iHeart : Seharian di London Weight Management, Mid Valley


Tahun ini aku sengaja nak surprise kan Ain dengan membelanja dia rawatan melangsingkan badan di London Weight Management. Aku beli tak mahal mana pun, cuma RM 10 seorang.MySpace Saja nak test treatment di LWM ni macam mana. Jadi, kami memilih untuk buat di Mid Valley kerana memudahkan Ain dan aku pergi (sebab ada KTM komuter).MySpace Jadi, kami pun pergilah ke sana masa birthday aku (October 24).MySpace Aku bukan tak nak ajak Hafiz pergi tapi badan dia dah cukup slim jadi maaflah ya Hafiz, aku sudah standby kau hadiah lain. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Treatment ini mengambil masa lebih kurang 3 – 4 jam. Dan ada 3 session. MySpaceYang pertama adalah kena mandi stim (wap air panas). Ala-ala macam di sauna gitu.MySpace Aku kan kali pertama untuk perkara-perkara macam ni, berasap kepala aku masuk dalam tempat mandi stim. MySpaceSerious aku rasa rimas dan tak cukup udara. Tapi bila aku tengok mak cik kat sebelah cubicle aku relax sahaja, aku pula yang cuak.MySpace Yelah, macam mengada sangat kan? Tapi serious aku tak biasa perkara-perkara girly macam ni. Hahaha… MySpace

Dan selepas itu pula session ke-2 seluruh badan di sapu dengan garam dan dibalut dengan selimut yang ada penggunaan cahaya infra red.MySpace Serious buat aku teringat macam aku nak buat treatment untuk luka aku selepas pembedahan pula. MySpaceSelepas bergaram tu, kena mandi dan hilangkan lekit-lekit garam tu.MySpace Dan selepas itu pada session ke-3 adalah guna mesin mengurut elektrik untuk memecahkan lemak dan selulit.MySpace Peh, macam kena renjatan elektrik aku seh. Memang terkejut seluruh sel aku bila kena tu.MySpace Agak sakitlah (walaupun tempat tu banyak lemak, hahaha) tapi standard lah kan, kalau nak kelihatan cantik mestilah kena tahan sakit kan? MySpace Dan untuk neutralize semula, badan aku di sapu minyak untuk hilangkan rasa terkejut tu mungkin. Hahaha… MySpace

Ops, lupa nak mention sepanjang masa tu kami hanya bertuala dan menggunakan panty pakai buang yang disediakan oleh pihak LWM. Jadi, janganlah assume fully berpakaian pula ya?MySpace Dan biasanya setiap orang akan ada consultant LWM sendiri.MySpace Dia yang akan mengendalikan semua session dan memberi bantuan nasihat dalam soal pemakanan dan sebagainya.MySpace Jangan risau, mereka ada sijil dan telah ke kursus sebelum ini maka janganlah ragu-ragu bila dengar penerangan mereka. MySpace

Tapi pendapat akulah kan, sama saja nasihat pemakanan dan kesihatan mereka dengan nasihat doktor di mana-mana hospital cuma mereka tak menggalakkan aktiviti bersenam (fizikal sangat) dan memberitahu yang menggunakan mesin teknologi yang ada di LWM dapat memecahkan lemak 2 kali ganda daripada membuat aktiviti bersukan.MySpace Betul atau tak bukan aku yang decide cuma ini adalah nasihat aku, kalau kalian percaya dan buat dengan rajin apa yang di nasihatkan oleh doktor biasa atau consultant LWM maka insya-Allah keputusannya adalah memberangsangkan. Yang penting kena percaya, yakin dan buat dengan consistent. MySpace

Apa-apa pun, terima kasih LWM terutamanya Puan Eunice (consultant aku masa aku di sana) yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada aku dalam melansingkan tubuh.MySpace Well, honestly aku rasa aku perlu kuruskan badan sebab selepas aku kahwin ini kebanyakkan baju aku sudah agak fit (mungkin kah sebab baju aku yang semakin mengecil atau aku yang semakin membesar? Ah, aku confuse!)MySpace dan kelihatan macam perlukan saiz baju yang baru. Since aku tak nak beli baju baru maka aku kena kurangkan berat badan aku semula. Seriously!MySpace

