iHeart : Pantang Makan 60 Hari


Masa tu aku pernah beritahu kalian mengenai kegilaan aku makan ikan haruan semasa dalam proses nak sembuh ini. Dan ini adalah salah satu produk yang aku makan iaitu Pati Ikan Haruan dengan Gamat.MySpace Aku makan dua botol sehari (walaupun sepatutnya sebotol setiap hari tapi sebab nak sembuh cepat, macam inilah jadinya). Dan aku makan ini berselang-seli dengan Pati Ikan Haruan dengan Ginseng. Ada perbezaan tau Pati Ikan Haruan Gamat dan Ginseng. Yang Ginseng lebih pahit.MySpace Yang Ginseng lebih bertenaga dan badan aliran terasa lebih panas (dan aku makan pada sebelah siang sebab masa aku cuba makan sebelah malam, aku tak boleh tidur sebab badan panas).MySpace Tapi dua-dua memang baiklah untuk kesihatan. Insya-Allah.

Dan kemudiannya, aku juga disediakan sup ikan haruan (tanpa perasa) bersama rempah ratus akar kayu beli dari kedai tabib cina. Memang payau dan kelat dan hanyir juga rasanya. Sudahlah tawar (sebab garam pun tak letak). Dan kuahnya sangat pekat sebab di reneh dari 4 cawan air kepada secawan air (sampai ikan hancur dan tak serupa ikan dah dalam sup tu). Dan menu ni kalau aku makan, memang makan dengan nasi kosong sahaja. Sangat sedihkan menu aku masa sakit ni.

Ini pula versi ikan haruan yang digoreng dengan kunyit. Bukan buat macam yang ikan goreng tu ya. Ni pakai kunyit hidup. Dia macam sambal ikan kunyitlah lebih kurang. Kunyit memang sold out di rumah selalu sebab nak buat masakan ini. Dan selalu je kunyit tu tak di blend hancur dan aku kena makan kunyit hidup tu. Kuning jadinya gigi aku. Agak scary bila aku fikir. Tapi menu ini lebih aku sukai daripada sup.MySpace Sebab sekurang-kurangnya rasa hanyir ikan tidaklah sekuat mana kalau dah kena goreng kan?

Tapi itulah, kata Wani lebih baik sedut hidup-hidup anak ikan haruan (yang berwarna merah). Cepat baik dan sembuh luka. Rasa macam cendol sahaja (heh, aku cendol pun tak suka sebab warnanya hijau macam Hulk!).MySpace Aduyai, tengok pun tak lalu apatah lagi nak makan hidup-hidup kan? Tapi agak tak sangguplah aku nak makan yang ini. Aku sanggup makan yang dimasak hanyir dari tak masak (dan super duper hanyir).

Dan inilah luka aku yang masih lagi berair dan membuatkan aku tidak boleh mandi secara normal. Geram pula aku sebab di kawasan yang tidak kena air, akan berdaki pula kan? Memang menyesakkan fikiran pula bila fikir cara-cara aku mandi yang unik tu. Tapi kerana inilah aku tidak boleh enjoy bermandi-manda berlama-lama. Uh, ruginya kan? MySpace

Dan banyaklah duit aku melayang beli ubat-ubatan dan plastic untuk cover masa mandi. Cecah ribuan sudah duit aku habis untuk sembuh secepat yang mungkin. MySpace Dan doktor pun rungsing tengok luka aku yang lambat sembuh. Aku sudah buat pemeriksaan gula dalam darah dan memang comfirm tiada penyakit diabetes tapi entah mengapalah penyembuhan luka aku memang lambat. Macam kura-kura. Dan walau dan berbakul-bakul sayuran hijau dan buah-buahan aku makan, masih lagi berair. Tension jugalah aku bila setiap kali pemeriksaan luka mesti doktor tu tuduh aku tak makan sayur-sayuran (padahal dan berbakul-bakul aku makan).MySpace Tapi sabar sahajalah, memang antibodi aku lambat bekerja. Malas nak overtime. Hahaha… MySpace

Psssstt… Aku sudah cuba banyak susu untuk menambah kalsium dalam badan aku dan akhirnya aku akui yang HiGoat juga yang paling mujarab dalam soal susu untuk menambah kalsium.MySpace Berpuluh-puluh tin aku cuba Anlene tapi tiada perubahan pada diri aku. Mungkin aku perlu berjuta-juta tin baru ada kesan pada badan aku. Tapi itulah, Anlene murah sedikit daripada HiGoat. Tapi nak cepat sembuh punya fasal, aku minum juga HiGoat tu. Dan ada masanya aku kena dera juga minum fresh milk (segar dari ladang), tahan sajalah! MySpace

