Memori 2012


Selamat tinggal 2012. Macam-macam perkara telah berlaku pada tahun ini (yang nyatanya lagi meletup daripada 2011). Bila aku cuba recall kembali Januari 2012, aku macam tak percaya cuti Tahun Baru Cina selama seminggu tu aku tak fly balik. Hohoho, mujur masa tu berkenalan dengan Kak Nani maka macam-macam makanan aku dapat makan walaupun tidak pulang ke Semenanjung Malaysia. Kemudian, Februari 2012. Adalah bulan di mana aku ambil again kad pengenalan aku (padahal lepas tu baru launch new id, kena lagi tukar… aduyai) dan kad ATM aku yang hilang pada Disember 2011 dulu. Hohoho, macam air duit aku keluar nak re-do semula perkara-perkara ni.

Kemudian, Mac 2012. Ni banyak sikit event. Aku bertunang, kemudian line telefon kami di buat under satu nama yang sama (since sebelum-sebelum ini bil telefon kami mencecah RM 500 sebulan, gila tak?). Dan juga tidak lupa ulangtahun perkenalan kami serta kelahiran FG. Jadi, bulan ini memang banyak perkara happening telah terjadi. April 2012 memang bulan all about Pn Kathy (my Mum). Birthday Mum yang ke-53 dan ulangtahun kematian Mum yang ke-9 (macam sekejap saja masa berlalu kan?), keluaran Proton Prevé yang baru.

Then, Mei 2012 adalah tentang tarikh pembedahan aku yang ke-2 dan tak lupa juga Selamat Hari Guru! Bulan Mei ini sibuk sikitlah dengan peperiksaan. Tapi apa pun, paling best aku surprisekan FG dengan delivery coklat pada bulan ni! Hehehe… Oh ya, bulan ini juga kami all out beli barang-barang hantaran untuk majlis perkahwinan Ogos nanti. Pada Jun 2012 aku banyak berehat dan makan ubat untuk segera sembuh. Sepanjang bulan ini aku rasa mulut aku bau ikan haruan (yuck!) tapi nak buat macam mana, nak cepat sembuh kan? Bulan ini juga aku settle borang kahwin aku (termasuklah ujian HIV, sign wali dan sebagainya) serta aku settlekan Mak Andam. Bulan ini juga aku mulai buat fisioterapi dan bulan ini juga ulangtahun kelahiran Khidir yang ke-19. Oh macam-macam berlaku bulan ni.

Bulan Julai 2012 sudah mula berpuasa. Oh masa tu rumah aku sibuk gila-gila dengan mengecat dan menjahit langsir. Memang masa tu mode preparation memang gila-gila. Bila masuk Ogos 2012, mestilah majlis perkahwinan aku yang berlangsung pada musim Aidilfitri (07 Syawal 1433H) dan masa tu busy dengan kad dan goodies bag. Dan apa-apa saja preparation terakhir yang kena settle, inilah masanya. Memang bulan Ogos sangat sibuk untuk preparation kahwin. Paling penting, bukan aku saja yang sibuk dengan majlis perkahwinan tapi Wani (22 Ogos), Lela Belang (23 Ogos) dan Panda (25 Ogos) pun sama-sama sibuk menguruskan majlis masing-masing. Memang kalau Ogos 2013 tiba nanti kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan beramai-ramai (hehehe). Ops, lupa pula. Bulan ini juga Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dan ulangtahun kelahiran Nenda ke-70!

Kemudian masuk bulan September 2012. Bulan ini mestilah majlis di sebelah FG dan majlis adik FG. Kemudian, inilah kali pertama aku di rumah keluarga baru (sangat nervous). Bulan ini juga sambutan Hari Malaysia dan kami (aku dan FG) melawat semua saudara mara aku di MLK dan KL. Bulan ini juga aku kembali ke SDK untuk bekerja tapi paling penting bulan inilah aku isi borang permohonan pertukaran penempatan sesi Januari 2013 ke KL. Bulan ini juga aku pos barang-barang aku dari SDK ke KL (via fly) dan MLK (via pos sea). Ops lupa nak cakap, bulan ni juga aku dapat duit kutu (Best! Best! Best!).

