iHeart : My Prince Charming, Al-Fattah


al-fattah

Kali ini entri tentang my baby boy, Al-Fattah. cool onion headSekarang ini dia sudah 5 bulan dan sudah pandai meniarap. Dia tengah belajar nak merangkak sekarang ini. Gigi belum lagi tumbuh ya. Berat dalam 8 kg macam tu, saiz diapers L dan baju saiz 12-18 months. Setakat ini masih lagi fully breast feeding. Enough tak introduction tentang my baby boy? cheer3 onion head

Aku rasa aku belum lagi update tentang Al-Fattah kan? confused onion head Susah woo nak short form type nama dia sebab nanti aku type AF orang fikir Akedemi Fantasia pula. Jadi aku decide letak Al-Fattah terus, puas hati. cute2 onion head Mohd Al-Fattah lahir pada July 30, 2013 pukul 6.11 petang di Selangor. cheer1 onion head Aku start turun darah lepas sahur dan aku sakit kuat lepas Asar. Serious sakit bersalin memang tak boleh nak describe dalam perkataan. Cuma apa yang boleh aku kata, SERIOUS SHIT SAKIT jadi kepada anak-anak di luar sana yang masih ada Mom; appreciate your mother. She was in damn pain when you get your chance to live in this world. nonono onion head(Aku teringat ayat aku pada Ain supaya keep remind Al-Fattah betapa sakit dan seksanya aku dari masa mengandung lagi, jadi awaslah kalau Al-Fattah melawan cakap aku bila makin dewasa nanti).  punch onion head

Aku berpantang 2 bulan di MLK dan sebulan lagi di KL dan aku bekerja semula (setelah 90 hari cuti bersalin) bermula October 28, 2013 di SEMERA hanya untuk 3 minggu. smoking2 onion headAku dapat pindah ke Semenanjung Malaysia masa aku tengah berpantang di MLK (alhamdullilah, rezeki anak). Dan diam tak diam, dah 5 bulan umur Al-Fattah. Huhuhu… super onion head

Al-Fattah juga telah selamat dibuat majlis akikah di MLK (2 ekor kambing jantan) dan telah dibotakkan kepalanya dan kini sudah semakin lebat rambut Al-Fattah. Tapi paling tak tahan tengok bulu matanya yang panjang tu, geram wooo! uhuhuh onion head

Bermula December 30, 2013 aku sudah menghantar Al-Fattah ke babysitter yang dekat dengan SEMERA. Terima kasih kepada Cikgu Mawarni yang memperkenalkan aku dengan Nek Yah untuk menjaga Al-Fattah. victory onion headAlhamdulillah, Al-Fattah serasi dengan Nek Yah. Mula-mula aku pergi-balik dengan Al-Fattah menggunakan car seat baby, Al-Fattah menangis macam kena lempang, sangat kuat. Tapi lama-lama dia sudah biasa (dan mungkin dia tahu yang naik kereta guna car seat baby tu okay je) jadi sekarang ini dia tidur masa aku dalam perjalanan pergi-balik kerja. Syukurlah.  wew onion head

Masa Al-Fattah kecil lagi (dalam 3 bulan tu), aku officially sudah bawa dia ke semua rumah saudara terdekat yang dia patut pergi untuk diperkenalkan face-2-face. Baik di sebelah KL, MLK, PRK atau KDH. Semuanya checked! Jadi, aku harap tidak ada yang kecil hati kata aku dan FG simpan anak pula kan? wow1 onion head

Jadi, itulah serba sedikit mengenai prince charming aku. Sekarang ini aku sedang dalam proses memenuhkan album Al-Fattah yang aku ambil sejak dalam perut lagi (start dengan gambar ultrasound pertama masa Al-Fattah baru 3 cm). Sweet tak aku? Ngeh ngeh ngeh… wow1 onion head

Pssst… Masa ulang tahun pertama perkahwinan aku dan FG (August 24, 2013), Al-Fattah berusia 26 hari. Hahaha, macam cepat saja kan? Ahaks… wow2 onion headTak sangka Aidilfitri 2013 aku dalam pantang dan sudah ber-3. Aku baru angan-angan nak sambut Aidilfitri 2013 ber-2 sebagai suami dan isteri sekali suami-isteri-baby! Hahaha… Rezeki Allah s.w.t, alhamdullillah…  waiting onion head

Advertisements

iHeart : Happy Birthday My FG!!!!!!!!