Dan since aku rasa aku still boleh manage nak kuruskan badan aku, maka biar aku slow down dulu sendiri. Mungkin kalau sudah terdesak barulah aku cari LWM semula ya? Ngeh ngeh ngeh… MySpace

iHeart : Minggu Seram Sejuk


Walaupun Halloween bukanlah suatu sambutan utama di Malaysia tapi setiap kali menghampiri October 31, banyaklah spooky things ni ada termasuklah kali ini aku terbaca Halloween’s week di One Utama.MySpace Punyalah taktik ekonomi sampai ramai yang termakan dengan sambutan ini (dan termasuklah aku) sebab banyak barangan spooky yang akan dijual dan ramai pula yang akan beli untuk menakutkan orang. MySpace

Well, actually FG bercadang nak pergi tapi since minggu tu kali balik kampung di Perak maka hanyalah tinggal kenangan saja. Mungkin 2013 bolehlah nak pergi. Insya-Allah kalau tiada aral melintang. MySpace

Tak tahulah kenapa tapi Halloween ini sinonim dengan warna Oren & Hitam (oren is not my color). Jadi kalau ada yang gila 2 warna ini, maka tak peliklah jika dia pengumpul barangan creepy Halloween ni. MySpaceDan satu lagi yang comfirm berkait rapat adalah kucing hitam!MySpace Uh, itu yang buat aku pelik sebab masa minggu ini sudah entah berapa kali aku terserempak dengan kucing hitam (padahal sesebelum ini aku lalu di situ tiada pula kucing hitam, entah mana muncul aku pun tak pasti). MySpace

Well, aku ni kan tak berapa mesra sangat dengan kucing maka kalau ada minggu ini mestilah aku tak berapa nak gemar sangat. MySpaceBiarlah aku tengok kelawar dari aku tengok kucing. Hahaha… Apa mahu buat, peminat Batman kan? MySpaceMaaflah Catwoman ya. Ngeh ngeh… MySpace

Satu lagi yang best adalah trademark MySpace“Trick @ Treat”.MySpace Walaupun aku tak pasti macam mana boleh words tu muncul (sebab bukan aku meraikannya pun) tapi aku pasti yang sebenarnya tujuan Halloween adalah untuk bergembira sahaja (no harm). Yelah, Halloween lebih fokus kepada kanak-kanak untuk mengumpul candies bukannya untuk menakutkan orang tapi biasalah, manusia kan suka memutar belitkan fakta. MySpace

Dulu aku selalu tengok filem Halloween di mana banyak cerita seram dan pembunuhan berlaku. Bikin aku wonder adakah Halloween memang begitu menakutkan? Well, aku ini kan mudah terpengaruh dengan cerita televisyen. Hahaha… MySpace

Psst… Untuk Ain, spider cupcake!MySpace Hahaha, mesti trauma sebulan adik aku tu. Hahaha… MySpace

Ops, lupa pula! Untuk Syasya Syairah a.k.a Syasyi (kawan aku dari KMPH lagi tu), aku nak ucapkan Happy Birthday (October 30).MySpace Moga cepat bertemu jodoh, amin. Ngeh ngeh… Teringin nak tengok lucky guy tu. Serious beb! MySpace

iHeart : Dari Selatan Ke Utara


Akhirnya aku sampai juga ke Perak, kampung FG.MySpace Seronoklah sebab dapat berjalan-jalan tengok tempat orang.MySpace Tapi sayangnya kami tidak dapat melawat semua saudara-mara di Perak kerana kesuntukan masa. Tapi, I do really enjoy time di sana. Thanks to them!MySpace Especially di rumah Wan Chik, makanan yang dihidangkan memang terangkat habis. MySpace

Dan sangat surprise sebab sebelum ini aku diberitahu oleh FG yang kami akan berempat balik ke Perak (aku, FG, Hazwan & Rahimah) tapi in the end jadi 3 kereta balik kampung (whole families ikut balik kampung juga sebab Aidiladha).MySpace Dan paling gila kami rancang balik ke Perak sahaja tapi endingnya balik ke Perak dan ke Kedah juga (OMG).MySpace Memang unexpected sangat. MySpace

Bagaimana boleh balik ke Kedah? MySpaceWell, actually jari Tok (nenek FG di Kedah sebelah Abah) kena patuk dengan ular.MySpace Jadi, Abah mestilah risau (sure lah, his Mom kot) jadi mestilah instinct nak balik tu extra sedikit.MySpace Tu yang jadi 3 kereta akhirnya.

