iHeart : Selamat Tinggal?


Minggu akhir sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun 2012 memang sangat menguji sungguh ketahanan air mataku.MySpace Ada banyak perkara yang tidak dijangkakan berlaku. Terutamanya semasa jamuan perpisahan kelas 5B pada masa waktu P & P (memang waktu kelas aku dengan 5B masa tu). Serius aku terkejut sampai tak tahu nak cakap apa.MySpace Makanan jangan ceritalah banyaknya yang mereka bawa. Dengan makanan yang dibeli lagi (sebab masa tu ada Hari Kantin), memang penuh perut aku masa tu. Nak beli makanan lain pun tak muat dah spacing dalam perut aku disebabkan mereka. MySpace

Totally aku blank dan tak tahu langsung tentang jamuan ini. Bila aku tanya guru-guru lain yang mengajar kelas tersebut, ada yang tahu tentang jamuan tersebut dan mereka dipesan untuk tidak memberitahu aku langsung tentang jamuan tersebut. OMG! Sangat surprised! Mujur aku tak melompat naik ke langit masa tu. MySpace

Dan punyalah terkejut plus minus dengan terharu, memang berlinangan air mata aku bila aku masuk kelas masa tu. Dengar ucapan beberapa wakil pelajar 5B lagi buat aku tak tahu nak cakap apa selain, ‘terima kasih‘. Huh, sangat terharu! MySpace

Dan masa tu dapatlah aku merasa air tangan pelajar-pelajar perempuan. Sanggup mereka bangun awal semata-mata nak memasak untuk di bawa ke kelas. Aduyai, speechless!MySpace Mujur tak menitik air mata aku dalam makanan.MySpace Aku makan semua makanan yang ada sikit-sikit. Ada mi goreng, nasi goreng, sushi, sandwich dan pelbagai frozen food (sosej, nugget, kentang etc)  yang digoreng. Dan pelajar lelaki bawa air berkarbonat dan jajan (makanan ringan) pelbagai perisa termasuklah kuaci. Aku cuma ingatkan mereka supaya berkelakuan baik (tidak bising atau melompat terjun dari bangunan) MySpace dan jamuan dalam keadaan yang terkawal serta perlu pastikan juga membersihkan dan menyusun semula kelas dalam keadaan asal untuk P & P cikgu lain. Risau juga aku kalau ada cikgu yang complaint tentang jamuan ni. MySpace

Kata ketua kelas; Syafiqah, semua pelajar 5B membawa makanan dan minuman tidak kiralah beli atau buat. Mereka sehati sejiwa berbincang tentang jamuan ini. Pertama kali mereka bersatu pada bertungkus lumus, aku memang terharu.MySpace Kalau tidak macam nak tercabut anak tekak aku berteriak supaya mereka bekerjasama untuk aktiviti yang melibatkan kelas.MySpace Aneh tapi benar, bila macam ini memanglah nak bekerjasama kalau selain yang ini, aku rasa ada sahaja yang tidak puas hati.

Dan siap mereka hiaskan kelas (terutamanya papan putih di depan kelas dan papan kenyataan belakang kelas) dengan ucapan-ucapan yang pelbagai untuk aku.MySpace Yang paling menarik, mereka letakkan trademark aku di situ, simbol treble clef. Hahaha… Nak buat macam mana, dah memang aku sign macam treble clef. Actually bukannya treble clef pun, itu represent alphabet D actually. Dah cara aku sambung signature aku inovatif sangat sampai nampak looks like treble clef. Sebab ramai fikir itu treble clef so aku pun ambillah treble clef as my trademark. Lagipun simbol treble clef comel kan? Tapi serius, aku buta music. Janganlah kau tanya aku tentang ilmu music, memang sesat jalan jadinya. MySpace

By the way aku memang tahap terharu yang amat dengan pelajar 5B.MySpace Lagipun dah setahun lebih aku mengajar mereka (sejak dari tingkatan 4) jadi memang perangai baik-buruk mereka memang dalam poket aku pun. Tapi tahun ini mereka berkelakuan baik dari tahun lalu. Tidak banyak rungutan tahap extreme tentang mereka seperti tahun lalu (atau pun aku yang buat-buat MySpace pekakkan telinga tahun ini?) Dan masa pemberian rekod pencapaian pun, tiada nama yang aku hantar ke Unit Disiplin untuk ambil tindakan. Bagi aku tahap baik-nakal-jahat mereka tahap biasa sahaja, sesuai sebagai seorang pelajar dan remaja berumur 17 dan 18 tahun.MySpace Apa pun harapnya mereka akan keluar mencorak dengan gemilang masa depan mereka selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Insya-Allah, aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka walau di mana mereka berada kelak.

Oh ya, lupa nak cerita. Masa pengambilan rekod pencapaian, ada lagi pelajar yang menitiskan air mata di depan ibu bapa mereka apabila bersalaman denganku. MySpace Sebak jadinya situasi tersebut (especially Mutiara) tapi aku control diri depan ramai parents, haru ungu violet aku kalau aku menangis depan ramai orang tu. Dan ada juga yang bawa ibu bapa ke bilik guru untuk berjumpa denganku sebab mereka bukan kelas 5B tetapi kelas lain yang aku ajar juga (iaitu Liliana dan Dayangku Nur Amalina).

