iHeart : Aidilfitri 2013 vs Aldilfitri 2014


Apabila semakin nak dekat bulan Ramadhan ni, banyak pula promotion sale baju-baju raya yang bikin panas hati tengok. Yelah, tahun 2013 aku tengah berpantang maka baju raya aku sangat limited edition (tapi yang penting tema warna dark purple). crazy monkey 049 Oh sadisnya raya 2013 aku. Sudahlah masa 2013 kali pertama aku beraya sebagai isteri FG, sekali kena pakai baju tidak sedondon (siap dengan stoking). Ah, stress!!! crazy monkey 062

Tapi 2014 lagi teruk effect 2013. Berat badan aku tak turun seperti yang dulu lagi (program diet aku masih belum membuahkan hasil) maka nak cari saiz baju pun payah. Aduyai, feel so down!!!! Geramnya!!! crazy monkey 090 Baju-baju yang lama yang masih elok tu tak dapat nak pakai, yang baru nak cari pun payah. So boleh imagine tak betapa stress nya aku! crazy monkey 112

Jika 2013 tema kami adalah purple, 2014 ini suppose nak warna grey tapi since payah nak jumpa matching each other warna grey maka tukar ke warna lain last minute. crazy monkey 115See, susahnya jadi orang obese macam aku ni kan? Stress!!! crazy monkey 049 Cuma terubat sedikit tahun ini di mana FG dan Al-Fattah bukan saja ada baju melayu yang matching color tapi baju kemeja juga. Sweeet kan? Aku saja yang langsung out of picture warna baju sebab memang totally susah nak cari saiz aku. I’m so down!!!! crazy monkey 120

Nak story nya kali pertama perhabis duit untuk baju Al-Fattah (last year dia baby baru lahir jadi semua baju pun baru), baju dia sama harga dengan baju FG. Peh, malah ada yang lagi mahal. Gila kan?  crazy monkey 141 Padahal baby saja pun (kain guna bukan banyak pun) tapi price tak boleh nak cakap punya mahal. Garu kepala aku tangok. Ni baru seorang putera ni, belum lagi berderet-deret macam keretapi. crazy monkey 153 Tak tahulah perhabis berapa banyak pula time tu. Tema yang matching yang amat ni warna hitam-putih. Klasik kan? crazy monkey 146

Dan paling sadis adalah, aku nak beli baju peplum kurung raya ni dari tahun 2013 lagi sebenarnya tapi kena simpan angan-angan tu nampaknya. crazy monkey 158 Raya kali ini aku cuci mata tengok baju-baju orang sajalah. Apa mahu buat kan? Mungkin Aidiladha baru boleh nak pakai (kalau teringin sangat nak feel pakai baju raya). Hahaha… Itu pun kalau berat badan aku turun. Kalau tidak, postponed 2015. Hahaha… crazy monkey 162

Apa-apa pun baju suami aku mesti ada. Biarlah aku tak beraya pun, dia mesti nampak handsome pagi raya tu sambil pegang Jr dengan baju yang sama warna dengan dia. Aku? crazy monkey 165 Well, walaupun tak senada warna tapi serumpun warna dengan baju FG dan Al-Fattah pun okaylah kan. Sometimes life choose cloth itself! (which is unfair sebab the right should go to the owner!!) crazy monkey 170

Baju FG 2013 tempah, tapi tahun 2014 beli yang dah siap saja. Tak sempat nak tempah. 2015 nantilah boleh tempah lagi. Tema grey kita tu ya? Atau tema lain? Hehehe… crazy monkey 169 Walaupun aku tahu badan macam FG payah tu nak cari yang sudah siap yang ngam-ngam saiz dia (kalau tempah nampak smart sikit) tapi life choose cloth itself maka kenalah pasrah kan? Hahaha…. crazy monkey 175

 

Tahun lepas 2013 aku dan Rahimah (biras aku) share duit dan bikin biskut raya sama-sama, kali ini aku beli saja di sekolah. Senang! crazy monkey 181  Tapi most yang aku beli masa puasa dah kena ngap sebab mereka tengok bola FIFA maka mulut pun sibuk mengunyah. Hahaha, tak apalah. Janji dimakan, bukan di buang.crazy monkey 180 Kat MLK as usual, aku still bagi duit dan tahun ini bagi biskut raya juga. Biar lagi meriah biskut raya di MLK. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 185

Walaupun tahun ini aku beraya di sebelah FG (bukan di MLK) tapi aku kenalah akur yang 2013 sudah beraya di MLK maka kena adillah kan? Cuma yang tak kenanya adalah, jadual tu tak tertembung pula dengan Etam’s family. crazy monkey 157 Tak apalah, aku melawatlah dia di KL nanti. Raya kan sebulan. Hehehe… Opss, lupa lak nak wish. crazy monkey 160  Salam Aidilfitri semua. Moga tahun depan kita bertemu lagi dalam entri Raya. Harap maafkan aku kalau ada entri yang menghiris jiwa sesiapa. Aku tak bermaksud nak menyinggung hati sesiapa tau. Sebab semuanya dalam blog ini adalah THE STORY OF MY LIFE. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. crazy monkey 156 Sila pandu berhati-hati bagi yang nak balik kampung dalam musim perayaan ini. Jammed janganlah story kan? Hahaha… crazy monkey 152 Yang di rantauan tu, calling-calling lah keluarga di kampung. Kita bikin syahdu sikit Aidilfitri kali ini. Sweet!!! crazy monkey 150

Psst… Aku dah beli tabung untuk Jr menabung duit raya. Tabung kepala Optimus Prime, smart tak? Hahaha… Letak coin, dia menyala. Canggih wooo…  crazy monkey 201

Plus, warna tema last minute yang kami tukar adalah warna shoking pink.crazy monkey 195 Pengsan FG bila dia tengok aku pegang baju melayu warna tu. Then dia cakap, “What wam I thinking when I proposed you?”. Hahaha… Nak tak nak kena agree lah kan? Ada choice ke? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 209

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Chiow!!! crazy monkey 192

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s