iHeart : Segmen Makan-Masak-Makan


Bila Kak Nani datang SDK masa hujung-hujung minggu macam ni, memang berasaplah dapur rumah kami dengan bau-bauan makanan yang enak-enak.MySpace Asalnya Kak Nani datang sempena menyambut ulangtahun hari lahir Wani yang ke 26 tetapi selain dari itu ada jugalah agenda lain kami. Dan tak lain tak bukan, mestilah segmen masak-masak kami MySpace!

Aku dengan Wani memang dalam proses belajar memasak sempena nak tukar status PUAN tahun ini. Jadi, Kak Nanilah chef utama yang mengajar kami masak-masak ni semasa kami di SDK.MySpace Nanti balik kampung nanti, Ma (kalau Wani) dan Nenda (kalau aku) yang chef utamanya. Apa pun, selagi kita bernafas selagi itulah kita akan belajar sesuatu. Cuma malas atau rajin, itu masalahnya. MySpace

Mula-mula kami makan ikan putih (panggilan nama ikan ni di SDK) masak stim. Pergh, memang stim bila makan.MySpace Dan tak susah mana pun. Letak ikan, masuk cili padi, serai, halia, bawang, asam boi, tomato dan apa-apalah yang nak makan bersama-sama, kemudian kukus dia. Memang bau jangan ceritalah. Memang bersaliva dalam mulut aku bila aku tulis semula pengalaman masak ikan stim masa tu.MySpace Punyalah kuat aura stim tu. Insya-Allah, lain kali boleh praktikkan ikan stim ni. MySpace

Kemudian esoknya kami buat roti jala hijau dengan gulai darat (rempah-ratus diimport khas dari Kelantan).MySpace Serius aku akui yang aku tidak suka warna hijau tetapi disebabkan pewarna hijau sahaja yang ada, apa boleh buat [terpaksa aku pasrah sahaja].MySpace Yang menarik dan tertarik adalah, Kak Nani guna pakai bekas sos (kalau di Jepun) sebagai acuan roti jala. Memang nice jalinan roti jala moden ni. Tak sama dengan jalinan yang lama. Yang lama tu ada 5 lubang acuannya tapi yang ini ada 3 lubang sahaja. Lagi kemaslah bentuk jalinan roti jala. Dan yang paling penting, ini membuktikan manusia sudah menjadi semakin kreatif. MySpace

Dan inilah hasilnya kerja kami di dapur. Sedap sampai menjilat jari [ops, pinjam trademark KFC].MySpace Dan serius aku katakan, kamu mesti cuba resepi ini. Dan masa kami buat beramai-ramai macam ini, tak rasa leceh pun. Malah rasa seronok dan enjoy masa buat. Kalau tak percaya boleh cuba. MySpace

Kemudian petang tu kami buat pau berinti sambal sardin pula. Hohohoho, memang lembutlah pau tu. Dan sedap juga.MySpace Lain kali aku nak request buat pau inti kacang hitam pula sebab aku suka pau kacang hitam. Lagipun Kak Nani cakap pau kacang hitam boleh buat bentuk ros (macam sedap je bunyinya kan?) Tunggu ya, kalau ada buat nanti pasti aku upload dalam entri seterusnya. MySpace

Cuma disebabkan sambal sardin terlebih minyak, jadi pau kami ada yang kebocoran pula. Habis berminyak kertas yang kami lapik bawah pau tu. Jadi macam pau berdarah pula.MySpace Masa tu aku pun gelak kuat-kuat dan cakap, “Aiyark, pau kita period”. Habis semua gelak di dapur kuat-kuat jadinya.MySpace See, buat ramai-ramai tak rasa beban pun malah rasa tak sabar nak makan masa panas-panas. Kan aku cakap tadi, kalau tak percaya silalah cuba buat. MySpace

Oleh kerana hari bekerja sampai 6 hari, maka tidak banyaklah menu yang dapat kami buat kali ini. Insya-Allah lain kali akan berlambakan menu makanan hujung minggu kami.MySpace Dan aku sangat seronok sebab dapat belajar sesuatu yang baru. Dan bertukar-tukar cerita dengan Kak Nani dan Afwani di hujung minggu macam ini.MySpace Terasa tidaklah teruk sangat hidup di perantauan bila ada teman-teman seperjuangan berkumpul bergosip di hujung minggu macam ini [ops]. MySpace

