iHeart : Bantal Al-Fattah M.I.A


AKU SANGAT SEDIH!!!!!!!!!!!! Sebab sudahlah kali pertama pergi Expo Baby di Mid Valley kemudiannya bantal kekabu Al-Fattah tercicir di sana dan tidak dapat dikesan. Aku call banyak kali pengurusan di Mid Valley tapi macam entah tak entah saja layan. Geram sangat! Siap bagi alasan tak cukup kaki tangan! Geramnya!!!! bad atmosphere onion head

Aku pergi sana Jan 25 (after school) dan nak pergi balik Jan 26 track bantal tak boleh sebab FG sibuk layan BFF dia pindah rumah. Sakit hati aku! Geram sangat! Tak tahu nak ngadu pada siapa. Uuuuwaaa… Mana nak cari bantal kekabu original. Yang jual semuanya tak original (campur span). Uuuuwaaa… crying1 onion head

Pssst… Terlalu sedih melayan perasaan sampai nak tulis review tentang expo pun tiada mood. Tapi kalau kalian nak pergi Expo Baby, aku cadangkan ke Mid Valley sebab lebih berpuas hati berbelanja di sini dari di PWTC sebelum ini. Seriously. Sooob… Soooob… Sob…  desperate2 onion head

iHeart : Kerja Kerja Kerja… YAY!


br1m-bantuan-rakyat-1malaysia

Kali ini aku nak story tentang DUIT! Baru-baru ini (Jan 22-23) ada pemberian duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM 100 untuk pelajar-pelajar. Disebabkan pemberian duit maka aku kena datang awal. Apa kan daya, takkan nak ganggu masa belajar pula kan? Masa inilah baru aku tahu di KL banyak betul pelajar yang BUKAN WARGANEGARA. Yelah, selama ini aku di SDK semua pun WARGANEGARA maka bila di KL ini, perkara baru bagi aku. Dan sangatlah penting SIJIL LAHIR rupa-rupanya untuk melihat sama ada WARGANEGARA atau tidak (sebab KAD PENGENALAN pun kena reject masa nak identify WARGANEGARA atau tidak). Wow, new information for me!  admire onion head

Dan pada Jan 22 juga ada perjumpaan pertama rumah sukan dan kali ini aku rumah kuning (syukurlah bukan hijau!) dan tugas aku dalam rumah sukan adalah in charge makan dan minum pelajar-pelajar dan guru-guru masa latihan dan semua hari yang berkaitan dengan sukan contohnya Hari Sukan Sekolah, Hari Sukantara dan sebagainya. Ops lupa pula nak beritahu, nama rumah sukan kuning adalah Temenggung. Huhuhu, klasik kan nama? Hahaha… big eye onion head

senam-1

Dan menjadi tradisi sekolah ini pada perjumpaan pertama rumah sukan, akan di adakan Senamrobik setiap tahun. Hahaha, aku pun join sekali bersenam. Kata nak kuruskan body kan? Hahahaha… blocked onion head

MiNew-A10-Hello-Kitty-Mini-PC

Dan juga pada Jan 25 di adalah perjumpaan pertama semua unit ko-kurikulum dan rasminya aku memaklumkan yang aku adalah guru Kelab Komputer. Hahaha, silibus 12 kali perjumpaan belum lagi dibincangkan. Insya-Allah bulan Februari akan mula. Amin. bsod onion head

Pssst… Jealous dengan Atun yang sudah habis study dan sedang melepak menunggu jawapan sambung belajar. Wah, dengkinya tengok Atun bercuti sekarang ini. Nak cuti juga!!!!!  bird onion head

iHeart : Oh My English!


Oh My English

Sepanjang career aku selama 4 tahun sudah ni, aku memang tidak pernah termimpi akan ajar subjek English maka apabila tiba di KL ini aku tercalon untuk mengajar English; sumpah aku nak pitam. Tapi since boss beriya percaya yang aku boleh ajar English maka aku pun beranikan diri nak cuba ajar English tahun ini. Maka, taaaraaaa; call me Teacher Diyana not Cikgu Diyana. Ahaks. crazy monkey 086

Jadi, event every year pada January sekolah adalah bagi Panitia Bahasa Inggeris adalah English Camp yakni bagi 2014 adalah pada Jan 18. Sangatlah potong stim sebab aku baru plan nak balik MLK minggu tersebut (sebab cuti Thaipusam) tapi terpaksa dibatalkan kerana English Camp ini. Sangat berkorban jiwa kan jadi cikgu ni. Tapi mana boleh merungut, tak dapat pahala nanti kan? Hahaha… Bekerja kan kena ikhlas. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 100

