yang patut sudah mendaftar mengundi. Takkanlah nak kena ingatkan macam budak sekolah pula. Ish, kan dah besar panjang dah kan? cheer3 onion head

Masa aku daftar untuk mengundi, aku sangat excited.cheer1 onion head  Lepas tu aku siap check lagi di telefon untuk menyemak nama aku.  cheer1 onion head Tapi sayangnya aku tidak dapat balik mengundi (2013) pula sebab harga tiket terlalulah mahal. crying2 onion head Maka, aku mengambil keputusan untuk duduk diam-diam sajalah di sini. Lagipun ada yang cakap Mei 06 tu tak pasti cuti lagi jadi tak sanggup aku nak merisikokan cuti rehat aku untuk balik mengundi. Yelah aku nak pakai cuti rehat untuk bersalin nanti so rugilah nak pakai untuk mengundi kan? depressed1 onion head

Jadi disebabkan aku tidak mengundi maka 5 tahun ini tidaklah boleh aku nak complain apa-apa. depressed2 onion head Yelah, sudahlah tak menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, lepas tu nak complain lebih-lebih pula kan. Melampaulah kan? Jadi, kena zip mulutlah selepas ini ya. Ahaks! Macamlah selama ini aku ada complain apa-apa. Hahaha…  embarrassed1 onion head

Sepatutnya aku kena buat UNDI POS tapi aku tak tahu macam mana nak buat (sebab aku tanya semua pun cakap tak tahu macam mana).  happy onion head Sayangnya kurang sudah satu undi sebab aku tak balik mengundi ke MLK. Tak mengapalah, tunggu lagi 5 tahunlah nampaknya aku ini kan? Huhuhu…  good job onion head

Pssst… FG jangan lupa pergi mengundi ya? Sila tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. hehe onion headOh ya, nanti ingatkan untuk tukar alamat mengundi sebab takkanlah FG mengundi di KL aku pula nak kena balik ke MLK mengundi. Hahaha…  hot2 onion head

iHeart : Selamat Hari Pekerja!


worker

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua orang yang bekerja seperti aku ini!!!! Uh, seronoknya dapat bercuti dan berehat-rehat di rumah (biarlah sehari saja pun). Dan paling best sebab ada banyak rancangan menarik di TV pada hari cuti sebegini. 

Apa yang buat hari ini special? confuse teapot Sebab hari ini ada sekali saja setahun maka Hari Pekerja ini jadi special sebab hanya pada Mei 01 saja di sambut. Kalau di sambut setiap bulan mesti jadi tak berapa special kan? Hahaha… (walaupun aku rasa semua orang harap Mei 01 tu wujud pada setiap bulan, ngeh ngeh ngeh). 

Macam mana kamu semua habiskan cuti Hari Pekerja ini? idea teapotAku mestilah menghabiskan masa depan YouTube untuk melihat Detective Conan Series (tapi versi Malay lah ya). Gila tengok Detective Conan sekarang aku ni. Tak tahulah kenapa. Kalau tak percaya boleh tanya pada FG. Dia pun tak faham kenapa aku asyik layan Detective Conan setiap kali ada free time. Hahaha…  tv baby 01

Selain Detective Conan, aku juga rajin menonton di YouTube Doraemon Series (Malay juga ya). Klasik tu tengok Doraemon ni. Kan bagus kalau ada Pintu Suka Hati tu, boleh pergi balik KL-SDK ikut suka hati. tv baby 16 Hahahahaha, mulalah berangan terlebih aku ni kalau tengok Doraemon ni. Hahaha…  tv baby 31

Tapi itu tak bermaksud aku abaikan rancangan di TV (walaupun rumah sewa aku ini hanya ada TV 1, TV 2 dan TV 3 saja) sebab aku lihat untuk cuti Hari Pekerja kali ini macam ada banyak rancangan yang menarik ni.  Huhuhu… Apa-apa pun, enjoy hari cuti ini sebaik-baiknya tau! Rehat sehabis baik. Lama lagi nak tunggu Mei 01, 2014 pula tau. Hahaha… 

Pssst… FG buat apa hari ini ya? Kasihan dia, sibuk betul bekerja minggu ini. Mujurlah ada Mei 01 untuk FG rehat sehari. Risau aku kalau dia asyik bekerja sampai lupa makan-minum-mandi-solat. Huhuhu… FG, sila rehat! Awak bukan robot tau!  tv baby 47