Macam biasa, sila refer blog Kak Nani untuk mengetahui resepi.MySpace Aku menulis apa yang aku makan, bukan cara penyediaannya. Insya-Allah, kalau akan datang aku yang chef utama, pasti aku tukarkan entri dari menulis apa yang dimakan kepada apa yang disediakan untuk dimakan. Ahaks, tapi macam lambat lagi nak tunggu aku menulis yang “itu”. Sabar ok? Dan sila klik Nuwairani untuk cari resepi yang best-best okay? MySpace

P/S : Sebenarnya aku sangat suka bila Kak Nani datang sebab dapat makan makanan yang sedap banyak-banyak.MySpace Masa ini memang alat penimbang aku buat-buat tak nampak sebab aku tak mahu desire makan aku ini tercekik sebab jarum penunjuk alat penimbang tu menunjukkan ke nombor yang tidak aku sukai. MySpace Sebab aku tahu esok lusa aku timbang berat, pasti aku kecoh sebab angka tu naik lagi (padahal aku yang makan macam tak ingat esok lusa).MySpace Ahaks, drama-drama-drama… MySpace

Apa pun, esok aku kena mula berpuasa ni.MySpace Minggu ni makan macam tak ingat dunia. Hohohoho, seram pula nak menimbang berat esok.MySpace Ngeh ngeh ngeh… Jumpa lagi entri yang lain. Mungkin esok atau lusa, tapi definitely I’ll write something. MySpace

iHeart : Fikiran Ain Yang Pelik


Minda manusia sememangnya unik. Sangat aku kagumi otak manusia yang taklah besar mana tapi mampu menampung pelbagai maklumat yang sangat banyak dalam setiap lipatannya. MySpace Dan paling penting aku kagumi yang aku pun ada ciptaan Allah s.w.t yang unik ini. Syukur alhamdulillah…MySpace Dan selalu aku ingatkan diriku sendiri agar menjaga harta yang tidak ternilai ini sebaik mungkin. Gunakan pada jalan yang sepatutnya. Dan ingat siapa Pencipta yang menganugerahi harta tidak ternilai ini kepadaku. Terima kasih Allah s.w.t. MySpace

Entri kali ini aku nak berkongsi tentang seseorang yang berfikir terlalu jauh kenegatifan.MySpace Berfikir itu wajib. Kalau tak berfikir, masalah pula; sebab boleh dikategorikan orang kurang waras. Tapi masalahnya kalau terlalu banyak berfikir, lagi-lagi masalah.MySpace Dan inilah yang melanda Ain (my sis) baru-baru ini. Dia normal, tiada masalah cuma sejak belajar bahagian perubatan ni, dia mulai berfikir terlalu banyak. Sampaikan perkara yang tidak perlu fikir pun, dia fikir juga walaupun kita tidak suruh atau kita tidak paksa fikir. Susah juga kalau banyak berfikir ni. MySpace

Secara logiknya, memang kita akan berfikir dari sudut positf dan negatif mengikut tahap kecerdasan kita tapi apabila terlalu negatif sampai hilang pertimbangan yang sepatutnya, itu tidak patutlah.MySpace Dan inilah yang merisaukan aku apabila Ain sudah terpengaruh dengan ilmu pengetahuan yang dia belajar dan mula membuat kesimpulan negatif sendiri tanpa usul periksa. Apa celop? MySpace

Sebagai seorang perempuan, kitaran haid kita memang perlu dititikberatkan setiap bulan. Sebab kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang akan ambil peduli kitaran haid kita.MySpace Sebab tu banyak kalender yang sengaja dibuat bersaiz kecil (muat untuk diisi dalam purse) untuk ditandakan bila haid kita bermula. Isu ini penting terutamanya bagi perempuan yang sudah berkahwin. Jadi, kalau lewat datang haid tu; maksudnya kena buatan oranglah tu.MySpace Siapa lagi yang buat, kalau bukan suami sendiri. Aish, jangan fikir yang negatif terlampau ya. MySpace

Tapi biasalah golongan remaja (sengaja nak point UMUM supaya Ain tak bengang dengan aku) mana berminat nak tanda tarikh kitaran haid mereka. Yang mereka tahu setiap bulan akan ada haid, bila haid datang itu tidak penting.MySpace Itulah yang kena diubah pemikiran orang sebegini. Jadikan menanda kitaran haid ini sebagai rutin bulanan. Tak salah kalau kita menanda kitaran haid sendiri.MySpace Seperti aku cakap tadi, kalau bukan diri sendiri yang ambil kisah dengan diri kita sendiri, siapa lagi yang akan ambil peduli tentang kita? MySpace

