iHeart : Rumusan Januari


Bulan ini banyak perkara baru terjadi dalam hidup kerjaya aku. Mula-mula sekali adalah rumah sukan aku dari Merpati sudah ke Helang. crazy monkey 113Actually aku tak berapa nak kisah rumah sukan apa pun tapi sayanglah sebab sudah 3 tahun dengan Merpati maka bila tukar ke Helang macam tak berapa best pula. Tapi “saya yang menurut perintah” ikut sahajalah kan? crazy monkey 116

 

Dan Unit Beruniform aku dari Pandu Puteri sudah bertukar ke Pengakap. Dari all girls ke all boys, extreme tak? Hahaha… crazy monkey 089 Tak kisahlah, janji pentadbiran kokurikulum sekolah bahagia. crazy monkey 076Unit Persatuan dan Permainan masih lagi sama seperti tahun lalu. Dan kali ini aku termasuk dalam AJK Kebajikan pula. Berubah-ubah posisi aku sekarang ini. crazy monkey 078

Oh ya, Suhailah (KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) lantik aku jadi Setiausaha Panitia. Pening pula dia tengok aku tulis minit mesyuarat berjela-jela panjang sampai 3 muka surat. Hahaha, 1st time jadi Setiausaha memang semangat nak buat kerja. crazy monkey 079 Dan kali ini aku jadi Koordinator Panitia Sains pula. Dah tak jadi Ketua Pentaksir PEKA SPM. Syukurlah, kurang sikit kerja. Yelah, kalau tak penat aku nak update file PEKA tu. Tebal gila tu. crazy monkey 064

 

Guru kelas tu memang tiap-tiap tahun muka aku saja di 4 B. crazy monkey 067 Syukurlah budak-budak 4 B tahun ini baik-baik perangai. Kalau aku membebel-bebel tu, mereka senyap je. Lega stress aku dengan kelas tu. crazy monkey 105 Memang sukarlah nak dengar mana-mana guru tinggikan suara dalam kelas tu. Semuanya senyap saja. Tapi masalahnya senyap yang teramat sampai kadang-kadang aku cuak juga sama ada mereka faham tak apa aku ajar ni.  crazy monkey 111 Aduyai, senyap sangat pun susah juga. Bising sangat pun payah. Sabar je la kan? crazy monkey 126

Dan bulan ini juga ada pemberian duit BR1M RM100 setiap pelajar. crazy monkey 136  Cemburu aku tengok mereka dapat duit BR1M. Aku jadi tukang agih pada pelajar saja. Jadilah kan, dapat juga pegang duit dari langsung tak merasa. Hahaha… Ayat sedih semacam. crazy monkey 134

Tapi bulan ini banyak sungguhlah mesyuarat dan taklimat. Stress rasanya.  crazy monkey 130 Yelah, kerja sudahlah banyak. Lepas tu ada kerja tambahan pula. Stress tau! Tau kenapa aku stress? Sebabnya aku kan bakal bercuti pada Semester 2 jadi semua soalan Ujian dan Peperiksaan Semester 1 ini aku kena buat. Banyak tu! Stress woo. crazy monkey 143 Sudahlah kena kejar untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1 lagi. PbS tu aku rasa hampir setiap minggu ada. Banyak pula tu eviden PBS. crazy monkey 158  Lenguh tangan aku menanda PBS. Memanglah orang kata yang cikgu-cikgu PBS ini perlu banyak sabar (PBS). crazy monkey 141

 

Apa-apa pun aku akan cuba yang terbaik untuk siapkan kerja yang diberi kepada aku. crazy monkey 129 Dan selalu aku doa agar Allah s.w.t mengurniakan aku kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan kerja aku yang bergunung-ganang tu. Hahaha… Kalau nak kira kerja aku, memang lebih tinggi dari Gunung Everest tau tak? crazy monkey 163  Aku sangat tak sabar nak Februari sebab sebulan ini tak cuti langsung. Stress woo dengan kerja. crazy monkey 179 Nak cuti! Nak cuti! Nak cuti! Hehehehe, ke nak balik tengok FG? Ahaks, kantoi ke? crazy monkey 140

Pssst… Masa Apple One Day Event, rasa macam jatuh cinta pada iPad Mini. FG, mau order satu iPad Mini boleh? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 165

Advertisements

iHeart : Selamat Hari Thaipusam!!!


