iHeart : Uniform Maternity


Mom to be, White dress

Semua orang tertanya-tanya, bila aku nak start pakai “uniform” baju pregnant. Hahaha… crazy monkey 066 Apa mahu buat, baju kurung yang aku pakai sekarang ini masih lagi muat sehinggalah bulan ke 6 kandungan. Lepas 6 bulan, baju aku memang macam sarung nangka. Fit! crazy monkey 064 So officially lepas masa pregnancy aku untuk bulan yang ke-6 ini, aku akan pakai baju maternity. Hihihi…

Tapi itulah, baju mengandung tu seksi lah shape dia. crazy monkey 010Risau aku nak pakai. Macam gaun tidur pun ada. Aduyai, segan pula nak pakai. Huhuhu…  crazy monkey 025

Advertisements

iHeart : e-GTukar


Akhirnya settle sudah borang e-GTukar aku. crazy monkey 006 Harapanku agar permohonan pertukaran aku ke Semenanjung Malaysia diterima (mana tahu berkat rezeki anak dalam kandungan). crazy monkey 003 Puas sudah aku pesan orang-orang yang pergi menunaikan umrah ke Mekah supaya mendoakan kesejahteraan aku sekeluarga serta permohonan penempatan kali ini berjaya. crazy monkey 017

4411227161_27f15d8b3b

Yelah, aku benar-benar berharap agar permohonan kali ini berjaya. crazy monkey 024 Oh tak nak lah aku berpisah dengan baby yang masih kecil (kalau boleh). Jadi aku memang berharap sangat agar permohonan kali ini akan diluluskan kerana kalau masih aku mengajar di SDK ini maka berpisah jauhlah aku dengan anak aku nanti. Sedihnya… Tak sanggup aku nak fikir. crazy monkey 029

Jadi marilah kalian bersama-sama mendoakan aku agar permohonan aku ke Semenanjung kali ini diluluskan. Aku pun turut mendoakan semua pemohon yang lain juga diluluskan juga. Insya-Allah. crazy monkey 037

Psstt… Aku siap SMS Pengetua untuk pertukaran kali ini. crazy monkey 053 Bersungguh-sungguhlah aku nak pindah kali ini. Tak tahulah kalau dia tak faham-faham juga keinginan aku yang meluap-luap nak pindah ke KL ni. crazy monkey 057

iHeart : Selamat Hari Bumi!!!


Selamat Hari Bumi semua!!!! happy leaf Hohoho, setiap tahun akan sejam dipadamkan lampu sebagai salah satu tanda menyambut Hari Bumi ini. Dan masa tu ramailah yang bersikap romantik dengan lilin-lilin yang disusun comel-comel untuk meraikan Hari Bumi ini. devil laugh leafMacam mana aku tahu, mestilah tahu sebab aku pun pernah buat. Hahaha… Best wooo, kalau tak percaya sila cuba. Lepas tu ambil gambar dengan Instagram. Mesti meletup! Hahaha… in love leaf

Psst… Kalau aku boleh susun lilin ini untuk FG mesti best. Hehehe… Susun dalam WordPress saja boleh tak? Hahaha…  love kiss leaf

iHeart : Dilema Bulan April


Bulan April datang lagi.

Sedar tak sedar setahun bertambah lagi ulangtahun pemergian arwah Mum. Maksudnya untuk 2013 ini sudah 10 tahun aku tidak ber-ibu.bad luck crazy rabbit Aku rasa macam sekejap saja setahun berlalu. Betullah kata orang, kalau kita tidak mengira masa maka masa memang akan berlalu sangat cepat tapi jika kita menghitung masa maka kita akan rasa terseksa menunggu masa berlalu. boohoo crazy rabbit

