iHeart : Rumusan Januari


Bulan ini banyak perkara baru terjadi dalam hidup kerjaya aku. Mula-mula sekali adalah rumah sukan aku dari Merpati sudah ke Helang. crazy monkey 113Actually aku tak berapa nak kisah rumah sukan apa pun tapi sayanglah sebab sudah 3 tahun dengan Merpati maka bila tukar ke Helang macam tak berapa best pula. Tapi “saya yang menurut perintah” ikut sahajalah kan? crazy monkey 116

 

Dan Unit Beruniform aku dari Pandu Puteri sudah bertukar ke Pengakap. Dari all girls ke all boys, extreme tak? Hahaha… crazy monkey 089 Tak kisahlah, janji pentadbiran kokurikulum sekolah bahagia. crazy monkey 076Unit Persatuan dan Permainan masih lagi sama seperti tahun lalu. Dan kali ini aku termasuk dalam AJK Kebajikan pula. Berubah-ubah posisi aku sekarang ini. crazy monkey 078

Oh ya, Suhailah (KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) lantik aku jadi Setiausaha Panitia. Pening pula dia tengok aku tulis minit mesyuarat berjela-jela panjang sampai 3 muka surat. Hahaha, 1st time jadi Setiausaha memang semangat nak buat kerja. crazy monkey 079 Dan kali ini aku jadi Koordinator Panitia Sains pula. Dah tak jadi Ketua Pentaksir PEKA SPM. Syukurlah, kurang sikit kerja. Yelah, kalau tak penat aku nak update file PEKA tu. Tebal gila tu. crazy monkey 064

 

Guru kelas tu memang tiap-tiap tahun muka aku saja di 4 B. crazy monkey 067 Syukurlah budak-budak 4 B tahun ini baik-baik perangai. Kalau aku membebel-bebel tu, mereka senyap je. Lega stress aku dengan kelas tu. crazy monkey 105 Memang sukarlah nak dengar mana-mana guru tinggikan suara dalam kelas tu. Semuanya senyap saja. Tapi masalahnya senyap yang teramat sampai kadang-kadang aku cuak juga sama ada mereka faham tak apa aku ajar ni.  crazy monkey 111 Aduyai, senyap sangat pun susah juga. Bising sangat pun payah. Sabar je la kan? crazy monkey 126

Dan bulan ini juga ada pemberian duit BR1M RM100 setiap pelajar. crazy monkey 136  Cemburu aku tengok mereka dapat duit BR1M. Aku jadi tukang agih pada pelajar saja. Jadilah kan, dapat juga pegang duit dari langsung tak merasa. Hahaha… Ayat sedih semacam. crazy monkey 134

Tapi bulan ini banyak sungguhlah mesyuarat dan taklimat. Stress rasanya.  crazy monkey 130 Yelah, kerja sudahlah banyak. Lepas tu ada kerja tambahan pula. Stress tau! Tau kenapa aku stress? Sebabnya aku kan bakal bercuti pada Semester 2 jadi semua soalan Ujian dan Peperiksaan Semester 1 ini aku kena buat. Banyak tu! Stress woo. crazy monkey 143 Sudahlah kena kejar untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 1 lagi. PbS tu aku rasa hampir setiap minggu ada. Banyak pula tu eviden PBS. crazy monkey 158  Lenguh tangan aku menanda PBS. Memanglah orang kata yang cikgu-cikgu PBS ini perlu banyak sabar (PBS). crazy monkey 141

 

Apa-apa pun aku akan cuba yang terbaik untuk siapkan kerja yang diberi kepada aku. crazy monkey 129 Dan selalu aku doa agar Allah s.w.t mengurniakan aku kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan kerja aku yang bergunung-ganang tu. Hahaha… Kalau nak kira kerja aku, memang lebih tinggi dari Gunung Everest tau tak? crazy monkey 163  Aku sangat tak sabar nak Februari sebab sebulan ini tak cuti langsung. Stress woo dengan kerja. crazy monkey 179 Nak cuti! Nak cuti! Nak cuti! Hehehehe, ke nak balik tengok FG? Ahaks, kantoi ke? crazy monkey 140

Pssst… Masa Apple One Day Event, rasa macam jatuh cinta pada iPad Mini. FG, mau order satu iPad Mini boleh? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 165

Tinggalkan komen