iHeart : Oh pen merah…


Naik cuti seminggu, ada perkara yang tidak menarik menunggu iaitu beberapa gunung Everest  scared pink mouse buku untuk di semak (dan itu tidak termasuk kertas eviden PBS). Yelah, aku dah janji pada pelajar untuk menyemak buku kerja mereka selepas cuti dan guess what, ada 4 class aku kena semak buku kerja sahaja. Hahahaha… Yuuuhhuu, that’s why I love my career. cheerleader pink mouse

Jadi, aku rasa macam kena standby pen merah banyak untuk menanda semua buku kerja, kertas-kertas eviden dan mestilah buku latihan yang memang sentiasa masuk setiap minggu untuk disemak. Wow, jangan tanya macam mana keadaan meja aku selepas cuti ni. Aku pun rasa seram nak duduk di meja kerja sendiri lepas ni. faint pink mouse

Dan, mesti tak boleh nak lupa adalah aku kena sediakan soalan Peperiksaan Pertengahan Semester (I) yang kali ini aku kena sediakan 3 set soalan. Yeah, nanti nak stapler kertas lagi. Bestnya kerja aku selepas cuti ni!!!! bored pink mouse

Aish, macam merungut & mengeluh semacam saja entri aku ni kan? Tapi hakikatnya kerja aku memang tengah banyak ni (sampai masa cuti pun fikir hal kerja). Ini belum cerita yang kena key-in markah online (SAPS & SPPBS). SPPBS sudahlah kena key-in masa cuti sebab asyik tunda tarikh key-in. Ngada-ngada betul sistem SPPBS ni. cockroach killer pink mouse

Arrgghhh… Aku ingat 24 jam pun tak cukup sehari nak siapkan semua kerja aku ni. Hahaha… cold pink mouse

Tapi apa-apa pun yang paling sepanjang April ini ada saja majlis sekolah kena attend pada setiap Sabtu. Wow, kerja 6 hari seminggu (best tu). hidden pink mouse

Jadi kalau ada orang yang nak complaint tak puas hati dengan cikgu sebab asyik naik gaji tapi cuti memanjang, apa kata ganti sebulan kerja aku mesti akan tahu betapa 24 jam tak cukup pun nak settle kan semua perkara. sad pink mouse

Sudahlah perangai students seorang-seorang cukup punya baik. Ish, time aku pregnant macam inilah nak naik tanduk. Belum lagi tengok tanduk aku panjang mana lagi kan? Siaplah, tunggu aku habis berpantang lepas bersalin nanti. Tahulah kalian langit dengan Bumi tinggi atau rendah. devil pink mouse

Pssst… Untuk cikgu-cikgu yang nak apply pertukaran penempatan sesi Jun 2013 ini, silalah online segera ya. Borang sudah buka sepanjang April ini. Hehehehe… writer pink mouse

Advertisements

iHeart : Aku Nak Cuti!!!!


Tak sabarnya nak bercuti!!!!! tv baby 08 Biarlah walau seminggu saja tapi dapat berehat dari melihat timbunan kerja yang bersusun di atas meja tu, sangat melegakan. Yelah, paling stress tengok kertas eviden PBS yang bersusun tu. tv baby 39 Sudahlah kelas PBS ada 2 kelas (total 70 set). Skima jawapan pula tiada, ikut sedap kepala dan tangan cikgu menanda jadi memang sampai mengong kepala aku menanda sebab ada 70 set jawapan berbeza-beza. tv baby 41

Aku bukan nak merungut tapi eviden PBS terlalu banyak sampai aku rasa asyik nak kejar DSP PBS sampai tiada masa nak mengajar lama-lama tajuk tersebut. tv baby 45 Feel p&p tu tiada tapi content memang sampai ke murid. tv baby 49Itu yang bikin aku risau untuk tahun depan, apa akan berlaku pada batch pertama PBS ini. Macam manalah agaknya nak determine aliran masa Tingkatan 4 nanti. Pening tu. tv baby 53

Tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk siapkan semua kerja mengikut RPT yang dirancangkan oleh panitia. Come on lah kan, aku kan versatile teacher. Hehehe… tv baby 67

