iHeart : Honeymoon Trip


Uwwwaa… Sepatutnya November 30, 2013 ini kami (aku dan FG) berbulan madu ke Bali, Indonesia tapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan maka tarikh berbulan madu itu telah dibatalkan (dan yang paling aku geram tiket burnt macam itu saja, stress!) Bagi untuk memujuk hati aku yang lara itu maka aku pun pandang wajah anak aku lama-lama (tak sangka terapi anak berkesan) dan tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan.

Jadi bila keluarga sebelah Melaka ajak aku sekeluarga pergi ke Bukit Gambang Water Park pada bulan December 2013 nanti, aku dengan gembiranya bersetuju walaupun aku tak berapa gemar main air ni (apatah lagi Al-Fattah bukan boleh main air pun lagi). FG pun cakap okay so comfirm lah pergi nanti. Aku tak pernah lagi sampai sana jadi tak tahulah nak story apa lagi tentang sana. Nanti bila aku dah pergi baru aku update okay?

Legoland

Aku bukan apa, semenjak kahwin aku belum pernah lagi berbulan madu dengan FG (mungkin sekali saja masa kebetulan pergi Legoland) jadi aku memang cemburu habis dengan orang yang berbulan madu lama-lama tu.
Yelah, aku kahwin August 2012 (hujung August) lepas tu aku fly balik bekerja ke SDK. Cuti November 2012 itu baru aku pergi ke Legoland (pertengahan November) dan awal Disember 2012 aku dah mabuk-mabuk mengandung dan sampailah sekarang 2013. Uwaaa… Tak romantiklah macam ini. Kata nak cerita cinta ala-ala fairy tales. Hahaha… FG, ngada kan isteri awak ni?

Pssst… Tapi masih lagi Eiffel Tower, Paris menjadi idaman kalbu aku nak pergi melancong suatu hari nanti. Hikhikhik, yuk FG!

iHeart : Nama [Akhirnya]


blue-baby-boy-parisian-baby-shower-cupcake-with-topper

Setelah puas aku bertegang leher dan bertikam lidah dengan FG, akhirnya kami sepakat (setelah aku terpaksa bersetuju) untuk memilih nama Mohd Al-Fattah untuk Jr. Even aku sebenarnya nak letak nama Farish, tapi FG dengan kejamnya menggunakan kuasa veto untuk nama Jr. Ini tidak adil (dia siap pergi bayar zakat fitrah terlebih dahulu sebelum daftar nama Jr). Punyalah nak cakap betapa desperate nya FG nak nama tu (takut aku daftar nama Farish lah tu).

Tapi tak mengapalah, janji nama tersebut bermaksud yang baik untuk anak aku. Tapi, in future aku kalau dengar FG short form kan nama tu (sebab antara alasan dia adalah tak nak orang short form kan nama Jr); sumpah berbakul-bakul aku #$@% &# (perkataan hidden, tak cukup umur nak display). Yelah, aku sudah mengalah kan jadi awaslah kalau pendekkan nama dia lagi. Memang aku tukar jadi Super Seiya. Siaplah ya!

Tapi serious, kalau aku dengar orang short form kan nama Al-Fattah (biar pun keluarga sendiri) sampai hilang maksudnya; aku rasa otak dia memang ada something wrong. Nama tu dah cukup short kot, kalau pendekkan lagi macam species Alien je bunyinya. Sangat “yuck”. Aku memang akan buat muka punyalah (since from beginning nama cadangan aku tak dapat dipakai jadi hati aku memang panas dengan nama Jr kalau orang permainkan). Aku tak pedulilah apa orang nak cakap. Yang aku tahu, mesti panggil dia dengan nama penuh Mohd Al-Fattah, Al-Fattah atau Fattah. Nama lain, serious macam $%ˆ& (hidden lagi, hahaha). Sebab nama itu saja yang ada maksud baik-baik nya.