Dan sebab pada hari jamuan tersebut mestilah mereka telah memberitahu ibu bapa masing-masing (sebab nak keluar beli macam-macam perkakas untuk jamuan) jadi pada hari pengambilan rekod, mereka mengulang mengenalkan aku kepada ibu bapa semula. Mungkin untuk mengukuhkan kenyataan mereka tentang jamuan perpisahan yang mereka rancang masa tu, inilah cikgunya.

Aduyai, macam-macam kisah ada pada hari pengambilan rekod pencapaian prestasi tersebut. Drama bersiri ibu bapa menangis depan aku memang ada.MySpace Dan drama bercerita segala ketidakpuashatian perangai anak masing-masing di rumah lagilah panjang berjela-jela.MySpace Kebanyakkan ibu bapa panjangnya bercerita tentang perangai anaknya di rumah dan ada cerita dari perangai sejak dari Tingkatan 1.MySpace Peh, ibu bapa lain berbaris menunggu giliran di belakang dia buat tak nampak sebab nak jua story pada aku tentang perangai anaknya.MySpace Pening jugalah aku dengar masalah mereka di rumah tapi susah aku mahu cakap sebab kalau kata-kata ibu bapa pun mereka langgar, kata-kata aku sebagai seorang guru kelas ini lagilah susah mereka nak dengar kan? Itulah, susah aku mahu cerita. MySpace

Okeylah, tutup cerita sedih. Kelas Peralihan B turut sama menghadiahkan suatu kenangan jamuan perpisahan di Mc Donald’s.MySpace Memang very rushing juga jamuan kami sebab aku belum packing barang-barang nak fly balik masa tu. Tapi habis one set burger plus dengan satu ice cream aku makan. Tak pasti siapa yang bayar. Aku makan je. Malas nak tanya, nanti kena bayar pula. Hahaha…MySpace Tak patut kan aku ni? By the way kalau orang yang bayar tu baca, cikgu ucapkan berbanyak terima kasih atas set meal McD tu.MySpace Kalau tak silap macam Wong Kah Wing yang belanja hari tu. Tapi tak tanya panjang masa tu sebab jamuan pun rushing gitu. Maaf ya, lain kali kalau ada masa kita lepak lagi. Insya-Allah…

Kad dengan Hello Kitty tu Jamie Lu yang bagi. Aku dah hang pada beg make up aku pun Hello Kitty tu. Comel kan?MySpace Dan cupcake homemade ni diberi oleh Jean Lee Jing. Terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada mereka. Yang homemade tu yang tak tahan tu. Terharu rasa. Kad ni memang menarik dan terharu (sebab hand made dan lukisan dia nice!) bila aku terima tapi salah ejaan tu yang buat aku tepuk dahi.MySpace Aiseh malulah sebab aku ni cikgu Amalan Bahasa Melayu (ABM) kelas ni jadi kalau salah ejaan BM memang aku antara salah seorang yang patut di blame lah kan? Hahahaha… MySpace Kena hints pada Cikgu BM dia ni, suruh belajar buat karangan ucapan.

Dan ini Pricilla Chung dan May Yee May Ling yang hadiahkan di McD. May Yee May Ling siap menangis lagi di McD. Dramatik jugalah jadinya di McD tu tapi class control kena jaga.MySpace Sudahlah masa tu ramai orang di McD (sebab Mc Value Lunch kan murah harganya) jadi kena jaga air muka sikit. Huhuhu… Tapi nice, aku letak di hand bag hadiah May Yee May Ling bagi (sebab nama aku kan?). Comfirm semua tahu tu hand bag aku sebab dah ada nama. Hehehe… MySpace

Tapi hadiah yang paling tak boleh dilupakan adalah bunga yang diberi oleh trio sekawan ni.MySpace 3 teddies tu represent mereka. Dan mereka harap bila aku tengok teddies tu aku akan ingat pada mereka. Aku senyum sahaja bila dengar request tu. Mestilah tak lupa, mereka ini antara kenangan terindah aku di Peralihan B. Dan ini lagi sukar aku lupa, ucapan ‘Selamat Berpengantin Baru’ yang diberi tu. 1st time dalam life aku jumpa word ‘berpengantin’ tu. Memang memori daun pisang betullah dengan trio ni. MySpace

Dan tak sempat untuk kelas 5C buat jamuan dengan aku walaupun aku tahu mereka nak juga buat jamuan seperti kelas-kelas lain. Malah sesi ambil gambar dengan mereka pun tak banyak. Tapi masih lagi ada gambar kenangan antara kami. Syukurlah kan?

Ini adalah antara hadiah yang aku paling suka. MySpace Liliana yang bagi masa pengambilan rekod prestasi dia. Siap datang bawa ibu sekali jumpa aku. Sangat terharu. Aku tersangat happy sampai melompat dalam kelas bila buka kotak hadiah tu. Sebab comel sangat teddies tu. Sampai Cikgu Satidja (penolong guru kelas 5B) yang jaga di kaunter menunggu ibu bapa untuk sesi pengambilan rekod prestasi tergelak besar tengok muka excited aku nampak dua ekor teddies ni. Hahaha… Malu pula bila fikir balik.MySpace Mujur masa tu tiada students dan parents nampak kalau tak mesti merah padam muka aku menahan malu.

Dan ini tudung bawal putih berbatu hitam hadiah dari Dayangku Nur Amalina yang dia beri di airport. Mujur datang masa tu aku tak masuk balai berlepas lagi. Terima kasih banyak-banyak. Terharu sungguh aku masa dia jumpa aku di bilik guru tanya jam berapa fly sebab hadiah tertinggal di rumah dan nanti nak bagi di airport.MySpace Siap kenalkan pada ibu dia lagi. Susah nak cakap. Hari terakhir tu macam-macam perasaan ada sampai susah nak digambarkan dengan perkataan.