Apa-apa pun aku sangat happy sebab dapat fly balik ke Semenanjung Malaysia atau lebih tepat lagi ke KL untuk jumpa FG. tv baby 64Cuti kali ini tak pastilah macam mana, sebab FG kata nak ke Kedah ada majlis kahwin sepupunya tapi dia juga ada beritahu nak ke MLK jenguk Nenda. Confused aku, cukup ke masa seminggu cuti kalau nak ke sana ke sini ni? tv baby 68

Tapi yang pastinya cuti seminggu ini aku MESTI menyambut ulangtahun kelahiran FG  tv baby 04 (memandangkan masa tu aku tak dapat fly balik nak bagi surprise face-2-face). Tak kisahlah makan kat kedai mamak roti canai pun, yang penting MESTI meraikan majlis yang aku terlepas tu. Tapi, NO-NO-NO nak bagi hadiah again ya. Banyak handsome muka awak ye nak banyak kali hadiah. tv baby 01 Hahaha… Nak boleh, tapi bayar sendiri. Ngeh ngeh ngeh…tv baby 11

Pssst… Cuti kali ini juga kali pertama FG tengok Junior, nervous pula aku memikirkan macam mana lah response dia tengok anak dia dalam uterus aku ni agaknya? tv baby 44

iHeart : Pen Drive pun pandai M.I.A


Ini kisah benar! Kisah aku kehilangan beberapa hari pen drive aku (biar pun 4 GB je). crazy monkey 194 Aku punyalah risau janganlah cerita. Yelah, itu memang officially work pen drive so dalam pen drive tu semua kerja ada dalam tu especially soalan-soalan ujian dan peperiksaan (siap ada skima jawapan lagi). crazy monkey 137 Risau tu! Aku bukan apa, risau students jumpa saja. Sebabnya aku tak rajin nak buat semula soalan-soalan ujian dan peperiksaan kalau betul-betul pen drive itu tak dijumpai. crazy monkey 143

Tapi, alhamdullillah akhirnya pen drive dijumpai semula di sekolah (di kawasan komputer staff room).crazy monkey 175  Actually aku searching sudah kawasan di situ tapi tak terperasan pula  di tempat yang pen drive aku tu dijumpai. Thanks to Cikgu Laurence yang terperasan teddy bear pada pen drive aku tu. Huhuhu, masa jumpa semula pen drive tu aku rasa nak melompat tinggi-tinggi sebab excited sangat tapi memandangkan tengah berbadan dua ni, tak bolehlah nak lompat-lompat ya. Hehehe… crazy monkey 108

Actually pen drive aku tu telah diikat dengan teddy bear yang sangat besar dengan warna merah menyala yang memang obvious la kalau cari. Sebab tu bila hilang tu, habis satu bilik dan meja aku geledah. crazy monkey 100 Peliklah tak nampak bayang langsung sedangkan teddy bear pada pen drive aku tu memang super duper besar. So tak mungkinlah aku akan terlepas pandang masa mencari tu. crazy monkey 119

Tapi itulah, panjang jodoh aku dengan pen drive tu (sedangkan pen drive tu aku dapat masa cabutan bertuah pada majlis sekolah tahun lepas). crazy monkey 077Sekarang ini aku memang alert dengan pen drive aku. Aku memang pastikan betul-betul sudah simpan dalam tempat yang selamat selepas guna. Hahahaha, tiba-tiba aku jadi cermat semacam kan? Macam bukan aku saja.  crazy monkey 068

Dan sebagai langkah berjaga-jaga aku sudah delete soalan-soalan ujian & peperiksaan dalam pen drive tersebut. Sekurang-kurangnya kalau hilang sekali lagi, taklah aku gabra sangat sebab aku tahu tiada apa pun dalam tu cuma aku akan ralat sebab kehilangan pen drive yang banyak membantu aku selama aku bekerja ni.  crazy monkey 085