Huh, memang berjalan-jalan habislah aku Aidiladha kali ni.MySpace Tapi sayangnya sebab masa kami balik ke Kedah, padi baru di tanam jadi tak berapa nice view sawah padi. Orang cakap yang nice adalah masa padi menguning. Huh, bila aku dapat tengok ni kan?MySpace However, syukurlah Tok selamat (tapi tangan dia bengkak habis). Aku doakan kesihatan Tok sebaik-baiknya. Amin. MySpace

Tapi sayangnya juga walaupun berkesempatan ke Kedah tapi masih tidak sempat nak round pergi melawat semua saudara-mara di Kedah.MySpace Mungkin lain kali sebabnya cuti amat sedikit dan tempat yang nak pergi pula banyak. Nak buat macam mana, masa cuma ada 24 jam sehari saja kan?MySpace Takkan nak tahan Bulan daripada keluar dan Matahari daripada terbenam pula kan? Ish ish ish… MySpace

So, kesimpulannya insya-Allah akan sampai lagi kami ke Kedah & Perak untuk ke rumah saudara-mara yang lain. Dan mestilah aku tak sabar sebab dapat berjalan-jalan tengok pemandangan yang best-best.MySpace Hahaha, dan paling penting aku tidur sahaja dalam kereta. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Tapi perjalanan kami memang agak rushing. Sebabnya aku nak kejar flight hari Ahad jam 3.40 petang (MAS) lagi di KLIA.MySpace Jadi, memang tak berapa nak berehatlah. Sangat penat sampaikan aku sekarang di SDK pun rasa sudah beberapa hari rehat pun masih tak puas. Aduyai, rasa letih sangat.MySpace Tak sangguplah aku nak ajak FG buat kerja gila macam ini lagi. Sangat letih. Tak larat. MySpace

Apa-apa pun aku nak ucapkan Salam Aidiladha pada semua.MySpace Can’t wait to see the next Aidilfitri & Aidiladha 1434H. Insya-Allah… MySpace

iHeart : Salam Aidiladha 1433H


Salam Aidiladha aku ucapkan pada semua umat Islam tidak kiralah di mana saja anda berada.MySpace Sesungguhnya ini adalah kali pertama aku meraikan Hari Raya sebagai seorang isteri bersama FG. Nervous!MySpace Sebab sebelum ini aku meraikan dengan keluarga aku di MLK tapi kali ini aku dengan FG bersepakat untuk beraya di rumah sanak saudara FG di Perak dan Kedah.

Tapi kerana ketiadaan masa yang cukup maka aku tidak sempat hendak membeli baju baru untuk Aidiladha kali ini. Aku pakai saja baju-baju lama yang masih elok.MySpace Nak buat macam mana, nak beli dengan FG tapi tak cukup masa. Jadi kena flexible, pakai apa yang ada. Janji rock! MySpace

Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.MySpace Dikenali sebagai Hari Raya Haji sebab bagi yang berkemampuan akan menunaikan haji pada waktu itu dan Hari Raya Korban sebab bagi yang berkemampuan bolehlah bersedekah daging lembu, kambing dan unta pada orang ramai.MySpace Ada sejarah tentang korban ni. Tapi nak details tulis dalam ni, nanti jadi subjek Pendidikan Islam pula. Mungkin di lain entri, insya-Allah. MySpace

Okaylah, back to topik. Seperti biasalah, pagi raya memang pergi solat Hari Raya Aidiladha dulu. MySpaceAku memang kalau boleh tiap-tiap tahun nak pergi. Cuma tahun ini gugup sikit sebab solat di Perak. Mana biasa lagi dengan environment Perak. MySpace

Lepas solat mestilah kena mohon ampun maaf pada keluarga (especially my husband) dan paling penting calling orang di MLK.MySpace Walaupun jauh di mana, biarlah dekat di telinga (by call). MySpace Tapi sangat berbeza pagi raya aku kali ini sebab kali ini tak dapat bersalaman dengan Nenda, Acik, Ain, Hafiz…MySpace Tapi kali ini bersalaman dengan FG dan keluarganya. Agak lain sedikit. Tapi ini tetap juga buat aku rindukan mereka di MLK. MySpace