Tapi aku pun kena paksa juga makan supplement tambahan lain untuk kalsium ni contohnya Calcium Magnesium dan Natural B Complex daripada produk Amway.MySpace Dah banyak aku cuba ubat-ubatan farmasi dan akhirnya aku serasi dengan produk Amway. Dulu masa aku kena paksa makan produk Elken Spirulina tu, memang sangat susahlah aku nak makan (sebabnya pil-pil warna hijau lumut yang sangat scary!) tapi untuk yang ini mudah sahaja. Mungkin sebab pil-pil ni semua tiada yang warna hijau. Hahaha… MySpace

Tapi untuk kali ini ada tambahan Bio C Plus kerana kulit aku yang agak problematic nak sembuh. Jadi, tiga pil ini aku ambil dua kali sehari (sepatutnya 3 kali sehari, hahaha… gila jimat kan aku ni? MySpace) bersama dengan ubat hospital. Kemudian, ada jugalah ubat sapu yang kena disapukan pada luka aku tu. Next time aku sharing tentang ubat sapu itu ya, sekarang ini kita fokus pada pil-pil dulu.

Aku nak ceritalah tentang vitamin E yang aku beli di Apex (farmasi) yang memang 1st choice aku kalau cari ubat-ubatan ni. Sebabnya farmasi Apex Melaka ni dicat dengan warna pink, bias kan? Hahaha… MySpace

Ops, terlepas simpang pula nak cerita kan? Macam ini, jurujual di farmasi tu punyalah beriya cerita pada aku yang vitamin E ini sangat bagus mengalahkan produk-produk yang lain (padahal masa tu aku tengok memang langsung tak popular brand ubat ni) dan mengenangkan aku ini pun mudah terpedaya dengan kata-kata manis jurujual,MySpace maka aku pun beli dan cubalah makan vitamin E ni. Sepatutnya memanglah vitamin E untuk membaiki kulit tapi apa yang berlaku adalah, kulit aku makin teruk dan timbul pula alahan ruam gatal-gatal.MySpace Peh, scary tau! Masa tu keluarga aku fikir aku sudah langgar pantang makan seafood yang sepatutnya selama 60 hari tu, tapi aku siap bermati-mati menafikan (sebab memang aku tak makan pun kan!) dan mereka siap marah-marah aku lagi. Aduyai, tak fasal-fasal aku kena marah sebab alahan vitamin E ni kan? MySpace

Aku notice pun sebab sebelum ini aku makan produk Amway tiada pula masalah, Elken pun tiada masalah (walaupun aku makan Spirulina tu rongak-rongak dulu) tapi dengan produk ini secara automatic terus kena alahan.MySpace Sangat geram sebab bila aku berhenti, aku tak tahu nak buat apa dengan ubat tu. Jadi, last-last aku buang je dalam tong sampah baru puas hati aku. MySpace

Seriously, sekarang ini aku mulai rindukan udang. Aku rasa kalau ada batu belah batu bertangkup, mesti aku dah lari masuk membawa hati yang merajuk mahukan udang. Hahaha…MySpace Mitos dongeng pula kan? Tapi aku semakin kena berpantang setelah kena alahan ini. Sebabnya alahan ini bukannya bila aku berhenti makan vitamin E tu terus dia hilang, tapi dia dah bermukim pula di badan aku. Jadi nak tak nak aku kena control makan aku (dan memang aku kena pantang makan seafood juga kan?).

Psssttt… Paling tak boleh blah masa aku kahwin pun aku masih dalam proses pantang makanan 60 hari jadinya aku boleh tengok sahajalah seafood yang terhidang atas meja.MySpace Nak makan sure kena bomb dengan family aku kan? Hukhukhuk, kecewa! Apa nak buat, sudah nasib badan. Sabar-sabar. MySpace

iHeart : Berani Mati Kali Kedua?


