iHeart : Pengalaman Pertama


12 Rabiulawal  1435H atau January 14, 2014 merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia bersempena ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Setiap tahun di Malaysia, tarikh 12 Rabiulawal ini merupakan satu cuti umum di mana kita boleh lihat di sesetengah tempat akan diadakan perarakan berselawat memuji-muji Nabi Muhammad s.a.w. Tema sambutan tahun ini adalah “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”. crazy monkey 003

Cakap tentang perarakan, masa aku sekolah dulu; aku sangat suka pergi perarakan Maulidur Rasul. Walaupun dapat sebungkus nasi saja, tapi seronok sebab ramai kawan-kawan ikut serta dan ustazah beritahu setiap langkah kita dalam perarakan tersebut dirahmati Allah s.w.t dan diberi pahala. Seronoklah kami dengar bila bab dapat pahala tu. Bukan senang nak kumpul pahala kan? Jadi setiap kali pun mesti aku antara orang yang akan sukarela nak pergi perarakan. Seronok pula fikir kan? crazy monkey 004

Sekarang ini bila tengok di televisyen, rasa rindu pula nak selawat ramai-ramai dari check point yang ditetapkan ke tempat berkumpul. Perasaan tu lagi hiba bila mana aku di SDK. Yelah, cuti sehari saja jadi takkan nak fly balik pula kan? Jadi aku sangat teruja nak menyertai sambutan Maulidur Rasul di SEMERA (kali pertama kan?). Jadi dijadualkan majlis akan bermula 11 pagi maka aku pun bersemangat waja keluar awal ke sekolah. Aku pun bawa kereta melalui jalan biasa yang aku lalu tu tapi aku beringat dalam kepala yang balik nanti tak boleh nak lalu laluan ini sebab FG beritahu aku yang persiapan sambutan Thaipusam akan bermula pada petang nanti. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Arghhh!!!! crazy monkey 029

Kali pertama punch card aku warna merah gara-gara aku tersangkut dalam traffic jammed. Sebenarnya pagi itu sudah bermula sambutan Thaipusam (upacara pecah kelapa) jadi pastilah jammed (dan mana aku tahu jalan banyak tutup sampai macam itu sekali). Aku macamlah nak nangis dalam kereta bila tengok masa. Kecut perut tak boleh nak cakap. Aduyai. Aku SMS boss beritahu aku lambat (dan siap minta ampun dari hujung kepala ke kaki). Mujurlah aku tiba sebelum kelas bermula (sebab aku gerak awal dari rumah jadi walaupun lewat dan sangkut dalam jammed, masih lagi boleh catch up nak sampai sebelum kelas). Tapi muka memang serabai nak nangis. Hahaha… Bila terkenang rasa nak ketawa pun ada. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 064

Tapi kuasa Allah s.w.t memang hebat (alhamdulillah). Sepanjang jammed tersebut, Al-Fattah tidur nyenyak tak bangun-bangun dan tidak meributkan kekalutan aku yang dah serabai tu. Kalaulah dia bangun, kemudia nangis pula… Memang haru-biru aku dalam kereta. Aku punyalah bersyukur dalam hati, tak boleh nak story. Sampai sekolah aku solat Zuhur saja, berjela-jela aku doa syukur dan terima kasih. Allahuakbar.  crazy monkey 069

Jadi inilah pengalaman pertama aku tertembung dengan perayaan Thaipusam di KL. Lain kali aku kena ingat yang aku memang kena gerak awal dan elakkan jalan tersebut 100% semasa nak pergi ke kerja. Tapi bila masa aku balik, jalan sudah clean and clear jadi boleh on the road seperti biasa. Lawak pula bila fikir. Hahaha… crazy monkey 083

Batu Caves

Apa-apa pun kepada yang menyambut Thaipusam, aku ucapkan Selamat Menyambut Thaipusam dan yang lain tu, selamat bercuti! Hehehe…  crazy monkey 086

Pssst… FG, geramnya!!!! I’m stucked in jammed because of you! Blame you 100%!!!!  crazy monkey 080

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s