Walau bagaimanapun aku ucapkan ribuan terima kasih atas semua pemberian yang aku dapat. Harapanku mereka akan serius belajar dalam beberapa bulan sahaja tinggal untuk SPM (kelas 5B dan 5C) dan Peperiksaan Akhir Tahun (untuk kelas 4B dan PB). Dan ketahuilah yang aku selalu doakan kejayaan mereka dalam setiap waktu solatku. Jangan tawakal dengan doa cikgu sahaja andai kamu sendiri tidak berusaha untuk berjaya. Masa kian singkat tapi jangan mudah putus asa. MySpace

Dulu masa aku belajar aku suka dengar lagu ‘Fikirkan Boleh’ sebab aku rasa lagu ini ada suatu sumber inspirasi yang sangat menyuntik hormon semangat bila aku fikirkan lirik lagu ini dalam kepala aku. MySpace Tapi pelajar zaman sekarang ini lebih sukakan music disco. Tapi ini cuma satu cadangan, nyanyilah lagu ini di saat kepala rasa macam dah tepu sangat. Fikirkan yang masa depan yang kamu mahu macam mana dan bagaimana persiapan untuk mencapai impian tersebut. Kalau rasa belajar setakat itu memadai maka tak perlulah belajar bersungguh lagi tapi kalau rasa belajar setakat itu masih tak mencukupi nak gapai impian tersebut maka selepas rehat 5 minit, sambung belajarlah lagi. Insya-Allah. MySpace

MySpace Lirik Lagu Fikirkan Boleh MySpace

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
MySpace

Dan insya-Allah kelak kamu bila sudah berjaya nanti boleh cari cikgu semula. Boleh jumpa cikgu lagi. Jangan risau, semua pun ada Facebook cikgu bukan? Kita ini 1Malaysia, masih lagi boleh berhubung walau apa caranya pun. Jangan kamu melayan perasaan negatif pula. Cikgu tidak pernah buang kamu dari memori hidup cikgu dan harapnya kamu semua pun begitu. Amin. MySpace

Advertisements

iHeart : Hari Guru 2012


16 Mei datang lagi dan akan datang lagi setiap tahun selagi ada kalendar yang menggunakan 16 Mei sebagai penunjuk hari bagi meraikan sambutan Hari Guru di Malaysia.MySpace Dan 16 Mei ini buat insan-insan yang bergelar guru, adalah satu hari yang sangat amat bermakna untuk mendengar ucapan “SELAMAT HARI GURU” selain daripada perkataan “Selamat Sejahtera” dan “Terima Kasih” yang akan di sebut pelajar setiap kali kelas bermula dan berakhir. MySpace

Dan inilah yang buat aku terimbau kisah-kisah lama tatkala aku masih bergelar seorang pelajar. Aku rasa sejak aku tadika lagi aku sudah mulai memberi dan menghargai cikgu-cikgu yang mengajarku dengan hadiah-hadiah yang masa itu ambil di rumah (secara senyap-senyap) MySpace dan bungkus dengan surat khabar atau kertas warna lagi (hadiah percuma memang begini) MySpace. Yelah, nak minta Mum beli takut pula. Sebab Mum memang sangat garang orangnya seingat aku dulu, suka mencubit aku kalau aku buat silap.MySpace Ngeri wooo… sangat berbisa kena cubitan Mum. MySpace

Hadiah masa aku tadika dan sekolah rendah memang jimat. Cawan aku ambil di rumah punya MySpace, sabun mandi-sabun basuh (asalkan sabun) pun ambil di rumah punya MySpace, pen merah beli di kedai buku sekolah (tak sampai seringgit pun) jangan ceritalah berapa kali dah aku bagi pada cikgu aku MySpace. Masa tu belajar guna kapur lagi. Mana ada guna marker pen dan powerpoint slides macam sekarang ini. Zaman dah berubah. MySpace

Bila aku naik sekolah menengah baru aku beli barang yang canggih-manggih sikit. Masa tu dah berani nak minta pada Mum beli hadiah untuk cikgu.MySpace Dan masa tu tak lagilah aku bungkus guna kertas warna. Masa tu dah beli kertas pembalut hadiah yang cantik-cantik di kedai buku. MySpace Masa aku 15 tahun dulu (wah, ingat lagi kenangan lama tu) aku siap buat cupcakes dengan Mum untuk hadiah pada cikgu.MySpace Teringat kembali, rasa macam dulu pernah jadi champion dalam segmen masak-memasak antara badan beruniform di sekolah. Memang tak boleh blah kan? MySpace

Dan masa tu beli hadiah tak semahal barangan sekarang ini. Malah ada yang aku beli hasil tabungan lagi. Kalau cikgu sekolah aku tahu dulu yang aku menabung, mesti dia terharu. Mujur tak beritahu, kalau tak mahu menangis dia dalam kelas. MySpace

Dan masih, sampai aku ke sekolah menengah pun, aku masih memberi hadiah pada cikgu aku walaupun mulut murai cikgu sekolah menengah aku tak boleh berhenti setiap kali marah aku (terutamanya Cikgu Lela). MySpace Nak buat macam mana, aku selalu terlupa jalan ke sekolah. Ops! MySpace

