iHeart : iPhone pun nak raya


Picture of Zenus iPhone 4 4S Prestige Eel Fish Leather Folder Series - Multi Red Malaysia Singapore: Apple iPhone 4- Apple iPhone 4 Cases, Apple iPhone 4 Covers, iPad Cases and a wide selection of Apple iPhone 4 Accessories in Malaysia, Sabah, Sarawak and Singapore

Ngeh ngeh ngeh, aku sudah pun order baju raya untuk iPhone aku di mana casing yang aku pilih sangat rainbow. Tapi reason aku pilih jenama ini adalah, casing dia boleh letak strap yang comel-comel (di mana brand lain tiada pun). So aku jadi super excited untuk iPhone aku. Dan lepas ini bolehlah pilih untuk cari kawaii strap pula. Ngeh ngeh ngeh…

Tapi apa pun balik KL nanti aku nak hantar service iPhone (sudah 2 tahun khidmat dia) dan tukar screen protector dia supaya nampak super masyuk! Ahaks. Yelah, takkan aku saja bersemangat nak raya; iPhone pun kena bersemangat juga. Apatah tahun ini iPhone mesti busy ambil gambar Aidilfitri dengan penambahan ahli baru. Huhuhu… 

Aku cari juga baju untuk iPad. Tapi belum jumpa baju yang cantik jadi masih lagi pending. Tapi memang nak beli la sebab baju iPad dah uzur benar. Aku nak cari yang magnetic auto tu. Walaupun mahal sedikit tapi berbaloi pakai lama. Sabar ya iPad, nanti aku cari slow-slow. 

Oh ya, aku beli baju ini di website ini. Pergilah usha kalau berminat. Perkhidmatan website ini memang bagus. Sudah banyak kali aku beli barangan iPhone di sini. Ni testimoni ikhlas ni. Cubalah lihat website ini. Kalau berminat boleh beli. Hehehe… 

Psst… eh, sibuk cari baju raya untuk iPhone & iPad tapi baju raya aku & FG bila pula nak cari? Hahahahaha… 

iHeart : Belajar Masak Secara Serius


3meals

Ini adalah satu masalah besar pada aku. Hahaha, sebabnya semua orang nampaknya semakin suka memerli ketidakpandaian aku memasak. Oh paling terasa sampai Abah pun kalau Mak dan Rahimah (biras aku) balik lambat, siap-siap beli lauk di kedai dan aku hanya perlu masak nasi saja. Hahaha, macam teruk betul ketidakpandaian aku memasak kan? Tapi itulah, tak insaf juga kan aku ni? Janji nak belajar bulan Disember tak pernah tertunai. Hahaha, ada saja aral melintang. Kikikiki…

Ini bila dah nak ada Jr ni, mestinya Jr kena makan masakan air tangan aku kan? Aduyai, bila nak belajar masak ni? Risau pula aku fikir. Yelah, tak naklah Jr makan makanan orang lain masak. Mesti dia kena makan apa yang aku masak (walaupun tak sedap, dia ada choice ke?). Jadi, aku rasa betul-betul Disember 2013 ini aku kena belajar masak. Kalau ditunda-tunda alamatnya tak makanlah anak aku nanti. Sebab aku percaya masa bulan Disember 2013, Jr baru nak belajar makan so aku pun mestilah baru nak belajar masak. Hahaha…

Pssst… Jadi, aku rasa untuk menaikkan mood belajar memasak aku ini, boleh tak aku mulakan dengan membeli apron yang comel-comel? Hehehe, baru bersemangat aku rasa nak masak. FG, sila beli satu apron comel boleh? Hikhikhik…

iHeart : Bukan KL, Bukan MLK tapi SLGR


Ramai orang tertanya-tanya aku akan melahirkan anak aku di mana. crazy monkey 091Well, aku tahu ramai excited nak datang melawat (hikhikhik) tapi sabarlah ya sebab masa kalian tanya masa tu, aku dan FG belum decide nak lahirkan Jr di mana lagi. Dan inilah keputusan yang telah kami buat setelah berbincang dan berfikir banyak kali. crazy monkey 084  Aku akan melahirkan anak aku di Selangor (bukan di KL walaupun aku tinggal di KL sekarang ni). Dan maaflah keluarga di MLK, aku akan melahirkan anak aku bukan di MLK seperti yang di harapkan oleh mereka. crazy monkey 057

Tapi, aku akan berpantang di MLK (pada awal-awal lepas hari tu) tapi akan menghabiskan cuti bersalin aku di KL (surely dekat dengan FG untuk FG mabuk layan perangai Jr). crazy monkey 134  Jadi bila aku mengumumkan yang aku akan berpantang di MLK means automatically Aidilfitri ini aku akan beraya di MLK (yeah, itu berita baik!). crazy monkey 148

Jadi, kepada kawan-kawan dan sanak saudara jauh dan dan dekat, anda dijemput beramai-ramai datang beraya di rumah aku untuk melihat anak kecil tu. Aidilfitri tahun ini pasti meriah dengan kehadiran si genit tu kan? crazy monkey 156  Yelah, semua orang excited fikir akan ada budak kecil raya kali ini. Especially raya ni my Uncles & Aunties akan bergelar GrandPas’ & GrandMas’. Oh yelah kan, Nenda jadi Moyang tahun ni dan adik-adik sepupu aku semua jadi Uncles & Aunties (biar pun umur belum lepas 10 tahun lagi pun). Ahaks. crazy monkey 154

Kehadiran Jr tahun ini pasti ada hikmah dan kebaikannya yang aku tak pasti apa. crazy monkey 173  Tapi aku pasti ada Nur dalam kehadirannya dalam hidup aku dan FG. Sangat aku tak sabar menunggu kehadiran Jr. Betapa Nur yang Jr bawa dalam menyinari hidup kami ini sentiasa dibawah naungan dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah, aku sangat positif percaya pada ketentuan-Nya. crazy monkey 195

Cepat lahir ya my baby. Membesar jadi anak yang soleh/solehah dan mendengar cakap Daddy & Mommy. Kalaulah kamu tahu betapa tak sabarnya kami menunggu kelahiran kamu. crazy monkey 194

Pssst… Setiap hari FG rasa perut aku meneka-neka tangan dan kaki Jr. Lawak pula aku tengok. Hahaha… crazy monkey 209