Selepas itu bolehlah makan-makan dan melawat-lawat saudara-mara dan kalau ada di kawasan tersebut ada korban, maka bolehlah pergi menolong.MySpace Bukan apa, nanti bolehlah bawa daging korban sedikit ke rumah. Untung-untung boleh buat asam pedas atau sup atau kari. Uh, sedapnya.MySpace Kalau di MLK mesti akan masak asam pedas. Aish, rindunya nak balik MLK. Dan kalau di MLK mesti kami pergi ambil daging korban. Sedap woo makan daging fresh. MySpaceSudahlah daging mahal sekarang ini tau! Aish rindu sangat nak balik MLK. Bila rindu macam ni, tengok gambar-gambar family di MLK dalam Apple buat makin rindu. Agaknya mesti mereka pun rindu pada aku kan? MySpace

Ops, lupa nak beritahu! Psstt… Ini adalah TOP SECRET tau!MySpace Aku belum daftar haji di Lembaga Tabung Haji lagi. Aduyai, entah tahun bila aku dapat pergi ni.MySpace Tapi insya-Allah, kelak nak sampai juga di sana. Dan insya-Allah aku juga nak sembelih En Moo (lembu) untuk korban kelak. Siapa tahu bilalah tarikhnya nanti.MySpace Hahaha… Orang cakap En Moo adalah kenderaan tunggangan di Padang Masyhar. Aku nak naik dengan FG! Mesti!!! MySpace

Ops, lupa nak mention! Salam Aidiladha dan Selamat Bercuti! Enjoy!!! MySpace Aku nak pergi ke rumah saudara FG ni, daaa^^ MySpace

iHeart : Ain Merempit Balik Raya


Tahun 2012 ini, Ain dengan officiallynya ada motor sendiri dan dengan penuh beraninya membawa motor balik ke MLK (dan return KL) walaupun setelah dibangkang oleh ahli-ahli keluarga di MLK.MySpace Aku? Well, tidaklah aku banned dia nak bawa motor pergi-balik KL-MLK-KL asalkan dia pandai menjaga diri, okaylah. MySpace

Iyelah, janganlah dia merempit bawa sampai 160 km/j (itu memang aku marahlah kalau dia bawa selaju ini tapi aku yakin dia akan bawa paling laju pun 100 km/j jadi insya-Allah…) dan kenalah jaga-jaga kawasan angin lintang (dan angin dari kenderaan berat especiallynya lorry dan bus).MySpace Apa-apa pun aku yakin dia akan menunggang motor dengan baik. Jadi tak perlulah aku nak bangkang permohonan dia nak bawa motor balik raya kali ni. MySpace

Aku pula tahun ini dijadualkan beraya di Perak (4 orang sekereta). Tapi kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Apa-apa pun nanti aku akan update.MySpace Entri kali ini cuma nak fokus dan ingatkan Ain yang sila berhati-hati membawa motor. MySpaceSemua orang pun nak balik beraya maka janganlah bawa motor macam jalan raya tu tertulis nama engkau as pemiliknya. MySpace

Ops, selamat balik kampung beraya dan bercuti untuk semua rakyat Malaysia.MySpace Kita kan 1Malaysia, jadi semua perayaan pun kita sambut bersama-sama. Maka aku pasti ramai yang akan pulang bercuti pada minggu raya ini. Lebih-lebih lagi cuti Aidiladha tahun ini, sekolah bercuti 2 hari (selalu bercuti sehari kecuali negeri-negeri yang mengambil cuti perayaan Aidiladha 2 hari seperti Kelantan dan Terengganu)MySpace maka tak surprised kalau jalan balik kampung jadi jammed tahun ni.

Apa-apa pun aku ucapkan selamat memandu dan menunggang motor berhati-hati. Jadilah rakyat 1Malaysia yang prihatin dan berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa. Insya-Allah semua akan selamat sampai ke destinasi masing-masing. MySpace

Since, FG sudah ada GPS di telefon sekarang ni maka dia memang berlagak habis yang comfirm tak sesat kalau ke mana-mana. Betul ke ni?MySpace Teringin pula aku nak test pergi ke tempat yang kami tak biasa nak pergi untuk test. Bagus tak idea tu? Hahahahaha…MySpace