Dan akhirnya bulan Oktober yang aku amat suka sampai sebabnya bulan ini ulangtahun kelahiran Ain (yang ke-21), Hafiz (yang ke-25) dan aku (yang ke-16… kikikiki). Bulan ini juga mulai peperiksaan akhir tahun dan PMR dan bulan ini juga ulangtahun ke-3 aku kerja di SBH (26 Oktober). Bulan ini juga akhirnya Ain berjaya mendapatkan motor yang diidam-idamkan untuk kemudahannya di UPM dan FG pun beli telefon Lumia yang sangat berWindows 8 tu (berlagak kan?). Dan bulan ini pada Raya Aidiladha aku kali pertama pergi melawat officially personally keluarga FG di PRK dan KDH (nervous beb). Apa-apa pun aku sangat suka dengan bulan Oktober ini sebab ini kali pertama aku sambut birthday aku sebagai Puan. Ahaks! Ops, lupa nak cakap yang bulan ini keputusan e-GTukar keluar dan keputusannya adalah TIDAK DILULUSKAN (sadis kan?).

Dan kemudian November 2012. Aku mengosongkan semua barang aku di meja (pulangkan buku SPBT, fail-fail, buku-buku rujukan dan sebagainya) dan di rumah sewa aku di Taman Sunny Batu 1 ½ (walaupun aku bukan dapat pindah pun). Bulan ini juga aku mohon rayuan semakan semula pertukaran di Putrajaya. Bulan ini juga ada Maal Hijrah 1434H dan Diwali serta majlis perkahwinan Rozy (10 November) dan Kak Nani (14 November). Ops, lupa pula. Bulan ini juga peperiksaan SPM bermula dan aku doakan yang terbaik untuk para pelajarku (kelas 5 B dan 5 C). Dan paling best bulan ini aku pergi ke Legoland bersama FG. Biar pun itu planning last minute, thanks to GPS Lumia FG (kami berjaya sampai dan tidak sesat).

Dan last sekali adalah Disember 2012 di mana aku kena potong gaji (nearly RM 800) kerana elaun BISP aku since Julai – Disember ditarik balik kerana aku tiada mengajar mana-mana kelas lagi selepas aku balik dari cuti sakit aku selama 4 bulan tu. Bulan ini juga bulan Santa Claus datang melawat (Merry Xmas) dan ini bermakna mesyuarat sekolah untuk kali pertama juga pada bulan ini iaitu pada Disember 27. Ops, lupa pula nak beritahu keputusan semakan semula pertukaran masih lagi TIDAK DILULUSKAN. Apa mahu buat, tiada rezeki nak berkhidmat di KL lagi. Anyway, ini bermaksud penutup kepada 2012 dan permulaan kepada 2013 dan kami meraikan dengan buat makan-makan di rumah Kak Amy (dengan bayaran seorang RM 13, hahahaha). Eh lupa pula, bulan ini juga aku dapat tahu aku sedang pregnant. Hehehe… Bukan aku sahaja yang sedang pregnant. Bersama-sama kami pregnant. Siapa? Hahaha… Nanti aku reveal pada next entri.

Psst… Selamat Datang 2013 (tahun ular). Harapanku tahun 2013 ini jauh lebih baik daripada tahun 2012 (tahun naga). Dan aku sedar yang 2013 ini commitment aku semakin bertambah (bakal bergelar Mum) dan aku doakan aku di beri kekuatan dan kehidupan aku dipermudahkan seperti mana 2012 ini Allah s.w.t membantu memudahkan perjalanan kehidupan aku. Insya-Allah.

5 thoughts on “Memori 2012

  1. bit.ly says:

    Thanks a bunch for sharing this with all of us you really
    realize what you are talking approximately! Bookmarked. Please additionally visit my
    website =). We can have a hyperlink alternate agreement between us

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s