iHeart : Pilihan A , B , C atau D?


Cara hidup zaman 2012 (dan seterusnya pada zaman akan datang) memang sangat digital.MySpace Semuanya berteknologi canggih dan bukan lagi macam masa 90-an dulu masa zaman aku hidup dulu. Benarlah kata orang, zaman memang sudah berubah. Kalau dulu, nak pakai telefon bimbit canggih, mestilah orang dewasa yang sudah bekerja tapi sekarang ini ramai remaja yang belum bekerja pun sudah memiliki telefon bimbit canggih (dan ada kalanya mengalahkan orang yang bekerja kecanggihan telefonnya). Inilah buktinya cara hidup kita sudah digital tidak macam dulu lagi (jadi, Malaysia memang sudah maju kan?).

Aku bersyukur dan berbangga bila menyebut (dan menulis) Malaysia Maju.MySpace Sesungguhnya aku terasa slogan tersebut sudah menjadi nyata dengan kebanyakkan orang sudah membawa tablet dalam beg masing-masing. Zaman sekarang lelaki pakai handbag macam perempuan sebab nak letak tablet, takkan nak pegang 24 jam kan? Dulu, lelaki dikatakan tak macho kalau bawa beg tapi sekarang, siapa yang tiada bawa beg tu means orang tu mundurlah sebab tiada tablet. Dunia macam sudah berpusing 360 degree kan?

Entri kali ini aku nak share pengalaman zaman lampau aku (wah, ayat tak boleh blah). Zaman aku belajar dulu.MySpace Bukan apa, tiba-tiba aku teringin nak tulis tentang kisah ini memandangkan aku ada mesej untuk disampaikan pada adik-adik aku. Jadi, entri kali ini mesejnya ada dalam semua entri ini. Aku harap mereka baca dan faham mesej yang hendak aku sampaikan ini. Tapi untuk pembaca yang lain, anggaplah ini satu nasihat dari aku.

Masa aku umur 17 tahun, aku sudah kehilangan Mum (meninggal dunia akibat migraine). Aku rasa ini satu penangan yang sangat teruk sebab sebelum-sebelum ini keluarga kami adalah satu keluarga yang tersusun dan kehilangan CEO secara tiba-tiba memang menggoyahkan pentadbiran keluarga. Aku dengan pengetahuan zero tentang pentadbiran keluarga, memang satu bebanan yang berat digalas di bahu aku. Masa tu aku agak menyesal sebab aku sebelum ini selalu mengelat belajar ilmu ekonomi rumah tangga (ERT) dari Mum. Jadi aku memang tahap dewa rungsing pada masa tu. MySpace

Tapi, langit bukan selalunya mendung tahu. Jadi, mujurlah ada Nenda, Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik (semua dari keluarga Mum) datang menyelamatkan kami dan meringankan beban di bahu aku. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi nafas baru untuk meneruskan kehidupan ini kerana aku yakin yang Dia ada rancangan yang lebih baik untuk aku. MySpace

Semakin aku meningkat dewasa, aku belajar berdikari dan aku hendak menjadi dewasa secepat yang mungkin.MySpace Selalu aku beritahu diri aku sendiri dulu yang aku nak cepat dewasa untuk tidak menyusahkan keluarga Nenda lagi. Cukuplah mereka terbeban dengan bermacam-macam perkara (sehingga melibatkan mahkamah dan pihak polis). Aku tak mahu menyusahkan dan terhutang budi yang teramat banyak lagi. MySpace

Mungkin sebab itulah apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pinjaman pendidikan kepada aku, Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya aku (sebab aku tak nak menyusahkan mereka lagi).MySpace Aku cuba sehabis baik tidak mahu terhutang budi lagi dengan mereka dan bila sekarang ini sudah bekerja, aku cuba membayar budi kedua-dua pihak tersebut dengan constant. Alhamdullillah, aku berjaya membalas apa yang aku terdaya. Tahniah kepada diri aku sendiri kerana tidak menjadi seperti kacang lupaka kulit. MySpace

Aku sebenarnya seorang yang penakut. Aku takut kalau aku ditanam budi terlalu banyak, maka aku takut aku tidak mampu membalasnya. Aku tahu setinggi mana harapan orang (lagi tinggi ditanam budi, lagi tinggilah harapan) dan aku tahu manusia akan sedih dan kecewa apabila mereka telah meletakkan satu harapan yang tinggi dan bila mana jika balasan yang diterima tidak seperti yang diharapkan maka, mulalah sesi ungkit-mengukit yang aku kira tiada orang pun yang sanggup dengar apabila peristiwa lama diungkit berkali-kali (apatah lagi jika perkara itu perkara yang mahu dilupakan).

