iHeart : Krismas 2013


Krismas datang lagi.
Yeah, Selamat menyambut Hari Krismas bagi penganut agama Kristian di seluruh dunia. Aku suka bila masa Krismas ni. Banyak perhiasan di pasaraya cantik-cantik. Yang penting pokok Krismas mesti ada biar pun tiada Santa Claus. Eh tapi jangan silap, kalau nasib baik ada Santa Claus di pasaraya bagi coklat dan gula-gula. Aku pernah dapat masa 2012 di KLCC. Tapi 2013 aku tak pastilah ya. Jangan pergi sergah pekerja KLCC pula tanya nak gula-gula dan coklat percuma. Hahaha…

Aku masa Krismas inilah baru mengada-ngada nak makan biskut halia yang bentuk orang tu. Yelah, setahun sekali kan jadi aku raikan betul-betul. Aku bukan apa, apa-apa perayaan pun aku suka sebab makanan perayaan di Malaysia semuanya sedap-sedap. Tiada di negara lain tau! Rugi kalau tak makan. Hehehe…

Tahun 2013 ini banyak kejutan berlaku. Nanti aku buat rumusannya di entri lain ya. Cuma dalam entri ini apa yang nak aku coretkan adalah, selepas Krismas ini aku mula sibuk dengan tugasan kerja. Huhuhu, tak bestnya esok kena pergi kerja sebab ada taklimat. Spoil mood bercuti kan? Tapi apa-apa pun, SELAMAT HARI KRISMAS dan selamat bercuti!!!

Pssst… Kalau Santa Claus ada, aku nak tulis surat beritahu dia yang tahun ini aku memang budak baik (eh, everytime pun aku baik tau!) jadi bolehlah dia bagi aku hadiah.
Kalau boleh nak telefon iPhone 5S yang baru tu. 1st sight love aku dengan telefon tu bila kali pertama jumpa di kedai telefon (iPone 5C aku tak minat biar pun ada yang warna merah jambu). Siap mimpi-mimpi lagi tu. Huhuhu, kan bagus kalau mimpi boleh jadi kenyataan kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s