English Camp

English Camp

Ini adalah gambar aku di English Camp. Siap bawa Al-Fattah sekali ke sana bagi belajar English. Ada pelatih-pelatih luar negara yang mengendalikan program ini. Maka janganlah pelik tengok ada gambar orang Amerika pula ya. Mujurlah Al-Fattah tak meragam menangis di sana. Siap kena pinjam ambil gambar lagi. Popular sekejap Al-Fattah dalam English Camp. Hahaha… Jealous pula aku bila anak lagi popular dari Mommy dia. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 105

Tapi aku dapat sijil penghargaan dari sekolah untuk program ini. Yelah, siap bawa anak belajar English. Punyalah semangat English kan Teacher Diyana ni. Hahaha…  crazy monkey 115

Pssst… FG, use English with Al-Fattah okay. He’s understand well in English instruction. Serious tau!  crazy monkey 101

iHeart : Pengalaman Pertama


12 Rabiulawal  1435H atau January 14, 2014 merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia bersempena ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Setiap tahun di Malaysia, tarikh 12 Rabiulawal ini merupakan satu cuti umum di mana kita boleh lihat di sesetengah tempat akan diadakan perarakan berselawat memuji-muji Nabi Muhammad s.a.w. Tema sambutan tahun ini adalah “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”. crazy monkey 003

Cakap tentang perarakan, masa aku sekolah dulu; aku sangat suka pergi perarakan Maulidur Rasul. Walaupun dapat sebungkus nasi saja, tapi seronok sebab ramai kawan-kawan ikut serta dan ustazah beritahu setiap langkah kita dalam perarakan tersebut dirahmati Allah s.w.t dan diberi pahala. Seronoklah kami dengar bila bab dapat pahala tu. Bukan senang nak kumpul pahala kan? Jadi setiap kali pun mesti aku antara orang yang akan sukarela nak pergi perarakan. Seronok pula fikir kan? crazy monkey 004

Sekarang ini bila tengok di televisyen, rasa rindu pula nak selawat ramai-ramai dari check point yang ditetapkan ke tempat berkumpul. Perasaan tu lagi hiba bila mana aku di SDK. Yelah, cuti sehari saja jadi takkan nak fly balik pula kan? Jadi aku sangat teruja nak menyertai sambutan Maulidur Rasul di SEMERA (kali pertama kan?). Jadi dijadualkan majlis akan bermula 11 pagi maka aku pun bersemangat waja keluar awal ke sekolah. Aku pun bawa kereta melalui jalan biasa yang aku lalu tu tapi aku beringat dalam kepala yang balik nanti tak boleh nak lalu laluan ini sebab FG beritahu aku yang persiapan sambutan Thaipusam akan bermula pada petang nanti. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Arghhh!!!! crazy monkey 029

Kali pertama punch card aku warna merah gara-gara aku tersangkut dalam traffic jammed. Sebenarnya pagi itu sudah bermula sambutan Thaipusam (upacara pecah kelapa) jadi pastilah jammed (dan mana aku tahu jalan banyak tutup sampai macam itu sekali). Aku macamlah nak nangis dalam kereta bila tengok masa. Kecut perut tak boleh nak cakap. Aduyai. Aku SMS boss beritahu aku lambat (dan siap minta ampun dari hujung kepala ke kaki). Mujurlah aku tiba sebelum kelas bermula (sebab aku gerak awal dari rumah jadi walaupun lewat dan sangkut dalam jammed, masih lagi boleh catch up nak sampai sebelum kelas). Tapi muka memang serabai nak nangis. Hahaha… Bila terkenang rasa nak ketawa pun ada. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 064

Tapi kuasa Allah s.w.t memang hebat (alhamdulillah). Sepanjang jammed tersebut, Al-Fattah tidur nyenyak tak bangun-bangun dan tidak meributkan kekalutan aku yang dah serabai tu. Kalaulah dia bangun, kemudia nangis pula… Memang haru-biru aku dalam kereta. Aku punyalah bersyukur dalam hati, tak boleh nak story. Sampai sekolah aku solat Zuhur saja, berjela-jela aku doa syukur dan terima kasih. Allahuakbar.  crazy monkey 069

