iHeart : Y.E.S (Year End Sale)


Taraaaa… Aku suka bila nak cerita tentang shopping. Mata aku jadi blink-blink dalam sekelip mata. Aku kalau pergi window shopping everyday pun aku sanggup. Aku paling suka shopping masa akhir tahun ni (especially Krismas sale) sebab selain daripada bulan Disember dapat bonus (saja nak highlight bonus tu), masa tu juga dapat tengok hiasan pokok Krismas (sama ada yang real atau yang plastik, I don’t care) cantik-cantik contohnya macam di Garden (di Mid Valley). Fulamakatak, cantik seh arrangement pokok Krismas plastik nya. Gaya elegant icy camtu (ini aku cerita tahun lepas punya bukan tahun ni). Memang terbeliak mata aku tak berkelip-kelip tengok pokok Krismas di Garden tu. Tabik spring. Tapi tahun ini tak tahu lagi yang mana cantik. Nanti dah survey tengok, aku share ok? surprised pink cat

https://i1.wp.com/ecx.images-amazon.com/images/I/71m5qpV0thL._SL1500_.jpg

Nak ceritanya tahun 2014 ni, banyak betul aku shopping (especially barang untuk Jr). Duit keluar laju deras macam air terjun, tak boleh nak tahan. Duit saving aku habis begitu saja untuk putera seorang tu. Haish, tak boleh nak mengeluh nanti jadi tak ikhlas pula kan? Huhuhu, tapi aku bukan nak merungut cuma hendak mengadu nasib. Kalau dah besar, Mohd Al-Fattah tu tak dengar cakap aku, memang rasa nak rebus hidup-hidup je kan? Hahaha… worry pink cat

Aku juga dah shopping a little barang-barang sekolah. Yelah, semangat tu dapat masuk kerja di sekolah baru jadi barangan pun kalau boleh nak complete (bukan baru ya). Termasuklah aku beli printer Epson L210 ni. Bagus jugalah, sebab aku tak perlu nak pinjam printer Atun (adik ipar aku) lagi. Yelah, guilty pula aku asyik suruh dia pergi-balik bawa printer semata-mata aku nak pakai print sehelai dua kertas. Muhahaha… tongue pink cat

Apa-apa pun banyak lagi aku tak shopping ni. Saja nak tunggu last-last minute. Baru thrill kan? Masa tu baru best nak berebut-rebut. Tau tak mana tempat aku nak pergi shopping? Antaranya mestilah Sogo sebab aku nak makan Cendol atau Ais Kacang (ABC) di food court Sogo tu. Sedap tu. Serius tak tipu. Tapi itulah, pening kepala juga fikir kalau nak shopping sana bawa baby. Jauh tu parking. Aduyai. Biasalah, nak murah rate parking kan? Ngeh ngeh ngeh… vortex pink cat

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat bershopping kepada semua shopaholics di luar sana. Beragak-agaklah shopping ya. Ingat untuk esok lusa tau. Hidup bukan hari ini ya, esok pun kena hidup juga. Jadi, sila buat perancangan. Orang katalah (aku tak cakap ya), bagus kalau buat senarai semak sebelum bershopping tu. Kemudian tuju je ke barangan tersebut, ambil, bayar dan balik. Tapi aku kata (ni memang aku yang kata), bagus usha-usha harga semua barang. Kalau murah, sambar. Kalau mahal, aim je; bila murah saja terus capai. Hahaha… in love pink cat

Psst… Ini adalah rahsia, aku sudah mula addict pada online shopping macam dulu-dulu kala tatkala single dulu. Barang-barang online ni aku macam dah ter-click pula kan. Sssshh, jangan beritahu FG tau. Mesti merah padam muka dia membebel-bebel supaya aku jimat-jimat untuk Jr. Hahahaha… Bahaya kalau ada internet di rumah 24 jam sehari ni. Ngeh ngeh ngeh. smile pink cat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s