iHeart : Pau Kisses Hershey


Macam sudah lama kami tidak buat pau, jadi apabila tiba-tiba Kak Nani datang weekend tu bawa pau marble purple kacang hitam buat rasa macam nak makan pau pula cuma masalahnya kami tiada inti kacang lagi (sudah habis makan masa buat pau dulu).MySpace Jadi kebetulannya coklat Kisses Hershey Almond aku ada sebungkus lagi tak dimakan maka kami pun bersepakat nak habiskan coklat tu dengan menjadikan dia inti pau kami. MySpace

Tapi disebabkan sepeket Kisses Hershey tu memerlukan 2 adunan maka aku dan Kak Nani pun masing-masing mengadun doh sendiri. Aku buat pau warna pinkMySpace dan Kak Nani buat warna oren MySpace (actually bekas pewarna pink aku tu di campur dengan kuning maka jadilah warna oren). Sebabnya kalau nak doublekan 2 adunan dengan seorang saja uli doh, memang tercabut tangan (sebab berat beb doh tu masa uli sebati sampai lembut). MySpace

Ini adalah kali pertama aku membuat doh pau sendiri,MySpace selalunya aku tolong masukkan inti saja. MySpaceDan uli 2 cawan tepung gandum itu saja (15 minit saja pun aku uli) agak heavy. Sudahlah masa tu pau aku macam agak marble (sebab tak sebati warna) jadi aku bersungguh-sungguhlah uli sampai semua pink. Mujur jadi kan? MySpace

Tapi warna pink tu memang comelMySpace (ops, oren okay juga tau Kak Nani, hehehe). Tapi sayangnya inti Kisses Hershey tu tidak pula cair (lebih-lebih lagi sebab ada Almond).MySpace Dan kata Kak Nani dia pernah guna Cadbury Dairy Milk (yang kosong tu) pun tak cair juga. Maka kami berpendapat yang perlulah gunakan coklat yang cair atau kalau mahu juga guna Cadbury maka kenalah cairkan dia (double boil) dulu barulah jadikan inti. MySpace

Maka kami bersepakat yang mungkin cara yang terbaik (sebab leceh nak double boil Cadbury) adalah gunakan Nutella Coklat. MySpaceKalau nak buat ala-ala chef bolehlah gunakan whip cream dispenser yang mahal dan canggih-manggih tu (gambar 1)MySpace atau whip cream dispenser kit yang murah sedikit (gambar 2)MySpace atau piping bag @ pastry bag yang Kak Nani selalu guna semasa decorate awan larat kek birthday aku masa tu (gambar 3) MySpaceatau nak mudah lagi boleh gunakan plastic biasa lepas tu lubangkan sedikit saja untuk mudah pegang dan picit inti coklat masuk comel-comel dalam doh pau (gambar 4).MySpace

Tapi kalau nak guna sudu (gambar 5) MySpacemacam aku biasa-biasa buat tu pun boleh juga. Lagi syiok apa, inti boleh masuk lagi banyak. MySpaceHahaha, tak boleh buat berniaga aku ni (asyik nak letak inti banyak saja, hahaha). MySpace

Berhujung minggu di SDK memang tak sah kalau tiada makanan. Lebih-lebih lagi kalau Kak Nani datang.MySpace Huhuhu, entah mengapalah berat badan aku boleh naik mendadak sekarang ini kan? Hahaha…MySpace Yelah, sampai ramai kawan asyik tegur baju makin fit (pening kepala fikir).MySpace So untuk mengatasi masalah ini maka kalau Asuwarni baca, aku hendak dia tahu yang aku nak bawa balik tali skipping dia ke KL untuk menguruskan badan (hahaha). Jangan marah ya Asu. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Selain kami berpau-pauan ni, Azy juga ada membuat pes rojak untuk makan-makan depan tv.MySpace Hohoho, sedap woo (lebih-lebih lagi kalau makan dengan buah jambu,MySpace buah mangga masam sikit). Since pokok buah mangga sedang berbuah sekarang ini maka asyiklah kami makan rojak buah mangga (kalau ada buah-buahan lain pun kami makan juga).MySpace Selagi pes ada, selagi buah ada dan selagi Azy tak demam dan batuk-batuk maka selagi itulah makanan ini ada depan tv. Bahaya kan? MySpaceSebab makan rojak ni ralit tau (lebih-lebih lagi depan tv).MySpace Sedar-sedar saja dah habis berpinggan-pinggan (mujur tak makan pinggan) makan.MySpace Sedar-sedar saja berat di penimbang berat dah naik. Hahaha… MySpaceTapi tak juga kami ini sedar diri, masih lagi kami makan bersungguh-sungguh depan tv walaupun angka di penimbang tu asyik naik (hahaha). MySpace

