iHeart : Pantang Makan 60 Hari


Masa tu aku pernah beritahu kalian mengenai kegilaan aku makan ikan haruan semasa dalam proses nak sembuh ini. Dan ini adalah salah satu produk yang aku makan iaitu Pati Ikan Haruan dengan Gamat.MySpace Aku makan dua botol sehari (walaupun sepatutnya sebotol setiap hari tapi sebab nak sembuh cepat, macam inilah jadinya). Dan aku makan ini berselang-seli dengan Pati Ikan Haruan dengan Ginseng. Ada perbezaan tau Pati Ikan Haruan Gamat dan Ginseng. Yang Ginseng lebih pahit.MySpace Yang Ginseng lebih bertenaga dan badan aliran terasa lebih panas (dan aku makan pada sebelah siang sebab masa aku cuba makan sebelah malam, aku tak boleh tidur sebab badan panas).MySpace Tapi dua-dua memang baiklah untuk kesihatan. Insya-Allah.

Dan kemudiannya, aku juga disediakan sup ikan haruan (tanpa perasa) bersama rempah ratus akar kayu beli dari kedai tabib cina. Memang payau dan kelat dan hanyir juga rasanya. Sudahlah tawar (sebab garam pun tak letak). Dan kuahnya sangat pekat sebab di reneh dari 4 cawan air kepada secawan air (sampai ikan hancur dan tak serupa ikan dah dalam sup tu). Dan menu ni kalau aku makan, memang makan dengan nasi kosong sahaja. Sangat sedihkan menu aku masa sakit ni.

Ini pula versi ikan haruan yang digoreng dengan kunyit. Bukan buat macam yang ikan goreng tu ya. Ni pakai kunyit hidup. Dia macam sambal ikan kunyitlah lebih kurang. Kunyit memang sold out di rumah selalu sebab nak buat masakan ini. Dan selalu je kunyit tu tak di blend hancur dan aku kena makan kunyit hidup tu. Kuning jadinya gigi aku. Agak scary bila aku fikir. Tapi menu ini lebih aku sukai daripada sup.MySpace Sebab sekurang-kurangnya rasa hanyir ikan tidaklah sekuat mana kalau dah kena goreng kan?

Tapi itulah, kata Wani lebih baik sedut hidup-hidup anak ikan haruan (yang berwarna merah). Cepat baik dan sembuh luka. Rasa macam cendol sahaja (heh, aku cendol pun tak suka sebab warnanya hijau macam Hulk!).MySpace Aduyai, tengok pun tak lalu apatah lagi nak makan hidup-hidup kan? Tapi agak tak sangguplah aku nak makan yang ini. Aku sanggup makan yang dimasak hanyir dari tak masak (dan super duper hanyir).

Dan inilah luka aku yang masih lagi berair dan membuatkan aku tidak boleh mandi secara normal. Geram pula aku sebab di kawasan yang tidak kena air, akan berdaki pula kan? Memang menyesakkan fikiran pula bila fikir cara-cara aku mandi yang unik tu. Tapi kerana inilah aku tidak boleh enjoy bermandi-manda berlama-lama. Uh, ruginya kan? MySpace

Dan banyaklah duit aku melayang beli ubat-ubatan dan plastic untuk cover masa mandi. Cecah ribuan sudah duit aku habis untuk sembuh secepat yang mungkin. MySpace Dan doktor pun rungsing tengok luka aku yang lambat sembuh. Aku sudah buat pemeriksaan gula dalam darah dan memang comfirm tiada penyakit diabetes tapi entah mengapalah penyembuhan luka aku memang lambat. Macam kura-kura. Dan walau dan berbakul-bakul sayuran hijau dan buah-buahan aku makan, masih lagi berair. Tension jugalah aku bila setiap kali pemeriksaan luka mesti doktor tu tuduh aku tak makan sayur-sayuran (padahal dan berbakul-bakul aku makan).MySpace Tapi sabar sahajalah, memang antibodi aku lambat bekerja. Malas nak overtime. Hahaha… MySpace