Sebab itulah aku tidak mahu memberi mereka mengharap yang terlalu tinggi dengan aku. Aku yang meletakkan satu gap antara mereka dan aku supaya aku tidak akan terlalu banyak memakan budi mereka.MySpace Ada kalanya aku pernah berminggu-minggu tiada kredit dalam telefon tapi masih lagi aku survive. Dulu, ada saja kemudahan sms percuma di laman web (aku tidak jumpa sekarang ini). Jadi mudahlah untuk berhubungan (walaupun tiada kredit). Percaya atau tidak, tapi itulah aku dulu. MySpace

Zaman tersebut, aku berada di kalangan mereka yang sangat berduit (kaya dengan duit ibu bapa).MySpace Pada zaman aku masih menggunakan bas ke kolej, ramai kawan-kawan aku sudah membawa kereta ke sana. Walaupun ada yang bawa kereta lama ibu bapa, tapi itu satu kelebihan aku. Pada waktu telefon aku hanya sekadar hanya monotone dan orang lain sudah pun memilik radio di telefon, aku hanya mampu tersenyum saja. Apa mahu buat, semua orang akan ada kelebihan yang berjuta-juta daripada aku semasa zaman tersebut kerana mereka memiliki satu kelebihan di mana aku tiada kelebihan tersebut; iaitu ibu bapa. MySpace

Pada zaman tersebut aku memang mahu ikut trend masa itu tapi aku sedar aku tidak mampu memilikinya sebab aku tahu duit aku banyak lagi nak pakai ke arah lain. Masa keluarga aku asyik turun naik mahkamah, duit mana lagi kalau bukan duit aku digunakan separuh untuk membayar peguam. Pada zaman adik-adik aku, duit mereka fully untuk mereka dan aku tidak pernah pun cemburu dan mengungkit sebab aku tahu pada zaman tersebut mereka bukan tahu apa-apa pun (dan bukan salah mereka pun mahu kami turun-naik mahkamah sampai macam itu sekali). MySpace

Jadi, apabila aku sudah bekerja barulah aku mulai cuba membeli apa yang aku mahu dulu. Walaupun kelakar sebab ada kalanya barang yang aku mahu itu sudah lapuk dek zaman, tapi suatu masa dulu aku memang sangat impikan barang tersebut. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku apabila aku dapat membeli barang-barang yang pernah dalam my most wanted list! Gembira sampai rasa macam ada kepak tumbuh di belakang dan aku boleh terbang naik ke awan. MySpace

Jadi, apabila adik-adik aku mulai memanjakan diri dengan cara hidup digital zaman sekarang ini, aku hanya mampu berdoa agar mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kerana hidup ini banyak pilihan. Aku mungkin memilih jalan hidup yang low profile dan meletakkan gap sini-sana tapi sekiranya mereka mampu untuk membalas semula budi-budi yang mereka pilih itu maka aku berharap mereka tidak bersifat seperti kacang lupakan kulit. MySpace

Dan pilihan jalan kehidupan juga ada yang lurus, ada yang bengkok, ada yang berduri dan sebagainya. Aku sedih melihat adik-adik aku melalui jalan yang berbagai-bagai alkisahnya tapi aku sedar yang itu adalah pilihan mereka sendiri. Kalau mereka sudah memilih jalan tersebut maka aku berharap mereka kurang-kurangkanlah merungut-rungut mengenai jalan yang mereka pilih itu (sebabnya kau sendiri yang pilih tahap kesukaran jalan yang kau lalui tu). Aku di sini dari jauh yang melihat, aku hanya mampu doakan agar kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan. Amin. MySpace

Tapi satu saja yang aku nak ingatkan, pilihan yang kalian buat itu bukan semestinya kalau sudah decide terus forever mesti dengan decision itu, NO!MySpace Bila-bila sahaja boleh pilih jalan yang lain dan bila-bila masa saja boleh berubah fikiran. Yang penting kalian sudah tahu dan berani menghadapi risikonya, itu saja. Cuma bila-bila saja boleh cari aku untuk minta panduan memilih jalan hidup. Aku takkan paksa ikut pilihan yang aku cadangkan tapi sekurang-kurangnya aku hendak kau tahu apa pilihan yang kau ada dalam hidup ini. MySpace

Pssst… Aku sekarang ada di laluan hidup baru di mana laluan ini crossing dengan FG dan selepas itu kami berjalan bersama-sama. Jadi, susah & senang laluan itu, mestilah aku dan FG akan tempuhi bersama-sama. Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hidup kami. Amin. MySpace

