iHeart : The Beginning Of 2015


OMO! Dah masuk 2015 rupanya dan SANGAT LAMA aku tak menulis dalam blog ini. Dush, rasa nak punch muka sendiri sebab abaikan blog yang lovable ni. Rasa guilty!

Anway, sudah-lah intro tak bagi salam. Terus-terus membebel pula kan? Hehehe… Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca. Bagi 1st time reader, sorry-lah kalau boring baca bebelan aku yang tak cukup panjang lagi ni. Hehehe… Untuk yang dah biasa baca, sorry dude… 2014 aku cukup busy sampai tak cukup kaki tangan nak type dalam blog. Ahaks, alasan tak boleh-blah kan?

Untuk 2014 aku dapat banyak complaint. Erk, especially merungut “KENAPA LAMA TAK UPDATE?”. Wah, itu aku memang bersalah sangat (dan tak tahu nak jawab apa soalan tu.) Cuma minta maaf banyak-banyak-lah sebab lama tak update maka cerita tentang aku macam TOTAL LOST begitu saja. Bukan apa, 2014 adalah tahun bersedih Malaysia (JAP, APA KENA MENGENA DENGAN BLOG AKU?) maka aku terlalu sedih nak update tentang flight and so on, tu yang buat aku MISSING IN ACTION. Wah, drama tak alasan aku? Harap terimalah maafku ini dengan seikhlas dekat yang boleh, kikiki.

Sudahlah aku lama tak update blog, kat TWITTER dan FACEBOOK pun jarang-jarang buka. Kejam tak kejam aku ni kan? Busy mengalahkan Prime Minister. Wahahhaha… Tak tahulah apa yang merasuk aku tahun lepas, tapi aku memang SENYAP betul 2014 ni. Harapan aku 2015 ini, biarlah aku lebih KECOH. Harap jangan jadi HARAPAN saja ayat tu kan? Ngeh ngeh…

Banyak nak share of course (sebab lama yang amat tak update) tapi nak highlight sikit, entri 2015 kali ini aku nak tulis panjang-panjang yang mampu boleh? Yelah, dah Akak Ct Panda complaint aku tulis pendek sangat masa 2014 (tak sempat nak gelak 6 harkaat, katanya) maka terpaksalah aku tahun ini tulis berjela-jela untuk memenuhi permintaan dia. Hah, jangan lenguh mata nak baca sudah. Dan jangan sengih sorang-sorang lama sangat, nanti kena cop ‘sewel’. Hahaha…

Aku memang tahun 2014 tak ambil port sangat apa berlaku dengan calendar, sampai-kan tak sedar 2015 dah tahun BEBIRI (dalam calendar China). Wah, sengih-sengih-lah Missy Sheepo sebab tahun ini banyak OOONG pada dia. Manalah tahu tahun ini jadi Mrs Sheepo pula, OPS! Ni gossip panas ni. Kehkehkeh…

Tahun 2015 ini awal-awal tahun FG dan announce yang tahun ini tema sepatutnya KELABU (marah betul dia kena pakai baju SHOCKING HOT PINK untuk raya tahun lepas, hahahaha) maka MESTILAH KELABU tahun ini. Yelah, yelah (malas nak gaduh) maka tahun ini raya nanti KELABU-lah aku jadinya. Eh jap, apahal announce awal sangat ni? Tak surprise-lah jadinya kan? Gagaga… Tapi kain tak beli lagi, maybe lepas dapat BONUS ke? Wah, menunggu gitu. Bilalah nak dapat BONUS yang DIJANJIKAN tu ya?

Tahun 2015 ini memang BIG SURPRISE pada semua orang yang kena bah. Saban tahun kita memang tahu yang tengkujuh akan menyebabkan air naik tapi tahun ini tak sangka pula AIR SANGAT BANYAK NAIK sampai mengorbankan nyawa. Uh, sedihnya permulaan 2015 ini. Seikhlas hati aku mengucapkan takziah pada keluarga mangsa yang kehilangan insan-insan tersayang kerana banjir baru-baru ini. Sabarlah, semua ujian ini ada hikmahnya. Perancangan Tuhan kita tak tahu, tabah dan positiflah. Aku banyak juga menderma barangan dan duit pada tabung-tabung yang mengumpul dana. Harap-harap mereka menerima dan menggunakannya sebaik yang mungkin. Aku sedih tengok video clip berkaitan mangsa banjir yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Yelah, aku pun ada anak kecil jadi aku tahu keperitan nak menyelesakan anak kecil masa dalam serba kekurangan. Apa-apa pun aku berharap agar semua berjalan dengan lancer seperti mana yang kita rancangkan. Amin.

