iHeart : Dugaan Puasa


Photo: Hello world #

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, berdebaran aku rasa. ballerina crazy rabbit Yelah, teringat saat-saat aku berpuasa dan melahirkan Al-Fattah masa bulan puasa. Yelah aku pada minggu pertama Ramadhan tahun lalu adalah dalam 37 minggu. So maknanya dah nak hampirlah kan waktu bersalin? Uh, debar tu. Sebab biasanya minggu 38-40 sudah sampai waktunya baby melihat dunia. Uh, debarnya tunggu Jr tahun lalu. Huhuhu… ballerina crazy rabbit Teringat masa tu FG setiap hari usap perut aku suruh Jr cepat keluar. Mak aih, aku punyalah berdebar dia boleh pula meneka-neka Jr lahir bila. Tak sabarlah tu kan? dunno crazy rabbit

Walau macam mana pun aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk berpuasa pada Ramadhan tahun lalu hampir 1/3 dari sebulan (Jr lahir lagi 9 hari nak raya). Alhamdulillah. blush crazy rabbitRisau juga aku kalau Jr lahir sebelum Ramadhan, jenuh aku nak mengganti puasa sebulan nanti. Sekurang-kurangnya bila aku dapat berpuasa pada awal-awal Ramadhan ini, taklah teruk sangat aku nak kena ganti puasa nanti. dancing crazy rabbit

Oh ya, aku akui yang berpuasa masa mengandung ini sangatlah penat. Aku pening kepala pada hari pertama puasa. dizzy crazy rabbit Mungkin nak membiasakan diri berpuasa memang mengambil masa sedikit. Tapi tak mengapalah, yang penting aku berjaya kuatkan semangat dan hati untuk menghabiskan puasa pertama aku. Alhamdulillah, berjaya aku berpuasa walaupun penatnya memang menyengat jiwa. floating crazy rabbit

Ini kali pertama aku berpuasa dengan keluarga mertua di KL. Sama sahaja seperti di MLK actually. dance with me crazy rabbit Cuma makanannya berbeza sedikitlah dan makan lebih awal di KL. Jadi untuk bangun persiapan sahur tu, agak awal sedikitlah berbanding di MLK. Yang lain semuanya sama saja. eating crazy rabbit Dan, di KL kurang ada lauk tambahan masa berbuka. Maksud aku, jarang mereka beli kuih atau lauk di bazar (malah air pun home made). Kalau di MLK, air soya tu memang pastilah Oteh beli untuk berbuka (dah macam wajib pula). So, banyaklah kuih dan lauk tambahan kalau di MLK tapi di KL mostly homemade. Tapi aku memang kagumlah sebab makanan memang siap on time sebelum azan. Hebatkan? Padahal mereka sampai rumah agak lewat (kerana jammed di KL) walaupun waktu balik telah diawalkan pada bulan puasa ni. flying crazy rabbit

aHR0cCUzQSUyRiUyRjIuYnAuYmxvZ3Nwb3QuY29tJTJGLU83N1N6emlSMGNvJTJGVUFvQ0RnNzBhbkklMkZBQUFBQUFBQURCQSUyRk04ME9BWHE1QS1NJTJGczcwMCUyRkRTQzA1NzQ1LkpQRw==

Anyway tu cerita 2013. Sekarang ini aku nak cerita puasa 2014 pula. happy dancing crazy rabbit Kalau 2013, dugaan puasa masa mengandung dan debaran kali pertama berpuasa di rumah keluarga FG. Tapi 2014 lain pula ceritanya. Tahun ini aku berdebaran puasa kali pertama di tempat kerja aku yang baru ni. moving crazy rabbit Yelah, nak biasakan diri dengan jadual waktu masa bulan Ramadhan, lepas tu jammed yang tak ingat dunia lagi. kill myself crazy rabbitDan paling teruk sekali dugaan 2014 adalah, pengasuh Al-Fattah sakit. Aduyai, Nek Yah jatuh tangga sehingga menyebabkan kepalanya berjahit dan tangannya bersimen and guess what, aku kelam kabut cari pengasuh baru untuk 2 bulan ini (July dan August). boohoo crazy rabbit

IMG_8246

Tapi Allah s.w.t itu Maha Pengasih maka dipertemukan juga kami pengasuh baru yang sanggup menerima Al-Fattah last minute. boohoo crazy rabbitTermasuk Al-Fattah, pengasuh baru (aku panggil Kak Ina) jaga 6 babies (umur di bawah 2 tahun) dan seorang umur hampir mencecah 3 tahun. Walaupun harga lebih mahal (aduyai) tapi nak buat macam mana kan, terima sahajalah seadanya. Cannot complaint last minute kan? pheew crazy rabbitCuma rumah pengasuh ini lebih jauh dan dalam kawasan jammed serta buat aku berpusing-pusing nak hantar sebelum pergi kerja. Kena keluar awallah aku sebelum ke sekolah.  shake crazy rabbit

Bulan puasa ini aku dan FG balik awal maka okaylah nak pergi ambil Al-Fattah on time before Kak Ina kenakan charge extra menjaga Al-Fattah tapi risaunya aku bila bulan August nanti. Masa tu timing kerja dah macam biasa. Aduyai, matilah nak kena bayar extra setiap hari!!! Biarlah isu itu berlalu dulu, pening kepala nak fikir sekarang. Semak kepala aku! help crazy rabbit

Tukar topik! Berpuasa semasa bekerja tidaklah penat sangat actually sebabnya jadual telah di pendekkan masanya. Dulu aku di SDK, jadual sama saja jadi rasa nak rebah tu ada jugalah tapi di sini masa cepat berlalu.love you crazy rabbit Cuma tak tahanlah jammed nak balik tu. Semua orang berpusu-pusu nak balik pada masa yang sama, memang sumbatlah jalan raya dengan pelbagai kenderaan (dan sometimes mesti ada accident occur dan kereta rosak berderet-deret). Aish, bila petang kereta terhengut-hengut dalam jammed macam snail tu, bikin mata aku kuyu tau. sleeping crazy rabbit Bukannya boleh makan sweet bagi hilang mengantuk maka kadang-kadang rasa nak letak batang mancis di mata bagi tidak tertutup. Huhuhu… snack crazy rabbit

Psst… Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menikmati Ramadhan. smooth crazy rabbit Enjoy betul-betul Ramadhan kali ini dengan memperbanyak bacaan Al-Quran, bersedekah dan jangan skip solat terawih serta mengamalkan kebaikan yang dijanjikan berganda-ganda pahala pada bulan ini. Moga keberkatan dan pahala dilimpahi sebanyak-banyaknya kepada kalian. Insya-Allah. yesss crazy rabbit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s