Polycystic ovary syndrome (PCOS) adalah suatu penyakit yang dihadapi oleh segelintir golongan perempuan (sebab lelaki tiada ovari) di mana inilah yang Ain obsess fikir sejak kebelakangan ini.MySpace Tidak tahu lecturer dia yang mana sudah mempengaruhi dia, tetapi sekarang ini Ain mulai berteori pelik-pelik tentang PCOS ni. MySpace

Aku sedar aku bukanlah seorang yang layak menulis tentang PCOS ini. Apatah lagi aku bukanlah seorang pelajar perubatan (doktor lagilah jauh kan?) malah bukan juga seorang guru Biologi untuk bercerita tentang PCOS ini.MySpace Tapi aku boleh Google information tentang PCOS ini jadi aku tahu serba sedikit.

Dalam erti kata yang mudah, PCOS adalah amount masculine’s hormone terlebih dalam timbangtara badan seorang perempuan (sesiapa yang bertauliah sila betulkan pemahaman aku jika ini silap).MySpace Dan inilah yang bermain di fikiran Ain sejak kebelakangan ini. Tak faham betul aku dengan Ain, sedangkan selama ini dia tidak pernah ambil tahu tentang kitaran haid dia sendiri pun tetapi tiba-tiba nak ambil tahu nilai balancing hormone dia. Aduyai, pelik yang amat! MySpace

Jadi apa yang aku mampu nasihatkan dia adalah, mulai sekarang ini sila rekodkan kitaran haid dahulu. MySpace Itu yang mustahak sebab itulah peranan utama ovari. Kalau ovari kau rosak, memang kitaran haid kau akan memaklumkan terlebih dahulu kepada kau sebagai salah satu petanda supaya kau pergi periksa diri sendiri di klinik sakit puan atau hospital.MySpace Then kalau betul memang kitara haid kau tu gila-gila remaja, barulah boleh nak pergi ke klinik. Ini kalau nak terjah terus hospital tanpa persiapan, nanti bila doktor tanya “Bila kali terakhir haid?”, terus gelabah tak ingat tarikh. MySpace

Kepada perempuan-perempuan lain yang ada symptom masculine pada diri anda (sedangkan anda yakin anda memang perempuan tulen 100 %), jangan panik dahulu.MySpace Catat tarikh kitaran haid, senaraikan dahulu ciri-ciri masculine yang anda rasa ada di badan anda kemudian baru pergi ke hospital untuk pemeriksaan.MySpace Sekarang ini kalau ada bulu-bulu roma di atas bibir tebal sedikit, selagi bulu-bulu roma itu tidak berubah bentuk kepada bentuk bulu misai, maka anda masih lagi normal. MySpace Janganlah nak buat kelakar pula panik terus cakap ada PCOS. Serius, doktor memang gelak guling-guling kalau itulah symptom yang anda provide pada dia. MySpace

Untuk Ain : Tolonglah Ain, sila catat kitaran haid kau.MySpace Dan bersihkan fikiran dan jiwa dari benda-benda kotor ni. Sejak kebelakangan ini level negatif kau melampau pula. Negatif itu suatu yang baik untuk diri tetapi jangan sampai mengawal diri. Itu sudah bertukar nafsu, bukan akal fikiran. MySpace

iHeart : Ulangtahun Afwani ke-26


18 April 2012, housemate aku genap berumur 26 tahun dan inilah tahun terakhir dia sebagai status Cik Afwani.MySpace Selepas ini 18 April dia akan berstatus Puan Afwani pula dan masa tu mesti akan menyambut dengan Dr Haziq dia.MySpace Dan biasalah, sebab ini tahun terakhir bergelar Cik, jadi banyaklah hari celebration dia. Mujurlah dia mengajar di kelas menengah bawah, jadi pelajar dia banyak yang menyambut ulangtahun itu dengan makan-makan kek dan hadiah (hadiah, hadiah). Ni rahsia ni, ramai cakap muka dia macam Heliza, betul ke? Hehehe…MySpace

Dan hadiah yang berbentuk makanan banyaklah yang kami pun dapat makan juga terutamanya gula-gula dan coklat. Aku kan sukakan coklat, jadi banyak aku makan coklat berbanding makanan lain.MySpace Selain itu, Dr Haziq juga membelanja 20 bungkus nasi beriani untuk kawan-kawan selected by Wani. Itulah kan, tuah ayam nampak di kaki; tuah manusia siapalah yang tahu. MySpace