Bila aku naik ke kolej dan universiti, hadiah tu susah sikit nak bagi tapi ucapan masih di beri. MySpace Walaupun pensyarah, masih lagi dia adalah seorang guru. Aku ingat lagi masa zaman belasan tahun tu (macam dah tua bebenar pula rasa bila taip macam ni) aku panggil pensyarah aku, “Cikgu X” sedangkan sepatutnya panggil Dr./En./Pn./Cik X (***X merujuk kepada nama pensyarah berkenaan). Dah terbiasa panggil cikgu, jadi lidah ni senang je panggil cikgu dari guna panggilan formal yang lain. Malu pula fikir zaman jahiliyah aku dulu ni. Hahahahaha… MySpace

Tapi sekarang ini dah lain, sebab sekarang ini aku pula yang diberi ucapan tersebut dan aku pula penerima untuk hadiah-hadiah tersebut.MySpace Dan masa ini buat aku terfikir, okey-inilah perasaan cikgu-cikgu aku masa aku bagi ucapan dan hadiah Hari Guru pada mereka dulu-sangat terharu dan tidak boleh nak cakap apa-apa selain terima kasih. MySpace

Sambutan Hari Guru 2012 kali ini di SDK, mestilah dimulai dengan kek. Okey, inilah kek yang sekolah aku dapat. Secara jujurnya, aku rasa kek ini kekurangan perisa vanila. Rasanya tidak seindah rupanya. Dan bikin aku rasa nak muntah bila makan.MySpace Aku peminat kek jadi kalau aku yang minat ni rasa nak muntah, macam mana pula dengan orang yang tak minat… uuu… no comment! MySpace

Dan masa sambutan juga ada kek berperisa keladi (yam). Walaupun aku peminat warna ungu tapi aku tak suka perisa keladi. Rasa sikit je sebagai syarat makan. Tak larat nak habiskan. Makan sesuap sahaja, selebihnya tong sampah yang makan. Hahaha… MySpace

Tapi jangan salah faham, ada banyak kek lain masa minggu sambutan Hari Guru.MySpace Memang larislah jualan kedai kek masa minggu sambutan Hari Guru ni. Kebanyakkan kelas ada membeli kek untuk kelas masing-masing. Ada juga bekas pelajar yang datang menghadiahkan kek pada guru-guru di sekolah. Tapi ada kek yang sedap dan ada juga kek yang perlukan tambahan perisa untuk menambahkan kesedapan kek-kek tersebut. Tapi apa pun, aku tetap makan semua kek yang orang bagi pada aku. Rezeki jangan di tolak beb, lagipun aku sangat gilakan kek. Especially chocolate cake! MySpace

Dan sambutan Hari Guru tak lengkap kalau tiada adegan persembahan di pentas. Tahun ini persembahan sambutan seperti biasa cuma kali ini aku lihat pelajar-pelajar kelas aku (kelas 5B) banyak membuat persembahan di pentas (pelajar perempuan). Dan itu suatu yang tabik spring untuk aku enjoy habis-habisan kerana selepas ini pelajar tersebut akan tamat pelajarannya dan entah bila dapat bersua lagi. MySpace Dan paling enjoy masa tarian Melayu (Bajau sebenarnya), pelajar mention atas tunjuk ajar Cikgu Fara Diyana (yakni aku). Alamak, tarian zapin yang pun aku tak pass apatah lagi tarian masyarakat Bajau. Hahaha… MySpace

Apa pun terima kasih kepada Cikgu Suhaimi dan Cikgu Anin (penyelaras sambutan) kerana banyak beri peluang kepada pelajar tingkatan 5 untuk membuat persembahan mengenangkan sudah tahun terakhir mereka di sekolah. MySpace Dan ada persembahan bekas pelajar yang sukarela datang untuk menyampaikan lagu dalam version Kadazan untuk Pesta Kaamatan (siap duet dengan Cikgu Ridzwan lagi). MySpace Macam-macam lagu ada dalam sambutan persembahan kali ini. Memang enjoy habislah! MySpace

Dan kali ini aku lihat para pelajar sudah pandai make up. Ada yang lebih-lebih sampai rasa macam artis pula atas pentas tu.MySpace Rasa masa tu macam aku nak pergi ke butik M.A.C di Sogo KL dan capai satu lipstick Barbie yang mengancam tu. Mesti masa tu kepucatan muka aku tak sekalah mana dengan para peserta persembahan yang ala-ala artis tu.MySpace

Dan masa sambutan ini juga aku mengetahui tentang sejarah “Pesta Menuai Kadazan” kerana sambutan Hari Guru digabungkan dengan Pesta Kaamatan pada kali ini di sekolahku.MySpace Tabik spring pada sejarah tersebut dan terima kasih kepada Cikgu Shabia kerana meng-translate sejarah Pesta Menuai ini dalam versi mudah untuk aku fahami.

Kadang-kadang bila difikir kembali, banyak sungguh yang aku belajar semasa berada di Sabah ini. Kalau tak aku memang cuma tahu Hari Raya je. Hahaha… Gila cetek ilmu aku ni! MySpace

Ini adalah satu pengakuan yang tidak direkodkan, aku menangis pada hari sambutan tersebut. MySpace Jujurnya, aku akui yang aku memang sangat terharu (sampai menangis) masa pelajar aku bersalaman dengan aku masa hari tersebut. Aduyai, malu pula bila fikir aku menangis atas pentas. Janganlah ada orang rakam waktu itu.MySpace Aku mulai nangis masa Arica Nur (pelajar kelas 5C) bersalaman denganku atas pentas. Aiseh, sampai terbawa-bawa ke bilik guru (selepas di pentas) pula.

Apa yang tak menariknya? Sebelum adegan tangisan syahdu tu tak pula ada orang nak bergambar dengan aku. Selepas mata aku dah bengkak macam kena sengat dengan tebuan (sebab menangis) sibuk pula diambil gambar. Masa tu mata dah bengkak MySpace kena genyeh (*gosok) dengan tisu (tisu pun pelajar yang bagi sebab aku tak sangka pula akan menangis hari itu). Kalau pelajar tengok lagi 10 tahun lagi gambar aku pada sambutan ini, malunya… MySpace mesti rupa aku sangat teruk dan buruk! Aduyai, aku dah lah tak comel kalau menangis… Rosak gambar kenangan Hari Guru aku!

Oh ya, hari itu juga aku sibuk menyusun kedudukan meja-kerusi untuk pemberian rekod pencapaian pelajar esoknya. Memang tak boleh blah. Dengan mata bengkak-bengkak aku siap pergi marah pelajar aku sebab escape masa mengemas meja-kerusi di kelas. Tragic aku ni. Drama je lebih! Ni effect dari cerita drama Korea 16 episod, taubat aku! MySpace

Gambar sambutan ada banyak dalam Facebook. Bukan dalam FB aku (sebab aku mana ada kamera canggih nak ambil gambar cantik-cantik) tapi dalam FB kawan-kawan dan pelajar-pelajar. Aku dapat pun sebab kena tag di FB. Sila layan buka FB aku untuk lihat gambar sambutan Hari Guru dengan mata aku yang bengkak. Itulah, masa pagi-pagi mata aku kiut-miut, tak pula nak ambil gambar. Sabar je lah! Jadi jangan berani nak complaint kalau tengok gambar mata aku yang sangat sexy tu! MySpace

Kesimpulannya, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru 2012 pada semua tenaga pengajar di seluruh dunia walau siapa pun dan berapa jumlah pun pelajar yang ada. Moga kesabaran kalian akan ditebalkan untuk menempuh sehingga ke 16 Mei 2013. Pada bekas guru aku yang masih mengajar atau sudah bersara, aku ucapkan terima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki. Bebelan cikgu sampai sekarang ada yang berbekas di hati aku terutamanya Cikgu Zubaidah (cikgu Bahasa Melayu Tahun 1 aku dulu yang asik tarik tocang aku setiap kali aku pot-pet kat belakang). Nak buat macam mana aku kan kaki gossip, dari umur 6 tahun mulut dah mula beroperasi. Hahaha…MySpace Pada guru yang dah tiada lagi di atas Bumi ini (sudah meninggal dunia), aku sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku terutamanya Arwah Cikgu Sabtu masa aku tingkatan 5 dulu (subjek Fizik). Teringat aku dia selalu panggil aku dengan nama Primadona Princess Diana tu. Kelakar pula bila fikir sekarang ini.

Dan pada diriku sendiri, Selamat Hari Guru! Moga suatu hari semua pelajar bimbinganku akan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. MySpace

Dan tak lengkap sambutan Hari Guru kalau tiada tema. Tema 2012 adalah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” sejajar dengan 2012 yang padat dengan gerakan paradigma inovasi Sains contohnya penggunaan nuklear yang sedang dimesyuaratkan di Parlimen. Dan terimalah dedikasi dariku iaitu lagu yang setiap tahun pun akan berkumandang di radio pada setiap 16 Mei iaitu Lagu Guru Malaysia.

Guru Malaysia

Lirik Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

MySpace

Psst … Ni adalah antara hadiah yang aku terima daripada pelajar untuk Hari Guru tahun ni. Antaranya adalah hiasan untuk iPhone 4 aku yang sangat aku suka!MySpace Aku memang terfikir nak beli tapi tak sangka dapat hadiah pula. Jimat duit aku dari kena beli. Terima kasih Emily Ng, Chin Choy Yee, Tay Ru Sin dan Phylis Chok (pelajar Peralihan B). Cikgu sangat suka hadiah yang kamu bagi ni!

Hadiah makanan jangan ceritalah. Ini yang aku sempat ambil gambar sebelum aku makan. Yang lain kebanyakkannya aku dah makankan di sekolah lagi. Hahaha…MySpace Thank you very much, macam tau je aku ni sukakan coklat. Hahaha… Again, thank you Michelle Tan dari Peralihan B.

Dan bunga kertas hasil lipatan pelajar kelas 4D yang dibeli oleh ketua kelas 5B; Syafiqah, untuk aku. Kreatif pelajar tersebut. Siap buat jualan lagi dan ramai pula yang beli. Thank you so much. Nice dan sangat suka hadiah comel macam ni. MySpace Ops lupa nak inform, tulisan tu adalah Syamimi 5B yang tulis.

Dan tidak dilupakan setiap guru dihadiahkan dengan sebotol air eco-Tupperware 750 ml (aku punya warna ungu) yang berisi sebatang pen merah dalam tu. Aku sangat suka warna bekas minuman tersebut. Sangat ungu!!!! (terukkan komen aku ni?)