Selamat menyambut Thaipusam bagi yang meraikannya. crazy monkey 066Wah, mesti jammed di Batu Caves sebab perayaan ini. Aku lihat dalam TV sahaja dan sangat ramai orang di Batu Caves. crazy monkey 069 Tahun ini macam ramai pula yang bernazar. Walaupun aku tidak bercuti (sebab SBH tak ambil cuti Thaipusam) tapi pada yang bercuti, Selamat Berehat!  crazy monkey 086Mesti seronok seharian bekerja dan inilah masanya untuk berehat di rumah pula. Hahaha… Aik, macam cemburu saja ayat aku ini kan? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 120

iHeart : Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul datang kembali! cute-red-crab Jangan lupa selawat ya kawan-kawan semua. Dan aku nak promote laman web Nasyid FM iaitu di mana laman web ini ada 24 jam lagu-lagu nasyid dan ceramah-ceramah agama yang boleh kita ambil iktibar. happy-red-crab Dan aku yakin sempena Maulidur Rasul kali ini pasti ada selawat-selawat yang boleh kita ikut bersama-sama dalam mengingati Nabi Muhammad SAW.

Buka tau! hello-red-crab

iHeart : Hujan


A kitten attempting to attack the rain drops on the window.

Musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur di Malaysia sekarang ini mengingatkan aku fenomena yang pernah melanda di SDK pada 2012 pada musim Tahun Baru Cina di mana banjir yang teruk telah berlaku tanpa ramalan oleh pengkaji cuaca di Malaysia. Dan ini mengingatkan aku juga pengalaman Cikgu Bebiri bercuti di SDK pada masa itu yang membuatnya dapat merasa mandi air hujan kerana ketiadaan air di rumah Panda dan satu-satunya air yang boleh digunakan untuk mandi adalah air hujan (mujur musim hujan masa tu kan?).

Dan ini juga mengingatkan aku pada Ain yang mengikuti program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor. Seronok dia bercerita kepadaku tentang aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh sukarelawan UPM bagi membantu mangsa banjir. Tidak pastilah 2013 macam mana pula sebabnya tahun ini dia nampaknya sibuk dengan tugasan tahun ke-3 UPM.

Apa-apa pun aku mengucapkan takziah dari kejauhan untuk mereka yang terlibat dengan banjir terutamanya di Terengganu. Harapnya musim tengkujuh begini dapatlah menjaga diri kerana air kalau sedikit memang kawan tapi kalau banyak (bah), sudah jadi musuh tu. Berhati-hatilah ya?

Apa yang aku suka tentang hujan adalah, selepas hujan nantu akan ada pelangi muncul. Kadang-kadang jelas, tapi kadang-kadang berbalam-balam. Dan kalau bernasib baik akan nampak dua lapis pelangi. Aku suka warna-warna pelangi tu (7 warna). Warnanya menceriakan suasana sedih dan muram selepas hujan dengan kemunculan matahari. Cantik kan?

Dan pelangi mengingatkan aku pada persembahan AJL (Anugerah Juara Lagu) ke-27 anjuran TV 3 baru-baru ini di mana Stacy dengan lagu Pelangi senjanya cuba menggunakan warna-warni pelangi pada pakaiannya tapi sayangnya tidak dapat menangkap hati para juri untuk mengundinya sebagai Persembahan Terbaik malam tu. Tidak mengapalah Stacy, yang penting kamu sudah lakukan yang terbaik (menjadi finalist pun sudah satu pencapaian yang bagus juga kan?).

Dan pada musim-musim hujan sebeginilah payung amatlah mustahak untuk dibawa ke mana-mana (standby dalam kereta atau handbag). Dan dengar ramalan kaji cuaca tu. Yelah, boleh buat persiapan awal-awal. Bukan apa, masa hujan macam ini ramai orang akan sakit (tak kira tua atau muda) dan tak peliklah kalau masa ini klinik-klinik akan penuh sokmo dengan pesakit tidak mengira waktu. Apa mahu buat, waktu beginilah para doktor hendak mencari rezeki. Kalau tidak hujan, tiada penyakit, tiadalah income. Ops, jangan marah ya para doktor di luar sana. Bergurau saja.

Orang kata hujan ni pembawa rahmat, sebab itulah tidak pelik kalau ada orang yang menamakan anak mereka dengan nama bermaksud hujan (tidak kiralah mana-mana bahasa pun). Dan aku pun rasa yang pakai nama hujan adalah orang yang bertuah memandangkan Kumpulan Hujan di Malaysia dan penyanyi Korea; Rain sangat popular dan banyak memenangi anugerah dalam bidang musik. Jadi, tak mustahillah kan nama ini ada “luck”. Tapi, kalau setakat “luck” sahaja tanpa usaha, susah juga nak berjaya kan? Hehehe…

Jadi kalau aku letak nama “HUJAN” pada Jr, agak-agaknya terperanjat tak family aku dan FG? Yelah, macam pelik pula rasanya kan? Hahaha… Jangan-jangan, nanti kena karate aku nanti.

