iHeart : V.I.P pada Ogos 24, 2012


Syukurlah kisah akad nikah aku berjalan dengan jayanya seperti yang aku harapkan. Aku risau juga kalau Ayah tidak dapat hadir tiba-tiba ke majlis akad nikah aku tapi syukurlah dia datang. Ayah datang bersama Mak Cik dan Adik serta keluarga (ibu bapa) Mak Cik. It’s okaylah. As long Ayah datang untuk nikahkah, aku sudah berpuas hati. MySpace

Ayah datang berbaju melayu pink (sebab aku beritahu tema majlis aku pink tapi nikah aku putih, hahaha). Tapi sayangnya tiada pakai sampin. Agak lewat sikit Ayah datang tapi it’s okay yang penting dia datang. Aku memang panik dan nervous masa Ayah lambat sampai tu. Mujur Ain dan Khidir ada di situ menenangkan aku. Kalau tak mahu juga aku menjerit atas masjid nanti. MySpace Tapi Ayah enggan ke rumah Nenda untuk majlis makan selepas akad nikah tu. Malah aku ajak ke majlis esok pun dia enggan hadir. Tapi katanya, cukuplah wakil (Khidir) datang.

Masa akad nikah tu, Ayah sendiri yang nikahkan. Tak tahulah macam mana sampai 3 kali lafaz. Tapi apa pun aku majlis tu sudah selamat pun. Dan selepas tu, kami sudah pergi melawat ke rumah Ayah (siap drag Ain sekali) dan bagi Ayah sekeping gambar akad nikah sebagai kenangan. Harapanku, biarlah cerita 9 tahun tu berlalu saja. Jangan diceritakan lagi. MySpace

Pssstt… Kami sudah melawat semua keluarga aku. Sekarang tinggal family FG di KL, PRK dan KDH. Hohoho, bilalah FG nak bawa aku kan? Ngeh ngeh ngeh… MySpace

 

 

 

iHeart : E-GTUKAR


Aku isi sudah borang e-GTukar aku ke KL. Tak tahulah aku dapat atau tak tapi aku memang buat yang terbaik sungguh untuk pertukaran penempatan sesi Januari 2013 ni.MySpace Punyalah bersungguh aku nak tukar sampai kan buat rayuan pertukaran penempatan ke Putrajaya. Hahaha, gila tak gila lah kan? Mungkin inilah aura bila sudah bergelar Puan. Masa jadi Cik, tak pula nak buat sungguh macam ni. MySpace

Tahu tak apa response Boss aku bila aku bagi surat rayuan minta dia tulis sokongan ke Putrajaya. Nah, nampak apa Boss tulis sana? Kihkihkih… MySpace Tapi risau jugalah sebab tak tahu apa dia tulis dalam form online. Hopefully perkara yang sama. Tapi masa aku nak dapat sign dia (dan komen DISOKONG tu), berjam-jam jugalah aku dengar lecture dia. Sabar saja lah, nak buat macam mana. Tadah telinga saja. MySpace

Tapi aku bersyukurlah sebab dia tulis yang positif sebabnya ada juga yang dia tulis negatif pada surat sokongan. Dan pada yang memohon (semua guru yang memohon), aku doakan permohonan semua diluluskan.MySpace Kalau gagal, cuba rayu dulu dan kalau masih tiada rezeki maka cuba lagilah tahun depan.MySpace Especially pada rakan-rakan sejawat aku yang aku tahu betapa kuatnya desire mereka nak pindah balik ke Semenanjung Malaysia tu, aku doakan kalian juga. MySpace

Dan aku doakan pada diri aku sendiri moga permohonan aku diluluskan dan aku bakal dapat tempat di sekolah yang lebih baik daripada sekolah yang aku ada sekarang ini. MySpace Bukan apa, dapat sekolah yang elok maka bolehlah asah skills aku sikit. Hahaha, sebab aku tahu aku banyak lagi nak kena belajar. Di Semenanjung Malaysia mungkin totally tak sama macam di Sabah sini. Mungkin kan? MySpace

Pssstt… Aku nak pindah sebab FG di sana. Rindu sangat pada dia.MySpace Nak fly every week, tiket mahal pula. Huhuhu, seksa ni tanggung rindu.MySpace Tapi kerana kerja maka nak tak nak kenalah bersabar. Mujurlah tak lama lagi nak cuti sekolah. Kalau tidak, meraung agaknya.MySpace Dan bila fikir kembali, mujurlah aku ni seorang guru yang akan cuti pada masa cuti sekolah. Kalau aku sama-sama kerja macam dia, alamatnya memang kena paksa berhenti kerja agaknya. Hahaha… MySpace

 

 

