iHeart : Sudah Cukuplah 3 Tahun


Sedar tak sedar sudah 3 tahun aku di SDK ni. Macam mimpi pula rasa. Kalau tidak kerana kerja di sini, pasti aku entah bila tahun nak merasa naik kapal terbang. Tapi apa pun aku bersyukur kerana di beri kerjaya (sebab zaman sekarang ni susah nak dapat kerja) sebagai seorang guru di SM Sung Siew, Sandakan Sabah. MySpace

Masa antara tahun pertama aku di sini (26 Oktober 2009 – 26 Oktober 2010) aku actually kerja separuh tahun saja pun. Macam separuh tahun lagi aku banyak terdampar di hospital sebab cuti sakit.MySpace Malah kalau ada pelajar yang tidak mengenali aku, itu memang tidak pelik sebab aku hanya ada pada Semester 1 sahaja masa tahun 2010 ni (sampaikan dalam majalah sekolah hanya ada nama aku tapi tiada gambar, hehehe). Dan masa itu aku memang tak dapat nak explore mana SDK ni (Sabah lagilah jauh kan?). Jujurlah, aku memang plan nak round-round SBH tahun itu (siap dah beli tiket awal-awal) tapi sudah takdir aku tak dapat nak explore SBH maka burnt macam itu saja tiket aku (untung Air Asia dan MAS).   MySpace

Sejak aku sakit itulah aku mulai terfikir yang nerasa di environment around family adalah sesuatu yang lebih baik daripada duduk jauh di rantauan tapi elaun tinggi.MySpace Maka bila masuk tahun ke-2 (26 Oktober 2010 – 26 Oktober 2011), aku mulai rajin balik ke MLK (setiap bulan aku fly balik). Dan masa tu aku memang bagi the best performance di sekolah (sebab tahun sebelum itu markah prestasi aku rendah). Dan masa itulah aku terfikir untuk mendirikan rumah tangga (sebab aku tahu peluang nak balik ke Semenanjung Malaysia lebih cerah kalau dengan status SUDAH BERKAHWIN). MySpace

Dan tahun 2011 itu jugalah, aku banyak missed explore SBH dengan kawan-kawan sebab aku selalu sangat fly balik. Iyalah, masa tu pun tengah mabuk bercinta dengan FG. Faham-faham sajalah. MySpaceMasa tu aku fikir, nanti aku mesti pergi explore SBH dengan FG (sebab aku teringin sangat nak pergi KK). Insya-Allah. Jadi, FG kalau baca entri ni sila ambil note ya? Sebab your wife ini nak sangat pergi explore SBH. Jadi, jangan buat-buat lupa. MySpace

Dan sekarang ini masuk tahun ke-3 (26 Oktober 2011 – 26 Oktober 2012) aku mulai jarang balik ke Semenanjung Malaysia (rekod beb, cuti Tahun Baru Cina yang seminggu tu pun aku tak balik) sebab aku sibuk collect duit nak kahwin pada Ogos 2012.MySpace Memang kami siap dah pilih tarikh sebab nak dapat kebarangkalian pindah 80% pada permohonan pertukaran penempatan Januari 2013. Jadi masa ini memang jimat sikit (nak beli kasut pun aku fikir banyak kali). MySpace

Dan paling hebat, aku buat perkara gila tahun ke-3 ni. Aku bertunang, nikah, kahwin dan operation pada tahun 2012.MySpace Semua event serentak dan sangat makan duit yang banyak. Susah mahu cerita keperitan aku berjimat cermat untuk kahwin. MySpaceDan selepas operation (bercuti selama 4 bulan), aku kembali semula ke SDK ini untuk menyambung kerja aku. Tapi masih lagi, aku cuba mencari-cari masa untuk pulang ke KL jumpa FG. Rindu sangat pada FG, nak buat macam mana kan? MySpace

Tapi honestly, aku rasa cukuplah 3 tahun aku di SDK ini. Banyak perkara yang aku dah belajar di SDK. Dari segi bahasa, culture, makanan dan fashion orang di sini. MySpaceDan dalam masa 3 tahun ini banyak perubahan yang berlaku pada aku. Tapi alhamdulillah perubahan yang positif. Aku sangat bersyukur diberi peluang berubah ke arah yang lebih baik semasa aku di sini. MySpace

Apa yang menarik di sini? Tempat SDK ini memanglah tiada yang menarik hati sangat. Jujurlah yang walaupun pembangunan dia dalam masa 3 tahun ini agak pesat (dulu tiada pun McD tapi sekarang ini ada 2 cawangan sudah) tapi aku bukanlah bersifat mother nature. MySpaceJadi, biar pun sudah agak canggih tapi masih lagi bagi aku kalau aku nak stay lama di SBH mestilah di KK bukan SDK. Hahaha… Sampai macam tu sekali kan? MySpaceTapi kawan-kawan di sini memang sporting habis. Sebab saudara-mara jauh di rantauan maka kawan-kawanlah yang support kalau di sini. Jadi sebab itu selalu pun explore SBH pun ramai-ramai (cuma aku saja yang tak join). MySpace

Tapi di sini ada seafood (ketam dan udang) yang bersaiz besar tapi murah (murahlah daripada harga di Semenanjung Malaysia).MySpace Tapi tak beranilah aku nak makan banyak-banyak sebab nanti boleh dapat penyakit pula. Tapi very refreshing dan enjoying bila sesekali makan.MySpace Jadi bila ke pasar di MLK mesti aku macam terkejut pula tengok harga ketam sekilo berapa. Ngeh ngeh ngeh… MySpaceSudahlah di sini banyak ikan yang pelik-pelik (tak berani nak try makan). I wonder how the taste…? MySpace

Yang tak menarik di sini? Oh, hospital SDK (teringat memori lama 2010).MySpace Tak nak ungkit cerita lama tu, geram pula fikir. Yelah, hospital saja besar tapi doktor pakar tiada. Geram!MySpace Huhuhu, by the way tiadalah perkara yang tak menarik di sini. Semuanya okay bha. Yang hospital tu sebab aku accident saja. Kalau tak, tak juga aku nak black list senang-senang hospital. Hehehe… MySpace

Dan bila 26 Oktober 2012 ini sampai, aku tertanya-tanya di manakah aku pada tahun ke-4 aku nanti?MySpace Adakah masih lagi aku akan menyambung tahun ke-4 aku di SDK atau aku akan dapat peluang tahun pertama di KL? Aku pun tak pasti apa jawapannya. Kena sabar menunggu keputusan pertukaran penempatan yang akan keluar tak lama lagi. Nervous pula rasa. MySpace

Pssst… Teringat in memori di SM Sung Siew as Guru Kelas 1 D (2010) untuk separuh tahunMySpace, Penolong Guru Kelas 4 B (2011) MySpace dan Guru Kelas 5 B (2012) untuk separuh tahun juga.  MySpace