Dan paling menarik adalah, kami pergi makan di Pizza Hut pada hari Sabtu, 21 April di Giant dengan Kek Pelangi 6 lapis handmade dari Kak Nani MySpace (bawa dari Bukit Garam lagi tu). Hahahaha, jangan tak percaya, kami (Kak Nani, Wani dan aku) decorate sendiri kek tu untuk di bawa ke Pizza Hut.MySpace Hehehe, rasa macam kami celebrate seminggu birthday Wani kan? MySpace

Di sini aku kongsikan gambar-gambar langkah-langkah kami menghiaskan Kek Pelangi Flat 6 Tingkat ni. Ini semua idea Kak Nani,MySpace aku dengan Wani tolong-tolong sahaja mana yang boleh. Tapi chef utama memang Kak Nani Bukit Garam. Huhuhu… MySpace

Apa pun, aku nak ucapkan Selamat Panjang Umur dan Murah Rezeki selalu. Dan insya-Allah, harapnya persahabatan kita ini kekal berpanjangan ke akhirnya.MySpace Dan untuk tahun ini, apa pun perancangan Wani; insya-Allah dipermudahkan-Nya. Amin. MySpace

Kami berlima ke Pizza Hut, nampak tak Cikgu Emi yang sedang berpose maut ambil gambar kami berempat tu? Hahaha… MySpace Terima kasih ya Cik Photographer. Lain kali ambil lagi ya. MySpace

P/S : Jangan tanya aku apa Dr Haziq bagi untuk Wani. Setakat sekarang tiada posto sampai lagi. Kikikiki…MySpace

Untuk carian recipe Kek Pelangi sila rujuk blog Kak Nani dan sila klik Nuwairani ini ok? MySpace

Hehehe… MySpace Janganlah tanya aku resipi yang kompleks macam ini. Aku ni pakar makan sebab dah memang dalam salah satu senarai chracteristics aku ialah pakar makan. Pakar masak tu bukan dalam ciri-ciri utama aku [sorry ya]. Hahaha… MySpace

By the way disebabkan air minuman kami tak habis, maka kami bungkus air tu bawa balik. MySpace Banyak lagi air Pepsi tu jadi sayanglah nak tinggal macam tu sahaja di Pizza Hut. Dari kena buang, baik kami bawa balik masukkan dalam peti sejuk untuk minum esok lusa. Dan inilah cara bungkusan Pepsi kami. Apa lagi, gelak besarlah kami bila tengok cara pembungkusan Pepsi tersebut. MySpace Sangat kelakar kan? Aku tertanya-tanya pula agaknya di Semenanjung sama juga sebegini ke? Sebab aku tak pernah bungkus air di Semenanjung [selalu habis je di minum] jadi aku curious pula nak tahu. Hahaha… MySpace [Curious nak gelak-gelak lagi isu tentang Pizza Hut].

iHeart : Kuih Gunting Popia & Ice Cream Asam Boi Malaysia


Hari ini disebabkan minggu ini bekerja 6 hari, maka rancangan nak buat kuih gunting popia dan ice cream asam boi di tarik ke hari Jumaat, 20 April 2012. Sebenarnya aku dengan Wani bercadang nak buat hari Sabtu tetapi hari Jumaat pulang lagi awal dari Sabtu (Jumaat 1135 pagi, Sabtu 1245 petang) jadi kami pun buat hari Jumaat. MySpace

Kulit popia ni dah lama tersadai dalam peti sejuk sebab lebihan masa buat popia basah masa awal-awal tahun tu. Jadi dari dia mengeras dalam peti sampai expired, kami pun ambil keputusan nak buat kuih gunting popia la. MySpace Bukan susah pun, kulit popia tu digulung kecil-kecil (kami guna pensel kayu gulung dia, hehehehe MySpace ) kemudian gunting kecil-kecil terus masuk ke dalam kuali yang minyak telah dipanaskan. Pastikan jangan buka api besar-besar sebab nanti kulit luar masak tapi dalam mentah. MySpace

Lepas goreng, boleh gaulkan dengan (gula, nestum, susu tepung, horlicks) yang dikisar kering.MySpace Sukatan ikut suka hati sebab kami buat tak banyak pun. Cuma semuanya dalam kuantiti yang sama banyak kecuali horlicks (separuh kuantiti dari yang lain-lain). Dan selepas itu, makan!!!! MySpace