 

iHeart : Question & Answer


Sekarang ini aku dengan aktifnya tengah menolong Cikgu Satidja membuat pengiraan markah ko-kurikulum bagi kelas 5B. Walaupun sebenarnya itu bukanlah kerja aku tapi memandangkan aku ada banyak free time maka aku pun tolong dia buat pengiraan ini. Mujur kelas tingkatan 5, kalau kelas tingkatan 4… Jenuhlah aku nak cari nama seorang demi seorang untuk last year marks (sebab markah carry until form 5). MySpace

Dan aku juga dengan baik hatinya masuk mana-mana kelas yang diberi jadual ganti pada aku tanpa apa-apa masalah pun (biar pun kadang-kadang masa yang diberi itu tak releven).MySpace Tapi since aku tak berapa busy, maka aku malas nak complaint banyak sangat. Sebab aku tahu juga mereka ada PHD (perasaan hasad dengki) yang tinggi pada aku. Well, apa mahu buat. Sabar saja lah kan? Lagipun bila aku masuk menjaga kelas tu, aku busy juga membuat kerja aku sendiri. Asalkan pelajar dalam kawalan (jangan ada pula yang terjun bangunan), maka aku okay saja. MySpace

Jadi, inilah jadual latest aku since June 25, 2012 lagi. Ahaks, ada perhimpunan saja. Yang lain akan diisi harian (jadual relief) oleh AJK Jadual Ganti.MySpace  Jadi aku pun tidak ada memegang mana-mana kelas dan terlucutlah jawatan aku dengan mana-mana kelas juga. Jadi, bila ada pelajar 5B datang mencari aku bertanya macam-macam, aku tak tahu nak cakap macam mana. MySpace

Jadi, aku harap ini menjawab segala persoalan mereka. Pertama sekali mereka kena tahu yang Cikgu Satidja itu guru kelas mereka.MySpace Dan kedua, aku bayar RM 35 (baju kelas 5B) sebabnya Fung Kar Ying sudah order untuk aku. Jadi, bukanlah bermaksud aku masih lagi guru kelas. Cuma aku bayar sebab baju tu aku punya. Takkanlah tak bayar pula kan?MySpace Dan ketiga, aku tiada jadual dengan semua kelas lama aku. Aku juga tidak akan ajar mereka pun lagi. Sebabnya sudah mahu habis sekolah ni. Takkanlah nak rombak jadual waktu semata-mata demi aku. MySpaceDan yang keempat, aku bukannya berpindah tapi aku bercuti sakit. Aduyai, ada juga yang tanya aku “Bukan Cikgu pindah ke?” dan aku tak tahu nak reply apa bila ditanya soalan tu. Tapi yang pastinya insya-Allah tahun 2013 aku memang totally pindah dan tiada di SDK lagi. Hehehe… MySpace

Dan terakhir sekali, aku nak mereka tahu walaupun aku tidak mengajar kelas mereka lagi (especially 5B dan 5C), aku selalu doakan kejayaan mereka dalam SPM.MySpace Jadi, buatlah latih tubi sehabisnya kerana latih tubi amat membantu kalau dah last minute macam ni. Buat yang terbaik ya, kalau tidak sia-sialah kamu belajar selama 2 tahun ni. Penat-penat ke sekolah belajar tapi bila sampai masa diuji, gagal pula. Aduyai, tingkatan 5 hanya sekali seumur hidup tau! MySpace

 

 

 

iHeart : Trip Melaka, Checked!


Berita baik, aku sudah pun selesai melawat saudara mara di MLK secara officially. Syukurlah, aku takut betul kalau perkara ni asyik tertangguh-tangguh. Pasti ada yang akan mengungkit perkara yang tak baik. Pening aku.MySpace

Yang aku tengah tunggu adalah melawat saudara mara sebelah FG. Jauh betul kampung FG. Tak tahulah bila dia nak bawa aku ke KDH & PRK. Ada masa cuti ke dia nak bawa aku ke utara ni? Hahaha…MySpace

https://diyanapinkfaizcoklat.files.wordpress.com/2012/09/honeymoon-1.jpg?w=300

Pssst… Bila pula dia nak bawa aku honeymoon ni? Curious aku? Asyik terperap dalam rumah saja? Honeymoon dalam bilik saja ke? Hahaha…MySpace

iHeart : Majlis Hazwan & Rahimah


Seminggu selepas majlis di MLK, kini majlis di Puchong pula iaitu majlis adik FG. Nama adik FG Hazwan a.k.a Juan. Wife dia Siti Rahimah. Adik FG actually same age dengan aku. Janggal juga bila dengar dia panggil aku “Akak”. Tapi apa mahu buat, dah memang aku ni kakak ipar dia. Kena pasrah terima sajalah kan? MySpace