Apa maksud nama Jr? Pembukaan pintu (di mana aku sentiasa mendoakan agar dia membuka semua pintu kebaikan dan pintu keburukan ditutupkan darinya). Dan bagi kami, Jr ada permbukaan permulaan hidup kami sebagai parents. Alhamdulillah.

Pssst… Satu lagi, macam pelik tapi benar; jika Jr ada adik nanti mestilah aku nak panggil dia Along. Ngeh ngeh ngeh, kalau ada Along mestilah ada Angah kan? Hahaha… Gedik tak ayat aku tu? Muhahaha… Lepas Angah ada Alang lagi… Wah, berderet-deret. Kihkihkih… Larat ke FG woi?

iHeart : Dilema Bulan April


Bulan April datang lagi.

Sedar tak sedar setahun bertambah lagi ulangtahun pemergian arwah Mum. Maksudnya untuk 2013 ini sudah 10 tahun aku tidak ber-ibu.bad luck crazy rabbit Aku rasa macam sekejap saja setahun berlalu. Betullah kata orang, kalau kita tidak mengira masa maka masa memang akan berlalu sangat cepat tapi jika kita menghitung masa maka kita akan rasa terseksa menunggu masa berlalu. boohoo crazy rabbit

Dan April 2013 ini aku sambut dengan bacaan doa dan Yaasin untuk arwah Mum di sana. Sejajar dengan ulangtahun kelahiran Mum (April 04) dan ulangtahun pemergian Mum (April 11). Aku tak pasti sama ada adik-adik aku yang currently berada di MLK dapat pergi ke kubur Mum atau tidak, tapi aku yakin mereka juga mengingati Mum dengan cara masing-masing yang aku tidak dapat lihat tapi aku boleh rasa. calm down crazy rabbit

Aku tahu dan sentiasa percaya berita aku berbadan dua ini telah sampai ke pengetahuan Mum di sana. Dan aku pasti Mum di sana gembira mendengar berita yang dia bakal bergelar Grandma tidak lama lagi pada usia 54 tahun (kalau arwah masih lagi hidup) tapi sayangnya aku tak akan dapat melihat riak wajah Mum apabila mengetahui yang aku sedang berbadan dua sekarang ini. boohoo crazy rabbit

Adakah Mum akan menangis gembira mendengar berita ini? dunno crazy rabbit Atau mungkinkah dia akan memeluk aku apabila aku memberitahunya berita baik ini? dunno crazy rabbit Atau mungkin Mum terlalu happy sampai tak tahu nak bagi response apa. dunno crazy rabbit Entahlah, aku pun tak pasti yang mana satu reaksi Mum sebabnya aku tahu yang aku tak mungkin akan dapat tahu yang mana satu response Mum. head crazy rabbit

Aku wonder adakah Mum akan selalu menelefon aku bertanya khabar tentang aku dan baby dalam kandunganku macam mak orang-orang lain juga. flying crazy rabbit Aku wonder soalan apakah yang akan aku terima jika Mum menelefon bertanya tentang kesihatan aku semasa mengandung ni? Mungkinkah sama ada bagaimana alahan aku semasa pregnant ini? flying crazy rabbit Atau mungkin ada apa-apa yang aku teringin nak makan ke?flying crazy rabbit Sebab aku tak akan pernah nak tahu sebab telefon aku tak mungkin akan ada call atau SMS dari Mum bertanya tentang diriku masa aku mengandung ini. nah crazy rabbit

Aku juga tertanya adakah Mum juga akan sibuk-sibuk seperti ibu-ibu orang lain mencari dan memberikan cadangan nama untuk anak lelaki atau anak perempuan. up down crazy rabbit Mungkinkah nama yang diberi itu panjang berjela-jela atau pun hanya ringkas sahaja? up down crazy rabbit Aku tertanya-tanya sama ada Mum akan bercerita pada aku bagaimana dia dulu semasa mengandung memilih nama untuk aku dulu. up down crazy rabbit