Dan ini ice cream  Malaysia yang mudah didapati dan senang dibuat. MySpace Azy yang beli semua asam ini di Giant SDK. Kami campur semua asam ke dalam air yang mendidih. Kemudian kami masukkan gula dan sesudu tepung jagung untuk memekatkan larutan. Kemudian kami tapis asingkan buah asam dengan airnya. Buah-buah asam tu kami masukkan dalam plastik ice cream. Bila larutan sejuk, kami tuang dalam bekas plastik ice cream dan simpul dia. Kemudian masuk dalam peti ais untuk dibekukan. MySpace

Sekarang ini aku sangat tak sabar nak tunggu ice cream tu beku.MySpace Mungkin 8 malam nanti masa tengok berita dah boleh makan ice cream tu. Jangan tanya sedap ke tak ice cream yang kami buat tu, mestilah sedap okay. See the hands lah! MySpace

By the way esok masih lagi kena bekerja. Oh, rasa nak pitam.MySpace Dan bakul baju aku rasa macam nak pecah sebab banyak sangat baju tidak dibasuh lagi.MySpace Memang sibuklah aku hujung minggu ni. Sudahlah rehat sehari sahaja. Oh tidak, tak cukup rehat mesti mata tak cantik nanti. Aduyai… Ini sungguh tidak menarik! MySpace

Aku tak suka minggu ini, macam dah banyak kali aku makan mi segera minggu ni.MySpace Kalaulah rambut aku banyak gugur minggu ini, memang salah perasa tiruan yang tak berlesen dalam mi segera itulah. MySpace Aduyai, pemakanan yang tidak berapa nak seimbang minggu ini. Sangat stress kan? Tapi aku letak sayur dalam mi segera, jadi bolehlah dikatakan seimbang. Betul tak? Hahahaha… MySpace [hampes kan?]

iHeart : Kereta Yang Mana?


Aku sedang dalam proses menimbangkan pelbagai faktor untuk membeli kereta.MySpace Walaupun lama lagi baru aku akan sambar kereta (kerana dalam senarai aset yang hendak di beli, kereta bukan #1) tapi kerana terpesona dengan pelancaran Proton Prevé semalam, buat aku teruja nak buka topik ini.MySpace

Macam manusia yang ada pelbagai rupa, bangsa, warna dan nama; kereta juga lahir seperti itu. Nama jangan ceritalah, ada yang mudah disebut dan ada juga yang terbeli-belit lidah nak menyebutnya. Dan aku juga salah seorang manusia. Di mana aku ada nama, rupa, bangsa dan warna aku sendiri yang membentuk menjadi “AKU”.MySpace

Jujur aku tidak sukakan kereta compact (macam dua gambar kereta di atas ini). MySpaceAku lebih sukakan kereta yang sedang-sedang sahaja seperti aku. Sedang-sedang dari segi rupa, nilai, warna dan nama. Aku tidak perlukan kereta yang gah terlampau tapi aku tidak mahulah kereta yang terlalu daif. Aku ini orang yang sederhana yang mahukan kereta yang sederhana juga.MySpace

Ini adalah struktur reka bentuk manusia (perempuan terutamanya, sebab aku ni seorang perempuan jadi untuk mengukur di baju lelaki; itu di luar kemampuanku). Dan pastilah aku juga salah satu dari golongan ini.MySpace Untuk informasi semua, “pear shaped body” adalah golongan majoriti. “Pear shaped body” maksudnya bahagian di bawah (punggung) lebih besar daripada bahagian atas (dada) kalau nak tahulah.MySpace

Dan inilah majoriti yang mempengaruhi fikiranku. Seperti AKU, aku juga mahukan kereta yang “pear shaped body” juga. MySpaceAku memang tidak berpuas hati dengan compact kereta yang tidak berpunggung besar kerana tidak nampak asetnya di situ. Sebab itulah aku tidak sukakan kereta compact.MySpace

Bagi sesiapa yang menggunakan kereta compact, jangan kecil hati. Taste kita tidak sama dan sebab kita memilih juga tidak sama. MySpaceYang penting kereta itu boleh membawa kita ke destinasi yang kita mahu dengan selamat dan berlindung dari hujan dan panas. Itu sudah mencukupi.MySpace

