iHeart : Kerja Kerja Kerja… YAY!


br1m-bantuan-rakyat-1malaysia

Kali ini aku nak story tentang DUIT! Baru-baru ini (Jan 22-23) ada pemberian duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM 100 untuk pelajar-pelajar. Disebabkan pemberian duit maka aku kena datang awal. Apa kan daya, takkan nak ganggu masa belajar pula kan? Masa inilah baru aku tahu di KL banyak betul pelajar yang BUKAN WARGANEGARA. Yelah, selama ini aku di SDK semua pun WARGANEGARA maka bila di KL ini, perkara baru bagi aku. Dan sangatlah penting SIJIL LAHIR rupa-rupanya untuk melihat sama ada WARGANEGARA atau tidak (sebab KAD PENGENALAN pun kena reject masa nak identify WARGANEGARA atau tidak). Wow, new information for me!  admire onion head

Dan pada Jan 22 juga ada perjumpaan pertama rumah sukan dan kali ini aku rumah kuning (syukurlah bukan hijau!) dan tugas aku dalam rumah sukan adalah in charge makan dan minum pelajar-pelajar dan guru-guru masa latihan dan semua hari yang berkaitan dengan sukan contohnya Hari Sukan Sekolah, Hari Sukantara dan sebagainya. Ops lupa pula nak beritahu, nama rumah sukan kuning adalah Temenggung. Huhuhu, klasik kan nama? Hahaha… big eye onion head

senam-1

Dan menjadi tradisi sekolah ini pada perjumpaan pertama rumah sukan, akan di adakan Senamrobik setiap tahun. Hahaha, aku pun join sekali bersenam. Kata nak kuruskan body kan? Hahahaha… blocked onion head

MiNew-A10-Hello-Kitty-Mini-PC

Dan juga pada Jan 25 di adalah perjumpaan pertama semua unit ko-kurikulum dan rasminya aku memaklumkan yang aku adalah guru Kelab Komputer. Hahaha, silibus 12 kali perjumpaan belum lagi dibincangkan. Insya-Allah bulan Februari akan mula. Amin. bsod onion head

Pssst… Jealous dengan Atun yang sudah habis study dan sedang melepak menunggu jawapan sambung belajar. Wah, dengkinya tengok Atun bercuti sekarang ini. Nak cuti juga!!!!!  bird onion head

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s