Susahnya bila terlalu banyak berfikir ni. Sebab apa pun yang aku fikir semuanya tiada jawapan. Sebabnya aku memang tidak akan tahu apakah reaksi Mum untuk semua soalan yang ada dalam fikiran aku. help crazy rabbit

Itulah malas untuk aku berfikir banyak-banyak tapi kadang-kadang susah untuk membuang perasaan cemburu pada kawan-kawan apabila ibu mereka menelefon bertanya khabar di depanku. dizzy crazy rabbitWalaupun aku tahu aku tidak berhak nak rasa begitu sebab apa yang mereka ada itu memang tidak akan aku dapat galang gantinya lagi. Tapi bila bulan April ini datang, perasaan sebak itu menjadi susah di kawal. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain menitiskan air mata sayu. boohoo crazy rabbitSusahnya menjadi perempuan, mudah sangat perasaan emosi terusik. Apatah lagi semasa mengandung ini, tahap kesensitivitian aku menjadi tinggi sedikit berbanding waktu-waktu biasa. shake crazy rabbit

Kadang-kadang bila aku berselisih faham dengan FG, aku menjadi sangat sedih. on jail crazy rabbitYelah, sebab FG satu-satunya tempat untuk aku mengadu nasib tapi apabila kami bergaduh; aku akan rasa lost sebab tak tahu nak cari siapa untuk mengadu. Aku bukannya boleh mengadu pada siapa-siapa atau lebih tepat lagi aku mana ada Mum nak mengadu rasa tidak puas hati. no no crazy rabbitThe only solution yang aku akan buat adalah aku akan solat dan menangis lama-lama sampai tertidur dan mata aku bengkak dan aku demam keesokkan harinya.  sleeping crazy rabbit Pilu tahu tak jika tiada ibu untuk berkongsi rasa apabila kita menghadapi kesukaran. pheew crazy rabbit

Mujurlah perselisihan antara aku dan FG tidak pernah berpanjangan. pheew crazy rabbit Sungguh pun begitu, dalam saat aku nak melepasi masa tersebut; hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu macam mana keadaan jiwa aku tatkala itu. Masa itu memang aku akan cuba bersikap redha menerima ketentuan Ilahi mengenai perjalanan hidupku yang penuh dugaan ini tapi walau macam mana aku elak pun pasti aku akan mengeluh letih dengan dugaan hidupku yang tidak putus-putus. Masa itu sibuklah aku menuding jari pada orang lain dan masa itulah persoalan “kenapa aku” akan terlintas dalam fikiran aku. Allahuakbar. drama crazy rabbit

Apa-apa pun sekarang ini aku cuba mengawal emosi aku (walau pun aku sudah sepeket tisu habis semasa menulis entri ini) sebab aku sedar aku ada baby untuk dijaga.taichi crazy rabbit Walau pun baby dalam diri aku ini belum tahu apa-apa tapi aku sedar yang perasaan aku juga dapat dirasai olehnya. Aku tidak mahu dia stress dan sedih dengan keadaan aku bulan ini. Aku mahu baby rasa tenang dan happy saja.ballerina crazy rabbit Aku mahu Junior rasa disayangi oleh mommy-nya. Yelah, sudahlah aku stress marah-marah dalam kelas jadi takkanlah di rumah juga mahu stress emosi pula. Nanti Junior lahir akan asyik stress pula. Stress pula aku nak menjaga dia nanti. love you crazy rabbit