Bila aku bulatkan hati masa tahun 2011 nak buat pembedahan kali kedua pada 2012, aku tekad masa tu nak keluarkan besi yang ada dalam bahu kiri aku sejak Jun 2010.MySpace

Setiap kali aku tengok filem x-ray aku, memang rasa cacat dan hodohlah bahu kiri aku ni. Macam robot je bentuknya.MySpace Dan selalu aku rasa down dan rendah diri (hilang keyakinan yang amat) dalam beauty looks ni.MySpace Dan bila aku suarakan pada keluarga aku, tiada halangan sebab kata mereka yang merasa sakit tu aku, jadi ikut suka hati aku! MySpace

Siapa cakap aku tak takut untuk pembedahan kali kedua? Peh, kalau aku tadah air mata aku selepas doa dalam solat (yang berkenaan dengan pembedahan sahaja) mesti dah boleh cairkan Gunung Everest.MySpace Nama pun kali kedua, pastilah masa pertama aku dah rasa bisa pembedahan ni. Malah sampai ke hari terakhir (hari sebelum masuk ke wad) pun aku masih enggan nak fikir sakit pembedahan ini (walaupun aku tahu sakitnya bukan kepalang!) dan bila semua tanya aku, “Dah ready ke nak buat pembedahan?” dan pasti aku hanya tersenyum sahaja, ready atau tidak – aku pasti akan lakukan juga. MySpace

Terima kasih atas kesan accident (bahu kiri) yang itu, inilah yang sering beri aku peringatan dan keinsafan untuk setiap kali aku melihat diri aku dalam cermin.MySpace Betapa peluang mati hidup semula ini buat aku banyak berubah dan bertaubat. Semakin beringatlah aku pada qada’ & qada’ Tuhan ni. Masa tu rasa bersyukur sangat apabila diberi peluang hidup lagi. Dan inilah yang beri aku kekuatan untuk terus tabah menghadapi dugaan hidup ini yang semakin lama semakin mencabar. MySpace

Dan tanggal 31 Mei 2012 aku pun selamat menjalani pembedahan selama 2 jam (mulai 10 pagi – sebab aku tanya nurse tu masa sebelum aku operate). MySpace Dan aku nangis bila keluar bilik bedah tu sebab aku terharu mak cik aku; Bee Shelly,  dah lama menunggu aku dari tengah hari tadi sebab aku dah keluar bilik bedah 12 tengah hari tapi di luar bilik bedah tu kena monitor lagi selama setengah jam (masa tu aku memang laloq habis, mamai sungguh!). Tu yang 12.30 tengah hari baru keluar dari situ. Oh Tuhan, tak tahu nak cerita macam mana perasaan masa tu. MySpace

Dan bila aku tiba di wad, mak cik aku salinkan aku dari baju bilik bedah kepada baju wad (sebab masa tu aku sangat tak berdaya nak gerak pun).MySpace Dan tak sampai setengah jam, Nenda, Ain (adik aku) dan Moksu (mak cik aku) datang membawa bubur bertingkat-tingkat (siap sambal ikan bilis lagi). Masa tu pun Bee Shelly datang lagi melihat keadaan aku dan dia bawa minyak angin (sedangkan Acik dah bagi minyak angin pada Nenda bawa untuk aku) sebab aku mengadu pada dia yang kepala aku sangat pening dan mabuk (mungkin sebab kesan ubat bius penuh). Sangat terharu!MySpace Mereka siap tukarkan baju aku dan suapkan aku makan-minum.

Dan paling tragic adalah Ain datang menjaga aku. Dan dia kena urut kepala dan belakang badan aku dan aku asyik muntah-muntah.MySpace Hurm, banyak jugalah yang aku muntah-muntah. Nasib baik Ain rilex je layan aku yang tengah pening-pening lalat tu.  Yelah, kesan ubat bius penuh memang begini. Dah la katil aku tiada bell, mujur Ain ada untuk apa-apa urusan aku nak buat.MySpace Dan Ain siap datang tidur sekatil dengan aku masa jaga aku di hospital. Kau jangan ceritalah, dia siap bawa notebook dan broadband untuk online di hospital. Memang tak boleh blah kan? MySpace

Dan malam tu juga Ain tolak aku ke bilik x-ray untuk melihat keadaan tulang aku selepas pembedahan. Jam 12 tengah malam kami pergi x-ray di bangunan baru (aku duduk di bangunan lama dan amatlah jauh dan spooky bila malam-malam berjalan di hospital).MySpace Mujur masa x-ray tu tak ramai orang dari wad kecemasan, sebab malam tu aku dah menggigil-gigil melawan kesejukan malam di hospital. Ain buka sweater dia bagi aku pakai sebab aku dah gigil-gigil menahan sejuk.