Sebab itulah bila dilancarkan Proton Prevé semalam, aku punyalah beriya tengok depan tv1 (secara langsung) sebab nak lihat spesifikasi dalaman kereta itu.MySpace Dan aku lihat kereta ini adalah gabungan teknologi banyak kereta dan ini satu pembaharuan yang bagus.MySpace Aku sukakan rim kereta dia, cuma kalau warna rim tu terang sedikit pasti lebih mengancam.MySpace Aku sukakan idea wi-fi 4G yang ada, walaupun aku tahu mungkin sekarang ini idea 4G orang ketawa terbahak-bahak (sebab 3G sekarang di SDK pun susah nak capai apatah lagi 4G) tapi insya-Allah akan datang pasti 1Malaysia akan dapat rangkaian 4G ini. Itukan Wawasan 2020 kita. Insya-Allah.MySpace

Dan enjin (1.6 cc) dia, sangat sesuai untuk perjalanan jauh terutamanya untuk balik kampung nanti.MySpace Lagipun, ciri keselamatan dia bertaraf 5 bintang jadi kita tidaklah gusar sangat kerana jaminannya telah ada. MySpaceOh sangat aku tabik spring pada warga Proton kerana berjaya menghasilkan kereta yang berbentuk sporty. Sangat tak sabar nak lihat kereta itu atas jalan raya. MySpaceAku teringin nak lihat macam mana aura kereta global Malaysia yang pertama ini. Lagipun harga dia bermula dengan RM 60 K. Insya-Allah, mampu di miliki oleh rakyat Malaysia.MySpace

 Tapi, bila fikir kembali. Kereta balik kampung nanti memang Faiz yang beliMySpace dan kereta yang akan beli adalah untuk kegunaan di dalam negeri sahaja (tempat dekat-dekat).MySpace Kerana aku perlu beli adalah soal masa bekerja kami yang berbeza, membuatkan kami perlukan dua kereta. MySpaceSudahlah Faiz diharamkan menggunakan motor oleh keluarga dia jadi takkanlah aku pula yang kena jadi minah rempit? MySpace

Jadi kebanyakkan orang di sekeliling aku beranggapan jika aku membeli kereta yang macam Prevé memang tak patut.MySpace Sebab paling jauh kereta aku akan pergi adalah dalam lingkungan 20 km sahaja. Dan kegunaan aku bukanlah untuk kegunaan lasak (setakat pergi kerja sahaja).MySpace Dan mereka suggest aku ambil kereta compact Savvy (kalau aku nak jimat duit minyak) atau Swift (kerana testimoni mutu enjinnya yang bagus). Lagipun kata mereka, mudah untuk aku parkir kereta di sekolah yang susah nak parkir. MySpace Dan harganya tidak mahal sangat kalau kena calar (mereka fikir pelajar akan menjahanamkan kereta guru jadi sia-sia sahaja bawa kereta mahal ke sekolah). Aduyai, aku rasa tak boleh nak terima pemikiran mereka tu. Sangat macam ketinggalan zaman.MySpace

Sekarang aku lagi makin rungsing memikirkan soal kereta. Tak tahu yang mana satu patut aku ambil. MySpaceAku tak nak jadi macam Acik, dia ambil kereta Myvi dan setiap kali pun dia selalu cakap dia patut ambil kereta besar sedikit supaya selesa untuk perjalanan jauh walaupun hanya sekadar MLK-KL (2 jam perjalanan) sahaja. Aku tak nak timbul rasa “salah pilih” tu.MySpace Sebabnya nanti sengsara terikat untuk bayar bertahun-tahun. Entah panjang ke tidak umur aku nak sambung beli kereta kedua nanti.MySpace

Bagilah pendapat…? MySpace Aku perlukan juri awam untuk membantu membuat keputusan kelak (masa aku kena beli kereta nanti).MySpace

iHeart : Kau Memang Macam Bagus….!


Serius hari ini, April 13; mood aku memang “hangin” semacam.MySpace Sampai kan semua kelas aku masuk memang sepi macam kena serang garuda. Sebab riak muka aku memang macam singa hari ini.MySpace Mana tak, pagi-pagi lagi aku dah pergi jumpa Boss untuk dapatkan tandatangan borang e-GTukar aku tapi dia tak nak pula tandatangan. Sudahlah tak nak tandatangan, lepas itu suruh pula aku batalkan permohonan sebab pasti tidak akan dapat tukar ke Semenanjung Malaysia. WTF??? MySpace