Psst.. Kepada adik-adik aku yang bakal bergelar Aunty & Uncles, aku tak tahu macam mana perasaan kalian apabila aku memberitahu yang aku sedang berbadan dua. blush crazy rabbitAdakah kalian happy macam aku juga atau rasa terkejut sebab rasa macam aku baru saja berkahwin lepas itu mengandung pula? dance with me crazy rabbitApa-apa pun aku harap kalian happy sebab aku sangat happy bila mengetahui aku mengandung dan bakal bergelar mommy tak lama lagi. Walau pun aku akui yang aku sangat nervous untuk menerima tanggungjawab tersebut tapi aku akan cuba buat yang terbaik. Insya-Allah. patpat dance crazy rabbit

iHeart : Doakan Keselamatan Aku Di Sini


Berikutan kekecohan di Lahad Datu & Semporna maka Ujian Setara 1 sekolah aku juga berlaku kekecohan apabila ibu bapa datang berpusu-pusu mengambil pulang anak mereka semasa Ujian Setara 1 berlangsung. Seminggu kena tunda Ujian Setara 1. Sampai ada guru yang kena set semula soalan. Sangat menyusahkan. crazy monkey 170

Apa-apa pun aku tak nak comment lebih-lebih kes di LD & Semporna tu. Sentiasa aku berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t untuk melindungi semua di SBH ini. crazy monkey 165 Tapi kepada keluarga mereka yang terkorban, aku ucapkan takziah. Semoga Tuhan merahmati jasa-jasa mereka mempertahankan Malaysia (tak nak guna SBH sebab SBH adalah negeri dalam Malaysia), tanah tumpah air kita. crazy monkey 065 Wah, patriotik tak aku ni?

Tapi kes kali ini memang menyusahkan ramai pihak. Aku yang nak mengajar pun jadi haru-biru (terutamanya nak buat PBS). crazy monkey 080 Mujurlah aku ini penyabar orangnya (saja nak puji diri sendiri). Kepada pelajar-pelajarku, silalah balik ke sekolah untuk menyambung pelajaran kamu. Rugi tak datang sehari, kami (guru-guru) tidak menunggu kamu tahu tak? crazy monkey 106

Dan kepada keluargaku di MLK & KL (especially FG), aku tahu kalian risaukan keadaan aku di sini tapi percayalah pada pentadbiran Malaysia untuk menangani isu ini dan berdoalah untuk keselamatan aku di sini.  crazy monkey 114 Insya-Allah, berkat doa semua maka isu di sini akan berakhirlah. Kuasa Allah s.w.t kita tak boleh lawan tau. Percayalah yang Allah s.w.t tahu apa yang berbaik untuk aku di sini. Kalian berdoalah untuk keselamatan aku dan percayalah pada qada & qadar Allah s.w.t. crazy monkey 066

Pssstt… Kedengaran macam positif saja aku ini kan? Tapi rutin harian aku di sini masih lagi sama. Cuma doa aku selepas solat saja semakin panjang. Macam-macam aku doa. Hari-hari aku SMS FG minta maaf. Huhuhu… Esok lusa, aku pun tidak tahu apa akan berlaku. crazy monkey 077

iHeart : Rumusan Januari


Bulan ini banyak perkara baru terjadi dalam hidup kerjaya aku. Mula-mula sekali adalah rumah sukan aku dari Merpati sudah ke Helang. crazy monkey 113Actually aku tak berapa nak kisah rumah sukan apa pun tapi sayanglah sebab sudah 3 tahun dengan Merpati maka bila tukar ke Helang macam tak berapa best pula. Tapi “saya yang menurut perintah” ikut sahajalah kan? crazy monkey 116

 

Dan Unit Beruniform aku dari Pandu Puteri sudah bertukar ke Pengakap. Dari all girls ke all boys, extreme tak? Hahaha… crazy monkey 089 Tak kisahlah, janji pentadbiran kokurikulum sekolah bahagia. crazy monkey 076Unit Persatuan dan Permainan masih lagi sama seperti tahun lalu. Dan kali ini aku termasuk dalam AJK Kebajikan pula. Berubah-ubah posisi aku sekarang ini. crazy monkey 078

