iHeart : SUP Sesi Petang


Well, kalau sebelum ini aku cerita kerja aku sebagai AJK e-Kehadiran, kali ini entri terbaru adalah mengenai kerja khas lain aku iaitu Setia Usaha Peperiksaan Menengah Rendah. dancing crazy rabbit

Wow, macam gempak saja kan title tu? Hahaha, ini adalah merupakan salah satu kerja yang dalam top 10 kerja yang sibuk di sekolah. Aku cuma handle 2 ujian, 2 peperiksaan saja setahun (macam senang kan bunyinya) tapi yang buat susah adalah bila berkaitan dengan sistem key-in PBS yang asyik tergendala dan menyusahkan ramai pihak tu. Aish, aku seram sejuk pula bila fikir betapa sibuknya hidup aku nanti selepas cuti Tahun Baru Cina nanti (February). boohoo crazy rabbit

Kerja pertama aku sebagai SUP Sesi Petang adalah, bagi Taklimat Kurikulum dan PBS semasa Orientasi Peralihan dan Tingkatan 1. Dan aku berjaya melakukannya dengan tunjuk ajar mantan SUP iaitu Cikgu Syahirah. Dan itu baru permulaan, ada banyak lagi yang aku kena belajar. Huhuhu… exorcist crazy rabbit

Kerja kedua aku pula adalah, standby dengan markah akhir tahun 2013 kerana ada ramai pelajar 2014 ini yang mahu berpindah sekolah dan ada yang mahu memohon biasiswa luar. Actually markah yang mereka mahu adalah markah PBS tapi sistem tergendala sehingga APril 2014, maka terpaksalah bagi markah akhir tahun. Apa nak buat, ada perkara yang di luar kemampuan SUP kan? boring crazy rabbit

Kerja ketiga? February baru mula. Sekarang ini cuma warming up saja. Hahaha… Tapi mujurlah BFF aku semuanya SUP jadi bolehlah minta tunjuk ajar ya Sifu Panda dan Sifu Bebiri. Hehehe… Saya kan budak baru belajar. dance with me crazy rabbit

Tapi bilik SUP sangatlah terpencil. Ini yang buat aku pindah randah sini sana. Hahaha… Baru aku faham kenapa Syahirah dulu asyik lepak tempat Shaheda. Ngeh ngeh ngeh… Macam aku pun bakal lepak melepak tempat sini sana saja. Hahaha… flying crazy rabbit

Psst… Punyalah bersemangat aku apabila dilantik menjadi SUP Sesi Petang sampai aku pergi beli software Microsoft Office for MAC yang berharga RM 449 untuk one user. Ahaks, sebelum ini sebab kerja aku cumalah guru biasa maka tak pernah lah aku nak ambil serius software Office tapi bila dah dapat kepercayaan besar macam ni, maka kenalah buat yang terbaik kan? hate crazy rabbit

Advertisements

iHeart : Modul Relief


Saja nak reveal satu per satu kerja aku di tempat kerja baru. Kali ini adalah AJK Jadual Waktu dan Relief. Wow, masa tu aku terfikir Wani yang pernah pening kepala buat Jadual Relief. Huhuhu… Bezanya di SDK guna sistem komputer tapi di KL kena guna manual. Mencabar tak? Hahaha…  ahaaah onion head

Tapi aku lebih kepada Jadual Relief dari Jadual Waktu memandangkan Cikgu Uji dan Cikgu Haina yang menguasai bahagian tersebut. Uh, mana-mana pun masih lagi nanti aku kena belajar Jadual Waktu juga. Huhuhu, nantilah biar Kak Uji ajar Haina puas-puas dulu baru aku belajar slow-slow dengan Haina nanti. Hehehe…  angel2 onion head

Ketua Jadual Relief pula adalah Cikgu Irma. Selalunya dia yang buat kecuali masa dia tiada di sekolah barulah aku yang kena buat. Pernah satu hari tu dia MC, menggigil aku buat. Hohoho, kelam-kabut tu (sampai aku marah-marah orang lain). Hahaha… Itu kali pertama, kali kedua belum ada lagi. Hehehe… Terima kasih Kak Irma sebab masih lagi buat walaupun kadang-kadang dia membebel-bebel suruh aku belajar biasakan buat Jadual Relief. Hehehe… cool onion head