Happy Birthday My FG!!!!!!!!!!!!  Surprise tak dapat delivery hari ini di pejabat? Hahaha… Mesti ada yang usik FG di pejabat hari ini kan? Hahaha… Mujurlah birthday setahun sekali, kalau tiap-tiap bulan maka tak laratlah aku nak delivery macam ini.

https://i1.wp.com/flowerpicturegallery.com/d/4201-2/elegant+red+roses+wedding+bouquet.jpg

Kali ini aku delivery roses (itu wajib) dan kek Secret Recipe!!!  Huhuhu, walaupun aku yakin FG tak mampu nak habiskan semua kek itu seorang diri tapi memikirkan dia dapat makan sepotong kek itu pun sudah cukup menggembirakan aku. Tahu tak apa yang sweetnya kek tersebut? Itulah kek Secret Recipe pertama yang kami makan bersama. Aku tak pasti sama ada FG ingat atau tidak tapi aku mestilah ingat (sebab itu antara my fave Secret Recipe Cake!).

Dengki rasanya bila fikir FG makan kek itu tanpa aku di sana (biasalah, PHD aku pada FG memang tinggi sokmo). Kena claim kek bila jumpa FG nanti ni! Hahaha…

Macam tak ikhlas pula bunyinya aku ini kan? Eh jangan fikir bukan-bukan ya, apa pun yang aku buat; aku memang ikhlas tau!

Aku tak pasti kek tersebut sempat sampai ke rumah atau tidak (sebab aku tak tahu sama ada di pejabat FG ada peti sejuk atau tidak dan sama ada kawan-kawan FG akan menjeling-jeling bagi signal nak minta sedikit kek atau tidak) tapi yang penting motifnya FG dapat makan. Yang lain tu tak berapa nak penting. Ngeh ngeh ngeh… Tapi aku pastilah yang roses tu mesti sampai ke rumah punya. Hahaha…

Hadiah? Well, FG tak inform apa-apa lagi. Katanya masa jumpa nanti baru nak beritahu. Berdebar pula aku kalau dia minta benda pelik-pelik. Mana la tahu, aku yang mengandung tapi dia pula yang lebih-lebih mengidam. Susah juga tu. Hahaha… Tapi seriously memang tak sabar nak jumpa FG. Cepatlah masa berjalan. Letih pula aku nak tunggu seminggu lagi. Hahaha…

Pssst… FG, I love you!

iHeart : Reason I’m in love with March every year


Ada banyak sebab kenapa aku memilih Mac sebagai Bulan Cinta aku dan FG. Terlalu banyak nak aku list kan tapi cuma yang paling penting adalah bulan inilah di mana officially we’re decide to be more than a friends and decide to get marry. Bulan ini juga kami engaged (Mac 2012). Perlu ke aku announce tarikhnya? Biarlah aku dengan FG saja yang tahu. Hehehe… Gedik kan?

Kalau nak dikenang-kenang memang macam mimpi bila I said “I DO” bila FG proposed aku.

Bayangkan 2009 he said “HI” to me,

2010 we’re just a friend,

2011 I said “I DO”,

2012 husband & wife

dan 2013 we’re going to be daddy & mommy!!!

Hahaha… Macam lama je bunyinya perkenalan kami tapi every year ada progress new beginning. Hahaha… He is such a surprise boy to me (seriously).

Only Allah s.w.t saja yang tahu betapa sweet FG tu.

Apa-apa pun mode sekarang ini memang tengah bahagia in love. Dan rasa agak terkilan sedikit 2013 ini sebab tak dapat pulang ke Semenanjung Malaysia kali ini kerana cuti sekolah telah ditarik ke 2 minggu tarikh dari yang biasa (di mana kalau biasanya minggu ke-2 akan cuti tapi kali ini minggu terakhir baru cuti penggal 1).