Psssstt… Aku sudah cuba banyak susu untuk menambah kalsium dalam badan aku dan akhirnya aku akui yang HiGoat juga yang paling mujarab dalam soal susu untuk menambah kalsium.MySpace Berpuluh-puluh tin aku cuba Anlene tapi tiada perubahan pada diri aku. Mungkin aku perlu berjuta-juta tin baru ada kesan pada badan aku. Tapi itulah, Anlene murah sedikit daripada HiGoat. Tapi nak cepat sembuh punya fasal, aku minum juga HiGoat tu. Dan ada masanya aku kena dera juga minum fresh milk (segar dari ladang), tahan sajalah! MySpace

Tapi aku pun kena paksa juga makan supplement tambahan lain untuk kalsium ni contohnya Calcium Magnesium dan Natural B Complex daripada produk Amway.MySpace Dah banyak aku cuba ubat-ubatan farmasi dan akhirnya aku serasi dengan produk Amway. Dulu masa aku kena paksa makan produk Elken Spirulina tu, memang sangat susahlah aku nak makan (sebabnya pil-pil warna hijau lumut yang sangat scary!) tapi untuk yang ini mudah sahaja. Mungkin sebab pil-pil ni semua tiada yang warna hijau. Hahaha… MySpace

Tapi untuk kali ini ada tambahan Bio C Plus kerana kulit aku yang agak problematic nak sembuh. Jadi, tiga pil ini aku ambil dua kali sehari (sepatutnya 3 kali sehari, hahaha… gila jimat kan aku ni? MySpace) bersama dengan ubat hospital. Kemudian, ada jugalah ubat sapu yang kena disapukan pada luka aku tu. Next time aku sharing tentang ubat sapu itu ya, sekarang ini kita fokus pada pil-pil dulu.

Aku nak ceritalah tentang vitamin E yang aku beli di Apex (farmasi) yang memang 1st choice aku kalau cari ubat-ubatan ni. Sebabnya farmasi Apex Melaka ni dicat dengan warna pink, bias kan? Hahaha… MySpace

Ops, terlepas simpang pula nak cerita kan? Macam ini, jurujual di farmasi tu punyalah beriya cerita pada aku yang vitamin E ini sangat bagus mengalahkan produk-produk yang lain (padahal masa tu aku tengok memang langsung tak popular brand ubat ni) dan mengenangkan aku ini pun mudah terpedaya dengan kata-kata manis jurujual,MySpace maka aku pun beli dan cubalah makan vitamin E ni. Sepatutnya memanglah vitamin E untuk membaiki kulit tapi apa yang berlaku adalah, kulit aku makin teruk dan timbul pula alahan ruam gatal-gatal.MySpace Peh, scary tau! Masa tu keluarga aku fikir aku sudah langgar pantang makan seafood yang sepatutnya selama 60 hari tu, tapi aku siap bermati-mati menafikan (sebab memang aku tak makan pun kan!) dan mereka siap marah-marah aku lagi. Aduyai, tak fasal-fasal aku kena marah sebab alahan vitamin E ni kan? MySpace

Aku notice pun sebab sebelum ini aku makan produk Amway tiada pula masalah, Elken pun tiada masalah (walaupun aku makan Spirulina tu rongak-rongak dulu) tapi dengan produk ini secara automatic terus kena alahan.MySpace Sangat geram sebab bila aku berhenti, aku tak tahu nak buat apa dengan ubat tu. Jadi, last-last aku buang je dalam tong sampah baru puas hati aku. MySpace

Seriously, sekarang ini aku mulai rindukan udang. Aku rasa kalau ada batu belah batu bertangkup, mesti aku dah lari masuk membawa hati yang merajuk mahukan udang. Hahaha…MySpace Mitos dongeng pula kan? Tapi aku semakin kena berpantang setelah kena alahan ini. Sebabnya alahan ini bukannya bila aku berhenti makan vitamin E tu terus dia hilang, tapi dia dah bermukim pula di badan aku. Jadi nak tak nak aku kena control makan aku (dan memang aku kena pantang makan seafood juga kan?).

Psssttt… Paling tak boleh blah masa aku kahwin pun aku masih dalam proses pantang makanan 60 hari jadinya aku boleh tengok sahajalah seafood yang terhidang atas meja.MySpace Nak makan sure kena bomb dengan family aku kan? Hukhukhuk, kecewa! Apa nak buat, sudah nasib badan. Sabar-sabar. MySpace