Jadi, sekarang ini pada minggu-minggu terakhir ini memang kami sibuk menghabiskan makanan. Macam pesta makan pula rasanya. MySpaceHahaha…

Apa-apa pun aku nak conclude kan yang Pau CoklatMySpace memang terbaik (apatah lagi pakai Kisses Hershey kan?) dan tak mustahil aku akan buat lagi. Tapi kali ini aku rasa macam nak pakai Bread Maker dan Mixer.MySpace Teringin nak jadi MySpaceduta Chef Celebrity Malaysia.MySpace Hey, I’m serious tau! MySpace

iHeart : SDK’s Friends


Sempena ulangtahun aku yang ke-26 (October 24),MySpace SDK’s friends aku menyambut dengan sederhana tapi meriah. Sangat terharu sampai tidak tahu nak bagi respons apa.MySpace Gambar yang diatas adalah hasil tangan Pn Afwani (sebab durian sudah habis maka mulalah dia mengivonasi ucapan gaya baru dengan whipping cream yang extra tu). Terima kasih Wani! Sangat creative!!! MySpace

Dan ini adalah kek yang dibuat oleh Kak Nani (yang bakal bergelar Puan Nuwairani pada November 14 ni) sempena birthday aku.MySpace Hohoho, mula-mula kan sebelum ada whipping cream corak awan larat tu kan, the whole surface is pink (so cute).MySpace Both pink and white are my favorite colors. Thanks Kak Nani.MySpace Ops lupa pula nak beritahu, ini adalah Kek Red Velvet. Sedap! Dan dalamnya berwarna merah. Comel sangat!!! MySpace Garang kan warna dalam kek yang looking gorgeous ni… Hehehe… MySpace

Selain daripada kek, kami ada juga buat crepe durian (yang tadi aku mention inovasi wish Wani tadi).MySpace Crepe actually lempeng (tu nama kampung). Dan isi dalamnya boleh macam-macam tapi kami buat durian. Dan warna crepe pun boleh ikut suka (guna saja pewarna warna yang disukai). Dan since aku peminat warna pink, maka crepe kami pun main adalah pink MySpace (tapi ada juga buat warna kuning dan oren). Dan di bawah ini adalah step-by-step cara melipat crepe durian yang kami buat. MySpace

Dalamnya memang serius sedap kalau makan bila sejuk.MySpace Jadi lepas sudah siap buat, boleh simpan dalam peti sejuk bagi icy gitu. Lepas tu bila makan depan tv, peh (terangkat beb!) Dan macam aku mention tadi, crepe ini boleh dibuat dalam apa-apa warna yang disukai. MySpace

Dan since ada pewarna merah, maka kami pun buat pau rose (versi Azimah). MySpaceHuhuhu, pau rose warna ini lebih cantik daripada yang kami buat dengan warna hijau sebelum ini. Hahaha… MySpaceYang sebelum ini warna hijau memang creepy!MySpace Aku bukan bias dengan warna tapi cuba kalian imagine rose warna hijau, buruk kan? MySpace

Apa-apa pun kami memang enjoy habis dengan makanan yang ada pada malam tu.MySpace Kami makan-makan, MySpaceborak-borak MySpacedan ketawa-ketawa. MySpaceSangat penuh perut aku makan semua makanan yang ada pada minggu ulangtahun kelahiran aku tu. MySpace

Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga pada MySpaceKak Nani,MySpaceMySpace Wani MySpacedan MySpaceAzimah MySpaceyang bersama-sama meng-pink-kan diri mereka untuk ulangtahun kelahiran aku pada 2012 ini.MySpace Sangat terharu dan sebak pula rasa.MySpace Agaknya pada October 24, 2013 nanti, di manakah kita semua?MySpace Kalau berjauhan, mesti akan teringatkan saat memori daun pisang ini.MySpace Manis kan kenangan kita di SDK ini bersama-sama?MySpace (Manis sebab banyak makanan sedap-sedap, hahaha). MySpace