Favim.com-37254_large

Pssst… Teringat masa hujan aku suka buat kapal kertas dan main di kawasan air yang menurun dan lari ikut kapal kertas sambil bawa payung. Yelah, main hujan nanti kena sebat pula jadi nak main boleh tapi kena pakai payung. Hahaha…

iHeart : Hot & Sexy Mama


Entri kali ini aku nak revealkan hot Mama 2013. Ngeh ngeh ngeh, maaflah pada sesiapa yang nak merahsiakan pregancy mereka tapi aku terberitahu pula dalam entri ini (hahaha).

1st sekali aku dengan bestnya nak beritahu aku sendirilah pregnant (27 Julai). Itu mestilah beritahu dulu sebab ini blog aku nanti nampak tak fair pula. Kemudian, kawan-kawan di SMSS yang kahwin serentak dengan aku (kami kan kahwin trio) iaitu Ct Panda (25 Ogos) dan Afwani (12 Ogos). Tahniah-tahniah especially pada Panda yang date nearly dengan anniversary kahwin. Hahaha… Macam planning kan?

Dan paling best adalah Nuwairani (11 Ogos). Ini lagi best, sebabnya Kak Nani masa bersanding di sebelah lelaki dengan bunting pelamin (hebat suami Kak Nani, perfect timing!).

Dan juga Cikgu Afidah (kaunselor di sekolah aku juga) pada bulan Julai (around early Julai). Dan juga ada cikgu baru di sekolah aku; Diana yang akan lahir baby around timing dengan Kak Afidah juga (awal Julai). Ops, lupa pula ada juga Cikgu Teresa dan Cikgu Wai Szu Szu yang akan melahirkan anak pada awal Julai juga.

Hahaha… Mostly di sekolah aku lahir pada Julai kecuali Wani dan Panda pada bulan Ogos. Jadi beruntunglah Wani dan Panda sebab tak perlu nak balik ke sekolah semula (cuti terus sampai akhir tahun) tapi yang baby nya lahir pada Julai ni kenalah balik bekerja sebulan sebelum cuti sekolah akhir tahun. Hohoho…

Dan tak lupa juga Asuwarni, wife Ridzwan, …. yang sama-sama melahirkan 1st baby pada 2013. Hahaha… Well, tak sangka pula anak-anak kita semua sharing same age nanti. Hehehe…

Psstt… Macam aku rasa most yang kahwin pada 2012 lahir 1st baby 2013. Wah, very luck kan 2012 tu. Hohoho…

iHeart : Kerja @ 2013


Selamat Tahun Baru 2013. Tak sudah-sudah aku ucap Selamat Tahun Baru kan? Apa mahu buat, mood tengah berapi, macam inilah semangatnya. Aku rasa ini mestilah sebab aku datang awal sangat di SDK (Dis 25) padahal meeting Dis 27. Hahaha, apa mahu buat sebab hari itu saja yang tiket affordable. Hikhikhik…

Wah, aku macam tak percaya kali ini aku dapat berjaga dan mendengar bunyi bunga api di SDK (sebab selalunya setiap tahun aku pasti tertidur menunggu detik Januari 01).

Tahun ini dimulakan dengan hujan yang turun dan aku tak pasti macam mana konsert ambang tahun baru di SDK ini dalam keadaan hujan macam ini. Tapi aku lihat dalam televisyen di KL (Dataran Merdeka) cuaca tidak seperti di sini, syukurlah. Tahun ini aku tidak sendiri (selain Azy ada juga dengan aku di Sunny) sebabnya aku ada Jr dalam perut ini menemani aku walaupun aku berharap FG ada dengan aku. Aku tak pasti FG di KL macam mana, tapi aku rindukan dia. Harap-harap semuanya okay tahun 2013 ini, insya-Allah.

Impian 2012 aku banyak dimakbulkan dan aku dikejutkan dengan perkara yang diluar jangkaan aku juga. Jadi tahun ini aku kena lebih matang memandangkan aku akan bergelar “Mommy” dan perancangan aku kena lebih tersusun daripada 2012. Kalau ada 5 perkara yang aku akan listkan dalam 2013, rasanya mestilah isu duit adalah no2 (sebab mestilah FG no1 kan?). Aku terasa yang 2013 ini aku perlu manage duit aku dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum-sebelumnya. Pening tu!

3 perkara yang lain adalah pengurusan lain yang aku masih samar macam mana aku nak buat tahun 2013 ini. Tapi aku yakin bila tiba masanya kelak, aku pasti tahu nak buat apa. Apa-apa pun nak sampai ke detik itu memang berdebaranlah seluruh sel dalam badan aku memikirkannya. Aduyai memang cepat berubanlah aku kalau asyik memikir macam ni. Hahaha…

Apa-apa pun sekarang ini sudah mulai start bekerja dan tugas aku pada tahun ini masih lagi seperti sebelum-sebelum ini iaitu pastinya Guru Tingkatan cuma kali ini kelas 4 B. Aku juga telah bertukar Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap (sebelum ini Pandu Puteri). Yang lain masih lagi sama. Dan tugasan baru iaitu AJK Kebajikan (I have no idea) dan AJK Makmal sudah dilucutkan daripada aku. Tahun ini juga aku kembali mengajar subjek Pendidikan Moral dan kali pertama mengajar Pendidikan Sivik. Sains tu memang ada jugalah setiap tahun. Nervous jugalah nak ajar Tingkatan 1 memandangkan ada PBS yang aku masih tidak biasa lagi mengendaliannya. Tak kisahlah apa pun tugas yang diberi, aku akan cuba yang terbaik melakukannya. Insya-Allah.