Advertisements

iHeart : Legoland Trip


Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Kami dengan tidak dirancang telah pergi ke Legoland di Nusajaya Johor untuk melihat sendiri dunia Lego di sana. MySpaceSebenarnya kami rancang nak ke A Famosa di Melaka saja (sebab kebetulannya memang aku balik ke MLK minggu tersebut) tapi tiba-tiba planning bertukar menjadi pergi ke Legoland. Hahaha, sudahlah pergi selepas majlis kahwin Rozi jadi dengan baju kurung aku ke Legoland. Nah, ayu gitu. Tak apalah, yang penting kami dah pergi Legoland pada November 11. 2012. MySpace

Kalau sudah sampai sana tapi tak ambil gambar di pintu gerbang memang tak sah lah kan? Tapi kami pergi berdua maka nak ada gambar bersama tu memang susahlah (ada ke patut ada seorang “kakak” tu bila kami minta tolong ambil gambar dia cakap NO?, peh macamlah susah sangat nak tolong ambil gambar yang tak sampai berapa saat tu pun). Jadi, apa mahu buat (bukan semua rakyat Malaysia berbudi bahasa macam kami, hahahaha).

Kebanyakkan aktiviti di sana kami cuba tapi masalahnya kebanyakkannya adalah untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang menemani kanak-kanak. Aduyai, mana pula kami nak pinjam anak orang lain untuk bermain permainan yang disediakan. Nah, rugi tak bawa budak-budak kan?MySpace Bagus kalau adik-adik sepupu aku ke Legoland ni, boleh aku join sekaki nak cuba permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun (dan bersama penjaga untuk yang 3 – 4 tahun ke bawah).

Makanan yang ada okeylah harga dia, sama macam di luar juga. Tapi ada juga yang tak berapa nak masuk akal harga dalam tu. MySpaceTapi yang menariknya, kita boleh keluar masuk seharian di sana maka bagi yang berkeluarga (wah, suka-suka saja aku suggest kan?) maka kalau nak jimat duit bolehlah bawa makanan dari rumah siap-siap dan simpan dalam kereta. Masa lunch saja boleh berpicnic di kereta. Hahaha…MySpace Itu kalau keluarga yang memang asal Johor bolehlah kan? Kalau luar Johor macam kami ni, bawa bekal celah mana? Hahaha… Dan kalau yang parking dekat okay juga nak picnic, yang parking jauh macam mana? Nah, pandai-pandailah mengkreatifkan diri ya? MySpace

Tapi kami makan Pizza saja dalam tu (sebab dekat dengan surau nak solat lepas makan tu). Dan jangan terkejut, kami order yang 4 orang makan (padahal berdua saja).MySpace Memang buncit perut kami nak menghabiskan semua makanan dan minuman tersebut. Hahaha…

Yang aku paling asyik terlentuk tengok mestilah di Miniland (yang ada banyak replika bangunan yang comel-comel).MySpace Aku sangat kagum dengan ketelitian pekerja-pekerja yang menyusun Lego ini. Yelah, kalau di masjid tu bukan sahaja siap latar luar masjid tapi orang bersolat pun ada (ada yang tengah sujud, ada yang tengah ruku’). Sangat teliti kerja mereka. Aku memang tabik spring!MySpace

Punyalah buat kerja gila, sebab nak tengok suasana Miniland tu pada waktu malam, maka sampai Legoland tu tutup baru kami berangkat balik ke MLK. Pukul 8 malam baru dia tutup. Suasana Miniland pada waktu malam lagi meletup! MySpaceEspecially banguanan lambang kemegahan Malaysia, KLCC. Serupa seperti yang nyata. Jadi, betullah dalam TV ada beritahu yang mereka buat sama seperti yang sebenar cuma di kecilkan skala. Nah, serius KLCC nampak macam KLCC sebenar di KL. MySpace

Mereka juga kreatif dalam mempersembahkan Miniland ni. Contohnya ada yang menunjukkan komuter tersasar dari landasan (nampak tak dalam gambar 1?) MySpacesempena dalam berita mengisahkan komuter tersasar dari landasan sebab musim hujan. Dan paling menarik adalah fenomena Gangnam di mana di depan KLCC (lihat gambar ke-2) ada orang Lego sedang menari tarian Gangam. Terbahak-bahak aku dengan FG lihat. Update sungguh Legoland ni kan? Tabik spring!!!! MySpace