Jadi inilah pengalaman pertama aku tertembung dengan perayaan Thaipusam di KL. Lain kali aku kena ingat yang aku memang kena gerak awal dan elakkan jalan tersebut 100% semasa nak pergi ke kerja. Tapi bila masa aku balik, jalan sudah clean and clear jadi boleh on the road seperti biasa. Lawak pula bila fikir. Hahaha… crazy monkey 083

Batu Caves

Apa-apa pun kepada yang menyambut Thaipusam, aku ucapkan Selamat Menyambut Thaipusam dan yang lain tu, selamat bercuti! Hehehe…  crazy monkey 086

Pssst… FG, geramnya!!!! I’m stucked in jammed because of you! Blame you 100%!!!!  crazy monkey 080

iHeart : PWTC Baby Expo


Yuuuhuuu, aku kali pertama pergi PWTC untuk Expo Baby. Mujurlah jalan tak jammed dan parking senang kalau tak memang aku ajak FG balik saja. Leceh tu bila ada baby (sebab ada stroller) kalau parking jauh. Pitam tu nak jalan lebih-lebih lagi kalau hujan lebat. ballerina crazy rabbit

Kami pergi January 11, 2014 selepas aku habis meeting PBS di sekolah dan setelah aku makan kenduri majlis perkahwinan cikgu sekolah aku yang kebetulannya buat di dewan sekolah juga. FG dan Al-Fattah tunggu di majlis tersebut sampai tertidur. Hahaha…  dance with me crazy rabbit

Ada 3 barang aku beli di sana, iaitu baju baby, nursing cover dan floor mat. dancing crazy rabbit Yang lain aku tak berapa berkenan. Aku ada juga usha-usha permainan yang ada tapi tak berminatlah nak beli. Jadi aku window shopping saja di sana. Mujur Al-Fattah tak meragam, kalau tak muncul satu masalah pula nanti aku memujuk dia berhenti menangis. floating crazy rabbit

Satu perkara yang menarik di sana, aku berkenalan dengan seorang baby lelaki yang lahir seminggu awal dari Al-Fattah dan nama dia Al-Fateh. Hahaha… Tak sangka jumpa juga nama yang dekat-dekat macam ini kan? happiness crazy rabbit

Pssst… FG cari Lego set untuk Al-Fattah tapi satu kedai pun tak jual. Huhuhu, try usha Baby Expo tempat lain pula. Ngeh ngeh ngeh… Sanggup tu? Hahaha… Mana tahu dapat price murah, siapa tak nak kan? music crazy rabbit

iHeart : My Prince Charming, Al-Fattah


al-fattah

Kali ini entri tentang my baby boy, Al-Fattah. cool onion headSekarang ini dia sudah 5 bulan dan sudah pandai meniarap. Dia tengah belajar nak merangkak sekarang ini. Gigi belum lagi tumbuh ya. Berat dalam 8 kg macam tu, saiz diapers L dan baju saiz 12-18 months. Setakat ini masih lagi fully breast feeding. Enough tak introduction tentang my baby boy? cheer3 onion head

Aku rasa aku belum lagi update tentang Al-Fattah kan? confused onion head Susah woo nak short form type nama dia sebab nanti aku type AF orang fikir Akedemi Fantasia pula. Jadi aku decide letak Al-Fattah terus, puas hati. cute2 onion head Mohd Al-Fattah lahir pada July 30, 2013 pukul 6.11 petang di Selangor. cheer1 onion head Aku start turun darah lepas sahur dan aku sakit kuat lepas Asar. Serious sakit bersalin memang tak boleh nak describe dalam perkataan. Cuma apa yang boleh aku kata, SERIOUS SHIT SAKIT jadi kepada anak-anak di luar sana yang masih ada Mom; appreciate your mother. She was in damn pain when you get your chance to live in this world. nonono onion head(Aku teringat ayat aku pada Ain supaya keep remind Al-Fattah betapa sakit dan seksanya aku dari masa mengandung lagi, jadi awaslah kalau Al-Fattah melawan cakap aku bila makin dewasa nanti).  punch onion head

Aku berpantang 2 bulan di MLK dan sebulan lagi di KL dan aku bekerja semula (setelah 90 hari cuti bersalin) bermula October 28, 2013 di SEMERA hanya untuk 3 minggu. smoking2 onion headAku dapat pindah ke Semenanjung Malaysia masa aku tengah berpantang di MLK (alhamdullilah, rezeki anak). Dan diam tak diam, dah 5 bulan umur Al-Fattah. Huhuhu… super onion head