Pengalaman di hospital yang kedua tidaklah seteruk masa pengalaman aku yang pertama. Masa tu memang kali pertama aku masuk ke hospital jadi banyak yang aku tidak tahu. Dan kali ini aku lebih cerdik untuk request apa yang aku nak.MySpace Dan aku rasa mungkin kali ini hati aku rasa bahagia sebab Ain ada jaga aku di hospital, tu yang kali ini aku tak seteruk kali yang pertama.MySpace Tapi muntah janganlah cerita! Memang banyak gila aku muntah. Setiap kali makan, aku muntah. Lenguh tangan Ain mengurut aku. Terharu pula aku. Mujur ada adik perempuan, kalau tiada macam manalah aku nak hadapi seorang diri dalam hospital ni? MySpace

Pengalaman kena pakai baju wad warna hijau tu memang aku bila fikir memang tak sanggup tul nak fikir lagi! Nak buat macam mana, dah itu warna wajib. Nak pakai warna pink, kena mengandung dulu sebab perempuan nak beranak sahaja yang dapat uniform wad warna pink. Warna lain memang tiada. Warna biru memang khas untuk pekerja hospital dalam unit bedah sebab aku lihat semua pun warna biru (dengan doktor pakai kasut but kuning pasar Phua Chu Kang tu) masa aku kena bawa ke bilik bedah.

Cerita tentang bilik bedah, pertama kali aku sedar masa aku di bawa masuk ke bilik bedah. Pembedahan kali pertama aku telah awal-awal lagi dipengsankan oleh doktor bius di luar bilik bedah (tempat monitor pre-operate tu).MySpace Memang aku tak sedar dan tak tahu langsung apa yang berlaku sebab next aku sedar aku sudah di luar bilik bedah (tempat monitor post-operate) dan bahu aku sakit yang maha sakit! Tu cerita lama, kali ini aku dibawa dalam keadaan sedar ke bilik pembedahan. Aku bukan sahaja sibuk bertanya doktor-doktor tu tentang mesin-mesin disekeliling aku, malah aku siap nampak apa mereka buat masa nak setting pembedahan. Mak aih, memang sadis dan kecut perut masa tu.MySpace Dan aku mula menangis masa doktor suntik Antibiotik dan Morphine dalam darah aku. Peh, bisa jangan cerita. Memang menitik air mata! Mujur doktor tu pegang tangan aku, kalau tak mesti aku dah tarik tangan aku jangan bagi dia suntik lagi. MySpace

Masa on the way aku nak pengsan tu, doktor tu siap suruh aku selawat banyak-banyak. Dia cakap, “Jangan nangis, nanti ada kuman pada luka awak”, aku diam tak tahu nak cakap apa. Bukan aku boleh kawal mata aku supaya berhenti menangis.MySpace Aku menangis sebab sakit di tangan aku (kesan kena suntik Antibiotik dan Morphine) bukannya kena bedah. Logiklah, aku belum nampak pisau dia pun lagi!MySpace Sudahlah nak setting oksigen pada aku agak susah (sebab ada air mata dan mereka asyik lap air mata aku) dan sebab doktor bius tu macam bengang sebab dah kena suntik dadah pun, aku still tak pengsan-pengsan lagi maka mereka bagi aku satu corong gas dan suruh aku sedut bernafas dan selepas itu memang aku tak sedar apa pun. Aku rasa tu bius cara gas pula (sebab guna cecair aku masih tak pengsan-pengsan lagi). Bangun-bangun dah siap pun pembedahan dan aku di luar tempat monitor tu. MySpace

Uh, itu cerita di wad bedah. Balik semula di wad, makanan hospital janganlah cerita sebab aku memang tak makan makanan hospital.MySpace Sanggup aku tunggu Bee Shelly datang bawa sarapan untuk aku dalam pukul 10 pagi macam tu. Atau orang di rumah (tidak kira siapa-siapa sahaja yang ada di rumah contohnya Hafiz atau Busu Kojam atau Moksu) akan datang bawa lunch masa 1 petang. Petang nanti Acik dengan Nenda mesti akan sampai bawa makanan untuk malam dan buah-buahan sekali. Lengkap kitaran makanan aku di hospital, ni yang bagus kalau rumah dekat dengan kemudahan hospital. MySpace

Dan kali ini nurse pelatih tiada (tak macam masa aku kali pertama dulu). Jadi memang sangat susah nak minta apa-apa sebab nurse wad tu suka mengelat kerja. Sampai masa Ain demand nak tukar cadar katil, Ain siap nak gaduh lagi dengan nurse tu.MySpace Hohoho, garang kan Ain tu? Tapi memang macam tu, susah nak minta tolong. Busy macam Perdana Menteri! Padahal busy bersembang saja! Cet, nak gosip pun silalah pergi tempat lain yang pesakit tak nampak. Ni sudah terang lagi bersuluh, geram jadinya kami yang sakit ni. Hish, macam melepas geram pula aku ni bila dah keluar hospital.