Dan untuk setiap permainan yang melibatkan basah terkena air, mereka ada menyediakan kemudahan dryer di situ. Jangan rebut-rebut, sekali masuk boleh 5 orang nak keringkan badan. Hehehe, kami pun ada beli gambar kenangan di sana. Hahaha… Habis melayang RM 30. Hahaha… MySpace

Oh ya, kalau nak beli Lego pun banyak di sini. Kami beli juga key chain (aku beli Harry Potter) dan Lego. Sampai rumah terus buat, hahaha. Teruja punya pasal lah tu. Dan untuk yang bahagian-bahagian legonya yang m.i.a maka boleh beli component di sini (jual macam gula-gula, timbang gram punya). MySpace

Tapi aku paling tak boleh terima adalah pembuangan sampah merata-rata. Come on lah Malaysian, tong sampah punyalah banyak disediakan di sana tapi nak juga buang di celah-celah pokok yang ditanam untuk tujuan mencantik dan menceriakan kawasan Legoland.MySpace Aku memang terbakar sungguhlah (siap aku tolong kutip sampah untuk buang dalam tong sampah yang tak sampai 1 meter pun). Entahlah, macam tiada kesedaran sivik pula rakyat Malaysia ni. Bikin malu saja. MySpace

Seronok tengok budak-budak ini main air macam ni. Teringin nak join tapi malu. Hehehe… MySpace

Oh ya, oleh kerana demam Legoland maka kami juga sedang giat mengumpul Lego Ferrari Shell yang keluar 2 set (3 kereta setiap set). Dan demi melengkapkan set maka setiap kali nak beli satu model kena isi RM 40 dulu. Sanggup tu sebab nak Lego punya fasal dan akhirnya 1 set siap. Tunggu set ke-2 keluar (November 29) untuk isi minyak kereta lagi (hahaha). MySpace

Pssst… Tapi kalau ada semua model tapi tiada orangnya susah juga cuma kalau nak 2 orang Lego ini kena beli minyak hitam. Aduyai, siapa pula aku nak suruh beli minyak hitam untuk dapatkan 2 model orang Lego ni? Rungsing-rungsing. MySpace

iHeart : BFF (Best Friends Forever)


Aku pernah percaya 100% yang Best Friends Forever (BFF) will really lasting forever. Seriously.MySpace Tapi now I do learn from my life lesson that most BFF does not lasting forever. Especially BFF between girls after kahwin. Commitment yang ada (especially the main one, husband) usually will ruin the BFF. MySpace

Lady yang sudah berkahwin mestilah husband comes 1st dan kena listen 100% to him (selagi tak bertentangan dengan pegangan agama) as one of the way to show respect to husband. Dan most husbands hate his wife’s BFF.MySpace Sebab bila kita menyayangi seseorang maka mulalah perasaan hendak memiliki that person dan sikap tamak mulai menguasai dan masa tu memang most husbands want her wife 100% attention. Dan masa itulah para wife mulai pening kepala nak divide herself to her hubby and her BFF. MySpace

Aku pernah percaya relationship antara boy & girl can always remain as BFF (dan alhamdulillah aku berjaya kekalkan dengan Kaizer since aku berumur 14 tahun) as long kita control not to much and not to close with our male BFF.MySpace Aku pernah berborak berjam-jam dengan dia talking how life unfair treating me atau one guy that make my world spinning (at that time). But yet the relationship never cross more than BFF. Ops lupa nak inform, nama sebenar Kaizer is Adib Zulkefli. MySpace

Tapi as time goes by, bila aku betul-betul sudah ada person steady in my life then I realize that I have to let him go slowly.MySpace Since aku mestilah nak kena jaga hati special boyfriend aku dan being close to my male BFF will make his jealous worse dan mula mengarut-mengarut menuduh aku yang bukan-bukan. So the BFF string mulai renggang, tak putus tapi semakin genting. MySpace

Tapi alhamdulillah Kaizer amat memahami dan dia mula terima situasi aku yang semakin jauh dan jauh. But yes, I still text him wishing him Happy Birthday until now. Bukan senang nak jumpa BFF yang benar-benar accept just the way we are dan to lose that person adalah something yang sangat rugi.MySpace Dan kadang-kadang aku terfikir takkanlah kerana lelaki yang aku baru kenal few years (yang aku fikir nak steady) can really beat up my male BFF yang aku kenal more than 10 years! But love can really does that kan? Hahaha… (FG, I love you!) MySpace

