iHeart : Hari Cikgu Bebiri


Ahaks, November 29 datang lagi dan maknanya bertambahlah satu angka lagi umur Cikgu Bebiri (27 sudah). Dan seperti tahun lalu, hadiah yang aku pos pada dia sampai awal dari yang aku jangkakan. Ah, biarlah dari langsung posmen tu bawa lari; baik sampai awal kan? Ngeh ngeh…

HAPPY BIRTHDAY, CIKGU BEBIRI aka CIKGU MASTURA!!!! Moga semua pelajar SPM under Cikgu Bebiri (especially dalam subject Physic dan Matematik juga) lulus cemerlang gemilang ya. Eh jap, birthday cikgunya tapi aku wish anak-anak muridnya? Gyaah, salah ucapan. Hahaha, jangan marah ya. Nanti muka kedut pula, sudahlah baru buat facial suntik boto[x] kan? Ops, terberitahu pula dalam blog. Hahahaha… Tapi aku tak beritahu suntik di mana kan, so still dalam rahsia. Hahaha… Jadi pada yang jumpa Cikgu Bebiri nanti, belek-belek dia lama-lama. Cari di mana suntikan boto[x] tu. Hahaha…

Anyway, memang fully blog ni aku nak mengumpat Cikgu Bebiri. Eh silap, nak wish Cikgu Bebiri. Maaf, maaf, asyik silap taip je. Hahaha… Mula-mula kenalah bagi ucapan formal kan? Jadi, ucapan nya adalah (ewah, macam nak buat ucapan dalam radio pula) aku doakan semoga Cikgu Bebiri cepat bertemu jodohnya. Hahaha… Okay what ucapan aku. Sebab Cikgu Bebiri pernah beritahu aku yang dia nak kahwin masa umur 28 tahun dan 2014 adalah tahunnya!!!! Yeah…. (since 2013 ini genap berumur 27 tahun kan?) !!! Jadi jejaka-jejaka yang single di luar sana bolehlah mengurat Cikgu Bebiri habis-habisan sebab targetnya adalah 2014 bertukar status ke Puan. Jadi nanti 2014 masa November 29, nama yang akan aku taip adalah Cikgu Puan Bebiri. Mak aih, panjangnya. Hahaha…

Cakap tentang jejaka-jejaka di luar sana, aish Cik Abg ni. Ngoratlah gaya gentleman. Janganlah segan-segan. Ini pandang dan intai-intai dari jauh saja, bila nak cakap nya? Kalau tak cakap, mana Cikgu Bebiri kita nak tau kan? Ish ish ish, beranilah sikit. Ke nak lagi gentleman terus ke rumah Cikgu Bebiri merisik? Ahaks, ada berani ke?

Eh aku ni, ni nak wish Cikgu Bebiri ke nak story hal lain ni. Asyik menyimpang saja. Huhuhu, iklan; nak buat macam mana kan? Banyak tajaan. Hahaha…

Kepada Cikgu Bebiri yang sudah datang melawat my baby boy, Mohd Al-Fattah; dengan segala hormatnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah ke Melaka melawat Al-Fattah yang nearly berumur 4 bulan sekarang ini. Dan terima kasih banyak kerana bawa gift berupa “elephant” warna biru (hehehe, Cikgu Bebiri memang biru) yang aku bagi dia main dalam stroller bila pergi shopping. Hahaha, terima kasih tau!

Hadiah berupa teddy sheep dah tak sesuai dengan umur Cikgu Bebiri jadi hadiah yang aku bagi tu kira hadiah dah grown up. Ececececeh, hadiah pun nak kena ikut umur. Takkan umur 27 masih nak teddy sheep kan? Tak sabar pula nak bagi hadiah kahwin, ops… termasuk lagi salah topic kan? Hahaha…

Tiba-tiba masa taip teringat masa kali pertama jumpa, aku masih single jadi tahap enjoy tu lain sedikit lah berbanding dengan sekarang. Mesti Cikgu Bebiri rasa tak best bila nearly serentak BFF dia kahwin. Jadi, tahap enjoy tu tiba-tiba jadi limited edition kan? Susah betul mahu story perbezaan yang ketara dari hidup single ke married (ni belum lagi aku cerita stage ada anak pula kan?)

Secara jujurnya aku memang teringin nak lepak lama-lama, malam-malam (wah, malam tu), sembang-sembang kosong, mengumpat orang sini sana dan paling penting melepaskan stress betapa TIDAK ADILNYA DUNIA ini. Itu yang aku upper case tu yang paling penting. Hikhikhik…
Tapi apa kan daya, aku sudah terikat dengan gelaran seorang ISTERI yang sangat buat aku terpaksa menghadkan semua kebebasan yang pernah aku miliki dulu semasa single. Oh, how I missed all those old times especially waktu gila-gila bersama Cikgu Bebiri yang suka karaoke dengan suara Ella manja (eh, manja ke?) dia tu. Hahaha, rindu pula masa bujang-bujang dulu (padahal aku baru saja setahun kahwin, hahaha).

Hidup ini semuanya adalah atas pilihan kita sendiri. Dan kalau aku masih boleh memilih (menggunakan kuasa veto), aku masih lagi nak melepak kat warung lama-lama dengan Cikgu Bebiri ini macam dulu. Tapi apa kan daya, pilihan yang dulu aku buat masa 2012 tu menutup peluang terus aku nak gila kuasa memilih cara aku. Sekarang cara aku bercampur baur dengan cara FG sudah. Banyak perlu di fikirkan bila sudah berkeluarga (lebih-lebih lagi bila ada anak).

Jadi apa kesimpulan yang boleh aku buat? Rumusannya adalah, apa pun yang terjadi dalam hidup aku; please still be my friend. Cara hidup aku mungkin sudah berubah (kerana dipengaruhi oleh dasar-dasar yang susah nak buang ke tepi) tapi aku masih aku (ceewah, macam tajuk filem pula). Harapan aku yang BFF tu biarlah betul-betul ada masa susah dan senang. Insya-Allah.

Sudah, cukup taip sampai di sini. Nanti aku mulai mengarut yang pelik-pelik. Tahun depan 2014, