iHeart : SUP Sesi Petang


Well, kalau sebelum ini aku cerita kerja aku sebagai AJK e-Kehadiran, kali ini entri terbaru adalah mengenai kerja khas lain aku iaitu Setia Usaha Peperiksaan Menengah Rendah. dancing crazy rabbit

Wow, macam gempak saja kan title tu? Hahaha, ini adalah merupakan salah satu kerja yang dalam top 10 kerja yang sibuk di sekolah. Aku cuma handle 2 ujian, 2 peperiksaan saja setahun (macam senang kan bunyinya) tapi yang buat susah adalah bila berkaitan dengan sistem key-in PBS yang asyik tergendala dan menyusahkan ramai pihak tu. Aish, aku seram sejuk pula bila fikir betapa sibuknya hidup aku nanti selepas cuti Tahun Baru Cina nanti (February). boohoo crazy rabbit

Kerja pertama aku sebagai SUP Sesi Petang adalah, bagi Taklimat Kurikulum dan PBS semasa Orientasi Peralihan dan Tingkatan 1. Dan aku berjaya melakukannya dengan tunjuk ajar mantan SUP iaitu Cikgu Syahirah. Dan itu baru permulaan, ada banyak lagi yang aku kena belajar. Huhuhu… exorcist crazy rabbit

Kerja kedua aku pula adalah, standby dengan markah akhir tahun 2013 kerana ada ramai pelajar 2014 ini yang mahu berpindah sekolah dan ada yang mahu memohon biasiswa luar. Actually markah yang mereka mahu adalah markah PBS tapi sistem tergendala sehingga APril 2014, maka terpaksalah bagi markah akhir tahun. Apa nak buat, ada perkara yang di luar kemampuan SUP kan? boring crazy rabbit

Kerja ketiga? February baru mula. Sekarang ini cuma warming up saja. Hahaha… Tapi mujurlah BFF aku semuanya SUP jadi bolehlah minta tunjuk ajar ya Sifu Panda dan Sifu Bebiri. Hehehe… Saya kan budak baru belajar. dance with me crazy rabbit

Tapi bilik SUP sangatlah terpencil. Ini yang buat aku pindah randah sini sana. Hahaha… Baru aku faham kenapa Syahirah dulu asyik lepak tempat Shaheda. Ngeh ngeh ngeh… Macam aku pun bakal lepak melepak tempat sini sana saja. Hahaha… flying crazy rabbit

Psst… Punyalah bersemangat aku apabila dilantik menjadi SUP Sesi Petang sampai aku pergi beli software Microsoft Office for MAC yang berharga RM 449 untuk one user. Ahaks, sebelum ini sebab kerja aku cumalah guru biasa maka tak pernah lah aku nak ambil serius software Office tapi bila dah dapat kepercayaan besar macam ni, maka kenalah buat yang terbaik kan? hate crazy rabbit

2 thoughts on “iHeart : SUP Sesi Petang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s