iHeart : “VALENTINE”


Hari Valentine pada setiap Februari 14 memang merupakan satu trend yang popular di kalangan remaja sekolah terutamanya. Dan aku sangat suka musim Valentine ini bukan sebab aku menyambut atau meraikan sambutan ini tetapi aku sukakan barang-barang yang comel yang akan dijual sempena Valentine termasuklah wallpaper berwarna pink yang banyak motif heart. Aku kan peminat nombor #1 warna pink jadi pastinya Valentine adalah salah satu musim yang aku suka. MySpace

Dr. Haziq (tunang Wani) dengan penuh romantiknya mengepos 3 bunga ros yang diawet sebagai lambang “I LOVE U” bersama buku-buku ilmiah untuk bacaan Wani sebagai persiapan kahwin nanti. Aduyai, jealous yang amatlah aku dengan Wani tapi nak buat macam mana kalau Faiz tu memang dah tak romantik jadi terima sahajalah.MySpace

Walau bagaimana pun, Valentine bukan bermaksud hari itu sahaja melahirkan dengan perkataan dan tindakan bagi menunjukkan perasaan cinta, kasih dan sayang kita terhadap seseorang itu. Tetapi tak perlu tunggu Feb 14, hari-hari pun perlu tunjukkan. Sedangkan makan pun perlu hari-hari, inikan pula perasaan sebegini.MySpace

Lagipun kalau masa bercinta boleh kata “I LOVE U” jadi apa masalahnya selepas kahwin susah pula nak cakap? Bukan selepas kahwin lagi seronok ke cakap sebab orang memang tak akan larang apa pun sebab sahih sudah hubungan suami-isteri. Nak buat macam mana, manusia ini unik; yang terlarang itulah yang menarik.MySpace

Jujurnya tahun ini aku hendak memiliki iPad sendiri agar aku dapat bermain game dengan senang hati. Main di iPhone kecil sangat saiz jadi aku mahukan iPad sendiri. Walaupun aku tahu Faiz sudah ada iPad dia tapi aku mahu aku punya sendiri.Tak mahu Faiz punya. Nak make-up iPad aku dengan baju pink. Mesti comel… MySpace   Hikhikhik… Tak sabar pula tunggu Oktober 2012. Tarikh hari lahir aku kan? Hahaha…MySpace

iHeart : “Tahun Naga”


Sambutan Tahun Baru Cina sememangnya meriah di Malaysia dan termasuklah tempat aku bekerja. Tahun ini aku agak kecewa sedikit kerana bilanganMySpace limau yang diberi terlalu sedikit dan tiada tarian singa pada tahun ini kerana admin tiada peruntukkan. Sangat kecewa kerana pada tahun naga ini, tiada tarian naga pula. MySpace

Kata pakar feng-shui Cina, tahun ini tahun naga air yang banyak mengalirkan wang kepada manusia. Dan benar atau tidak aku tak pastilah cuma kalau benar seperti yang dikatakan, baguslah. Sebabnya tahun ini aku memang perlukan duit yang banyak untuk event-event yang kami rancang. MySpace

Tahun ini aku sudah mulai berjimat dalam berbelanja malah nak keluar beli barang pun banyak sungguh kira-kira yang aku buat dalam kepala. Ini semua gara-gara Faiz. Aku nak blame dia 100%. MySpace

Cuti seminggu di rumah aku banyak menghabiskan masa menonton cerita drama bersiri Jepun dalam HD Hafiz (my bro). Sedar tak sedar habis seminggu bercuti tanpa aktiviti yang menarik tetapi puas berehat dari bekerja. Hahaha… MySpace

Dan sambutan di sekolah juga biasa sahaja. Tiada apa untuk dikongsikan. Oh ya ada satu perkara yang menarik, sambutan ini ditunda kepada Feb 8 kerana admin bercuti selama 2 minggu. Orang lain cuti seminggu, dia cuti 2 minggu. Apa mahu buat, dia boss. MySpace