Namun begitu, memandangkan tarikh deliver Jr adalah Julai 27 maka aku berkemungkinan hanya mampu berkhidmat memberikan sehabis baik tugasan yang diberi sehingga Mei 24 sahaja. Yelah, selepas ini aku akan bercuti memandangkan nanti tidak boleh lagi nak terbang semasa sarat mengandung. Jadi, maaflah kawan-kawan di SDK, rezeki Allah bagi bukan aku rancangkan asyik bercuti setiap tahun. Yelah, bila fikirkan kembali hanya pada tahun 2011 sahaja aku bekerja full a year (dari 2010-2013). Well, bukan aku yang pinta mahu cuti sokmo ya. Maaflah kalau menyusahkan ramai pihak. Tapi itu bukan mahuku.

Cakap tentang akan cuti bersalin ini, habislah sekolah aku nanti sebab bukan aku seorang sahaja yang akan bercuti selepas Jun tapi ada lagi cikgu-cikgu lain yang turut akan mengambil cuti bersalin (hahaha, lebih kurang 7 orang termasuk aku). Kelam kabutlah sekolah aku selepas ini (sebab sekarang ini pun cikgu sudah tidak cukup). Aku berharap ada cikgu baru akan sampai ke sekolah aku nanti memandangkan kami ketiadaan guru sekarang ini. Amin.

Pssst… Wani masih lagi belum sampai di SDK, mengamuklah Boss minggu pertama ini. Hahaha…

iHeart : 2013


Aloha! Wah, macam aku di Kepulauan Hawaii pula nak beraloha-aloha padahal duduk Malaysia saja pun.   Bukan apa, aku jadi terlebih excited bila memikirkan tahun 2013. Okaylah, tukar tone greeting, Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia (merangkap Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Selamat Tengah Hari, Selamat Petang, Selamat Malam) aku ucapkan pada semua pembaca wordpress. Wow, sedar tak sedar dah habis berlalu setahun. Hohoho… Macam-macam telah berlaku kan?

Anyway, aku cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua orang (tidak kiralah bangsa, agama, budaya, negara). Hopefully 2013 akan lebih bawa banyak kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup kalian seperti hidup aku juga (amin).

Bila masuk tahun baru, tak sah kalau tiada azam baru. Tapi masalahnya azam lama tercapai ke? Nah, kalau macam ada sesetengah kawan aku yang masih single tu, bagus azam tahun ini kalian ada commitment dengan someone special. Bukan paksaan tapi kalau asyik sibuk bekerja, bila pula nak mendirikan rumah tangga? Ops, jangan marah kalau ada yang terasa. Sengaja tak nak tulis nama sebab orang itu tahu-tahu sendirilah kan?

Untuk yang baru mendirikan rumah tangga, sila jangan gaduh-gaduh ya bila sudah serumah tu. Masa inilah Tuhan nak menguji tahap kesabaran anda level mana. Well, kan orang cakap “sabar itu separuh dari iman”. Jadi, banyak-banyakkan bersabar tau.

Untuk yang on the way menerima orang baru tahun 2013 ni (macam aku), mesti seronok kan? Yelah, nanti boleh belajar shopping baju kanak-kanak pula (starting dengan baby’s clothes). So, barangan sendiri kena hold dulu ya sebab preparation untuk orang baru tu memang sangat memakan duit yang banyak. Sila start menyimpan duit. Hohoho…

Untuk yang sudah lama mendirikan rumah tangga, mungkin azam kalian sudah lebih besar (macam rumah, kereta etc). Aku doakan hajat kalian tercapai. Insya-Allah.

Apa-apa pun, azam aku masih lagi FG comes 1st. Yelah, ngamuk dia kalau aku letak baby’s 1st. Jealous la tu. Jadi, nak tak nak kena letak dia dulu baru boleh baby. Sabar je lah kan?

Okaylah, Selamat Tahun 2013. Selamat memulakan kerja dengan penuh integriti dan bertanggungjawab bagi membangunkan negara dan bangsa. Amin.

Psssstt… Since website yang aku guna icon-icon comel tu sudah tutup maka 2013 aku menukar ke website lain yang tidak kurang juga comelnya. Harap-harap kalian suka dengan icon-icon baru ini. Enjoy!