Actually apa masalah dia kalau aku tukar ke Semenanjung pun? MySpace Bukan dia yang bayar duit gaji aku jadi apa masalahnya? MySpace Itulah yang aku tidak faham dan aku tidak puas hati. MySpacePertukaran itu kan hak setiap pekerja kerajaan, jadi siapa dia tak nak bagi aku mohon pula? Amboi, ini namanya gila salah guna kuasa! Apa celop?MySpace

Dan kalau kurang guru, mohonlah di PPD SDK tu. Banyak je lagi graduan masih menganggur tidak posting lagi. Kalau tidak mohon di PPD, mana JPN nak tahu di sini kurang guru.MySpace Jadi, tak patutlah nak gam guru lama di sini je. Ambillah guru baru. Come on lah, aku dah 3 tahun di SDK, bagilah aku rasa memori daun pisang di tempat baru pula. Ini tidak adil!!!!MySpace

Masa aku mention yang aku akan bercuti panjang sehingga rawatan aku selesai mulai Jun 2012, dia macam pura-pura tak faham (atau memang sengaja tak nak faham?) penerangan aku yang berjela-jela tu.MySpace Balik-balik ayatnya, “hanya sakit tenat sahaja diluluskan untuk bertukar, sebab sakit biasa tidak dilayan”. WTF???MySpace

Bila aku cakap aku akan berkahwin bulan Ogos 2012, “kamu apply nanti akhir tahun semula mengikut suami, kalau ikut suami boleh pindah tapi kalau suami ikut isteri tidak boleh…suami jangan pentingkan isteri sahaja“.MySpace Naah, berbisa Cikgu kaunseling Ridz Ina (a.k.a Wan Kaseh) dengar ayat dia. Dan aku, geleng kepala sahajalah. Nak cakap apa lagi, bukan aku yang luluskan permohonan pun.MySpace

Walau bagaimana pun aku masih lagi tidak berpuas hati dengan kata-kata dia tadi. Dia memang cakap tak serupa bikin. Ayat macam lalang!MySpace Dulu masa aku bercuti setengah tahun 2010, dia sengaja tak nak luluskan sebab “masih perlukan cikgu”. Tapi awal 2011, ayat dia “jangan lupa isi borang pindah, saya akan luluskan borang kamu” (sebab dia tension aku cuti lama sangat masa 2010 jadi tak sabar-sabar pula nak halau aku keluar dari sekolah) tapi masa 2011 aku pula yang tak nak pindah lagi. Tapi sekarang ini, 2012 dia beriya-iya tahan kami lagi.MySpace Oh tidak, kalau aku tahu mesti aku mohon masa 2011; waktu dia tak sabar-sabar nak halau aku dari sekolah dulu.MySpace

Aku kalau boleh tak nak meninggalkan tempat kerja aku dengan rekod yang negatif macam yang berlaku semasa tahun 2010. Tapi dari gaya dia macam “kalau kau buat apa yang dia tidak suka, barulah permohonan pertukaran kau dilayan”.MySpace Tapi memang prestasi kerja tahun tersebut memang rendahlah. Dan cakap tentang nilai prestasi kerja, aku yakin tahun 2012 mesti prestasi aku rendah juga seperti masa 2010 dulu. Apa mahu buat, hidup ini tidak bergerak seperti yang dirancang. Lain yang aku rancang, lain pula yang berlaku. Pasrah je lah.MySpace

Tunggu keputusan e-GTukar shajalah bulan Mei nanti. Kalau ada rezeki, dapatlah aku pindah ke KL bulan Jun. Kalau tiada rezeki lagi, bulan September nanti aku mohonlah lagi. Cuma kali ini ada attachment sijil nikah pula sebab insya-Allah masa tu sudah pun bergelar Puan.MySpace Apa pun, dapat tukar atau tidak; aku semestinya tidak masuk bekerja lagi naik Penggal kedua tu. Apa mahu buat, bukan kemahuan aku pun.MySpace

Dan aku harap ada kemasukan guru baru ke sekolah sebabnya nanti apabila aku bercuti dan Cikgu Kumari tukar ke Pulau Pinang (dia mesti akan dapat sebab suaminya pekerja beruniform) maka banyaklah kekosongan guru di sekolah. Memang pening Cikgu Jadual Ganti dan Cikgu Jadual memikirkan jadual baru untuk bulan Jun nanti.MySpace Aku memang boleh bayangkan, haru-biru sekolah nanti.