Tau kenapa aku rasa terkilan? Sebabnya minggu ke-2 ini biasanya ada Hot Air Balloon di Putrajaya di mana kami akan pergi because FG’s birthday!!! Yup, his birthday is on March juga dan the day we crazy to each other memang bermula Mac. All in March!!! Hahaha… Actually this year aku planning nak naik hot air balloon tu tapi memandangkan aku tak dapat pergi (sebab tak cuti) maka kena postpone ke 2014 rancangan tu.

Mengambil kesempatan ini aku nak ucapkan Happy Birthday pada FG. Hohoho, bertambah sudah umur maka kematangan dan planner life pun kena lagi mantap kerana Junior akan hadir dalam hidup kita tak lama lagi. Masa bergerak sangat laju sampai kadang-kadang kita tak perasan pun sudah sampai masanya. Jadi bersedialah dengan apa pun yang akan mendatang dalam hidup kita tak lama lagi dan mesti ingat yang I’m always here with you. I love you so much. Tunggu tau fly balik nanti untuk celebrate. Walaupun lambat sedikit tapi syukurlah masih dalam bulan Mac. Risau juga kalau missed March. Sebab April sudah masuk bulan yang lain. Tak tak best feeling nak celebrate. Hehehe…

To FG : Happy Anniversary!!! Rasa macam mimpi bila dapat MMS from you early in the morning wish Selamat Ulang Tahun Perkenalan kita! Senyum seorang-seorang sampai ke telinga jadinya hari ini. Cuaca panas pun terasa macam salju. Hahaha… Punyalah bahagia dapat MMS wishes tu. Thanks my husband!!!! I love you so much!!!!! And also Happy Birthday!!!!!! No matter how life treats you ups & downs, I’m always holding your hands to go through this bittersweet life. Love you love you love you!!!

Pssst… Last year aku surprisekan FG dengan roses & chocolate. Masa tu kami counting months nak jadi husband & wife. Kali ini apa pula ya? Hahaha… Secret, tak nak kecoh-kecoh lagi. Tunggu saja. Hahaha…

iHeart : Diari Mom-To-Be


Aku 1st time buat check up di SDK adalah di klinik swasta. Yelah, tak mungkinlah aku nak ke klinik kerajaan memandangkan procedure di sana agak melecehkan berbanding dengan di swasta. ballerina crazy rabbit Dan itulah kali pertama aku tengok embrio dalam uterus aku sendiri. flying crazy rabbit Indahnya ciptaan Allah s.w.t tak boleh nak story. Bayangkan hilang segala mabuk pening mual yang aku alami bila tengok Junior dalam ultrasound tu. Biarlah masa tu saiz baru 4 cm. Kecil saja kan? smooth crazy rabbit

Kemudian kali ke-2 aku pergi adalah pergi check paras gula dalam darah. patpat dance crazy rabbitAlhamdulillah parasnya adalah normal. Aku sangat berterima kasih pada Azy sebab sanggup dua kali pergi balik ke klinik bawa aku dan Wani untuk kali ke-2 pemeriksaan tu. blush crazy rabbit

Dan kali ke-3 aku pergi lagi unik. Aku rasa nak menangis gembira tengok macam mana Junior dalam placenta actively gerak sini sana. happy dancing crazy rabbitMasa tu aku fikir, bilalah aku boleh nak rasa pergerakan dia ni. Sebab active sangat! yesss crazy rabbit Sangat excited aku jadinya bila tengok dia gerak-gerak tau. Masa tu aku rasa excited sangat nak tunjuk pada FG tapi masa cuti CNY tu kami terlalu sibuk dan tiada masa ke klinik jadi FG belum lagi dapat tengok Junior. Tak apalah, cuti Penggal 1 nanti aku akan pastikan FG dapat tengok dan paling best cuti itu dalam Mac. Jadi makin bersejarahlah bulan Mac dalam hidup kami. teehee crazy rabbit

Apa-apa pun aku sangat happy dan tak sabar nak jadi mom. Hari-hari aku pegang perut aku sebab tak sabar nak rasa pergerakan Junior tapi belum lagi. Lagilah aku berdebar kan? taichi crazy rabbit Nanti bila check-up seterusnya aku akan update lagi. Hehehe… Mana tahu lain kali aku akan inform jantina Junior pula? Ops, ke nak surprise? Hahaha… yeah crazy rabbit

iHeart : Happy Valentine’s Day!!!