Pssst… Ain dah ada motor, Hafiz pun ada motor maka aku ni??? MySpace

iHeart : Sudah Cukuplah 3 Tahun


Sedar tak sedar sudah 3 tahun aku di SDK ni. Macam mimpi pula rasa. Kalau tidak kerana kerja di sini, pasti aku entah bila tahun nak merasa naik kapal terbang. Tapi apa pun aku bersyukur kerana di beri kerjaya (sebab zaman sekarang ni susah nak dapat kerja) sebagai seorang guru di SM Sung Siew, Sandakan Sabah. MySpace

Masa antara tahun pertama aku di sini (26 Oktober 2009 – 26 Oktober 2010) aku actually kerja separuh tahun saja pun. Macam separuh tahun lagi aku banyak terdampar di hospital sebab cuti sakit.MySpace Malah kalau ada pelajar yang tidak mengenali aku, itu memang tidak pelik sebab aku hanya ada pada Semester 1 sahaja masa tahun 2010 ni (sampaikan dalam majalah sekolah hanya ada nama aku tapi tiada gambar, hehehe). Dan masa itu aku memang tak dapat nak explore mana SDK ni (Sabah lagilah jauh kan?). Jujurlah, aku memang plan nak round-round SBH tahun itu (siap dah beli tiket awal-awal) tapi sudah takdir aku tak dapat nak explore SBH maka burnt macam itu saja tiket aku (untung Air Asia dan MAS).   MySpace

Sejak aku sakit itulah aku mulai terfikir yang nerasa di environment around family adalah sesuatu yang lebih baik daripada duduk jauh di rantauan tapi elaun tinggi.MySpace Maka bila masuk tahun ke-2 (26 Oktober 2010 – 26 Oktober 2011), aku mulai rajin balik ke MLK (setiap bulan aku fly balik). Dan masa tu aku memang bagi the best performance di sekolah (sebab tahun sebelum itu markah prestasi aku rendah). Dan masa itulah aku terfikir untuk mendirikan rumah tangga (sebab aku tahu peluang nak balik ke Semenanjung Malaysia lebih cerah kalau dengan status SUDAH BERKAHWIN). MySpace

Dan tahun 2011 itu jugalah, aku banyak missed explore SBH dengan kawan-kawan sebab aku selalu sangat fly balik. Iyalah, masa tu pun tengah mabuk bercinta dengan FG. Faham-faham sajalah. MySpaceMasa tu aku fikir, nanti aku mesti pergi explore SBH dengan FG (sebab aku teringin sangat nak pergi KK). Insya-Allah. Jadi, FG kalau baca entri ni sila ambil note ya? Sebab your wife ini nak sangat pergi explore SBH. Jadi, jangan buat-buat lupa. MySpace

Dan sekarang ini masuk tahun ke-3 (26 Oktober 2011 – 26 Oktober 2012) aku mulai jarang balik ke Semenanjung Malaysia (rekod beb, cuti Tahun Baru Cina yang seminggu tu pun aku tak balik) sebab aku sibuk collect duit nak kahwin pada Ogos 2012.MySpace Memang kami siap dah pilih tarikh sebab nak dapat kebarangkalian pindah 80% pada permohonan pertukaran penempatan Januari 2013. Jadi masa ini memang jimat sikit (nak beli kasut pun aku fikir banyak kali). MySpace

Dan paling hebat, aku buat perkara gila tahun ke-3 ni. Aku bertunang, nikah, kahwin dan operation pada tahun 2012.MySpace Semua event serentak dan sangat makan duit yang banyak. Susah mahu cerita keperitan aku berjimat cermat untuk kahwin. MySpaceDan selepas operation (bercuti selama 4 bulan), aku kembali semula ke SDK ini untuk menyambung kerja aku. Tapi masih lagi, aku cuba mencari-cari masa untuk pulang ke KL jumpa FG. Rindu sangat pada FG, nak buat macam mana kan? MySpace

Tapi honestly, aku rasa cukuplah 3 tahun aku di SDK ini. Banyak perkara yang aku dah belajar di SDK. Dari segi bahasa, culture, makanan dan fashion orang di sini. MySpaceDan dalam masa 3 tahun ini banyak perubahan yang berlaku pada aku. Tapi alhamdulillah perubahan yang positif. Aku sangat bersyukur diberi peluang berubah ke arah yang lebih baik semasa aku di sini. MySpace