Dan mujurlah kali ini aku tidak perlu pakai pampers! Hohoho, masa kali pertama aku kena pakai tau! Sangat malu!!! Sampai sekarang pun aku teringat lagi! Oh tidak! Harap tak jumpa nurse pelatih yang tolong aku tu again, malunya!!! MySpace

Tapi, yang paling aku ngeri sekali adalah apabila nak kena inject masukkan jarum ni. Peh, perit pedih bisa! MySpace Aku okay je kalau inject ambil darah tapi masukkan jarum ini, memang perit! Menitik air mata aku bila kena jarum ini. Nak buat kerja pun, perlahan-lahan sahaja aku buat. Ni kalau tercabut atau bengkak, kena inject lagi sekali memang meraung! MySpace So, memang mana-mana orang pun sangat berhati-hati dengan jarum ni. Dan kalau kena suntik Antibiotik memang lagi meracau jadinya sakit tu. Dan kerana sakit jarum inilah yang buat aku menangis di dalam bilik bedah. Peh, lubang cucuk jarum tu sampai sekarang ada lagi di tangan aku. Punyalah kejam jarum ni! MySpace

Kau nampak kesan darah pada tape tu? Ni sebab kesan ambil darah untuk ujian glukosa, garam (buah pinggang), kolesterol dan hati. Aku debar juga kalau aku ini ada penyakit kencing manis ke, darah tinggi ke… Sebab tu aku buat ujian tu. Mujur keputusan yang keluar, semua pun okay.MySpace Kalau tak mahu kena pantang minum air manis pula aku lepas ini. Sudahlah aku kena pantang makan telur, ayam, daging dan makanan laut. Dah sahih vegeterian aku sekarang ni. MySpace

Dan kerana Ain ada, aku tidak demam kali ini (Ain memang jaga aku betul-betul tu). Dan bila aku tidak demam maka aku tidak kena tahan lama dalam wad dan aku juga selamat dari terseksa pakai baju hijau ni. Dulu aku tiada orang yang jaga maka aku nak cuci muka dan mandi memang payah. Jadi aku pun kena demam sampai 40 darjah Celsius. Memang panas betul!MySpace Sebab tu kali ini aku jaga betul-betul diri aku supaya En Demam tak dapat hinggap dan membuli aku untuk lama-lama lepak di wad hospital. Syukurlah aku tak demam kan? Aku risau kalau demam sebab nanti kalau Faiz datang melawat, seganlah aku! 1st – aku pakai baju hijau! MySpace 2nd – waktu melawat terhad, sekejap saja dapat jumpa dia nanti; ini tidak adil! MySpace 3rd – nanti dia tak comfort nak borak-borak dengan aku walaupun aku kali ni wad dalam Kelas Pertama (dulu aku wad Kelas Ketiga saja sebab katil dalam Kelas Pertama dan Kelas Kedua penuh). MySpace 4th – aku tak nak dia lihat aku masa aku tengah dalam keadaan kusut masai!MySpace 5th – nanti dia sukahati pula nak usha-usha ramai perempuan pada wad tu, unfair ni! MySpace Sangat-sangat bersyukur keadaan kesihatan aku sangat baik sepanjang pembedahan kedua ini.