Oh ya, Suhailah (KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) lantik aku jadi Setiausaha Panitia. Pening pula dia tengok aku tulis minit mesyuarat berjela-jela panjang sampai 3 muka surat. Hahaha, 1st time jadi Setiausaha memang semangat nak buat kerja. crazy monkey 079 Dan kali ini aku jadi Koordinator Panitia Sains pula. Dah tak jadi Ketua Pentaksir PEKA SPM. Syukurlah, kurang sikit kerja. Yelah, kalau tak penat aku nak update file PEKA tu. Tebal gila tu. crazy monkey 064

 

Guru kelas tu memang tiap-tiap tahun muka aku saja di 4 B. crazy monkey 067 Syukurlah budak-budak 4 B tahun ini baik-baik perangai. Kalau aku membebel-bebel tu, mereka senyap je. Lega stress aku dengan kelas tu. crazy monkey 105 Memang sukarlah nak dengar mana-mana guru tinggikan suara dalam kelas tu. Semuanya senyap saja. Tapi masalahnya senyap yang teramat sampai kadang-kadang aku cuak juga sama ada mereka faham tak apa aku ajar ni.  crazy monkey 111 Aduyai, senyap sangat pun susah juga. Bising sangat pun payah. Sabar je la kan? crazy monkey 126

Dan bulan ini juga ada pemberian duit BR1M RM100 setiap pelajar. crazy monkey 136  Cemburu aku tengok mereka dapat duit BR1M. Aku jadi tukang agih pada pelajar saja. Jadilah kan, dapat juga pegang duit dari langsung tak merasa. Hahaha… Ayat sedih semacam. crazy monkey 134

Tapi bulan ini banyak sungguhlah mesyuarat dan taklimat. Stress rasanya.  crazy monkey 130 Yelah, kerja sudahlah banyak. Lepas tu ada kerja tambahan pula. Stress tau! Tau kenapa aku stress? Sebabnya aku kan bakal bercuti pada Semester 2 jadi semua soalan Ujian dan Peperiksaan Semester 1 ini aku kena buat. Banyak tu! Stress woo. crazy monkey 143 Sudahlah kena kejar untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1 lagi. PbS tu aku rasa hampir setiap minggu ada. Banyak pula tu eviden PBS. crazy monkey 158  Lenguh tangan aku menanda PBS. Memanglah orang kata yang cikgu-cikgu PBS ini perlu banyak sabar (PBS). crazy monkey 141

 

Apa-apa pun aku akan cuba yang terbaik untuk siapkan kerja yang diberi kepada aku. crazy monkey 129 Dan selalu aku doa agar Allah s.w.t mengurniakan aku kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan kerja aku yang bergunung-ganang tu. Hahaha… Kalau nak kira kerja aku, memang lebih tinggi dari Gunung Everest tau tak? crazy monkey 163  Aku sangat tak sabar nak Februari sebab sebulan ini tak cuti langsung. Stress woo dengan kerja. crazy monkey 179 Nak cuti! Nak cuti! Nak cuti! Hehehehe, ke nak balik tengok FG? Ahaks, kantoi ke? crazy monkey 140

Pssst… Masa Apple One Day Event, rasa macam jatuh cinta pada iPad Mini. FG, mau order satu iPad Mini boleh? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 165

iHeart : Hijau??? Akan Difikirkan


Tahun 2012 ini memang tahun yang unexpected berlaku pada aku termasuklah hadiah kahwin aku di penuhi dengan warna yang paling aku tak suka iaitu HIJAU.MySpace Tak kisahlah hjau pandan, epal, pucuk pisang, turquoise atau apa saja (yang penting hijau) memang aku TAK SUKA!!! MySpaceTapi bila aku buka hadiah dan nampak most adalah hijau, aku memang rasa nak pitam (even di rumah FG pun dapat hadiah towel hijau). MySpace