Pssst… Harap-harap kalian alert dengan barangan sendiri juga macam aku sekarang ini. Hehehe…  crazy monkey 101

iHeart : TQ Kak Fiza & Kak Amy


Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Zafiza & Cikgu Amy sebab belanja kami (including aku dan hosts, total guests adalah 20 orang).crazy monkey 040 Wah, kami lunch di Hotel Sabah, selepas sekolah pada hari sekolah ganti (Mac 16). Hehehe, agak susah nak jumpa aku masa makan-makan pada hari Jumaat selepas sekolah (mujur kali ini dibuat hari Sabtu maka bolehlah aku attend). Jadi ramai yang surprised nampak aku attend lunch kali ni. Ngeh ngeh ngeh…crazy monkey 050

Dan ini adalah antara barisan guests yang makan (tapi ada yang sudah balik juga) dan mestilah aku ada di barisan depan sekali. Hehehe… Apa-apa pun yang paling vogue sekali dengan cermin mata hitamnya ala-ala artis Sabah gitu. Hahaha… crazy monkey 066

Anyway, makanannya okay cuma tiada air sejuk (aku harap ada jus oren sejuk ke) dan the only ada ialah plain water (hot & cold). Sangat dramatic.crazy monkey 075 Tapi aku very enjoying the view moment and the foods there. Mungkin sebab aku sudah lama tak keluar makan di luar (makan di rumah saja tahun ni). Hahaha… crazy monkey 039

Again special thanks to Kak Fiza & Kak Amy for the lunch. Moga kedua-duanya dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipercepatkan bertemu jodoh. Amin. Hehehe… crazy monkey 003

iHeart : Happy Birthday My FG!!!!!!!!


Happy Birthday My FG!!!!!!!!!!!!  Surprise tak dapat delivery hari ini di pejabat? Hahaha… Mesti ada yang usik FG di pejabat hari ini kan? Hahaha… Mujurlah birthday setahun sekali, kalau tiap-tiap bulan maka tak laratlah aku nak delivery macam ini.

https://i1.wp.com/flowerpicturegallery.com/d/4201-2/elegant+red+roses+wedding+bouquet.jpg

Kali ini aku delivery roses (itu wajib) dan kek Secret Recipe!!!  Huhuhu, walaupun aku yakin FG tak mampu nak habiskan semua kek itu seorang diri tapi memikirkan dia dapat makan sepotong kek itu pun sudah cukup menggembirakan aku. Tahu tak apa yang sweetnya kek tersebut? Itulah kek Secret Recipe pertama yang kami makan bersama. Aku tak pasti sama ada FG ingat atau tidak tapi aku mestilah ingat (sebab itu antara my fave Secret Recipe Cake!).

Dengki rasanya bila fikir FG makan kek itu tanpa aku di sana (biasalah, PHD aku pada FG memang tinggi sokmo). Kena claim kek bila jumpa FG nanti ni! Hahaha…

Macam tak ikhlas pula bunyinya aku ini kan? Eh jangan fikir bukan-bukan ya, apa pun yang aku buat; aku memang ikhlas tau!

Aku tak pasti kek tersebut sempat sampai ke rumah atau tidak (sebab aku tak tahu sama ada di pejabat FG ada peti sejuk atau tidak dan sama ada kawan-kawan FG akan menjeling-jeling bagi signal nak minta sedikit kek atau tidak) tapi yang penting motifnya FG dapat makan. Yang lain tu tak berapa nak penting. Ngeh ngeh ngeh… Tapi aku pastilah yang roses tu mesti sampai ke rumah punya. Hahaha…

Hadiah? Well, FG tak inform apa-apa lagi. Katanya masa jumpa nanti baru nak beritahu. Berdebar pula aku kalau dia minta benda pelik-pelik. Mana la tahu, aku yang mengandung tapi dia pula yang lebih-lebih mengidam. Susah juga tu. Hahaha… Tapi seriously memang tak sabar nak jumpa FG. Cepatlah masa berjalan. Letih pula aku nak tunggu seminggu lagi. Hahaha…

Pssst… FG, I love you!

iHeart : Doakan Keselamatan Aku Di Sini


Berikutan kekecohan di Lahad Datu & Semporna maka Ujian Setara 1 sekolah aku juga berlaku kekecohan apabila ibu bapa datang berpusu-pusu mengambil pulang anak mereka semasa Ujian Setara 1 berlangsung. Seminggu kena tunda Ujian Setara 1. Sampai ada guru yang kena set semula soalan. Sangat menyusahkan. crazy monkey 170

Apa-apa pun aku tak nak comment lebih-lebih kes di LD & Semporna tu. Sentiasa aku berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t untuk melindungi semua di SBH ini. crazy monkey 165 Tapi kepada keluarga mereka yang terkorban, aku ucapkan takziah. Semoga Tuhan merahmati jasa-jasa mereka mempertahankan Malaysia (tak nak guna SBH sebab SBH adalah negeri dalam Malaysia), tanah tumpah air kita. crazy monkey 065 Wah, patriotik tak aku ni?

