iHeart : Merah Itu Seksi!


Kalau cerita tentang persiapan kahwin, tak lengkap kalau tidak berinai. Tapi jangan pelik, ada juga orang kahwin tidak berinai (moden kan?) tapi aku ni awek kampung saja, jadi berinai tu wajiblah (as one of the items for wedding). MySpace

Aku guna inai daun, petik saja pada pokok tepi jalan di kampung aku tu. Dan paling best kali ni, 100% di tumbuk dengan lesung batu (sikit pun tak blender). Terima kasih atas bantuan adik sepupu aku (Natasya Hazirah) atas 100% seorang diri dia buat inai ni. Apa memori yang ada pada penyediaan inai kali ni? Hahaha, lesung batu tu sampai pecah untuk menumbuk inai ni. Hebat tak memori inai di jari aku ni? MySpace

Jadi, pada malam berinai kecil kami (semua satu keluarga) berinai. Yang kecil-kecil siap inai penuh kiri-kanan jari tangan-kaki (tapi mereka pakai di kuku saja). Mengalahkan aku pula yang kahwin. Tapi pakai tak sampai 2 jam dah nak basuh sebab nak main lari-lari susah. Hampeh betul, baik tak payah pakai. Tapi bila dah basuh dia tengok kuku dah merah sikit, puas hati sudah. Aduhai… Kanak-kanak, mudah betul berpuas hati. MySpace

Dan kemudiannya, aku berinai semula lagi dengan inai tiub (nak bagi warna merah tu lagi seksi). Memang memancar teranglah warna inai aku. Masa pakai inai tiub ni, semua adik sepupu aku sibuk lagi nak berinai. Tapi aku tak ukir-ukir tangan, mereka yang berukir-ukir. Entah apa-apa yang diukirnya. Yang penting ada inai. Hahaha… Tapi macam biasalah, tak sampai 2 jam dah nak basuh. MySpace

Aku okay je kalau inai tangan, tapi yang kaki tu agak leceh. Aku nak gerak susah betul. Tersadai atas kerusi saja. Nak baring tak boleh, lenguh dan tak selesa betul. Tapi biasalah aku, mana ada suka nak berinai sangat. Mata aku dah berat, aku pun tertidur (paling tak boleh blah aku tidur siap berselimut lagi, macam mana tu?).MySpace Nah, bangun pagi esok inai aku sampai ke hidung. Punyalah aura berinai aku tu kan? Hahaha… MySpace

Dan untuk majlis di KL pun aku inai semula (jauh tu 3 minggu, hilang sudah inai aku di MLK). Tapi kali ni tak sampai setengah jam aku dah basuh (tak nak pisang berbuah dua kali) dan Ain dah geleng-geleng kepala sebab tengok inai tak sempat kering (maka tak merah sangatlah inai aku kali ni) aku dah siap-siap basuh. Jadilah kan, merah sikit. Yang penting nampak merahnya tu kan? Tapi jangan main-main ya. Inai tiub cepat saja merahnya (tapi cepat juga luntur warna merahnya). Trust me! MySpace

Apa-apa pun, dah selamat pun proses berinai aku. Dan nak pakai inai saja-saja memang bukan akulah kan? FG pun berinai juga (siapa kata lelaki tak perlu berinai?). Tapi orang lelaki berinai 3 jari tangan saja (tidak bermasuk ibu jari dan jari telunjuk) di kedua-dua belah. Cuma di KL dia tak re-inai. Malulah tu orang usik dia di pejabat.MySpace Aku kalau tak berinai, memang kena pancung dengan keluarga aku. Biarlah muka aku sembam tak cukup tidur sebab berinai, yang penting mesti berinai. Punyalah tradisional keluarga aku ni. MySpace

Pssst… Aku teringat masa berinai tak boleh dekat dengan tapai. Sebab katanya nanti terinfluence tapai jadi isi merah. Tapi rumah aku order tapai saja, tak buat pun. Hahaha… Jadi tak akan merah pun tapai masa majlis aku…. Kuikuikui MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s