Dan April 2013 ini aku sambut dengan bacaan doa dan Yaasin untuk arwah Mum di sana. Sejajar dengan ulangtahun kelahiran Mum (April 04) dan ulangtahun pemergian Mum (April 11). Aku tak pasti sama ada adik-adik aku yang currently berada di MLK dapat pergi ke kubur Mum atau tidak, tapi aku yakin mereka juga mengingati Mum dengan cara masing-masing yang aku tidak dapat lihat tapi aku boleh rasa. calm down crazy rabbit

Aku tahu dan sentiasa percaya berita aku berbadan dua ini telah sampai ke pengetahuan Mum di sana. Dan aku pasti Mum di sana gembira mendengar berita yang dia bakal bergelar Grandma tidak lama lagi pada usia 54 tahun (kalau arwah masih lagi hidup) tapi sayangnya aku tak akan dapat melihat riak wajah Mum apabila mengetahui yang aku sedang berbadan dua sekarang ini. boohoo crazy rabbit

Adakah Mum akan menangis gembira mendengar berita ini? dunno crazy rabbit Atau mungkinkah dia akan memeluk aku apabila aku memberitahunya berita baik ini? dunno crazy rabbit Atau mungkin Mum terlalu happy sampai tak tahu nak bagi response apa. dunno crazy rabbit Entahlah, aku pun tak pasti yang mana satu reaksi Mum sebabnya aku tahu yang aku tak mungkin akan dapat tahu yang mana satu response Mum. head crazy rabbit

Aku wonder adakah Mum akan selalu menelefon aku bertanya khabar tentang aku dan baby dalam kandunganku macam mak orang-orang lain juga. flying crazy rabbit Aku wonder soalan apakah yang akan aku terima jika Mum menelefon bertanya tentang kesihatan aku semasa mengandung ni? Mungkinkah sama ada bagaimana alahan aku semasa pregnant ini? flying crazy rabbit Atau mungkin ada apa-apa yang aku teringin nak makan ke?flying crazy rabbit Sebab aku tak akan pernah nak tahu sebab telefon aku tak mungkin akan ada call atau SMS dari Mum bertanya tentang diriku masa aku mengandung ini. nah crazy rabbit

Aku juga tertanya adakah Mum juga akan sibuk-sibuk seperti ibu-ibu orang lain mencari dan memberikan cadangan nama untuk anak lelaki atau anak perempuan. up down crazy rabbit Mungkinkah nama yang diberi itu panjang berjela-jela atau pun hanya ringkas sahaja? up down crazy rabbit Aku tertanya-tanya sama ada Mum akan bercerita pada aku bagaimana dia dulu semasa mengandung memilih nama untuk aku dulu. up down crazy rabbit

Susahnya bila terlalu banyak berfikir ni. Sebab apa pun yang aku fikir semuanya tiada jawapan. Sebabnya aku memang tidak akan tahu apakah reaksi Mum untuk semua soalan yang ada dalam fikiran aku. help crazy rabbit

Itulah malas untuk aku berfikir banyak-banyak tapi kadang-kadang susah untuk membuang perasaan cemburu pada kawan-kawan apabila ibu mereka menelefon bertanya khabar di depanku. dizzy crazy rabbitWalaupun aku tahu aku tidak berhak nak rasa begitu sebab apa yang mereka ada itu memang tidak akan aku dapat galang gantinya lagi. Tapi bila bulan April ini datang, perasaan sebak itu menjadi susah di kawal. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain menitiskan air mata sayu. boohoo crazy rabbitSusahnya menjadi perempuan, mudah sangat perasaan emosi terusik. Apatah lagi semasa mengandung ini, tahap kesensitivitian aku menjadi tinggi sedikit berbanding waktu-waktu biasa. shake crazy rabbit

Kadang-kadang bila aku berselisih faham dengan FG, aku menjadi sangat sedih. on jail crazy rabbitYelah, sebab FG satu-satunya tempat untuk aku mengadu nasib tapi apabila kami bergaduh; aku akan rasa lost sebab tak tahu nak cari siapa untuk mengadu. Aku bukannya boleh mengadu pada siapa-siapa atau lebih tepat lagi aku mana ada Mum nak mengadu rasa tidak puas hati. no no crazy rabbitThe only solution yang aku akan buat adalah aku akan solat dan menangis lama-lama sampai tertidur dan mata aku bengkak dan aku demam keesokkan harinya.  sleeping crazy rabbit Pilu tahu tak jika tiada ibu untuk berkongsi rasa apabila kita menghadapi kesukaran. pheew crazy rabbit

Mujurlah perselisihan antara aku dan FG tidak pernah berpanjangan. pheew crazy rabbit Sungguh pun begitu, dalam saat aku nak melepasi masa tersebut; hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu macam mana keadaan jiwa aku tatkala itu. Masa itu memang aku akan cuba bersikap redha menerima ketentuan Ilahi mengenai perjalanan hidupku yang penuh dugaan ini tapi walau macam mana aku elak pun pasti aku akan mengeluh letih dengan dugaan hidupku yang tidak putus-putus. Masa itu sibuklah aku menuding jari pada orang lain dan masa itulah persoalan “kenapa aku” akan terlintas dalam fikiran aku. Allahuakbar. drama crazy rabbit

Apa-apa pun sekarang ini aku cuba mengawal emosi aku (walau pun aku sudah sepeket tisu habis semasa menulis entri ini) sebab aku sedar aku ada baby untuk dijaga.taichi crazy rabbit Walau pun baby dalam diri aku ini belum tahu apa-apa tapi aku sedar yang perasaan aku juga dapat dirasai olehnya. Aku tidak mahu dia stress dan sedih dengan keadaan aku bulan ini. Aku mahu baby rasa tenang dan happy saja.ballerina crazy rabbit Aku mahu Junior rasa disayangi oleh mommy-nya. Yelah, sudahlah aku stress marah-marah dalam kelas jadi takkanlah di rumah juga mahu stress emosi pula. Nanti Junior lahir akan asyik stress pula. Stress pula aku nak menjaga dia nanti. love you crazy rabbit

Psst.. Kepada adik-adik aku yang bakal bergelar Aunty & Uncles, aku tak tahu macam mana perasaan kalian apabila aku memberitahu yang aku sedang berbadan dua. blush crazy rabbitAdakah kalian happy macam aku juga atau rasa terkejut sebab rasa macam aku baru saja berkahwin lepas itu mengandung pula? dance with me crazy rabbitApa-apa pun aku harap kalian happy sebab aku sangat happy bila mengetahui aku mengandung dan bakal bergelar mommy tak lama lagi. Walau pun aku akui yang aku sangat nervous untuk menerima tanggungjawab tersebut tapi aku akan cuba buat yang terbaik. Insya-Allah. patpat dance crazy rabbit

iHeart : Gossip-gossip… Ahaks!


enter

Baru-baru ini aku dapat complaint dari salah satu kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) aku di mana menyatakan yang kerja sekolah PSK tersangatlah banyak dan membazir masa belajar mereka kerana PSK tidak masuk dalam SPM pun. Erk!!! bad atmosphere onion head Terkejut aku apabila kena panggil atas alasan tersebut. Yelah, selalu kena panggil sebab cikgu tak buat kerja (tiada latihan) tapi aku ni kena complaint sebab terlalu rajin pula. Nah, pelik tu! bird onion head Ish, sudah memang tanggungjawab aku sebagai seorang cikgu untuk mengajar dan mendidik mereka (biar pun subjek tersebut tiada dalam SPM pun).