But Kaizer, I still hurt you unable to attend my wedding.MySpace But seriously aku memang tak sabar nak tengok perempuan yang berjaya menambat hati Kaizer. Sebab dia ini tersangatlah choosy (even his Mum pun pening dengan alasan-alasan dia yang tak munasabah tu). Cepatlah kahwin! Aku mesti nak pergi ke Ipoh nanti dengan FG. Boleh kami melawat saudara-mara FG di Perak, hehehe… MySpace

Dan BFF among girls, I have it too. Masa aku sekolah rendah dulu aku sangat close dengan geng 1Malaysia iaitu Agaliyah (India), Leonie Lim (Cina) dan Effa & Najida & Syahida (Melayu). Oh gila tak semangat 1Malaysia aku? Dari kecil sudah ada kan? MySpace Tapi actually masa sekolah rendah memang kawan dengan semua orang. Tapi bila masuk sekolah menengah baru ada BFF yang serious sikit (wah, ayat). MySpace

Masa tu my BFF is Lance (atau nama sebenar Izzati). We known each other since sekolah rendah lagi dan berjumpa di sekolah menengah (dari Ting 1 – 5) dan becoming close.MySpace Tapi female BFF akan retak jika salah satu pakwe BFF tersebut tak suka BFF aweknya dan dalam kes aku, pakwe Lance tak suka pada aku. I mean kalau tak suka aku sudahlah kan, tapi perlu ke nak call dan maki-maki (SMS yang maki-maki janganlah cerita kan?) aku macamlah aku ini satu disease pada aweknya yang sangat berjangkit yang akan berjangkit pada dia dan mati. Huh, memang tak sukalah aku dengan mamat kerek tu (even though dia tu junior aku masa sekolah teknik dulu). MySpace

Dan syukurlah Lance tak kahwin dengan mamat kerek tu. Seriously kalau dia pilih laki tu (even though masa umur 17 tahun dulu dia pilih mamat kerek tu daripada dengar kata-kata aku) memang aku rasa hubungan dingin aku dengan Lance tidak akan berbaik sehingga sekarang.MySpace Dan dengan laki yang dia pilih sekarang ini (setelah mengharungi pahit maung kehidupan), aku ucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat. Walaupun hubungan BFF kami tidaklah seakrab dulu tapi aku bahagia melihat dia bahagia. Dan aku doakan agar kebahagiaannya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. MySpace

Semasa aku di Matrikulasi, my BFF is MySpace Syasyi (Syasya Syairah) dan Wiwit (Hidawati).MySpace Syasyi is the best sebab dia selalu comfort aku sebab pada zaman tersebut emosi aku kurang stabil sedikit sebab Mum baru meninggal dunia. Wiwit bikin dunia aku gila-gila ceria dengan lawak dia. Kami bergelak tawa, bermain, kenakan orang, gosip dan kena marah pun bersama-sama. Lawak kan? Rindu pula zaman tersebut.MySpace Selain semasa di sekolah (zaman PMR di High School), inilah zaman belajar yang aku surely sangat seronok. I mean, BFF surrounding sangat caring dan selalu mengingatkan each other supaya keep on study (sanggup kejut aku 3 pagi untuk study, gila tak?). Bila fikir balik, zaman inilah aku paling banyak buat kerja gila. Hahaha… MySpace

Dan naik ke universiti, aku ada lagi BFF. Nama dia Jamie (tak perlulah nama sebenar kan?). I hold a lot of dirty secret about her that world will never can believe she was like that in her 20’s. She have very innocent looks but she has a very black heart.MySpace Basically semasa aku single dan dia ada boyfriend tiada apa-apa masalah berlaku tapi apabila aku ada boyfriend dan she fallen for mine, masa tu memang disaster. Oh tak boleh nak cerita. Masa tu I do feel like eating thumbtacks when I saw her. Dan thanks to her, hubungan kami putus. Aku memang tak tahu nak fikir apa masa tu. Punyalah nak cerita teruknya zaman tu sampai berat aku hanya 45 kg sahaja masa tu (sampai keluarga aku bawa aku ke klinik sebab terlalu kurus). MySpace

Masa tu hampir setiap malam aku menangis. Gila lah zaman tu. Dan masa tu aku realize that I’m not alone. Aku ada banyak kawan lain yang sentiasa support aku dan masa tu BFF aku yang stay by my side always are Ein (Farah Suhana), Fierjan (Janah) & Malisa. Thanks to Jamie, aku realize ada yang masih sayang dan perlukan aku di dunia ini. MySpace