Biarlah tentang sekolah, diriku lagi penting dari perkara lain. Tahun 2012 ni, ada banyak lagi perkara penting dari itu semua. Dan harapanku, pelajar-pelakar SPM tidak bermain-main masa tiada guru baru menggantikan aku. MySpace Harapnya mereka boleh belajar sendiri untuk bab-bab yang seterusnya (aku berhenti di bab 5.5). Janganlah itu tinggal “harapan” sahaja. Aduyai…MySpace

Untuk Faiz : Sila bersabar dengan keputusan e-GTukar pada tahun ini. Kalau kau melenting naik marah tak tentu pasal, memang aku karate kau sampai patah. MySpaceKalau kau bengang aku tidak dapat tukar lagi, semestinya aku lagi super duper bengang (sebab impaknya lagi hebat pada aku). Janganlah kau jadikan topik ini satu alasan untuk bergaduh dengan aku.MySpace Kau mesti tunjuk contoh sikap yang positif untuk aku supaya aku tak rasa down sangat.MySpace

Jadi semua, MySpacetolonglah doakan aku dapat bertukar ke KL pada tahun ini terutamanya permohonan aku pada akhir tahun kelak selepas aku berkahwin.MySpace Orang cakap kalau cakap 44 kali, insya-Allah akan termakbul jadi kalau ramai doa untuk aku (lebih dari 44 orang), mesti permohonan aku bertukar ke KL akan menjadi kenyataan. Insya-Allah.MySpace

iHeart : Inai Klasik atau Inai Moden?


Untuk majlis berinai nanti semasa majlis perkahwinan aku kelak, aku masih lagi sedang memikirkan samada aku patut berinai macam biasa (setakat di merah di hujung jari dan buat satu bulatan di tapak tangan) atau aku patut berinai cara sekarang (guna ukiran-ukiran flora-flora di tangan hingga ke hujung jari).MySpace

Mari aku komen satu-satu mengenai cara berinai tersebut pada pandangan mata aku.MySpace Mula-mula inai biasa yang klasik tu. Berinai cara tu memang la macam biasa dan tidak ada unik sangat pun. Tapi kemaslah bentuk inai di tangan tu. Tapi tangan tak berapa nak meriah sangat sebab inai hanya hiasan di hujung jari sahaja. Sebab tangan kosong maka kenalah cari baju yang sarat di tangan supaya nampak WOW sikit tangan pengantin tu. MySpace

Kalau inai cara urban ni, memang naiklah seri tangan pengantin tu terutamanya masa dalam akad nikah sebab biasanya pengantin akan pakai baju yang tak berapa nak sarat dan warnanya lembut. Jadi masa tu inai di tangan memang orang akan perasanlah. MySpaceTapi masalahnya kadang-kadang kalau motif tak berapa nak cantik, maka cacatlah bentuk inai di tangan tu. Sebabnya memang akan orang nampak kecacatan inai tersebut terutamanya kalau dapat photographer yang zoom pada tangan. MySpace Tapi pakai inai ini memang trendy gitu. Sebab baju kahwin zaman sekarang ini memang sarat di dada sahaja. Bahagian tangan baju memang kosong jadi memang naik seri pakai inai ni.MySpace

Tapi masalahnya aku ini kahwin di kampung MLK dengan ada orang tua (Nenda) di rumah lagi yang memang masih mengamalkan adat istiadat pantang larang nenek moyang versi yang aku pun tak pasti berapa kurunnya.MySpace Memang setakat sekarang belum pernah ada lagi Mak Cik aku yang berinai ukir-ukir gitu. Semua old school fashion. Jadi biar betul aku nak pecahkan tradisi keluarga aku ni? Beranikah aku?MySpace

Jadi aku ni dalam dilema berbelah bahagi. Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Susah nak cakap. Aku confuse jadinya. MySpace Jadi apa pendapat kalian tentang isi berinai ini? Patut ke aku teruskan tradisi lama atau aku ikut perkembangan perkahwinan sekarang ini dengan inai berukir ni?MySpace Kahwin ni sekali sahaja seumur hidup. Mestilah nak buat pilihan yang terbaik walaupun soal berinai. Sila la vote untuk membantu aku buat keputusan tentang isu ini. MySpace

Kepala pusing jadinya bila berfikir tentang inai. Sebab aku pun tak pasti mana aku nak cari pokok inai. Dah lama rasanya tak nampak pokok inai. Dan tiada pula ada kenalan yang pergi ke Mekah untuk dipesan membeli inai Mekah. Aduyai, takkan nak pakai inai tiub Mydin? Merah ke inai tu? Makin serabut pula aku rasa. MySpace