Pssst… Tak terkejut aku kalau PSK akan masuk dalam senarai subjek SPM macam Pendidikan Moral yang pada mulanya tiada dalam PMR tetapi wajib ambil bila di SPM sebab ramai yang tidak bermoral apabila meningkat dewasa. Jadi, kalau ramai yang tidak bersivik macam ni, memang no wonder kalau PSK masuk dalam subjek SPM. admire onion head

Dan yang paling best baru-baru ini aku dilawati oleh orang-orang penting pentadbiran semata-mata kerana aku denda pelajar berdiri di luar kelas. bike onion head Actually aku bukan sengaja nak denda pun, aku cuma nak bagi mereka senaman pagi-pagi sedikit (memandangkan jam 6.45 pagi pun sudah tidur siap dengan air liur meleleh lagi atas meja masa aku tengah syiok mengajar, mana tak hangin kan?). Sebab itu bila nama aku naik untuk di lawati oleh semua orang penting pentadbiran atas alasan nak observe minggu depan, aku memang tidak terkejut. Well, susah jadi popular ni. cheer1 onion head

Datang nak observe kelas belakang, what the meaning kan? Nak dalam paper PERFECT tapi datang observe kelas belakang, FULAMAKATAK (agaknya aku boleh buat magic supaya budak-budak tu genius fokus belajar tiba-tiba). Nanti mulalah berhelai-helai kertas weakness aku. Wah, bolehlah tahun depan dapat kelas depan kalau macam tu complaint kan? cheer2 onion head

Masa tu aku wonderlah macam manalah kalau aku denda berdiri atas kerusi. confused onion head Mesti automatic nama aku disenarai hitamkan dan masuk agenda pertama dalam meeting yang dibuat khas untuk membincangkan perihal aku. Hahaha… Gila glamour aku ni kan? Masa ni teringat aku masa si Paul kena panggil sebab suruh berdiri atas kerusi semasa Ujian Lisan tahun-tahun lalu. Ahaks!

Normal kalau ada perempuan bekerja yang pakai stoking warna coklat tu masa bekerja pada siang hari. Jarang akan pakai warna lain sebabnya nak nampak lebih sopan sedangkan ada kalanya sebab pakai adalah untuk mengelakkan blister di kaki. Yelah, sekurang-kurangnya kalau ada stoking tu, percentage nak kena blister di kaki tu akan berkurangan sedikitlah daripada tiada apa protection langsung di kaki. crying2 onion head Jarang ada yang akan pakai stoking hitam memandangkan profesion aku ni tak berapa nak sesuai pakai stoking hitam semasa bekerja (unless aku kerja promoter perfume ke).

Tapi baru-baru ini ada yang pakai stoking hitam membuatkan ada desas-desus berbunyi-bunyi. Yelah, gaya dah macam pramugari pula kan? Aku okay je dia nak pakai apa pun sebabnya itu lebih baik dari dia show off bare legs kan tapi yelah, lain orang lainlah pendapat. Aku yang dengar, senyum-senyum saja. Well, stoking pun nak jadi isu. Agaknya kalau aku pakai trend bunga sekuntum besar di tudung mesti orang nak cakap juga kan? Hahaha… dong onion head

Masa tu aku fikir, mujur dia pakai stoking satu warna. Kalau dia pakai yang warna-warni atau bercorak-corak bunga-bunga nanti, nah pengsan pula kau tengok nanti. Hahahaha… Nanti ada pula yang tulis di FB, “ada orang pakai pelangi di kaki”. Hahaha… evil smile onion head

Cerita gosip seterusnya adalah mengenai CCTV. Oh, sekarang ini banyak dah CCTV. Memang masuk TV sokmo. Especially kat kantin. good job onion head Memang obvious nampak aku makan apa dalam CCTV. Mujur belum boleh pasang microphone je, kalau tak mesti apa aku gossip akan masuk FB. Hahaha… Lawaklah kalau tengok tempat yang dipasang CCTV. Tak macam nak tengok pencuri atau students (takut ada kes buli ke, merokok ke) tapi nak intai-intai cikgu buat apa di sekolah. Ahaks! Tak nak pasang dalam bilik guru ke? Boleh tengok siapa yang online sokmo FB. Hahaha… hehe onion head

https://i2.wp.com/www.taiwandns.com/wp-content/uploads/2011/11/security-badge-15.jpg