Teringat dulu kan masa pengalaman pertama, masa dulu bila aku sedar dari ubat bius; nurse tak layan bila aku panggil. Tekan bell pun tak layan.MySpace Peh, punyalah azab aku berusaha bangun dengan air garam tu aku tolak bawa ke tandas. Dan masa tu aku memang menangis gila-gila. Azabnya ujian Allah s.w.t masa tu, hanya air mata sahaja yang boleh aku tunjukkan.MySpace

Dan kali ini bila Ain ada, lapang sikit dada aku. Yelah, nak apa-apa semua Ain tolong. Bertuah kan? Dulu, masa kali pertama Ain tak dapat datang menjaga aku sebab dia sibuk dengan peperiksaan, MySpace mujurlah kali ini dia sudi meluangkan masa belajar dia dengan datang menjaga aku di hospital. Terima kasih, Ain! MySpace

Dan aku nak mengambil kesempatan ucapkan terima kasih juga pada Kem yang pada masa kali pertama pembedahan dulu, dia yang tolong mengurut kepala aku masa aku mabuk kesan ubat bius. Kem actually jaga mak dia di hospital yang sama wad dengan aku. So, masa tu dia yang banyak membantu aku dalam masa aku separa sedar. Terima kasih, Kem! MySpace Rindu sangat pada kau! Nanti mesti datang masa aku kahwin nanti tau! Nak ucapkan terima kasih in proper ways. Dan aku doakan Mak kau sihat selalu. Amin.

Dan sekarang ini, inilah aku! Berbalut tangan dengan kain anduh.MySpace Dan luka di bahu aku yang masih lagi berair. Memang ngeri kalau tengok. Jadi aku tak jadi nak uploadkan bagi orang tengok. Nanti ada yang tak boleh makan seminggu terbayang-bayang pula kesan luka tu. Hehehe… Dan satu lagi;  memang nak mandi rambut memang kena pergi ke saloon, sebab luka tak boleh kena air. Dan aku siap kena pergi dressing (cuci luka di hospital) lagi.MySpace Jangan tanyalah sakitnya macam mana.
Menu makanan aku semuanya ikan haruan. Pati ikan haruan jangan ceritalah berapa botol aku makan. Satu hari dua botol, pagi dan malam (gila kaya kedai cina yang aku beli pati ikan haruan ni). Tak boleh tahan yang bau pati ikan haruan dengan ginseng. Peh, selalu rasa nak muntah balik kalau minum dan pahit yang amat!MySpace Dan ikan haruan masak dengan kunyit (goreng) dan sampai kuning gigi aku makan kunyit tu. Kemudian, ikan haruan masak sup. Rempah beli pada kedai tabib cina, rempah yang akar-akar kayu tu. Reneh akar-akar kayu tu dengan ikan (tanpa apa-apa penambah perisa) sampai pekat iaitu dari air 4 cawan kepada satu cawan. Bau memang hanyir, tapi terpaksa juga aku makan walaupun muka macam cuka bila kena makan.MySpace Aduyai, aku ingat bau badan aku pun dah serupa dengan ikan haruan sebab hampir setiap hari aku makan ikan haruan sahaja. Rindu pada makanan lain (seperti ayam, sotong, udang etc).

Dan aku pergi Physiotherapy lagi. Exercise!!!! MySpace Doktor tu siap paksa buat banyak gerakan tangan di gymnasium. Sangat sakit!!!! Kejam kan? MySpace Memang setiap kali aku lepas fisio, aku akan demam (demam urat)! Sampai menggigil-gigil!!! MySpace Punyalah hebat penangan exercise tu. Aduyai, tapi nak buat macam mana; kena pasrahlah terima semuanya. Dan mujurlah ada Hafiz yang sudi hantar dan ambil aku ke hospital untuk exercises. Terima kasih, Hafiz! MySpace Kalau kau tiada, tak tahulah macam mana aku nak ke hospital setiap minggu ni.

Psst… Disebabkan besi ini aku yang bayar maka doktor benarkan aku bawa balik besi ini. Dan inilah kenangan dan bukti yang dia pernah berada dalam badan (bahu kiri) aku. Nanti aku kena frame kan metal ni. Memori terbaik 2010 aku, inilah buktinya! Aku pun terkejut tengok besi ni. Unik ciptaan Tuhan ni! Tabik spring!!!! MySpace

Dan semakin aku dalam proses sembuh ini, apa khabar pelajar-pelajar aku di SDK? Harapan aku mereka belajar bersungguh-sungguh sebab peperiksaan yang makin dekat. Tak kisahlah SPM atau Akhir Tahun tapi semua peperiksaan tu penting untuk mereka. Sentiasa aku doakan mereka berjaya! Amin… MySpace Dan kawan-kawan sekerja yang sibuk mengrelief kelas aku (disebabkan ketiadaan jadual baru sekarang ini), terima kasih kalian! Jasamu memang amat aku hargai sangat. MySpace