Dan syukurlah Lisa sudah berkahwin dengan her Prince Najib yang the 1st & last male dalam hidup dia. Fierjan insya-Allah akan menamatkan zaman bujangnya akhir tahun 2012 ini. Dan Ein (dulu selalu merempit di universiti bersama-sama) yang sangat surprise kan aku (sekarang sudah ada anak ni) dengan jodohnya dengan cikgu di sekolahnya sendiri (surprise sebab aku tahu jalan cerita cinta dia dulu). Hahaha… Teringin nak pergi Pulau Pinang rumah Ein. Dari dulu cakap nak pergi tapi tak pernah nak sampai. Ngeh ngeh…MySpace Apa-apa pun aku sentiasa doakan kebahagiaan kalian dengan pasangan masing-masing hingga ke akhir hayat. Sangat tak sabar nak jumpa semula mereka. Fierjan kalau kahwin tu, sila pos kad ke rumah mertua Fara di KL. Nanti minta alamat tau. Fara nak sangat pergi ke majlis Fierjan. Lisa pula kalau balik ke KL (rumah Kak Doren) sila roger Fara. Rindu dan nak sangat jumpa Lisa. Serious nih! MySpace

Dan bila masa kerja ni, BFF aku mestilah Ct Panda (Aisah).MySpace Dia duduk di sebelah aku saja dalam staff room tu. Masa single we share most of everthing together tapi lepas kahwin ni Saifol telah menculik 100% attention dari Panda. MySpaceMujur Saifol di Junior block, kalau tak mesti aku kena transfer tempat duduk lepas ni (hahaha). Matilah aku kalau Panda baca ni (dan aku tahu mesti dia tengah gelak baca part ni). Paling tak best sebab Panda sudah jarang bawa bekal makanan ke sekolah (best wooo Panda masak, aku kan suka kalau dapat makanan percuma ni). Jadi kesimpulannya aku seronok sebab aku tahu dia bahagia dengan Saifol (yelah, licin semua makanan Saifol makan sebab Panda masak sedap, hahahaha). Lepas ni, boleh daftar masuk Master Chef ya? Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan mestilah tak lupa geng Sunny Estate (housemates) iaitu MySpace Afwani, Azimah, Asuwarni dan Kak Nani (Nuwairani).MySpace Nah, paling best Kak Nanilah sebab bila dia ada saja mesti berat badan aku naik sebab banyak makanan sedap-sedap dan aku lupa pula nak diet (hahaha). Apa-apa pun they are the best bila nak planning buat baik dan jahat ni terutamanya dengan Angelina Wani (kihkihkih). Habislah aku kalau Wani baca ni. Ngeh ngeh ngeh, jangan marah ya. Nanti kena jual. Huhuhu… MySpace

However the very best BFF (3rd ranking berbanding dengan semua nama di atas dan di bawah line dalam entri ini) is MySpaceBebiri (Mastura). Hahaha, actually aku kenal dia through Panda (sama universiti dengan Panda). That’s very true tau sebab ramai ingat kami kenal di universiti sebab akrab sangat (hahaha). Family Bebiri best (sebab her Mum sangat banyak gosip dan aku ni kan suka kalau gosip-gosip ni). I know her the best very good dan the best very bad. She’s a nice person. Tak sabar nak tengok jodoh Bebiri dengan siapa. Penat sudah aku keep on guessing ni. Bilalah dapat tahu kan? MySpace

Mesti nak tahu siapa ranking 2nd kan? Hehehe, mestilah family aku MySpace (Ain, Hafiz & Khidir).MySpace Dulu mereka no #1st tapi dah kena beat dah dengan someone. Jadi sekarang ini jatuh #2nd. Siapa-siapa pun yang datang dan pergi dalam hidup aku (sejak aku umur sehari sampailah sekarang ini sudah 26 tahun), family juga paling terbaik.MySpace Yelah masa senang dan susah, others may come and go tapi family always be together. Jadi bila Ain bikin drama macam aku tak sayang dia dan Hafiz berlagak macam “please don’t concern my life”, memang aku rasa nak lempang laju-laju. Siot kan perangai adik-adik aku tu? Come on lah, dah memang kita ini family so mestilah aku concern tentang kalian! Cet!