Apa yang menarik di sini? Tempat SDK ini memanglah tiada yang menarik hati sangat. Jujurlah yang walaupun pembangunan dia dalam masa 3 tahun ini agak pesat (dulu tiada pun McD tapi sekarang ini ada 2 cawangan sudah) tapi aku bukanlah bersifat mother nature. MySpaceJadi, biar pun sudah agak canggih tapi masih lagi bagi aku kalau aku nak stay lama di SBH mestilah di KK bukan SDK. Hahaha… Sampai macam tu sekali kan? MySpaceTapi kawan-kawan di sini memang sporting habis. Sebab saudara-mara jauh di rantauan maka kawan-kawanlah yang support kalau di sini. Jadi sebab itu selalu pun explore SBH pun ramai-ramai (cuma aku saja yang tak join). MySpace

Tapi di sini ada seafood (ketam dan udang) yang bersaiz besar tapi murah (murahlah daripada harga di Semenanjung Malaysia).MySpace Tapi tak beranilah aku nak makan banyak-banyak sebab nanti boleh dapat penyakit pula. Tapi very refreshing dan enjoying bila sesekali makan.MySpace Jadi bila ke pasar di MLK mesti aku macam terkejut pula tengok harga ketam sekilo berapa. Ngeh ngeh ngeh… MySpaceSudahlah di sini banyak ikan yang pelik-pelik (tak berani nak try makan). I wonder how the taste…? MySpace

Yang tak menarik di sini? Oh, hospital SDK (teringat memori lama 2010).MySpace Tak nak ungkit cerita lama tu, geram pula fikir. Yelah, hospital saja besar tapi doktor pakar tiada. Geram!MySpace Huhuhu, by the way tiadalah perkara yang tak menarik di sini. Semuanya okay bha. Yang hospital tu sebab aku accident saja. Kalau tak, tak juga aku nak black list senang-senang hospital. Hehehe… MySpace

Dan bila 26 Oktober 2012 ini sampai, aku tertanya-tanya di manakah aku pada tahun ke-4 aku nanti?MySpace Adakah masih lagi aku akan menyambung tahun ke-4 aku di SDK atau aku akan dapat peluang tahun pertama di KL? Aku pun tak pasti apa jawapannya. Kena sabar menunggu keputusan pertukaran penempatan yang akan keluar tak lama lagi. Nervous pula rasa. MySpace

Pssst… Teringat in memori di SM Sung Siew as Guru Kelas 1 D (2010) untuk separuh tahunMySpace, Penolong Guru Kelas 4 B (2011) MySpace dan Guru Kelas 5 B (2012) untuk separuh tahun juga.  MySpace

 

 

 

iHeart : I’m 26!!!!


Yes, hari ini October 24, 2012. Hari ini umur aku 26 tahun… Yeah! HAPPY BIRTHDAY TO ME, MYSELF & I!!!!! MySpace

Lalala, seronok sangat aku rasa bila tarikh October 24 ni datang setiap tahun. I mean, aku rasa sangat teruja dan bersyukur sangat kerana Allah s.w.t memberi peluang kepadaku untuk sampai setahun lagi ke depan.MySpace Tahun ini sekali lagi aku bertemu dengan tarikh ulangtahun hari kelahiranku, alhamdulillah. Yelah, dengan apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum-sebelum ini aku memang rasa bersyukur sangat dapat berjumpa dengan October 24, 2012. Alhamdulillah. MySpace

Aku berasa bersyukur kerana pada awal-awal tahun lalu aku diberi nikmat sihat dengan begitu cemerlang sekali (kalau nak dibandingkan dengan tahun lalu) tapi masuk saja pertengahan tahun kedua, En Demam, Cik Selsema, En Batuk, Cik Pening Lalat, Cik Sakit Kepala… MySpaceOh, semualah mula datang menyerang aku bertubi-tubi satu per satu (macam berjanji datang satu pakej pula mereka tu). Tapi tidak mengapalah, mungkin itu dugaan duniawi. Mana tahu nanti diakhirat nanti aku dikurniakan sihat tidak bernoktah. Nah, bagus kan? MySpace