Dan sebagai seorang guru, walaupun dah ditunda bermula musim persekolahan dari Jan 5 kepada Jan 12, kerja aku masih lagi tak siap. Hahaha, entah apa yang aku buat selama seminggu bercuti (janganlah tanya). Aku rasa kerja memang tak akan siap walaupun setahun diberi cuti. Ada saja kerja kan? Ngeh ngeh,…

Okay, berbalik pada AKU. Azam 2014 aku memang tak tercapai (sebab tu tak tulis dalam blog, kakakaka). So, ditarik ke 2015 (macam biasa). Tak tahulah tahun ini dapat tercapai ke tidak tapi aku nak berusaha lebih nak capai (tahun 2014 tak cukup usaha). Nak aku list dalam ni? Kikiki, TAKDE MAKNA aku nak reveal-kan azam aku. Nanti kalau tak tercapai, berbakul-bakul kena gelak. So kena secret sampai Dec 31, baru boleh announce. Ceeewah…

Aku dah beritahu dunia (sebab dah tulis dalam TWITTER dan FACEBOOK) tapi tak ada orang response (mungkin sebab aku tulis guna ENGLISH HIGH RANKING punya, yelah 2014 kan aku ni ajar English) maka terpaksalah aku announce again melalui blog ini yang aku PREGNANT untuk anak ke-2 dan dijangka kelahiran pada bulan Mei 2015 ini. Dan masa tu Al-Fattah belum berusia 2 tahun lagi, gagaga… Jangan risau, masih belum terlambat nak wish Congratulations pada aku. Aku tak kisah pun dapat wish lambat, yang penting hadiah bagi cepat sikit ya. Hahahaha…

Apa lagi nak share untuk awal-awal ini ya? Hurm, let’s see. Aku masih lagi umur 20-an (kikikiki), masih lagi kerja di sekolah di KL, berat mestilah bertambah dah dari 2014 (dengan alasan aku sedang mengandung sekarang ini), anak aku Al-Fattah; seorang hero yang bakal berumur 1 tahun 6 bulan pada Jan 30 ini, hubby aku FG masih lagi belum habis belajar Master dia di UiTM Shah Alam, kereta masih satu lagi (itu pun parah dah kereta tu kena chewing gum dan calar balar graffiti pelajar), di KL masih lagi menumpang rumah orang memandangkan nak sewa rumah mahal sangat di KL ni dan aku masih sensasi dengan gossip macam dulu lagi. Wah, macam promote diri pula rasanya. Ngeh ngeh ngeh…

Cukuplah dulu coret-coret untuk permulaan blog ini setelah sekian lama aku menyepi. Nanti aku tulis lagi. Yang penting gambar-gambar dalam blog aku (yang aku Google-ling) comel-comel. Kahkahkah, sungguh perasan aku ni. Okay, chiow. Love you guys. Daaa… Assalamualaikum!

iHeart : Y.E.S (Year End Sale)


Taraaaa… Aku suka bila nak cerita tentang shopping. Mata aku jadi blink-blink dalam sekelip mata. Aku kalau pergi window shopping everyday pun aku sanggup. Aku paling suka shopping masa akhir tahun ni (especially Krismas sale) sebab selain daripada bulan Disember dapat bonus (saja nak highlight bonus tu), masa tu juga dapat tengok hiasan pokok Krismas (sama ada yang real atau yang plastik, I don’t care) cantik-cantik contohnya macam di Garden (di Mid Valley). Fulamakatak, cantik seh arrangement pokok Krismas plastik nya. Gaya elegant icy camtu (ini aku cerita tahun lepas punya bukan tahun ni). Memang terbeliak mata aku tak berkelip-kelip tengok pokok Krismas di Garden tu. Tabik spring. Tapi tahun ini tak tahu lagi yang mana cantik. Nanti dah survey tengok, aku share ok? surprised pink cat

https://i1.wp.com/ecx.images-amazon.com/images/I/71m5qpV0thL._SL1500_.jpg

Nak ceritanya tahun 2014 ni, banyak betul aku shopping (especially barang untuk Jr). Duit keluar laju deras macam air terjun, tak boleh nak tahan. Duit saving aku habis begitu saja untuk putera seorang tu. Haish, tak boleh nak mengeluh nanti jadi tak ikhlas pula kan? Huhuhu, tapi aku bukan nak merungut cuma hendak mengadu nasib. Kalau dah besar, Mohd Al-Fattah tu tak dengar cakap aku, memang rasa nak rebus hidup-hidup je kan? Hahaha… worry pink cat