Ni majlis masa akad nikah dia, warna biru. Aku pakai baju hantaran kahwin aku (FG pun sama!) warna kelabu. Tudung aku pinjam Mak Ngah FG (sebab masa bawa pergi KL aku terlupa habis tentang tudung). Itulah, nampak sangat tak biasa lagi fully 100% pakai tudung kan? MySpace Majlis akad nikah dibuat di rumah Rahimah. Dan majlis dia berlangsung minggu depannya di dewan dekat dengan rumah dia juga. Hohoho, berselang-selang minggu. Tak faham juga aku kalau majlis berselang jauh macam ni. Tapi ni majlis orang, ikut saja kan? MySpace

Ni pula majlis di dewan untuk di sebelah dia, HIJAU! Pening lalat aku masuk tengok. Masa tu aku pakai whole set coklat (warna fave FG) dan paling best pakai kasut dan beg tangan hantaran aku. Waaahh, fully 100% coklat beb! FG actually kemeja hitam jalur coklat (okay, aku tahu kalian tak nampak pun coklat dia kan?) tapi tak kisahlah janji dia pakai baju. MySpace

Beg goodies dia memang kiut. Aku bawa balik ke MLK bagi family aku gantung di dalam kereta. Terima kasih ya Rahimah. Makanan dia memang best! Tapi yang paling best adalah sebab aku boleh together spend time dengan FG!!!! Nah, mestilah tu lagi penting untuk aku daripada semua perkara lain kan? MySpace

By the way, aku nak ambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Hazwan dan Rahimah. Bina keluarga baik-baik. Hahaha, biar sampai ke akhir hayat. Insya-Allah. MySpace

Psst… Aku rasa seronok pula being all together dengan family FG. They are very nice, serius!!! However, they make I think more about my family and make me miss home sweet home. Aduyai, bila nak balik MLK ni? MySpace

 

 

 

iHeart : Kad Terlewat Sampai


Ni cerita benar, punyalah aku urgently nak kad si Saifol sebab probability aku nak pergi majlis Panda memang 0% tapi rumah Saifol mungkin 10% tapi kad dia tidak kunjung tiba, tapi lepas majlis kahwin rumah dia (sebab dia pos ke MLK dan aku lepas kahwin stay di KL) baru aku dapat lihat kad dia. Hampeh tul. Tapi mujurlah lewat, sebab aku tak dapat pergi pun. Hahaha… Tapi beriya nak kad kan? Kikikiki… MySpace

Inilah kad Saifol, dia ada 3 pasangan pengantin. Kad dia warna pink, comel lah. Warna pink tu untuk pasangan perempuan (sebab Panda pakai purple) tapi tak kisahlah yang penting kad dia pink, comel! I like!!!! Cuma ada yang pincang sikit pada kad dia iaitu, kereta pengantin yang nombor plat nama Saifol dan Aisah tu silap nama. Aku tergelak besar bila baca.MySpace Macam manalah kad tu boleh salah nama (sudahlah nama Saifol pula tu, kalau nama Panda aku boleh terima lagi tu sebab Aisah tu orang luar yang baru nak masuk ke keluarga Saifol. Sumpah lawaklah kad Saifol tu. MySpace

Apa-apa pun yang penting orang tau itu nama Saifol (walaupun di eja Saiful). Lawak kan pasangan ni, Panda selalu di salah eja Aishah. Memang padanlah jodoh mereka berdua ni. MySpace Walaupun aku tak pergi, aku masih lagi mendoakan kesejahteraan pasangan ini. Hahaha… Dan aku tiada gambar mereka untuk di masukkan dalam entri ini jadi menggunakan belas ihsan gambar Panda yang tag aku di FB, maka aku uploadlah pasangan Saifol & Aisah ini. Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia ke akhir hayat. Insya-Allah… MySpace

 

 

 

iHeart : Dari Solo kepada Duet


Tahniah kepada semua rakan-rakan aku yang sudah menukar status SOLO kepada DUET.MySpace Status DARA kepada ISTERI.MySpace Status CIK kepada PUAN.MySpace Dan tahniah juga yang menukar dari TERUNA kepada SUAMI.MySpace Hohoho, sangat rasa teruja sebab 2012 ini ramai betul yang melangsungkan majlis perkahwinan dan masa akan datang juga aku yakin JUNIORS pun seangkatan umur (hahaha).

Again, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua (termasuklah diri aku sendiri, hehehehehe). Kalau aku nak list satu-satu nama pasangan memang berpages nanti jadi memadailah aku tulis semua ya? Faham-faham sendirilah ya?

Dan untuk pasangan yang berjauhan, aku doakan agar perasaan sabar dan percaya antara kalian makin tebal. Janganlah janji bersabar sebelum kahwin bertukar rupa pula selepas kahwin ya? (Ops, cerita tentang diri sendiri ke? Hehehe)MySpace Dan pada pasangan yang berdekatan, hukhukhuk; aku jealous! Hehehehe… Taklah, pada pasangan yang berdekatan aku ucapkan selamat berhoneymoon ya? Yang dekat-dekat ni, cepat sikit dapat juniors. Kikiki…

Psssst… FG, kita apa cer? MySpace