Hohoho, siapa no #1st? Nah, mestilah FG!!! MySpace Boleh pula tanya lagi. Dia datang je, terus nak conquer 1st place. Dan masa inilah aku realize something. Even how good and close you are with your BFF but still husband can break the pinky promise that you made with your BFF. Dan inilah yang berlaku pada most ladies yang “I’m not single”. MySpace

Since husband come 1st (with his family too), even family aku sendiri pun jadi no #2.MySpace Sebab itu bila kadang-kadang aku call family aku di MLK dan mereka complaint sini sana sebab aku asyik di KL dan tak balik MLK, aku speechless tak tahu nak cakap apa. MySpaceDan apabila all my BFF try calling & texting me to share new news but my husband say “don’t you dare to pick and reply your friends”, aku blank.MySpace OMG!!! World spinning non-stop aku rasa bila my life becoming 360 degrees turn over.MySpace Aku rasa guilty to keep on giving all my sweethearts (family & friends) excuses tapi that’s the best for all (but shit to me kan?). MySpace

Jadi, jika most times aku keep on bagi excuses yang dulu aku tidak pernah pun nak bagi (kalau dulu dalam toilet pun boleh bercalling & bertexting) means aku minta maaf sangat.MySpace Aku dah cuba tak nak menyinggung perasaan kalian tapi aku wajib jaga hati FG. Susah tau nak acting macam tu sebab aku bukannya orang yang jenis boleh poker face dengan my sweethearts.

Aku tak minta you guys walk away from my life (sebab you all means diamonds to me) tapi we must have gap that I must keep my privacy (and most attention) to FG. I’ll read your update in Facebook, I’ll text to you every year for your birthday (cause I do remember bout you) tapi nak spend most times together tu agak payah sedikit. I need permission to do all the activities. Aku sudah tidak sama seperti dulu. Aku kini isteri someone (FG) dan bukannya bujang macam before ni. Aku minta kalian cuba faham fact tersebut. Tapi semua memori manis kita bersama yang mungkin ada yang direkodkan dalam gambar (dan ada juga yang direkodkan dalam fikiran), aku pinta ingat daku dalam doamu dan jangan lupakan aku. Amin. MySpace

Aku tahu my sweethearts kecewa bila most activites yang biasanya kami buat pada weekend kini empty without me (macam bila Panda nak ajak aku dengan Lela Belang keluar lepak tapi Saifol tak bagi sebab nak spend masa together, its’s okay sebab aku faham perasaan dia).MySpace Macam bila aku dengar Ain plan sana-sini nak spend time dengan aku masa cuti tapi realize yang semua itu tidak akan berlaku kalau FG tak approve (dan bila dengar ayat sedihnya “aku lupa kau dah kahwin” bikin aku lagi terasa).MySpace Dan aku tahu betapa kecewanya Bebiri apabila dia cuba calling aku (dan asyik masuk voicemail sebab aku tengah on call dengan FG) untuk sharing tentang admirer dia yang “ummmph” tu dan berakhir dengan kecewa sebab tak dapat go through calling aku.MySpace Aku tahu walaupun perkara tu boleh di text tapi via call lagi best sebab mana best gossip sehala. Dan paling berbisa kena dengan Nenda baru-baru ini “mahal sangat ke duit minyak nak datang dari KL ke MLK?”. Peh, berasap kepala aku dengar perlian Nenda.MySpace

Damn, aku minta maaf sangat sebab melukakan hati dan perasaan semua pihak. Maaf maaf maaf. MySpaceMySpaceMySpaceTapi aku tak pernah menjangkakan akan jadi begini. Aku merancang apabila aku bergelar Puan bukan begini tapi apa yang berlaku ini semuanya ketentuan Allah s.w.t. Aku mana tahu FG akan jadi sekejam begini. Huhuhu… MySpaceFG kalau baca part ni, sila ambil perhatian. Kerana semuanya salah FG membuatkan semua orang bengang dengan aku sebab tiba-tiba acting lost contact dengan semua orang. Huhuhu…MySpaceMySpaceMySpace

Bila aku fikir-fikir cuti sebulan ni, adakah aku akan berpeluang balik ke MLK atau aku hanya di KL saja? Akan ada masa kah untuk aku melepak dengan my sweethearts atau masa aku hanya habis di rumah “online” saja? Huhuhu, sakit kepala fikir.

Selain dari nama-nama yang aku mention tu, ada lagi friends yang aku tak terlarat nak type tapi masih dalam ingatan aku. Contohnya semasa di sekolah adalah MySpaceRoziyana, Pistia (Huda), Xerxes (Ida), Norasfaliza, Noriszarina, Ezyan, Fara Zaila, Nadiah, Nasihah, Lailatul Munira, Noradila, Suraya, Jaziah…MySpace Di Matrikulasi ada MySpaceSyukriah, Izu, Aisyah, Che ah, Hajar…MySpaceDi universiti ada MySpaceMaryam, Malnizah, Fatimah, Ainul…MySpace Dan sekarang ini ada MySpaceSuhailah, Kak Zafiza, Kak Haizawanii, Lailawati…MySpace A lot kan? Hahaha… You can’t never enough have friends kan?