Apa pun aku ucapakan zillion terima kasih untuk semua hadiah dan makanan yang aku dapat. Rasa terharu pula dapat hadiah tersebut. Sentiasa mereka semua ini ada dalam ingatan kenangan aku. Terima kasih… MySpace

iHeart : Nyum nyum,,, Kek Berry Violet (okey, actually nama asalnya Chocolate Blueberry Roulade Torte)


Ulang tahun kelahiran Kak Nani untuk tahun ini jatuh pada sama hari dengan Hari Ibu iaitu Mei 13, 2012. MySpace Disebabkan hari tersebut Kak Nani dan Wani nak bermanjaan telefon ibu masing-masing (aku tiada Ibu untuk di telefon tapi aku telefon Afiz, Ain, Awa & Acik untuk bertanya khabar hari tu) maka sambutan dicepatkan sehari kepada Mei 12. Tak kisahlah janji dapat makan kek. Hehehe… Dan untuk Kak Nani, Happy Birthday! Moga perancangan kahwin tahun 2012 ini terlaksana, Amin!  MySpace

Dan kerana kami nak sangat makan kek berjalur Blueberry (sebenarnya nama dia adalah Chocolate Blueberry Roulade Torte tapi berpintal-pintal lidah aku nak sebut jadi nak mudah, aku sebut kek Blueberry je la) , maka dengan bersusah-payah dapatlah terhasilnya kek ini. Dan paling menarik adalah icing kek di buat (setelah hasil percubaan beberapa kali) sendiri oleh Kak Nani. MySpace Syukur ada line internet untuk mencari information di web sites dan langkah-langkah membuatnya di YouTube. Dan tahniah juga pada Kak Nani kerana berjaya menghasilkan icing yang tidak muak, manis dan sedap! Jadi jangan lupa klik di blog Kak Nani untuk mencuba resepi kek blueberry ni. MySpace

Dan memang kena cuba buat kek blueberry ni sebab aku seorang sahaja dah makan lebih dari 1/4 kek (sampai berebut dengan Wani). Serius sedap yang amat sangat! Jadi sila-silalah contact Kak Nani through blog dia seandainya terpengaruh dengan idealogi aku untuk mencuba membuat kek Blueberry ini. MySpace

Aku memanglah tak boleh nak comment banyak tentang kek Blueberry ni sebab memang masa Kak Nani datang, kek tu cume tinggal letak icing sahaja. Cuma aku pasti yang cara membuat kek ini ada sedikit leceh MySpace tapi jangan risau, bila sudah siap… rasanya memang meletup! Biasalah kan, makanan yang sedap memang leceh untuk dibuat.MySpace Itu semua pun memang maklum kan? Sebab itu makanan yang sedap, harganya pun mahal. MySpace

Menu utama kami hari itu adalah Nasi Tomato! Dan sangat mengingatkan aku kepada cartoon Tomato Man (rindu cartoon zaman kanak-kanak dulu!) MySpace Lauk ayam masak merah dan acar timun yang memang amat menyelerakan. Cuma disebabkan potongan ayam terlalu besar dan gorengan pun tak cukup lama maka ayam ada sebahagiannya tidak cukup masak (berdarah… MySpace yuck!) tapi lepas tu kami masak semula dan ayam tu sudah boleh dimakan seperti biasa cuma Wani jadi kembang tekak dan tak boleh nak makan ayam tu.MySpace Teringat ayam berdarah (ala-ala period haid pula kan?) langsung dia hilang selera makan. Hahaha… Mujur aku memang tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang sebegini. Tak bagi effect pun pada selera makan aku. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan ada pudding caramel yang seperti biasa memang aku suka sluurp makan!MySpace Dan adakah anda nampak air dalam jug tu? Itu adalah kuah side dishes yang makan dengan puding tauhu yang ada senduk pink di situ. Makan ala-ala puding berkuah.MySpace Air yang kami buat masa tu adalah air cocktail (buah-buahan campur) tapi boleh juga digantikan dengan air Laici atau Longan! Yang penting, dia mestilah ada buah-buahan sedikit sebagai penambah manis.MySpace Ahaks, untuk yang ada kencing manis boleh kurangkan kandungan glukosa dalam minuman tersebut ya. Tapi puding tauhu tu kalau makan dia sahaja pun sedap (sebab aku makan macam tu sahaja pun) dan masa buat puding tu, bau dan rupanya dia seperti air soya. Eleh, tak percayalah tu details yang aku bagi ni.MySpace Hello, aku buat juga okay! Kalau tak percaya, sila buatlah! Resepi boleh usha pada aku! Gerenti jadi tau!

Tapi menu yang paling aku suka adalah Cheesy Wedges yang aku buat(saja nak boldkan bagi semua nampak lagi jelas dan nyata)! Hahaha… MySpace Mestilah sedap sebab aku yang buat kan? Walaupun actually instant sahaja tapi yang penting rasanya lagi sedap daripada KFC punya (sebab kami punya memang lebih cheese tau!) Dan aku amat sukakan makanan ini dalam barisan makanan yang lain dalam menu hari tu.MySpace 1st Chessy Wedges ,MySpace 2nd Kek Blueberry! MySpace 3rd? Aku suka puding tauhu tu! Sedap sangat!!!!!!!! Tabik spring!!!!!! MySpace

Ada bagi comment aku nampak amat chubby masa ni. Ops! Berat aku naik berkilo-kilo akibat habit aku yang suka makan makanan manis-manis ni (terutamanya kek dan coklat!) Tapi ‘ada aku kisah’????!!!! MySpace Again jangan lupa klik sini untuk melihat dan mencuba resepi kek ini. Memang sedap dan tak rugi mencuba tau! Kalau dah cuba tu boleh sharing dengan aku, hehehe… MySpace

