iHeart : Honeymoon Trip


Uwwwaa… Sepatutnya November 30, 2013 ini kami (aku dan FG) berbulan madu ke Bali, Indonesia tapi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan maka tarikh berbulan madu itu telah dibatalkan (dan yang paling aku geram tiket burnt macam itu saja, stress!) Bagi untuk memujuk hati aku yang lara itu maka aku pun pandang wajah anak aku lama-lama (tak sangka terapi anak berkesan) dan tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan.

Jadi bila keluarga sebelah Melaka ajak aku sekeluarga pergi ke Bukit Gambang Water Park pada bulan December 2013 nanti, aku dengan gembiranya bersetuju walaupun aku tak berapa gemar main air ni (apatah lagi Al-Fattah bukan boleh main air pun lagi). FG pun cakap okay so comfirm lah pergi nanti. Aku tak pernah lagi sampai sana jadi tak tahulah nak story apa lagi tentang sana. Nanti bila aku dah pergi baru aku update okay?

Legoland

Aku bukan apa, semenjak kahwin aku belum pernah lagi berbulan madu dengan FG (mungkin sekali saja masa kebetulan pergi Legoland) jadi aku memang cemburu habis dengan orang yang berbulan madu lama-lama tu.
Yelah, aku kahwin August 2012 (hujung August) lepas tu aku fly balik bekerja ke SDK. Cuti November 2012 itu baru aku pergi ke Legoland (pertengahan November) dan awal Disember 2012 aku dah mabuk-mabuk mengandung dan sampailah sekarang 2013. Uwaaa… Tak romantiklah macam ini. Kata nak cerita cinta ala-ala fairy tales. Hahaha… FG, ngada kan isteri awak ni?

Pssst… Tapi masih lagi Eiffel Tower, Paris menjadi idaman kalbu aku nak pergi melancong suatu hari nanti. Hikhikhik, yuk FG!

Tinggalkan komen