Pssst…. For the conclusion entri ini adalah. FG is my everthing, starting from husband, family, best buddy, buddy even enemy! Gila kuasa FG ni kan? Hahahha… MySpace

iHeart : 1434H untuk Hafiz


Cerita tentang Awal Muharam, mestilah tentang Hijrah. Tahun ini aku berhijrah dah, dari 50% pakai tudung kepada 70% pakai tudung. Okaylah kan, nak 100% tu belum sampai tahap lagilah. Hehehe…MySpace

Jadi, apa hijrah yang kalian buat tahun ni? Harapanku janganlah berhijrah ke arah negative pula ya? Mana tahu kalau ada pula yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak elok, nah… MySpace

Hijrah ni memang bagus, sebabnya kita akan rasa satu pembaharuan yang sihat dalam diri kita. Takkan selamanya nak sesat. Agak-agaklah buta jalan tu kalau torch light ada di tangan. MySpace

Orang yang aku nak tengok berhijrah sangat-sangat adalah Hafiz.MySpace Aduyai, tak tahulah macam mana nak beli suntikan cahaya hijrah pada dia. Dia tu bukannya tak tahu tapi buat-buat tak tahu. Nanti kalau terkena sekali, baru nak taubat. Aduyai, sakit kepala aku fikir adik aku seorang ni. Aku bukan apa, aku takut kalau terkena sekali tu terus impak yang besar tu. Tu yang aku takut. Masa tu aku nak tolong pun dah terlewat. Aduyai, rungsing. Harap tahun baru ini memberi ‘nur’ dalam hidup dia. Aku nak sangat tengok dia berhijrah ke arah yang lebih baik daripada sekarang.MySpace

Psstt… Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun tau hari ni. Moga tahun baru ini memberi keinsafan kepada kita ke arah kebaikan. Insya-Allah. Salam Maal Hijrah semua. Jumpa lagi tahun depan dan harapanku tahun ini kita sama-samalah mengisinya dengan ibadah yang bermanfaat, inysa-Allah. MySpace

iHeart : Selamat Pengantin Baru, Kak Nani!!!!


https://i0.wp.com/static.weddingchicks.com/wp-content/uploads/2012/04/pink_wedding_bouquet3.jpg

Hehehe, akhirnya Kak Nani bertukar status Puan pada 14 November 2012. Tahniah dan FaRa ucapkan moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru tau Kak Nani. Sangat tak sabar rasanya nak jumpa Kak Nani lagi. MySpace

Maaflah tak dapat nak attend majlis Kak Nani sebabnya FG tak dapat cuti. Cuti dia tarik ke tarikh lain untuk honeymoon kami (ops!).MySpace Jangan marah ya? Tapi hadiah FaRa sudah pos ke rumah Kak Nani di KLTN. Insya-Allah, esok lusa sampailah ya? MySpace

Pssstt… Berapa kali lafaz akad nikah ni? Curious pula rasanya nak tahu. Hehehe… MySpace Cepat tau upload pic dalam FB. Nak sangat tengok gambar Kak Nani. Mesti cantik kan? Hehehe…

 

 

 

iHeart : Salam Diwali 2012


Salam Deepavali (atau Diwali) pada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Aku memanglah tak sambut (malah nak pergi rumah kawan-kawan India pun tiada) tapi kalau cuti saja, memang aku suka.MySpace Tak kisahlah perayaan apa pun, kita kan 1Malaysia.

Apa yang aku suka tentang perayaan ini adalah, banyak pelita (api) akan dipasang dan seni beras warna-warni yang sangat indah. Memang nanti banyak di shopping mall akan ada seni beras ni. Cantik kan? MySpace

Aku memang no idea sangat tentang perayaan ini tapi apa pun aku ucapkan Selamat Bercuti pada orang lain. Ambillah masa ni untuk berehat daripada kerja-kerja yang menyesakkan fikiran tu okay? MySpace Selamat Berehat!

Pssst… Tiba-tiba rasa nak makan tisu. Hahaha, pelik-peliklah taste aku tiba-tiba kan? MySpace

 

 

 

iHeart : 10.11.12


Tarikh 10.11.12 MySpace ini memang ramai yang menggila nak ambil buat kenangan. Samalah juga dengan one of my best buddy ni, Siti Roziana. Selamat Pengantin Baru, Rozy & Din.MySpace Hohoho, sudah 10 tahun bersama akhirnya jadi milik Din juga kau kan?

Moga berbahagia ke akhir hayat tau!  MySpace

By the way, cepat upload photos in FB. I really wanna see the photos!!!! MySpace