My Birthday!!!


Hohoho, akhirnya bulan Oktober yang di nanti sudah pun tiba. Dan ini bermakna, aku dengan suka citanya menunggu kedatangan 24 Oktober dengan penuh sabar. Sangat nervous!!!

Apa yang menariknya bila tiba Oktober 24, 2012 bermakna sudah 3 tahun aku bergelar sebagai seorang guru di SDK. Alhamdulillah… Macam sekejap sahaja aku rasa, macam semalam saja aku baru mendaftar (kali pertama daftar pada Oktober 26, 2009). Hahaha, memori sungguh kan?

Bila fikir kembali, sudah 26 tahun aku bernafas dengan izin-Nya di atas Bumi ni. Dan memang syukur sungguh kerana masih lagi bernyawa sehingga saat ini. Being alive adalah satu gift yang memang tidak ternilai oleh-Nya. Alhamdulillah…

Dan dalam menempuh 26 tahun ni, macam-macam pengalaman sudah aku lalui dan dugaan-dugaan itu selalu aku jadikan iktibar untuk masa akan datang. Bukan apa, selalu aku fikir untuk setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya, walaupun mungkin bukan sekarang tapi akan-akan datang, kita tak tahu dan tak jangka bila akan berlaku cuma yang mampu kita lakukan adalah prepare. Dan masalahnya kadang-kadang kita terlupa dan terleka sedikit maka bila berlaku sesuatu perkara, kita akan mudah melatah. Masa tu jari sibuk menuding kepada orang lain. Tak baik kan?

Maka tahun ini aku berdoa agar Allah s.w.t menguatkan dan menambah kecerdikan, ketabahan & kesabaran yang ada dalam diri aku ini kerana tahun ini aku sudah ada komitmen tambahan sebagai seorang isteri.
Selain keluarga besar yang aku memang ada semenjak 2003 yang lalu, tahun ini aku sudah tambah ahli baru iaitu Abah dan Mak (keluarga mertua aku) dan aku juga bertambah lagi 4 adik (adik-adik ipar aku). Bertambah besar keluarga yang aku miliki tahun ini dan bertambahlah tanggungjawab aku.  Seronok kan? Sebab life full with adventure and surprise!

Dan aku berdoa tahap kesihatan aku juga akan semakin baik dan aku boleh menurunkan berat badan aku kerana badan aku sudah naik macam dipam-pam semasa cuti ni. Itulah, duduk di rumah asyik makan saja. Ini sampai baju kurung pun nampak sendat, tak beranilah aku nak cuba baju kebaya pula kan. Ngeh ngeh ngeh…

Dan tahun ini juga aku pohon kepada Ilahi, agar dosa-dosa aku sesebelum ini diampun dan dihapuskan dan balasan di Hari Akhirat nanti diringankan. Aku tahu aku banyak buat dosa (tapi pahala pun banyak juga, hehehe) jadi aku memohon sangat agar tahun ini Nur (cahaya) dan Hidayah (bukan nama orang ya) akan disinarkan dalam perjalanan hidupku agar aku tidak tersimpang sesat ke jalan yang tidak diredhai-Nya.

Dan selalu aku doakan agar perjalanan hidupku ini dipermudahkannya. Aku sentiasa yakin yang Allah s.w.t menguji aku untuk mengingatkan aku supaya tidak lupa dan lalai dalam mengenang-Nya dan aku bersyukur diingati-Nya. Cuma kadang-kadang ujian itu aku rasakan terlalu hebat untuk aku tanggung dan walaupun aku tahu Allah s.w.t hanya memberi ujian yang mampu dipikul pada individu tersebut, tapi dek hasutan Syaitan yang banyak mengganggu emosi, selalu aku tersilap langkah menyalahkan Qada’ & Qadar yang telah diputuskan oleh-Nya kepadaku semenjak aku dalam kandungan lagi. Sebab itu aku selalu memohon agar perjalanan hidup aku ini dimudahkan dan bisa aku menanggungnya. Insya-Allah…

Aku juga mohon agar perkahwinanan aku diberkati dan dilindungi oleh-Nya 24 jam. Aku mungkin tak tahu & tak nampak & tak dengar apa pun yang FG buat di sana (KL) sebab aku jauh di sini (SDK) tapi aku percaya dan yakin yang Allah s.w.t sentiasa menetapkan hati kami untuk saling percaya, yakin dan kasih walau jarak jauh sebegini. Aku mohon agar iman aku dan FG sentiasa dilindungi dan dijagai oleh para Malaikat dan Allah s.w.t juga. Insya-Allah.

Dan tidak lupa aku doakan untuk kesejahteraan semua insan yang aku sayangi dalam kehidupan aku. Aku harap mereka juga doakan kesejahteraan aku juga sama seperti yang acapkali aku lakukan sesudah solat 5 kali sehari. Aku mahu kalian hidup baik-baik dan berjaya dalam kehidupan. Insya-Allah.

Lastly, HAPPY BIRTHDAY to me, myself & I… Puan Nur Diyana (a.k.a FaRa HunnyBunny)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s