Dan untuk permulaan kerja Jadual Relief, aku ditugaskan membuat 5 set soalan modul relief BM dan BI yang akan digunakan semasa relief bagi mengelakkan pelajar bising dan bermain dalam kelas. Aku kena buat Tingkatan 2. Guess what, aku dah siap tau. Dah email pada Kak Irma. Jangan dia tak check inbox sudah. Hahaha… Kalau esok dia tanya modul T2, means dia tak buat email lah tu. Huhuhu…  bsod onion head

Pssstt… Siap 5 set soalan beserta jawapan ya. BM dan BI maka 10 set, hebat tak aku? Hahahaha… cheer3 onion head

iHeart : Tahun Melawat Malaysia – 2014


Entri ini sepatutnya aku letak permulaan 2014 tapi since kepala aku dah haru-biru dengan macam-macam perkara jadi baru sekarang aku teringat. Hahaha… laugh cute pink cat

Tahun 2014 adalah merupakan Tahun Melawat Malaysia yang diumumkan masa Bajet 2014. Nah, jangan pula buat-buat lupa pula kan? Masa January 4, 2014 pelancarannya. Ops aku missed nak tengok. Aku sibuk buat RPH. Huhuhu… Ini buat aku teringat masa sambutan Tahun Baru 2014 juga, aku lena dalam selimut (aku terlupa fireworks). Aish, makin berumur sudah aku ini. Asyik lupa saja. Nak salahkan semut boleh tak? Ni mesti sebab semut selalu sedut air Nescafe aku kan? Gggggrrr… laugh pink cat

Apa-apa pun aku sangat teruja dengan 2014 ini dan aku pun mengambil peluang ini nak Cuti-Cuti Malaysia juga. Macam nak pergi ke Pulau Langkawi. Boleh borong coklat. Ahaks, suka-suka! FG, yuk date! in love pink cat

Pssst… Jom sama-sama kita sokong program Tahun Melawat Malaysia ini dengan melancong dalam Malaysia. Lagi ramai lagi meriah kan? Hehehe… shy pink cat

iHeart : Al-Fattah Makan


Al-Fattah makan kali pertama

Al-Fattah makan kali pertama

Tahniah kepada Al-Fattah kerana berjaya makan dengan selamatnya apabila genap berusia 6 bulan (genap 6 bulan pada Jan 30 tapi kali pertama makan Jan 31 sebab nurse suruh lebih sehari baru bagi makan). Aku berdebaran juga kalau dia menolak makanan (mana tahu dia nak minum susu saja). Tapi alhamdullilah dia menerima makanan yang diberi walaupun hanya sebelah biskut rendam tu. Yelah, agak-agaklah nak dia telan semangkuk bubur buat kali pertama. Baru nak belajar makan kan?  ballerina crazy rabbit

Sangat seronok tengok dia makan. Mesti nak ajar dia makan macam-macam supaya biar berada di negeri mana pun kelak; semua pun makan. Hehehe… Suka Suka Suka!!! patpat dance crazy rabbit

Pssst… Tak sabar tunggu dia merangkak pula. Hihihihi… floating crazy rabbit

iHeart : Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Hari WP


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada Jan 31 dan Feb 1. Wahahaha, sangat seronok sebab dapat tengok semuanya di hiasi merah! Aku suka warna ‘ong’ ni. Sangat bersemangat, berani dan membara. Wow! Aku sangat excited dengan Jan 31 ini sebab ini adalah tarikh hari pertama Al-Fattah mula belajar makan!!!! Bagi mengenang date itu aku pun beli thumb drive 16 GB kuda (sempena 2014 ini tahun kuda) yang warna merah itu. Excited tak aku ni? Hahaha… cute1 onion head

Dan bagi warga Wilayah Perseketuan (KL dan Labuan) yang menyambung cuti sehingga Feb 3 kerana tarikh Hari Wilayah jatuh pada sama tarikh dengan cuti TBC, aku ucapkan Selamat Bercuti. Apa-apa pun Selamat Bercuti pada semua rakyat Malaysia! Dan sangat seronok cuti kali ini aku dapat balik ke MLK.  Dengar kata banyak berita baru di MLK. Tak sabar pula nak balik. Hehehe… evil smile onion head

Psst…. Ain, kau balik juga kan? Mesti balik tengok Al-Fattah makan buat kali pertama. Ngeh ngeh ngeh…  happy onion head