iHeart : Hari Malaysia & Wedding Aku


Hari Malaysia (September 16, 2012) jatuh pada hari Ahad. Sangat terujanya sebab cuti akan disambung ke hari Isnin dan aku mengambil kesempatan ini menggunakan tarikh September 17, 2012 sebagai hari majlis resepsi perkahwinan di sebelah FG. Aku yang suggest tarikh ni sebabnya kalau diikutkan, tarikh rumah dia lambat lagi. Mujurlah tarikh ini kosong maka jadilah majlis perkahwinan kami pada hari Isnin (janggal saja kahwin hari Isnin kan?).MySpace Apa pun aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA (ada yang cakap HARI 1MALAYSIA) pada semua rakyat Malaysia. Ambillah masa hari cuti ini untuk berehat fizikal dan mental (emosi kalau boleh juga). MySpace

Di sebelah majlis FG, ada dua pasangan (aku sudah maklumkan sebelum ini kan?). Jadi, aku dan FG berbaju kelabu dan adik FG (Hazwan & Rahimah) berbaju coklat. Tak pastilah kalian rasa yang mana satu lagi menyerlah tapi aku sangat sukakan kasut yang aku pakai tu.MySpace Untuk makluman semua, kasut-kasut dalam majlis perkahwinan aku memang 100% milik aku bukannya Mak Andam yang sediakan. Jadi, sila highlight tengok tau! MySpace

Terima kasih pada yang datang contohnya seperti Anisah & Suami (dia mengandung 6 bulan sekarang ni), Syasi & Che’ah, Kak Rawaida & Suami dan Khairul Anuar (a.k.a Mr Yol). Di bawah ini gambar Kak Aida dengan kami. Same beauty like always… Hehehe… Cayalah Kak Aida!!! MySpace

By the way, actually kami nak juga ambil pic outdoor after wedding tapi disebabkan hujan yang turun dan rumput basah, maka ambil gambar di tepi-tepi dewan saja. It’s okay, yang penting ada kenangan gambar kahwin kan? MySpace

Pssst… Untuk rombongan di sebelah aku, thanks for coming. Terharu sangat kalian dapat datang satu bas dari MLK ke KL. Terima kasih banyak-banyak tau! MySpace

 

 

 

Tinggalkan komen