Tapi yang peliknya walaupun ada dah CCTV di sekolah, tapi masih lagi ada kes kereta cikgu kena simbah dakwat hitam kaligrafi Cina tu. Aik, tak cukup ke CCTV dan security yang dah di upah oleh sekolah? Nak kena tambah CCTV lagi ke? hypnosis onion head Cakap tentang security, ada satu gossip lain tentang security guard sekolah aku. Ada seorang tu (nama aku tak tahu) dia siap masuk sembang-sembang tentang FB dia dengan cikgu di sekolah dalam bilik guru di mana dalam bilik guru itu hanya ada seorang guru itu sahaja (cikgu perempuan pula tu). Wow, berani tu masuk sembang-sembang cerita tentang FB dan latar belakang hidup dia. Kagum aku tentang kriteria macam mana sekolah aku hire security guard sekolah aku. Itulah, nak cari under budget kan? Hahaha… Tak tahulah peruntukkan sekolah pergi mana kan? hehe onion head

Dan lastly adalah tentang isu spring roll aka popia goreng. Aku tak tahulah sama ada agama lain ada beritahu tentang halal-haram ni tapi kadang-kadang yang haram pun orang twist jadi halal pada zaman sekarang ini. Bukan apa, ada AJK makanan tu dia siap simpan 4 bekas besar untuk dibungkus pulang dan hanya hidang satu bekas saja pada majlis baru-baru ini. Siap bila di tanya pada pelajar yang in charge, “Setiap tahun pun memang kena asing khas untuk cikgu tu bawa balik”. Wow, AJK tu sudahlah belum kahwin (mana tahu dia nak bawa balik bagi anak-anak dia makan ke) dan sampai 4 bekas tu dia bungkus bawa balik. info onion head Aku rasa bukan untuk dia seorang saja tu. Hahaha… Mesti ada geng yang pesan nak bungkus popia dan mestilah bukan aku dalam senarai tu kan? Tapi sampai hati dia buat macam tu. Kami tak puas makan pun popia tu sebab nak ambil banyak pun rasa guilty sebab takut ada yang lain tak dapat rasa. Lainlah cerita kalau kuih tu berlebihan so kalau dia nak angkut bawa balik kuih extra tu aku fahamlah kan. Tapi nak sedapkan hati, mungkin nak sedekah di rumah anak-anak yatim makanan tu. Hahaha… Positif kan aku ni? hot1 onion head

Apa-apa pun ini adalah rahsia kita. Jangan bocorkan pada orang lain. Kalau sudah baca tu, diam-diam saja. Jangan kecoh-kecoh pada orang lain. Nanti aku malaslah nak jadi popular sangat. Aku sudahlah cukup glamour sekarang ini. Hahaha… Nanti kena cop gila glamour pula. Apa-apa pun hidup ini tak lari dari gosip-gosip panas kan? Dan adanya orang macam aku ni, lagi bikin panas kan? Hahaha…  lonely onion head

Pssst… Kalau ada gossip tentang orang lain maka tak mustahillah ada tentang aku juga kan? Apa agaknya tentang aku? Adakah tentang imej aku yang tiada pakai make up kecuali bedak saja? Well, natural beauty kan? Padahal malas nk pakai make up sebab bangun lewat saja aku ni. Hahaha…  lol2 onion head

iHeart : Janji Tinggal Janji


Ini janji yang aku buat pada FG pada 2012 iaitu semasa Disember 2012 green scarf 01 aku akan belajar memasak dan guess what, aku tidak berjaya menunaikan janji yang aku buat pun. green scarf 16Hukhuk…

Hello, bukan aku sengajakan tau tapi memang aku tak mampu nak tunaikan janji yang aku buat tu (seriously). green scarf 19 Sebabnya masa tu aku memang tengah mabuk pregnant. Maaf ya FG. Apa kata aku up kan ke 2013 pula? Hehehe…  green scarf 43

