iHeart : The Beginning Of 2015


OMO! Dah masuk 2015 rupanya dan SANGAT LAMA aku tak menulis dalam blog ini. Dush, rasa nak punch muka sendiri sebab abaikan blog yang lovable ni. Rasa guilty!

Anway, sudah-lah intro tak bagi salam. Terus-terus membebel pula kan? Hehehe… Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca. Bagi 1st time reader, sorry-lah kalau boring baca bebelan aku yang tak cukup panjang lagi ni. Hehehe… Untuk yang dah biasa baca, sorry dude… 2014 aku cukup busy sampai tak cukup kaki tangan nak type dalam blog. Ahaks, alasan tak boleh-blah kan?

Untuk 2014 aku dapat banyak complaint. Erk, especially merungut “KENAPA LAMA TAK UPDATE?”. Wah, itu aku memang bersalah sangat (dan tak tahu nak jawab apa soalan tu.) Cuma minta maaf banyak-banyak-lah sebab lama tak update maka cerita tentang aku macam TOTAL LOST begitu saja. Bukan apa, 2014 adalah tahun bersedih Malaysia (JAP, APA KENA MENGENA DENGAN BLOG AKU?) maka aku terlalu sedih nak update tentang flight and so on, tu yang buat aku MISSING IN ACTION. Wah, drama tak alasan aku? Harap terimalah maafku ini dengan seikhlas dekat yang boleh, kikiki.

Sudahlah aku lama tak update blog, kat TWITTER dan FACEBOOK pun jarang-jarang buka. Kejam tak kejam aku ni kan? Busy mengalahkan Prime Minister. Wahahhaha… Tak tahulah apa yang merasuk aku tahun lepas, tapi aku memang SENYAP betul 2014 ni. Harapan aku 2015 ini, biarlah aku lebih KECOH. Harap jangan jadi HARAPAN saja ayat tu kan? Ngeh ngeh…

Banyak nak share of course (sebab lama yang amat tak update) tapi nak highlight sikit, entri 2015 kali ini aku nak tulis panjang-panjang yang mampu boleh? Yelah, dah Akak Ct Panda complaint aku tulis pendek sangat masa 2014 (tak sempat nak gelak 6 harkaat, katanya) maka terpaksalah aku tahun ini tulis berjela-jela untuk memenuhi permintaan dia. Hah, jangan lenguh mata nak baca sudah. Dan jangan sengih sorang-sorang lama sangat, nanti kena cop ‘sewel’. Hahaha…

Aku memang tahun 2014 tak ambil port sangat apa berlaku dengan calendar, sampai-kan tak sedar 2015 dah tahun BEBIRI (dalam calendar China). Wah, sengih-sengih-lah Missy Sheepo sebab tahun ini banyak OOONG pada dia. Manalah tahu tahun ini jadi Mrs Sheepo pula, OPS! Ni gossip panas ni. Kehkehkeh…

Tahun 2015 ini awal-awal tahun FG dan announce yang tahun ini tema sepatutnya KELABU (marah betul dia kena pakai baju SHOCKING HOT PINK untuk raya tahun lepas, hahahaha) maka MESTILAH KELABU tahun ini. Yelah, yelah (malas nak gaduh) maka tahun ini raya nanti KELABU-lah aku jadinya. Eh jap, apahal announce awal sangat ni? Tak surprise-lah jadinya kan? Gagaga… Tapi kain tak beli lagi, maybe lepas dapat BONUS ke? Wah, menunggu gitu. Bilalah nak dapat BONUS yang DIJANJIKAN tu ya?

Tahun 2015 ini memang BIG SURPRISE pada semua orang yang kena bah. Saban tahun kita memang tahu yang tengkujuh akan menyebabkan air naik tapi tahun ini tak sangka pula AIR SANGAT BANYAK NAIK sampai mengorbankan nyawa. Uh, sedihnya permulaan 2015 ini. Seikhlas hati aku mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang kehilangan insan-insan tersayang kerana banjir baru-baru ini. Sabarlah, semua ujian ini ada hikmahnya. Perancangan Tuhan kita tak tahu, tabah dan positiflah. Aku banyak juga menderma barangan dan duit pada tabung-tabung yang mengumpul dana. Harap-harap mereka menerima dan menggunakannya sebaik yang mungkin. Aku sedih tengok video clip berkaitan mangsa banjir yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Yelah, aku pun ada anak kecil jadi aku tahu keperitan nak menyelesakan anak kecil masa dalam serba kekurangan. Apa-apa pun aku berharap agar semua berjalan dengan lancer seperti mana yang kita rancangkan. Amin.

Dan sebagai seorang guru, walaupun dah ditunda bermula musim persekolahan dari Jan 5 kepada Jan 12, kerja aku masih lagi tak siap. Hahaha, entah apa yang aku buat selama seminggu bercuti (janganlah tanya). Aku rasa kerja memang tak akan siap walaupun setahun diberi cuti. Ada saja kerja kan? Ngeh ngeh,…

Okay, berbalik pada AKU. Azam 2014 aku memang tak tercapai (sebab tu tak tulis dalam blog, kakakaka). So, ditarik ke 2015 (macam biasa). Tak tahulah tahun ini dapat tercapai ke tidak tapi aku nak berusaha lebih nak capai (tahun 2014 tak cukup usaha). Nak aku list dalam ni? Kikiki, TAKDE MAKNA aku nak reveal-kan azam aku. Nanti kalau tak tercapai, berbakul-bakul kena gelak. So kena secret sampai Dec 31, baru boleh announce. Ceeewah…

Aku dah beritahu dunia (sebab dah tulis dalam TWITTER dan FACEBOOK) tapi tak ada orang response (mungkin sebab aku tulis guna ENGLISH HIGH RANKING punya, yelah 2014 kan aku ni ajar English) maka terpaksalah aku announce again melalui blog ini yang aku PREGNANT untuk anak ke-2 dan dijangka kelahiran pada bulan Mei 2015 ini. Dan masa tu Al-Fattah belum berusia 2 tahun lagi, gagaga… Jangan risau, masih belum terlambat nak wish Congratulations pada aku. Aku tak kisah pun dapat wish lambat, yang penting hadiah bagi cepat sikit ya. Hahahaha…

Apa lagi nak share untuk awal-awal ini ya? Hurm, let’s see. Aku masih lagi umur 20-an (kikikiki), masih lagi kerja di sekolah di KL, berat mestilah bertambah dah dari 2014 (dengan alasan aku sedang mengandung sekarang ini), anak aku Al-Fattah; seorang hero yang bakal berumur 1 tahun 6 bulan pada Jan 30 ini, hubby aku FG masih lagi belum habis belajar Master dia di UiTM Shah Alam, kereta masih satu lagi (itu pun parah dah kereta tu kena chewing gum dan calar balar graffiti pelajar), di KL masih lagi menumpang rumah orang memandangkan nak sewa rumah mahal sangat di KL ni dan aku masih sensasi dengan gossip macam dulu lagi. Wah, macam promote diri pula rasanya. Ngeh ngeh ngeh…

Cukuplah dulu coret-coret untuk permulaan blog ini setelah sekian lama aku menyepi. Nanti aku tulis lagi. Yang penting gambar-gambar dalam blog aku (yang aku Google-ling) comel-comel. Kahkahkah, sungguh perasan aku ni. Okay, chiow. Love you guys. Daaa… Assalamualaikum!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s