Aku juga dah shopping a little barang-barang sekolah. Yelah, semangat tu dapat masuk kerja di sekolah baru jadi barangan pun kalau boleh nak complete (bukan baru ya). Termasuklah aku beli printer Epson L210 ni. Bagus jugalah, sebab aku tak perlu nak pinjam printer Atun (adik ipar aku) lagi. Yelah, guilty pula aku asyik suruh dia pergi-balik bawa printer semata-mata aku nak pakai print sehelai dua kertas. Muhahaha… tongue pink cat

Apa-apa pun banyak lagi aku tak shopping ni. Saja nak tunggu last-last minute. Baru thrill kan? Masa tu baru best nak berebut-rebut. Tau tak mana tempat aku nak pergi shopping? Antaranya mestilah Sogo sebab aku nak makan Cendol atau Ais Kacang (ABC) di food court Sogo tu. Sedap tu. Serius tak tipu. Tapi itulah, pening kepala juga fikir kalau nak shopping sana bawa baby. Jauh tu parking. Aduyai. Biasalah, nak murah rate parking kan? Ngeh ngeh ngeh… vortex pink cat

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat bershopping kepada semua shopaholics di luar sana. Beragak-agaklah shopping ya. Ingat untuk esok lusa tau. Hidup bukan hari ini ya, esok pun kena hidup juga. Jadi, sila buat perancangan. Orang katalah (aku tak cakap ya), bagus kalau buat senarai semak sebelum bershopping tu. Kemudian tuju je ke barangan tersebut, ambil, bayar dan balik. Tapi aku kata (ni memang aku yang kata), bagus usha-usha harga semua barang. Kalau murah, sambar. Kalau mahal, aim je; bila murah saja terus capai. Hahaha… in love pink cat

Psst… Ini adalah rahsia, aku sudah mula addict pada online shopping macam dulu-dulu kala tatkala single dulu. Barang-barang online ni aku macam dah ter-click pula kan. Sssshh, jangan beritahu FG tau. Mesti merah padam muka dia membebel-bebel supaya aku jimat-jimat untuk Jr. Hahahaha… Bahaya kalau ada internet di rumah 24 jam sehari ni. Ngeh ngeh ngeh. smile pink cat

iHeart : Selamat Hari Kebangsaan!!!


Selamat Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia!!!! Wah, seronoknya sebab tak sangka sudah 57 kita merdeka, alhamdulillah.

Tahun ini agak emotional sebab 2 kapal terbang MAS alami musibah. Walaupun tiada kenalan aku dalam senarai mana-mana penumpang, tapi aku masih berkabung untuk mereka. Ketentuan Ilahi kita tidak tahu perancangan-Nya. Ada hikmah di sebalik kejadian. Bersabar dan tabahlah ya?  Kena percaya, setiap ujian Allah s.w.t adalah salah satu petanda Allah s.w.t sayangkan kita dan ingat pada kita. Insya-Allah.

st_francis_convent

Pstt… Apa pun aku rindu nak tengok fireworks….!!!! Hukhukhuk… 

iHeart : FG meet ND


Diam tak diam dah masuk ulangtahun ke-2 perkahwinan aku dan FG. Al-Fattah pun dah 1 year +. cute-red-crab Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita, FG. love-red-crab Mudahan perkahwinan kita ini hingga ke akhir hayat kita. love-red-crab Moga bertambah keceriaan kita seisi keluarga dengan keletah manja dan mengada-ngada Al-Fattah (dan who knows 2nd Jr, ngeh ngeh ngeh). love-red-crab Moga kita berjimat cermat demi rumah yang bakal kita duduki tak lama lagi. love-red-crabDan moga dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. cute-red-crab

Last year aku tak sempat nak update apa-apa since aku pun tengah berpantang masa tu (Al-Fattah berumur 26 hari masa hari ulangtahun kami). shy-red-crabHohoho… tapi tiada apa pun nak update. FG belanja makan saja masa tu (lepas aku habis pantang). Tahun ini tak pastilah kalau ada surprise. Hahahaha… Ada ke?  tongue-red-crab

 Pssst… Kepada kawan-kawan yang anniversary tarikh dekat-dekat dengan aku, Happy Anniversary juga. hello-red-crab Moga kekal bahagia ke akhir hayat. Dan mengambil kesempatan juga nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Ayu SMK Raja Ali. Nah, tambah lagi group anniversary tarikh dekat-dekat. Hahaha… happy-red-crab

iHeart : Aidilfitri 2013 vs Aldilfitri 2014


Apabila semakin nak dekat bulan Ramadhan ni, banyak pula promotion sale baju-baju raya yang bikin panas hati tengok. Yelah, tahun 2013 aku tengah berpantang maka baju raya aku sangat limited edition (tapi yang penting tema warna dark purple). crazy monkey 049 Oh sadisnya raya 2013 aku. Sudahlah masa 2013 kali pertama aku beraya sebagai isteri FG, sekali kena pakai baju tidak sedondon (siap dengan stoking). Ah, stress!!! crazy monkey 062