Then sebagai penutupnya, kami buat apam beras (yang memang sangat sedap kalau makan dengan nyiur muda) dan kek layer chocolate cheese.MySpace Yang layer tengah-tengah kek adalah cheese tau! Apam tu memang mengingatkan aku pada kampung halaman sebab Nenda memang suka betul makan apam beras ni. Dan aku pula tolong pilihkan warna pink sahaja bila dia beli di pasar malam. Hehehe… Nak buat macam mana, dah aku suka color pink kan? Aku kan bias kalau bab-bab warna ni. Hohoho… MySpace

Dan kek layer tu, aku tak berapa minat sangat sebab kek tu terasa dan bau telurnya kuat sangat. Maaf nak cakap ya, aku memang tak berapa makan sangat telur. Jadi bila bau kek ini kuat sangat dengan bau telur, memang aku surrender nak makan banyak.MySpace Tapi yang uniknya bila aku simpan dalam fridge, bau telur tidaklah sekuat seperti masa panas-panas selepas masak tu. Mungkin kena simpan peti sejuk dulu baru makan. Tapi bahagian coklat tu sedaplah! Cuma layer cheese tu sahaja yang mungkin perlu add on lagi esen vanilla nak cover rasa dan bau telur tu.

Dan inilah menu bersama (dengan Kak Nani) yang terakhir untuk aku rakamkan bersama.MySpace Selepas ini kami akan bercuti dan balik ke kampung halaman masing-masing dan aku dengan cuti sakit aku yang tidak pasti berapa lama. Tapi jangan risau, walaupun jauh di mata tapi dekat di handphone! Boleh SMS tanya resepi. Hehehe… Zaman dah maju kan? MySpace

Tapi sayanglah sebab tak sempat nak belajar buat kuih bijan berinti kacang hitam seperti yang aku habaq dulu. It’s okay, kalau ada jodoh; belajar juga aku membuat kuih tu. Hehehe… Jumpa lagi next entri. Daaa… MySpace

iHeart : Selamat Hari Ibu, KY


Setiap tahun pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei adalah merupakan Sambutan Hari Ibu di Malaysia di mana hari tersebut para ibu di Malaysia akan diraikan dan dihargai dalam pelbagai aspek sehinggakan iklan-iklan tv akan bertemakan kasih sayang ibu, MySpace drama-drama tv akan berkisarkan pengorbanan seorang ibu MySpace dan lagu-lagu bertemakan ibu MySpace juga akan mulai dimainkan di corong-corong radio di Malaysia. Besarnya impak sambutan ini pada minggu tersebut. MySpace

Seperti Sambutan Hari Valentine yang merupakan hari meraikan pasangan kekasih yang penuh dengan promosi barangan bertemakan corak “heart”, MySpace Hari Ibu ini juga tidak terkecuali dengan aspek budget promosi ekonomi perniagaan. Masa inilah kedai bunga akan dicari dan kedai kek akan banyak menerima tempahan untuk sambutan ini. Bukan itu sahaja, spa-spa dari rambut sampai ke kaki juga akan mulai dipenuhi dengan tempahan-tempahan sebagai hadiah kepada ibu masing-masing. MySpace

Walaubagaimana pun caranya anda meraikan Hari Ibu ini dengan cara masing-masing yang berbeza, tujuan kita semua sebagai seorang anak cumalah satu, iaitu menghargai ibu kita atas setiap pengorbanan yang telah dilakukannya sejak kita dalam kandungan sehinggalah sekarang ini.MySpace Dan ucapan yang paling terbaik untuk dikatakan pada mana-mana ibu, “Terima Kasih Mum for being such a very great Mum in the world, I love you Mum!”. MySpace

Dan setiap kali aku melihat mana-mana promosi barangan diskaun sempena Hari Ibu, hati aku bagai luka ditabur garam-pedih!MySpace Aku akui yang aku cemburu. Bertuahnya orang lain yang masih memiliki ibu mereka lagi walaupun pada usia 50an. Aku belum dua dekad pun umur aku, Mum sudah meninggalkan aku. Apatah lagi adik bongsu aku (Muhammad Khidir) yang umur belum sampai sedekad lagi pada masa Mum meninggalkan kami semua.MySpace  Dan aku memang paling tidak suka melihat promosi Hari Ibu. Tidak suka sebab aku tidak boleh menghadiahkannya pada my Mum. Tidak suka sebab aku tahu aku akan menangis memikirkan kisah-kisah lama yang memang sangat lama (apabila sekarang ini 2012) dan sangat menyentuh perasaan. MySpace

Aku rindukan masakan Mum terutamanya kek dan cookies Mum.MySpace Aku rindukan bebelan Mum memarahi aku apabila aku melakukan kesilapan walaupun pada masa tersebut aku rimas dengar bebelan Mum (pada umur aku ketika itu).MySpace Aku rindu saat Mum temankan aku belajar dan aku temankan Mum menjahit baju mencari rezeki tambahan untuk menyekolahkan kami.MySpace Rindunya saat-saat manis itu semua.

Dan kini apabila mendengar lagu Selamat Hari Ibu dari Kumpulan Hujan, buat aku teringatkan Mum. MySpaceApa khabarnya di sana agaknya? Dunia ini belum berakhir lagi apabila Mum tiada tapi dunia ini kelihatan berbeza tanpa Mum. Dengan Ayah yang berubah 100% menjadi orang lain, dunia aku memang tidak sama bila Mum tiada. MySpace

Tapi Mum jangan risau, you’ve teaches us well. Semua anak Mum telah membesar stronger than we expected will be at our age. Kami belajar menghargai seseorang/sesuatu lebih baik. Kerana kami tahu bagaimana rasanya bila seseorang/sesuatu itu hilang, dunia memang tidak sama lagi keseimbangannya. Dan our bonding between us becomes stronger than before you’re with us. Like I always believe, setiap perkara yang berlaku pasti ada reason dan hikmahnya walaupun perkara tersebut pahitnya seperti hempedu.