Aku juga nak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Emily Ng, Chin Choy Yee, Tay Ru Shin dan Phylis Chok (semua pelajar Peralihan B) atas set mandian Body Shop yang sangat wangi.MySpace Huhuhu, Cikgu terharu sangat. Wish Cikgu akan ajar kamu lagi tahun depan tapi Cikgu pun tak pasti Cikgu ada lagi di SDK atau pun tidak pada tahun depan.MySpace Dan Arica Nur, thanks untuk hadiah jam tangan putih. Very nice.MySpace Macam tahu saja ini adalah one of my favorite color. MySpaceAish, mesti aku akan rindu dan fikir mereka setiap kali aku nampak hadiah-hadiah ini.MySpace Mesti aku akan tersenyum sendiri seorang nanti kan? MySpace

Pssst… Terima kasih pada Puan Afwani atas hadiah beg Fox pink yang comel ini.MySpace Walaupun beg itu on delivery ke KL tapi aku sangat suka beg ini sebab warna pink (itu pasti) dan beg ini sangat comel.MySpace Uh, macam tahu-tahu saja beg aku sudah kena rembat dengan Ain. I love this, thanks Wani!!! MySpace

iHeart : Puding Karamel a.k.a Gula Hangus


Baru-baru ni aku terpanggil untuk buat puding karamel sendiri atas terpengaruh dengan iklan bazaar Ramadhan di tv (bahaya promo tv ni, aku ni cepat betul terpengaruh).MySpace Dan disebabkan terlampau sedap looking dalam tv, maka aku pun buatlah puding karamel ni. Selalunya di SDK, aku ni jadi tukang makan puding yang Wani buat sahaja tapi kali ini aku makan hasil handmade Chef HunnyBunny sendiri. Hahaha… MySpace

Aku membuat ikut resepi Cikgu Fatimah yang kiut-miut tu. Di mana dalam gambar pun boleh lihat senarai bahannya. Cuma susu pekat tu pakai separuh sahaja, nanti manis sangat pula kalau satu tin dicampurkan sekali. Dan agak-agaklah tuang esen vanilla tu, takkan nak tuang sebotol kan? Biasanya satu penutup saja pun.

Lepas campur semua, aku blend (senang). Then aku tuang dalam loyang yang telah pun dibuat gula hangus. Gula hangus tu senang saja pun, letak saja gula dalam loyang dan panaskan atas api sampai dia hanguslah (melted brownish color).

Dan inilah hasilnya setelah aku kukus selama sejam. Dan suku daripada puding ini, Acik bawa ke office untuk bagi kawan-kawan dia (mujur sedap, kalau tak… mati kena kutuklah aku kan?)MySpace Dan yang lain-lain tu mestilah kena makan di rumah kan? Masa tu baru tahu, anak Pak Uda aku si Hanis tu amatlah suka makan puding ni. Tapi sayang, masa aku tahu yang dia suka makan puding tu; dah habis dah pun. Hehehe…

Tapi, ini adalah satu pengalaman dan langkah pertama yang baik. Ceeewah, puji diri sendiri pula kan? Mungkin kalau masuk pertandingan, taklah dapat nombor #1 tapi dapat pujian melambung-lambung pun jadilah kan? MySpace

Jadi, terima kasih kepada Cikgu Fatimah atas resepi itu (dan aku sudah masukkan dalam buku resepi aku pun). Lain kali kalau aku teringin nak makan lagi, aku buatlah lagi. Hehehe…

Tapi ada sesuatu yang aku nak kongsi, iaitu telur ayam yang aku guna hari tu banyak yang kembar. Hohoho, kiut kan? Tapi seriouslah, sangat comel! Tabik spring!!!! MySpace

Jadi, bertambah pages lagilah buku resepi aku. Itu belum cerita buku masakan yang FG beli bagi aku baca. Hahaha… Mau tercabut tangan aku kalau nak masak semua dalam buku tu. Hahaha… MySpace

By the way, selamat memasak. Ini kali pertama aku mencuba sendiri puding karamel ni. Orang kata kalau ada yang pertama, mesti ada yang kedua jadi nantikanlah apa lagi yang akan aku cuba masak sendiri selepas ini. Jeng jeng jeng… Nantikanlah ya? MySpace