Tapi 2014 lagi teruk effect 2013. Berat badan aku tak turun seperti yang dulu lagi (program diet aku masih belum membuahkan hasil) maka nak cari saiz baju pun payah. Aduyai, feel so down!!!! Geramnya!!! crazy monkey 090 Baju-baju yang lama yang masih elok tu tak dapat nak pakai, yang baru nak cari pun payah. So boleh imagine tak betapa stress nya aku! crazy monkey 112

Jika 2013 tema kami adalah purple, 2014 ini suppose nak warna grey tapi since payah nak jumpa matching each other warna grey maka tukar ke warna lain last minute. crazy monkey 115See, susahnya jadi orang obese macam aku ni kan? Stress!!! crazy monkey 049 Cuma terubat sedikit tahun ini di mana FG dan Al-Fattah bukan saja ada baju melayu yang matching color tapi baju kemeja juga. Sweeet kan? Aku saja yang langsung out of picture warna baju sebab memang totally susah nak cari saiz aku. I’m so down!!!! crazy monkey 120

Nak story nya kali pertama perhabis duit untuk baju Al-Fattah (last year dia baby baru lahir jadi semua baju pun baru), baju dia sama harga dengan baju FG. Peh, malah ada yang lagi mahal. Gila kan?  crazy monkey 141 Padahal baby saja pun (kain guna bukan banyak pun) tapi price tak boleh nak cakap punya mahal. Garu kepala aku tangok. Ni baru seorang putera ni, belum lagi berderet-deret macam keretapi. crazy monkey 153 Tak tahulah perhabis berapa banyak pula time tu. Tema yang matching yang amat ni warna hitam-putih. Klasik kan? crazy monkey 146

Dan paling sadis adalah, aku nak beli baju peplum kurung raya ni dari tahun 2013 lagi sebenarnya tapi kena simpan angan-angan tu nampaknya. crazy monkey 158 Raya kali ini aku cuci mata tengok baju-baju orang sajalah. Apa mahu buat kan? Mungkin Aidiladha baru boleh nak pakai (kalau teringin sangat nak feel pakai baju raya). Hahaha… Itu pun kalau berat badan aku turun. Kalau tidak, postponed 2015. Hahaha… crazy monkey 162

Apa-apa pun baju suami aku mesti ada. Biarlah aku tak beraya pun, dia mesti nampak handsome pagi raya tu sambil pegang Jr dengan baju yang sama warna dengan dia. Aku? crazy monkey 165 Well, walaupun tak senada warna tapi serumpun warna dengan baju FG dan Al-Fattah pun okaylah kan. Sometimes life choose cloth itself! (which is unfair sebab the right should go to the owner!!) crazy monkey 170

Baju FG 2013 tempah, tapi tahun 2014 beli yang dah siap saja. Tak sempat nak tempah. 2015 nantilah boleh tempah lagi. Tema grey kita tu ya? Atau tema lain? Hehehe… crazy monkey 169 Walaupun aku tahu badan macam FG payah tu nak cari yang sudah siap yang ngam-ngam saiz dia (kalau tempah nampak smart sikit) tapi life choose cloth itself maka kenalah pasrah kan? Hahaha…. crazy monkey 175

 

Tahun lepas 2013 aku dan Rahimah (biras aku) share duit dan bikin biskut raya sama-sama, kali ini aku beli saja di sekolah. Senang! crazy monkey 181  Tapi most yang aku beli masa puasa dah kena ngap sebab mereka tengok bola FIFA maka mulut pun sibuk mengunyah. Hahaha, tak apalah. Janji dimakan, bukan di buang.crazy monkey 180 Kat MLK as usual, aku still bagi duit dan tahun ini bagi biskut raya juga. Biar lagi meriah biskut raya di MLK. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 185

