iHeart : Majlis Khatam Al-Quran


Ahaks, tak lengkap kalau majlis kahwin di rumah aku tanpa majlis khatam Al-Quran. Aku sendiri pun buat majlis khatam Al-Quran masa umur aku 14 tahun semasa perkahwinan pakcik aku dulu. Masa tu gembira tak terkata sebab Mum cakap nanti dalam kubur akan bercahaya kerana cahaya keberkatan berkhatam Al-Quran. MySpace

Dan pada tahun 2012 ini, adik-adik sepupu aku yang berkhatam iaitu Mas Hidayu (umur 16 tahun), Muhammad Ghazi (umur 14 tahun) dan Mohd Daniel (umur 13 tahun). Dan tahniahlah kepada mereka ini. Dan dapat dilihat betapa berseri-serinya wajah mereka untuk majlis khatam mereka ini. Uh, teringat aku masa aku khatam Al-Quran dulu.MySpace Dan betapa cemburunya aku kerana mereka boleh berselang-seli membaca surah-surah lazim (sebab more than 1 person) dan aku dulu kena baca semuanya sendiri (sebab masa tu Ain belum habis mengaji lagi) dan sampai serak-serak rock suara aku dulu. Ahaks, teringat kisah lama memang mengukir senyuman sendiri kan? MySpace

Dulu aku make up terlalu tebal masa aku khatam dulu (sampaikan aku pun tak kenal wajah aku sendiri bila aku tengok gambar aku selepas cuci). Dan kali ini aku beritahu Mak Andam Nora supaya jangan make up tebal sangat pada Ayu sebabnya nanti dia pun tak kenal diri sendiri bila depan cermin nanti. Sudahlah pakwe Ayu pun turut datang ke majlis tersebut. Ada pula yang terkejut sampai pengsan nanti. MySpace

Dan inilah wajah aku yang sibuk menyambut tetamu dan mengikuti majlis khatam Al-Quran. Nampak tak seri Puan Nur Diyana a.k.a isteri Encik Mohd Faiz? Ahaks, tak boleh blah kan? MySpace

Lepas habis majlis khatam nanti, aku kena segera tukar baju untuk majlis persandingan aku tengah hari nanti. Warna apa? Tunggulah ya. Hahaha… Yang penting mestilah tak sama dengan baju yang ini! MySpace  Apa pun aku sangat happy untuk majlis khatam Al-Quran ini. Tabik spring!!!

Psstt… Mestilah ada berkat untuk majlis khatam ini. Dan yang tukang beri mestilah aku kan? Hehehe… Itulah fungsi aku sebagai raja sehari hari ini. Hahaha… MySpace

 

 

 

Tinggalkan komen