Happy Valentine Day pada semua pasangan suami isteri di dunia ini.  in love pink cat Yelah, nak ucap pada pasangan kekasih macam tak patut pula. Tapi ingatlah tak perlulah nak tunggu masa Februari 14 ini sahaja baru nak hargai pasangan masing-masing. Kalau boleh selalulah tunjukkan pada pasangan how deep is your love. cute pink cat

Valentine kali ini aku di rumah bersama-sama FG. Selalunya aku di SDK sendirian. Terkejut aku pagi-pagi FG ucapkan Happy Valentine pada aku. Sumpah aku tak ingat! Hahaha… Lain kali kan bagi bunga ros sekuntum sekalilah ya? Hehehe, demand pula kan aku ni? laugh cute pink cat

To FG : I LOVE YOU!!!

iHeart : Dari Solo kepada Duet


Tahniah kepada semua rakan-rakan aku yang sudah menukar status SOLO kepada DUET.MySpace Status DARA kepada ISTERI.MySpace Status CIK kepada PUAN.MySpace Dan tahniah juga yang menukar dari TERUNA kepada SUAMI.MySpace Hohoho, sangat rasa teruja sebab 2012 ini ramai betul yang melangsungkan majlis perkahwinan dan masa akan datang juga aku yakin JUNIORS pun seangkatan umur (hahaha).

Again, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua (termasuklah diri aku sendiri, hehehehehe). Kalau aku nak list satu-satu nama pasangan memang berpages nanti jadi memadailah aku tulis semua ya? Faham-faham sendirilah ya?

Dan untuk pasangan yang berjauhan, aku doakan agar perasaan sabar dan percaya antara kalian makin tebal. Janganlah janji bersabar sebelum kahwin bertukar rupa pula selepas kahwin ya? (Ops, cerita tentang diri sendiri ke? Hehehe)MySpace Dan pada pasangan yang berdekatan, hukhukhuk; aku jealous! Hehehehe… Taklah, pada pasangan yang berdekatan aku ucapkan selamat berhoneymoon ya? Yang dekat-dekat ni, cepat sikit dapat juniors. Kikiki…

Psssst… FG, kita apa cer? MySpace

iHeart : Mama


Pada April 4, genap Mum berumur 53 tahun.MySpace Kali terakhir aku menyambut hari lahir Mum (dengan kek buatan aku sendiri yang hangus sebab tak pandai kawal api oven masa aku berumur 17 tahun dulu), aku ingat lagi senyuman di wajahnya menahan sebak kerana kek hangus aku itu. Dan kini, walaupun Mum tiada lagi tapi aku masih ingat lagi senyuman Mum. Dan senyuman itu aku boleh lihat ada pada Ain. Walaupun aku tak pernah beritahu Ain tapi bila memandang Ain tersenyum, pasti aku akan teringat senyuman Mum. MySpace

Dan April 11 juga, seminggu selepas tarikh lahir Mum; dia meninggalkan kami tanpa ada pesanan apa-apa pun. Masa itu aku belum bersedia untuk kehilangan seorang Ibu dan aku pasti juga orang lain juga rasa seperti apa yang aku rasa.MySpace Masa umur itu, aku selalu menyalahkan Ilahi. Mengapa beri ujian yang sebegitu hebat pada aku di saat aku masih belum mampu berdiri sendiri pun.MySpace

Orang selalu pesan padaku, Allah tidak akan beri ujian yang tidak mampu digalas oleh hamba-Nya dan apabila ujian itu diberi kepada aku; maksudnya Dia yakin yang aku mampu menghadapinya. Dan kata-kata itulah yang selalu aku gunakan kepada adik-adik apabila emosi mereka menjadi sukar dikawal. MySpace Aku selalu pesan pada mereka, jangan biarkan emosi membakar diri sebab apabila sudah terbakar sudah tidak boleh balik kepada asalnya.