Walaupun tahun ini aku beraya di sebelah FG (bukan di MLK) tapi aku kenalah akur yang 2013 sudah beraya di MLK maka kena adillah kan? Cuma yang tak kenanya adalah, jadual tu tak tertembung pula dengan Etam’s family. crazy monkey 157 Tak apalah, aku melawatlah dia di KL nanti. Raya kan sebulan. Hehehe… Opss, lupa lak nak wish. crazy monkey 160  Salam Aidilfitri semua. Moga tahun depan kita bertemu lagi dalam entri Raya. Harap maafkan aku kalau ada entri yang menghiris jiwa sesiapa. Aku tak bermaksud nak menyinggung hati sesiapa tau. Sebab semuanya dalam blog ini adalah THE STORY OF MY LIFE. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. crazy monkey 156 Sila pandu berhati-hati bagi yang nak balik kampung dalam musim perayaan ini. Jammed janganlah story kan? Hahaha… crazy monkey 152 Yang di rantauan tu, calling-calling lah keluarga di kampung. Kita bikin syahdu sikit Aidilfitri kali ini. Sweet!!! crazy monkey 150

Psst… Aku dah beli tabung untuk Jr menabung duit raya. Tabung kepala Optimus Prime, smart tak? Hahaha… Letak coin, dia menyala. Canggih wooo…  crazy monkey 201

Plus, warna tema last minute yang kami tukar adalah warna shoking pink.crazy monkey 195 Pengsan FG bila dia tengok aku pegang baju melayu warna tu. Then dia cakap, “What wam I thinking when I proposed you?”. Hahaha… Nak tak nak kena agree lah kan? Ada choice ke? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 209

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Chiow!!! crazy monkey 192

iHeart : Hilang lagi (Aduyai)


Salah satu reason kenapa duit aku selalu melayang (selain daripada aku boros berbelanja), aku adalah seorang yang amat cuai. July 15, 2014 merupakan cuti am bagi Kuala Lumpur sempena Nuzul Al-Quran maka aku dan FG mengambil peluang ini ke One Utama Shopping Complex untuk membeli baju raya kemeja Al-Fattah. Nawaitu shopping tu memang lengkaplah tapi ini aku nak story lain ni.

Masa aku pergi solat di ruangan New Wing yang dekat dengan baby centre tu, aish… Aku tertinggal beg make up aku. Okaylah, bukannya big deal tapi mahal kot semua barangan solek aku tu (malah ada yang aku baru beli lagi). Dan bila aku teringat dan datang check semula, dah hilang (seperti yang semua orang boleh agaklah kan). Tak ke naya bikin aku kena beli yang baru semula semua. Berasap kepala aku!

Yelah, kot la nak pinjam make up aku okay lah kan tapi tak perlulah nak rembat barang orang, sudahlah bulan Ramadhan lagi lak tu dan dalam surau (I mean kebarangkalian orang Islam tu amatlah 100%). Arrgghh, sangat tak ada rezeki kan?

Okay that’s another story. Yang kedua aku nak cerita adalah, aku sudah mula pakai contact lens semula. Hohoho… Means aku sudah mula rajin untuk myself. Berita baik lah tu kan? Before ni aku stop pakai sebab aku malas nak pakai lens yang amat melecehkan tu. Tapi (welcome back) sekarang dah aktif semula. Hahaha… I like! 

Pssst… Sempena birthday Ain nanti aku belikan dia set make up yang sama dengan aku. Hope dia suka. Just preparation untuk mode bekerja dia nanti. Hehehe…

iHeart : July 30, 2014


 

Hari ini (July 21, 2014) aku sengaja nak announce ingatkan pada semua orang yang lagi 9 hari lagi (iaitu July 30, 2014) adalah tarikh ulangtahun pertama my prince charming, Al-Fattah which is tarikh itu jatuh pada tarikh Aidilfitri ke-3 (Syawal 03). Uh-uh…  We’re going to have a very blast party that weekend at MLK with homemade cake by Acik Rossidah. Can’t wait another 9 days. I’m keep counting!!!!

Pssst… Walaupun kalau ikut tarikh adalah July 30 itu di bulan Syawal, last year masa aku melahirkan Al-Fattah July 30 itu adalah lagi 9 hari lagi nak Aidilfitri (sangat ingat sebab aku kena ganti puasa 9 hari sebab Al-Fattah) sebab tu pada hari ini (July 21) membuatkan aku teringat lagi 9 hari lagi pada masa begini aku sedang berjuang melahirkan Al-Fattah. Huhuhu…

Sangat bersyukur Al-Fattah lahir pada bulan Ramadhan kerana Mom boleh lihat cucunya lahir ke dunia. Yelah, feel like she was standing there in OT room to encourage me during that time. Huhuhu… Dan setiap kali Ramadhan coming, means Mom boleh lihat perubahan setahun demi setahun cucunya membesar. So sweet kan? Allah s.w.t tu Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Pssst… Jangan lupa Aidilfitri kali ini kena bagi Duit Raya dan Hadiah Birthday sekali pada Al-Fattah. Harharhar…