iHeart : Hell-o: 2014


Aha, akhirnya nampak entri aku. Rindu tak? Ngeh ngeh ngeh… Selamat datang 2014!!!! Masih tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada semua kan? Dan, kalau dah masuk tahun baru maka soalan cepumas yang orang mesti tanya adalah; “azam baru apa?”. Betul kan? Kan? Kan? (sebab aku pun suka tanya soalan yang sama pada orang, hahahaha)

Azam 2014 aku tahun ini adalah “NAK KURUS”.

Ah stress, lepas bersalin berat badan aku tak turun mana (dan berlambakan baju yang tergantung tak berpakai sebab tak muat). Argh, sakit kepala! Tapi, nak tak nak kenalah aku beli baju baru kan? Apa nak buat, saiz badan dah bertukar. Ahaks, inilah peluangnya nak rasa pakai baju baru kan (jangan marah ya FG, hehehehe). Tapi serius aku nak kurus sebab aku nak pakai semula baju-baju aku tu. Miss my old size damn much! UUuuu… Nak blame siapa ni?

Selepas aku bersalin Julai 30, 2013; blog aku mula menyepi dan serius ada banyak perkara aku nak update tapi aku tersangatlah sibuk jaga baby. Aku belum mampu nak adjust masa nak tulis blog, nak jaga FG, nak jaga baby lagi. Oh, pening! Tapi untuk tahun 2014 ini aku berazam untuk update every week blog aku (selain nak kurus lah kan?) sekurang-kurangnya setiap hari Ahad atau Isnin akan nampak entri aku masuk. Ahaks, bagus tak azam baru aku tu? Aku siap tulis reminder dalam planner book aku “UPDATE BLOG”. Nah, serius kan? Dan bila masuk 2014 ni, baby pun dah besar sikit maka adalah masa untuk aku curi-curi update blog kan?

Bagi yang tak tahu perkembangan hidup aku, biarlah untuk intro entri pertama ni aku membebel-bebel sikit tentang diri sendiri. Kalau bukan aku yang puji diri sendiri, siapa lagi kan?

Kalau nama aku kalian ternganga tak tahu, melampaulah kan (sudah terang-terang pada link blog kan?). Aku seorang cikgu yang bekerja di SEMERA, Kuala Lumpur (bermula 2014 ini). Ada seorang baby boy (Al-Fattah) yang sangat comel dan suka senyum (macam aku, ecehcehcehceh… ). Dan paling penting, blog ini adalah coretan perjalanan hidup aku yang bakal berusia 28 tahun pada October 24, 2014 ini. Saja nak promote birthday sendiri supaya lepas ini adalah orang wish ke. Hahaha…

Kepada yang baca blog aku dari mula, terima kasih. Tahun ini akan lebih banyak drama dari 2013. Itu pasti! Aku kan DRAMA QUEEN (muhahaha). Dan entri yang ber-info (itu pasti sebab aku kan cikgu kan?) dan ber-gosip (AKU KAN HOT). Hahahaha… Itu lagi super duper pasti. Apa-apa pun, keep on reading. I really appreciate your reading support. Aku harap kalian akan tersenyum-senyum dan tersengih-sengih seorang diri apabila membaca blog aku ni. Biar orang tengok semacam, yelah… Tetiba senyum depan komputer, tablet atau handphone. Mau tak pelik. Muhahaha… Kepada yang baru nak ikut baca, satu saja syarat baca blog aku – THINKING POSITIVE and OPEN MINDED ya. Jangan mudah tersinggung dengan ayat-ayat aku yang terkadang berbisa (apa nak buat, dah anak jati Melaka jadi bahasa pun kurang lembutnya – alasan paling tak boleh blah kan?).

Apa-apa pun aku nak beritahu yang semua yang tertaip di dalam blog ini adalah kisah benar lagi sahih yang berkaitan dengan hidup aku saja. Tidak ada kena mengena dengan orang lain walaupun nama atau jalan cerita macam sama. ALL ABOUT ME only. Jadi kalau tetiba kalian pula jadi sensitive dengan jalan cerita aku dan mula nak marah-marah, woot woot… Relax brader. Esok pasti lebih baik dari hari ini. Percayalah okay?

Psssst… Nampak tak aku sudah update tukar theme blog kepada yang ferum (jiwang) gitu. Geli tak tengok level ke-romantik-an aku untuk 2014 ni? Hahaha, sumpah kelakar bila fikir theme karat-karat macam ni tapi “dalam hati ada taman bunga”, layan je la. Ngeh ngeh ngeh… Bila lagi nak ferum-ferum kan? Jumpa lagi dalam entri minggu depan. Tata-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s