Al-Fattah juga telah selamat dibuat majlis akikah di MLK (2 ekor kambing jantan) dan telah dibotakkan kepalanya dan kini sudah semakin lebat rambut Al-Fattah. Tapi paling tak tahan tengok bulu matanya yang panjang tu, geram wooo! uhuhuh onion head

Bermula December 30, 2013 aku sudah menghantar Al-Fattah ke babysitter yang dekat dengan SEMERA. Terima kasih kepada Cikgu Mawarni yang memperkenalkan aku dengan Nek Yah untuk menjaga Al-Fattah. victory onion headAlhamdulillah, Al-Fattah serasi dengan Nek Yah. Mula-mula aku pergi-balik dengan Al-Fattah menggunakan car seat baby, Al-Fattah menangis macam kena lempang, sangat kuat. Tapi lama-lama dia sudah biasa (dan mungkin dia tahu yang naik kereta guna car seat baby tu okay je) jadi sekarang ini dia tidur masa aku dalam perjalanan pergi-balik kerja. Syukurlah.  wew onion head

Masa Al-Fattah kecil lagi (dalam 3 bulan tu), aku officially sudah bawa dia ke semua rumah saudara terdekat yang dia patut pergi untuk diperkenalkan face-2-face. Baik di sebelah KL, MLK, PRK atau KDH. Semuanya checked! Jadi, aku harap tidak ada yang kecil hati kata aku dan FG simpan anak pula kan? wow1 onion head

Jadi, itulah serba sedikit mengenai prince charming aku. Sekarang ini aku sedang dalam proses memenuhkan album Al-Fattah yang aku ambil sejak dalam perut lagi (start dengan gambar ultrasound pertama masa Al-Fattah baru 3 cm). Sweet tak aku? Ngeh ngeh ngeh… wow1 onion head

Pssst… Masa ulang tahun pertama perkahwinan aku dan FG (August 24, 2013), Al-Fattah berusia 26 hari. Hahaha, macam cepat saja kan? Ahaks… wow2 onion headTak sangka Aidilfitri 2013 aku dalam pantang dan sudah ber-3. Aku baru angan-angan nak sambut Aidilfitri 2013 ber-2 sebagai suami dan isteri sekali suami-isteri-baby! Hahaha… Rezeki Allah s.w.t, alhamdullillah…  waiting onion head

iHeart : i Heart e-Kehadiran


Wow, macam cepat saja masa berlalu kan?  admire onion headDiam tak diam, dah seminggu berlalu dalam 2014 ini dan aku pun dah seminggu bekerjalah kan? Cakap tentang kerja, banyak cerita nak update tapi cukuplah aku cerita sikit dulu ye. Nanti cerita banyak sekaligus, pengsan pula baca berjela-jela panjang. ahaaah onion head

Tahun ini merupakan tahun pertama di tempat kerja baru (walaupun aku dah masuk kerja mulai Ogos 2013 tapi kira ini officially lah kan). bike onion headKerja pertama aku JK e-Kehadiran. Wow, kerja tu everyday kena buat tu. Sangatlah banyak masa aku nak update setiap hari kan? Blog ini pun aku update everyweek, peh! Well, bukan aku seorang yang merungut tapi orang-orang yang terlibat sama pun mengeluh ya. bird onion head

Tapi aku ini memang seorang pekerja yang amanah dan berintegriti maka aku buat kerja aku setiap hari walaupun sometimes ada juga hari yang aku missed tapi cepat-cepat aku cover esoknya. Bagus kan? cheer1 onion head So endingnya, di notis board e-Kehadiran tu, bertindih-tindih kertas yang aku print everyday. Aku pun tak berapa rajin nak alihkan so aku keep on pin saja atas notice board tu. Hahaha… Nanti kalau tak muat dah nak pin atas board tu, aku tanyalah nak buat apa dengan kertas-kertas yang ada tu. Setakat sekarang masih boleh pin, aku buat tak nampak saja lah. cheer2 onion head

Secara rasminya itulah kerja aku setiap hari. Update notis e-Kehadiran. Walaupun kadang-kadang tak ada pun perubahan data, tapi tarikh berubahmaka kenalah ubah print baru juga kan? bsod onion head

Pssst… Setahun ada 365 hari. Kalau hari-hari kerja maka 365 kertas aku kena print. Hohoho, i Heart my work. bye1 onion head