Aku selalu tahu yang Allah sayangkan aku. Buktinya selepas kejadian kemalangan itu, aku masih lagi ada di muka Bumi ini. Pastinya ada sebab mengapa aku masih hidup sehingga kini. Adik-adik masih perlukan aku untuk bertapak perlahan-lahan membesar dewasa. Mana mungkin aku boleh pergi meninggalkan mereka lagi. Sekurang-kurangnya, aku mesti dapat merasa gaji pertama mereka dulu walaupun hanyalah sekadar segelas air sejuk. MySpace

Walaupun Hafiz tidak pernah cakap, aku tahu dia tahap sedih dia. MySpace Cuma caranya mungkin berbeza dengan Ain apabila datangnya bulan April ini. Sebelum adik-adik aku melalui tahap-tahap kesedihan yang sedang mereka bertarung menghadapinya setiap kalinya, aku pernah merasai perasaan itu terlebih dahulu daripada mereka. Dan aku telah berjaya melaluinya jadi aku pasti dan yakin yang mereka juga mampu menghadapinya.MySpace Macam aku katakan tadi, Allah hanya beri ujian pada orang yang Dia tahu cukup kuat untuk menghadapi ujian tersebut. Dan aku tahu, adik-adik aku memang tabah orangnya.

Aku suka lirik lagu Rahmat Ujian (Mestica) yang aku kira cukup memulihkan semangat perjuangan aku hingga ke hari ini.MySpace Bila aku rasa macam hilang punca untuk hidup, aku selalu memikirkan adik-adik yang masih lagi belajar sehingga ke hari ini. Untuk memastikan mereka kuat menghadapi apa-apa cabaran hidup, terlebih dahulu aku yang perlu kuat untuk menghadapi dugaan hidup ini.MySpace

Lirik Rahmat Ujian : Mestica

dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siap tahu
tak siap pinta ujian bertamu

bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai berbagai tafsiran

segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

c/o

harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
rintihmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

segala takdir
terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

ulang c/o

rindu mendengarkan
rintihmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu
2012, tahu apa yang menariknya? MySpace Tahun ini aku akan mendapat Ibu Mertua (Mak Faiz). Aku sangat bimbang dan takut sebab aku sudah terlalu lama tiada seseorang yang aku panggil Mak. Dulu aku pernah cemburu pada setiap manusia yang masih ada seseorang yang mereka panggil Mak tapi sekarang ini aku nervous pula nak dapat Mak.MySpace Aturan perjalanan hidup ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Yang pastinya, aturan tersebut adalah aturan terbaik yang Dia decide dalam hidup kita, kita mesti percaya yang itu.
Ingatlah, apa yang kau percaya, apa yang kau fikir, apa yang kau mahu… Itulah yang akan datang cuma kita tidak tahu bila. Cepat atau lambat, bukan kita yang tentukan. Berdoalah, Allah s.w.t sentiasa mendengar. MySpace
Dan jangan kau tahan air mata. Biarkanlah dia menangis. Menangis bukan bermaksud lemah. Tiada salahnya menangis. Jika kau ada perasaan malu dalam dirimu bererti dirimu masih lagi waras berfikir. Kadang-kadang kita mengeluarkan air mata bukan hanya untuk melahirkan perasaan yang ada di dalam hati dan jiwa, tetapi untuk membersihkan mata yang banyak habuk yang nyata dan lutsinar.MySpace
Bila kita menangis, kita akan rasa betapa rendahnya diri kita ini di sisi Allah s.w.t. Dan perasaan rendah diri itulah yang akan mendorong kita mengadu kepada-Nya dan semakin merapatkan kita disisi-Nya. Insya-Allah. MySpace
Sebab itulah ujian selalu diberi kerana Allah mahu mengingatkan kita, yang kita tidak sendiri dan Dia sentiasa ada di sisi kita untuk membantu kita. Mohonlah pertolongan, adukan rintihan… Insya-Allah, Dia tidak pernah tinggalkan kita tapi kita yang selalu meninggalkan-Nya. MySpace
Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosa Ibuku, Khatijah binti Yusoff. Moga rohnya ditempatkan di tempat insan-insan yang Kau lindungi. Amin. MySpace