Untuk keluarga yang sibuk memantau pemakanan aku dan memarahi aku setiap kali aku tersilap makan (selalunya itulah kesilapan aku paling besar sekali semasa sedang dalam pantang larang 60 hari ni), terima kasih kerana concern pada aku. MySpace Aku tahu kalian risau dengan kesihatan aku (terutamanya luka aku yang masih belum kering lagi tu). Tapi itulah, kadang-kadang aku bosan asyik makan ikan haruan saja. Huhuhu…

Dan kepada Faiz, sila datang melawat saya! Huh, tau la sibuk simpan duit nak kahwin tapi mesti juga datang jumpa saya! Saya mahu tengok kamu secara live….!!!! MySpace

iHeart : “Acik [Alice] in Wonderland [Melaka]”


Sekarang ni kalau nak update tentang event berkaitan dengan aku memang agak susah sikit sebab sepanjang sakit ni aku asik terperap dalam rumah sahaja.MySpace Jadi, memang nak update news luar sana dengan adanya penglibatan aku memang zero. MySpace Jadi kali ini aku nak update tentang Hari Keluarga 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Melaka Tengah yakni tempat Acik (mak cik aku) bekerja. Mereka anjurkan di Taman Tema Wonderland, Melaka.MySpace

Kalau ikut cerita Acik; kawasan itu okay untuk aktiviti kekeluargaan tapi A’Famosa lagi puas main permainannya. Cet, mestilah sebab bayaran pun seganda lagi.

MySpace

Dan disebabkan pergi kena bayar RM 15 maka limited edition orang yang pergi. Acik sendiri bawa Luqman Hakim (adik sepupu aku) yang baru umur 7 tahun untuk pergi main aktiviti kanak-kanak Hari Keluarga.MySpace Menang tempat ke-3 dalam acara lumba lari katanya. Hadiah as usual lah kan, pensel warna. Acik menang apa aku tak pasti, tapi ada juga hadiah dia. Tak tanya pula apa. Hehehe…MySpace

Kata Acik hadiah cabutan bertuah kali ini amatlah grand (siap ada TV besar, mesin basuh, microwave etc) tapi itulah, tiada luck.MySpace Acik memang Tupperware sahaja. Cukuplah, dari tak dapat apa. Nanti menggigit jari, baru tau kan? MySpace

Dan aku melopong dengar cerita kepenatan main air di Wonderland (versi Luqman).MySpace Ikut versi Luqman, tempat tu masyuk habis! Hahaha… Cerita budak umur 7 tahun, apa kalian harapkan? MySpace Hampes aku ni, dari masa dia buka (masa tengah murah) tak aku pergi sampai dah mahal harga masuk dia.MySpace

Tapi kata Busu, Taman Tema Air Gambang, Pahang lagi best.MySpace Kata Alang Taman Tema A’Famosa lagi best.MySpace Kata Ain, Taman Tema Sunway Lagoon lagi best.MySpace Tak tahulah mana lagi best sebab aku tak pernah pun sampai lagi mana-mana pun. Tapi aku ni tunggu kalau ada promotion baru aku sambar! Kalau tiada, kirim salam sahaja!MySpace

Tapi entah bila aku dapat pergi, aku pun tak pasti. Dengan tahap phobia aku dengan air lagi, memang kena calculate betul-betul nih!MySpace Sebab dulu masa belajar, walau dekat dengan Taman Tema Tambun, Perak; pun aku ada sahaja halangan nak ke sana. Agaknya aku ini tak berjodohan nak ke Taman Tema Air agaknya.MySpace

Apa-apa pun aku rasa agak malu jugalah sebab aku ni nama ja anak Melaka (lahir di Melaka) tapi buta tempat di Melaka.MySpace Itulah, dari kecil asyik merantau sampai masa bekerja pun merantau juga, memang jalan balik ke rumah sahajalah aku tahu. Yang lain, ampun maaf di pinta! Hahaha… MySpace

Itulah, harap-harap jangan jadi macam Eye On Melaka (sebelum ini di panggil Eye On Malaysia masa di KL). Dari hari pembukaan sampai dah tutup dah Ferris Wheel tu, aku tak merasa pun naik. Punyalah busy aku ni kalau balik kampung. Sehari dua nak naik Ferris Wheel pun tak boleh. Aduyai, buat malu sahaja kan? MySpace

Nanti aku drag Faiz semua tempat di Melaka yang aku tak pernah pergi. Discover Melaka dengan Faiz, hahaha… Bila lagi kan? MySpace