Psst… Jangan pula 2013 aku bagi alasan nak jaga Junior so tak boleh nak belajar memasak. Hahaha…  green scarf 11

iHeart : SPM 2012


Baru sekarang aku nak komen mengenai SPM 2012 kelas 5B. Yelah, nak buat macam mana; aku sibuk sedikit sekarang ini. Jujur aku akui yang aku agak terkilan melihat bilangan A+ tahun ini menurun sedangkan aku tahu yang ramai yang dapat A tu boleh di push untuk dapat A+. Tapi yang sudah lepas biarlah, nak buat macam mana kan?

Tapi kali ini yang aku nak sharing adalah, ini adalah magical bila ada dari kelas 5B dapat score A (walaupun hanya A-) dalam SPM. Yelah, sebelum-sebelum ini sampai naik lenguh mulut aku membebel bagi kesedaran pada mereka tapi “harapan” saja. Sangat seronok aku melihat ada yang dapat A-. Bangga sekejap. Yelah, mestilah bangga sebab 2 tahun aku mengajar; tak sia-sialah mulut aku penat dalam kelas. Tahniah ya pada 3 orang tersebut. (Tak boleh nak type nama, nanti ada pula yang cemburu.)

Tapi yang tak bestnya tahun ini dari 5B ada 2 orang yang GAGAL. Aduyai, last year seorang dari 5B tapi kali ini up pula 2 orang. Risau aku kalau SPM 2013 ini up lagi jadi 3 orang GAGAL. Aku sangat sedih sebabnya aku rasa 2 orang itu tidaklah tak tahu langsung nak buat Sains tapi malas nak belajarlah tu. Ke sekolah pun tidur saja. Aduyai.

Sebab itu sekarang ini aku “bakar” kelas 4B supaya mereka bersemangat nak belajar. Sebab 3 orang yang dapat A- tu pun bukannya dapat A pun masa PMR tapi masih lagi manage dapat A- dalam SPM. Yang penting berusaha keras belajar. Kalau bercerita kosong dalam kelas saja memang “harapan”. Aku harap sangat 4B (SPM 2014) ini lebih ramai dapat A dalam SPM. Insya-Allah. (Aku memang sentiasa positif dan percaya pada pelajar-pelajar aku. Yelah, kalau bukan aku siapa lagi nak percaya pada kemampuan mereka. Apatah lagi aku ini Guru Tingkatan mereka.)

Ramalan untuk 5B SPM 2013 ini, aku rasa bakal ada yang gagal juga memandangkan ada yang memang tidak menunjukkan minat mahu belajar langsung dalam kelas. Tapi ada juga yang akan score ke A (insya-Allah). Apa-apa pun aku berharap agar semua LULUS Sains. Itu pun sudah cukup membanggakan aku. Cubalah ya 5B SPM 2013 ni tau!

Pssst… Untuk pelajar 5C SPM 2012 yang dapat A+ (5 orang), A (8 orang) dan A- (17 orang), aku ucapkan tahniah. Aku berbangga sangat pada mereka terutamanya yang dapat A+ (walaupun aku sudah duga siapa calon-calon A+ tersebut). Sayangnya Cikgu tak dapat berjumpa dengan kamu masa ambil keputusan SPM 2012 masa tu. Tapi apa pun Cikgu amat berbangga dengan keputusan kamu. Moga kamu dapat sambung pengajian ke tahap yang seterusnya dan perolehi kejayaan lagi. Insya-Allah. Overall tiada yang gagal dari kelas 5C, semua pun lulus. Itu pun cukup buat Cikgu tersenyum bila lihat slip keputusan kamu. Tahniah ya. Belajar rajin-rajin lepas ini di tahap seterusnya. Jangan main-main lagi, fokus okay?