iHeart : Hilang lagi (Aduyai)


Salah satu reason kenapa duit aku selalu melayang (selain daripada aku boros berbelanja), aku adalah seorang yang amat cuai. July 15, 2014 merupakan cuti am bagi Kuala Lumpur sempena Nuzul Al-Quran maka aku dan FG mengambil peluang ini ke One Utama Shopping Complex untuk membeli baju raya kemeja Al-Fattah. Nawaitu shopping tu memang lengkaplah tapi ini aku nak story lain ni.

Masa aku pergi solat di ruangan New Wing yang dekat dengan baby centre tu, aish… Aku tertinggal beg make up aku. Okaylah, bukannya big deal tapi mahal kot semua barangan solek aku tu (malah ada yang aku baru beli lagi). Dan bila aku teringat dan datang check semula, dah hilang (seperti yang semua orang boleh agaklah kan). Tak ke naya bikin aku kena beli yang baru semula semua. Berasap kepala aku!

Yelah, kot la nak pinjam make up aku okay lah kan tapi tak perlulah nak rembat barang orang, sudahlah bulan Ramadhan lagi lak tu dan dalam surau (I mean kebarangkalian orang Islam tu amatlah 100%). Arrgghh, sangat tak ada rezeki kan?

Okay that’s another story. Yang kedua aku nak cerita adalah, aku sudah mula pakai contact lens semula. Hohoho… Means aku sudah mula rajin untuk myself. Berita baik lah tu kan? Before ni aku stop pakai sebab aku malas nak pakai lens yang amat melecehkan tu. Tapi (welcome back) sekarang dah aktif semula. Hahaha… I like! 

Pssst… Sempena birthday Ain nanti aku belikan dia set make up yang sama dengan aku. Hope dia suka. Just preparation untuk mode bekerja dia nanti. Hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s