Tapi kes kali ini memang menyusahkan ramai pihak. Aku yang nak mengajar pun jadi haru-biru (terutamanya nak buat PBS). crazy monkey 080 Mujurlah aku ini penyabar orangnya (saja nak puji diri sendiri). Kepada pelajar-pelajarku, silalah balik ke sekolah untuk menyambung pelajaran kamu. Rugi tak datang sehari, kami (guru-guru) tidak menunggu kamu tahu tak? crazy monkey 106

Dan kepada keluargaku di MLK & KL (especially FG), aku tahu kalian risaukan keadaan aku di sini tapi percayalah pada pentadbiran Malaysia untuk menangani isu ini dan berdoalah untuk keselamatan aku di sini.  crazy monkey 114 Insya-Allah, berkat doa semua maka isu di sini akan berakhirlah. Kuasa Allah s.w.t kita tak boleh lawan tau. Percayalah yang Allah s.w.t tahu apa yang berbaik untuk aku di sini. Kalian berdoalah untuk keselamatan aku dan percayalah pada qada & qadar Allah s.w.t. crazy monkey 066

Pssstt… Kedengaran macam positif saja aku ini kan? Tapi rutin harian aku di sini masih lagi sama. Cuma doa aku selepas solat saja semakin panjang. Macam-macam aku doa. Hari-hari aku SMS FG minta maaf. Huhuhu… Esok lusa, aku pun tidak tahu apa akan berlaku. crazy monkey 077

iHeart : Semangat Nak Cantik


Masa zaman aku mengandung ni, especially 3 bulan pertama tu memang aku tak larat nak mengemas diri. over look white cloud Pakai bedak sekadar wajib saja. Nak pakai foundation memang haram sebab aku tak larat nak clean up face aku lepas balik kerja. happy white cloud Rambut janganlah cerita. happy white cloud

Bila aku balik cuti masa seminggu CNY tu, bukan kata FG terkejut tengok aku malah keluarga aku di MLK pun nak pitam tengok keadaan rambut aku. Punyalah nak cerita tahap malas gila aku nak kemaskan rambut sendiri. bird onion head

Sampaikan tak pernah-pernah Nenda merungut tentang rambut aku, kali ini dia suruh aku pergi potong rambut.  cheer1 onion head Nah, nampak sangat serabai rambut aku. Hahaha… Tapi tak juga aku pergi ke kedai gunting rambut memandangkan masa cuti CNY kebanyakkan kedai tutup. Jadi rambut aku terselamatlah.  cool onion head

Jadi, bila dah 4 bulan ni, aku dah tak muntah-muntah lagi jadi aku segera mengambil peluang emas ini untuk membaiki semula rambut dan muka aku. embarrassed4 onion head Yelah, aku rasa permukaan Bulan pun lagi okay dari muka aku. Sebab aku tak berapa rajin nak menjaga diri kan masa 3 bulan mengandung tu. Hahaha…  hehe onion head

Jadi, aku mulalah mencari semula serum repair rambut dan muka.  lol2 onion headTime-time sekarang inilah aku rajin pakai lotion setiap hari. Hahaha… Masa inilah aku realize betapa tak bergerak barang seinci pun barangan kecantikan aku di atas meja solek tu. Nampak sangat aku tak berapa nak endah tentang kecantikan aku masa mengandung ni. Hahaha…  relax1 onion head

Psst… Aku rindukan barangan kosmetik aku di KL. Huhuhu, nak bawa datang ke SDK agak leceh pula. Ah, stress!!!  sigh onion head

Untuk FG : Sila jangan cut my hair. I can manage my hair sekarang ni. Ngeh ngeh ngeh…  victory onion head