Dan tahun ini aku berharap tahap kesihatan aku makin baik. Aku bukan apa, kalau aku sakit ni teruk sangat. Penat orang sekeliling aku nak kena jaga aku. Sudahlah tahap kesensitifan aku tinggi sikit bila sakit ni (mudah baran saja). Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan tahun ini aku dipertemukan dengan October 24 dengan status seorang isteri (untuk kali pertama). Wow, hebat kan? MySpaceAku bersyukur doa aku agar majlis perkahwinan aku dipermudahkan menjadi kenyataan. Tak sia-sia aku buat solat hajat malam-malam kan? Dan aku harap agar perjalanan hidup aku (terutamanya perjalanan perkahwinan aku) dipermudahkan dan dilancarkan. Aku berdoa agar sentiasa kukuhkan kepercayaan dan keyakinan antara kami dan kuatkan iman dalam hati kami agar kami berada di jalan yang lurus. Dan jauhkanlah segala hasutan Syaitan yang durjana tu. Jauhkanlah godaan dunia yang boleh merosakkan perkahwinan kami. Insya-Allah. MySpace

Moga aku dikuatkan dengan kesabaran dan ketabahan yang setebal yang diizinkan-Nya. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu bisikan hatiku tentang pahit-manis perjalanan hidup aku yang mana hanya pada-Nya saja tempat aku mengadu. Cakap tentang mengadu, sedih juga kan bila tiada Mum untuk mengadu nasib.MySpace Pahit telan sendiri, manis pun rasa sendiri. Sabar saja menjadi intipati bila macam ni. Mujurlah sekarang ni ada FG. Apa-apa pun mesti lepas pada dia. Baru tenang sikit hati aku. Hahaha… MySpace

Dan aku berdoa agar kerjaya aku dipermudahkan urusan. Bukan apa, sebab aku kan mohon pertukaran penempatan sesi Januari 2013. Maka, aku risau juga keadaan di tempat kerja baru. Rungsing seolah-olah macam kali pertama aku masuk kerja pula kan? Tapi Tuhan mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk aku. Aku yakin tentang perkara itu. MySpace

Aku berharap tahun ini ekonomi aku makin kukuh dan stabil dan apa yang aku impikan akan dapat aku capai tahun ni. Aku hanya mampu merancang saja, tapi Allah s.w.t menentukan tapi aku tahu Dia tahu betapa kuat keinginan aku ni. Hahaha… Moga diizinkan. Amin. Sebab aku kan nak sambung belajar (insya-Allah 2013 ni). Hehehe…MySpace

Dan aku berdoa agar keserian wajah aku di luar dan di dalam makin bercahaya dengan keimanan. Bukan apa, lumrah seorang wanita untuk care tentang looks kan? Hahaha… (Aku tengah terfikir nak belajar pakai bulu mata palsu ni, kikikiki). MySpace

Serta aku berdoa agar tahun ini (2013) aku akan dapat juniors.MySpace Kihkihkih… Faiz & Diyana juniors (nah, kembar lagi tu). Hahaha, insya-Allah… Kalian, tolong doa-doakan jugalah ya? Mesti seronok tukar status kepada Mummy pula. Kihkihkih, berangan kuat kan aku ni? MySpace

Dan lastly sekali, aku doa agar aku diberi peluang berjumpa October 24 akan dengan FG ada di sisi aku. Insya-Allah. MySpace

Pssst… Teringat masa kali pertama aku jumpa Cik Bebiri, masa tu aku memang tengah demam teruk gila-gila. Hahaha… MySpaceTeringat juga masa Puan Panda kena menjaga aku selepas aku accident. Ahaks, sensored tak boleh cerita! MySpaceTeringat masa Wani dan Azy kena urut kepala aku kerana aku muntah-muntah sebelum fly. Hahaha… Lemah antibodi aku bila demam ni (siap pakej dengan muntah-muntah).MySpace Teringat pada Ain menjaga aku di hospital masa aku mamai-mamai kena bius. Lenguh tangan dia urut badan aku. MySpaceTeringat Acik yang selalu urut kepala aku sebab aku kalau lambat makan mesti mabuk sakit kepala masuk angin. Hahaha…MySpace Bila fikir kembali, aku sangat berterima kasih pada kalian. Tanpa kalian membantu aku dulu, pasti aku tiada di sini sekarang ni. Terima kasih. MySpace

Tapi paling teringat bila FG sakit kepala melayan kerenah aku bila aku merajuk. Hahaha… MySpace Tak boleh blah! Ops, rindu pula dengan FG walaupun sekarang ni dia di sebelah aku saja pun. Gedik kan? Hahaha… MySpace