Hujan : Selamat Hari Ibu

Lirik Lagu Selamat Hari Ibu – Hujan

Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati… Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu…
Menciummu…

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu…
Ku ucap kepada mu…
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji…

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu…
Ku ucap kepada mu…
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji…

Selamat Hari Ibu…
Ku ucap kepada mu…
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji…

Terima kasih Mum. Kami sentiasa doakan kesejahteraan Mum di sana. Dan kita pasti akan bertemu kembali suatu hari nanti. Dan sehingga sampai saat itu, we’ll make you proud with us.MySpace I always tell them, “Mum never leave us. She’s always in our heart and mind. So watch your steps, don’t make her sad to see the path you choose to be“.  Dan aku percaya, that we also always in your heart and mind even no matter where you are now. We love you, Mum. Thank you for delivered us in this world.MySpace
Dan as for me, this August I’m going to have mother-in-law. Sangat nervous cause I’m not use to have a mother in my life for ages.MySpace But I’m glad Faiz there for me (with a lot of positive motivation words for me). I do hope I can be a good daughter for her. Insya-Allah.MySpace

iHeart : Sekuntum Pau Rose “HIJAU”


Seperti yang dijanjikan pada entri masa ‘itu’ MySpace (masa buat pau sardine tu), inilah pau kacang hitam versi bunga ros [cuma aku tak sangka akan buat bunga ros warna hijau!] MySpace Minggu ini Kak Nani datang lagi kali ini mestilah aku demanding janji nak buat pau kacang hitam ros yang dia janji tu kan? Tapi mana sangka nak buat warna hijau, ingatkan masa tu putih sahaja (warna tepung). Aduyai… Berpinar-pinar mata aku tengok pau ros tu masa kami buat. MySpace

Okay, secara jujurnya kali ini sangat suka pau ini kerana rupanya yang super duper melaparkan dan pau ini sangat lembut dan sedap! MySpace Cuma, masalahnya aku ni bukanlah penggemar warna hijau tapi disebabkan pewarna tiruan warna hijau sahaja yang ada maka terpaksalah aku pasrah masa membuat pau ros ini. MySpace Sangat susah nak buat sebab aku tak suka warna hijau tapi lapar punya fasal, banyak jugalah aku makan. Hehehe… MySpace Maknanya rasa lapar lagi penting dari warna hijau. MySpace

Okaylah, tanpa membuang masa aku nak tunjukkan teknik-teknik membuat bentuk ros ini yang pastinya menyelerakan daripada bentuk pau biasa.MySpace Watch and learn tau. Jangan risau, mudah untuk dibuat; sedap untuk dimakan.

Jangan salah faham ya, inti kacang hitam kami beli siap dah. Tak sempat nak buat.MySpace Insya-Allah kalau buat, pasti aku sharing cara macam mana nak buat. Tapi inilah antara makanan yang mesti cuba buat (tapi please buat dengan warna selain hijau sebab nampak macam alien punya $%#&*$ MySpace sahaja kalau warna hijau ni) sebab tak susah mana pun. Yang penting kena rajin. MySpace

Dan minggu ini juga kami ada buat apam mentega di mana rasa dia sangat sedap dan makan satu dah kenyang dah (sebab acuan kami besar).MySpace Ini juga menu minuman petang yang mesti cuba sebab tak susah mana tapi mengenyangkan. Ni yang buat aku teringat bekas kuih my mother yang comel-comel yang sokmo dulu my mum buat kuih apam mentega ni. MySpace Ini juga buat aku teringat kaya ball yang aku selalu beli masa zaman aku sekolah dulu-dulu kala. MySpace Ewah, rasa macam dah berumur pula bila mengenangkan zaman-zaman sekolah dulu.MySpace

Tau tak apa yang paling seronok minggu ini, Wani dah mula membeli peralatan membuat kuih.MySpace Ops, ini rahsia jadi sila jangan kecoh-kecoh kalau sudah tahu rahsia ini. MySpace Jadi nampak gayanya makin serius housemate aku ini berkecimpung dalam bidang masak-masak ni. Ops, jangan pandang-pandang aku.MySpace Boleh sabar sikit ke nak tengok aku masuk dapur? Kena prepare betul-betul supaya tak meletup dapur tu bila aku masuk nanti. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Ni dah jadi macam trademark pula setiap kali aku mengomel mengenai makanan.MySpace Sila rujuk blog Nuwairani untuk melihat sukatan masakan resepi yang tepat. Ada orang tanya aku, boleh ke tanya dalam blog ni? Oh, silakan. MySpace Aku akan cuba jawab sebaik yang mungkin soalan tersebut.

Insya-Allah kalau tiada aral melintang minggu depan nak buat kuih bom menggunakan inti kacang hitam yang kami beli ini.MySpace Tengoklah kalau rancangan itu berhasil. Kita hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan jadi berdoalah kalian agar menjadi rancangan tersebut supaya aku boleh update entri tentang kuih bom pula. Hehehe… MySpace

Ops, jumpa lagi dalam entri berikutnya. Daaa˜ MySpace