Diyana & Faiz


Assalamualaikum semua pembaca WordPress Diyana Heart Faiz…

Inilah kami, Diyana Pink & Faiz Coklat.  Ini adalah gambar kami pada Oktober 2011, di Universal Studio Singapura (USS) semasa hari ulangtahun kelahiran aku pada tahun tersebut.  Masa ini kami memang tengah “in serious relationship”. I mean “the very serious one” tau!


Sengaja aku letakkan model Marilyn Monroe (aktres 18 SX yang berpengaruh besar di Hollywood suatu ketika dahulu) untuk menunjukkan bukti kami di USS bukan di mana-mana tempat yang bertema klasik begitu di Malaysia. Sangat berlagak kan?

diyanafaiz

Ini pula adalah gambar kami di Comic Fiesta KLCC pada Disember 2012 yang lalu semasa aku sedang berbadan dua. Nah, imej pun sudah tukar kan (wahahaa, aku sudah pakai tudung sekarang ini). Amacam, sopan tak? Kikikiki… Mulalah perasan aku ni. Hahaha…

Apa pun, feel free to comment my WordPress; but please jangan mencarut atau menulis mana-mana unsur yang keterlaluan (or else I have to spam you!)

Dan boleh juga contact aku melalui Facebook atau Twitter.

WordPress ini aku buat untuk berkongsi banyak cerita yang menarik dalam hidup aku mulai 2012. Ada banyak maklumat aku nak kongsi dan ada banyak pendapat aku nak kalian memberi pandangan mengenai sesuatu keputusan yang aku nak buat.

Dan sebagai insan biasa, aku banyak kelemahan dari kelebihan. Jika aku ada tersilap taip atau terkasar bahasa, aku meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kelebihanku semuanya datang dari Allah s.w.t tetapi kekuranganku datang dari kelemahan aku sendiri dan insya-Allah aku akan cuba perbaiki diri dari sehari ke sehari.

Walau bagaimanapun, selamat berkenalan semua! Dan bersama-samalah kita berkongsi pandangan mengenai topik-topik semasa sekarang ini. Insya-Allah…

-Diyana a.k.a FaRa HunnyBunny-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s