Antara warna hijau yang aku ada termasuklah sut baju kebaya batik hijau (Mak Ngah Robiah hadiahkan) yang aku belum pasti entah bila zaman akan aku pakai. Oh stress!MySpace Acik pun banyak menerima baju kurung dari kawan-kawan sepejabatnya dan MekTam Ina juga (dan kemudiannya di pass pada aku). Aku tak kisah orang bagi baju kurung ni, cuma perlukah bagi aku warna hijau? Arrghhh… MySpace

https://i2.wp.com/img153.imageshack.us/img153/2169/imag0021copy3r.jpg

Jadi aku rasa aku perlu pertimbangkan warna ini dalam senarai black list aku sebab warna hijau ini sudah mula mahu memasuki dunia warna aku.MySpace Walaupun aku akui yang dunia warna aku masih lagi dimonopoli oleh warna pink, tapi bila ada sedikit warna hijau masuk ni… Aku stress pula fikir. MySpace

Apa-apa pun terima kasih kepada yang memberi hadiah warna hijau tu pada aku. Aku tahu niat kalian ikhlas dan aku wajar mempertimbangkan warna hijau tersebut dalam kehidupan aku mulai 2013 ni. Insya-Allah… MySpace

Oh ya, aku ada juga cuba-cuba pakai warna hijau ke tempat kerja. Tahu apa aku rasa?MySpace Macam aku ini pokok bergerak yang bila-bila saja akan ada burung berak atas kepala aku.MySpace

Dan aku memang rasa sangat tak selesa (sakit perut the whole day),MySpace jalan tak stabilMySpace dan asik nak terlanggar mejaMySpace serta aku rasa nak muntah (pening dan sakit kepala sepanjang hari). MySpace

Oh, teruknya effect hijau ni.MySpace Tell me, macam mana aku nak belajar suka warna ni? Pakai tak sampai 8 jam tu pun dah rasa macam dalam coffin, tak tahulah macam mana nak pakai selalu. MySpace

Dan bila aku lihat ada orang lain (even FG) pakai warna hijau ni tanpa rasa seperti apa yang aku rasa sekarang ni, aku rasa macam nak menjerit pula. I mean, perlukah pakai warna tu dengan senang hati depan aku? Yuck, rasa nak muntah pula fikir. MySpace

https://i0.wp.com/blog.fotodiamore.com/wp-content/uploads/2010/01/dsc_6713-681x1024.jpg

Pssst… Ada juga aku usha kasut warna hijau (mana tahu kalau ada yang aku berkenan) tapi masih lagi aku nampak warna itu dull (biar pun design dia stunning).MySpace Hohoho, kejam kan? Nampak sangat aku masih lagi bias dengan warna hijau ni. MySpace

iHeart : Terima Kasih Semua!!!!


Walaupun sudah masuk ke bulan Oktober, masih lagi aku teringat jasa dan pengorbanan penat lelah semua ahli keluarga aku masa majlis kahwin aku Ogos 24, 2012. Memang persediaan mereka sebelum majlis lagi (malah sebelum Ramadhan, semasa Ramadhan dan sehinggalah selepas majlis dalam bulan Syawal). Disebabkan kami tiada pakai katerer, maka periuk belanga tu memang kena basuh sendiri. Malah FG pun kena basuh 7 periuk. Hahaha… Punyalah hebat kan? MySpace

Memang mereka tidur-tidur ayam saja. Ni cerita benar, Ain siap tertidur atas meja sebab dah terlalu penat. Tidur sejam dua, dah kena kejut untuk tolong masak. Memang gila tak gilalah kan? Aku janganlah cerita, memang tak cukup tidurlah nak prepare sini-sana. MySpace

Memang aku tak dapat nak list semua nama (sebab ramai sangat yang datang menolong) tapi aku memang berbanyak-banyak terima kasih nak ucapkan pada mereka. Tanpa mereka memang majlis aku tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih semua. MySpace

Pssstt… Serius aku nak sangat belanja makan ikan bakar tapi masalahnya nak cari timing tu memang susah. Yelah, sebabnya aku di KL dan kalian di MLK. Aduyai, FG pula susah nak dapat cuti. Uuuuu… Tapi teringin sangat. MySpace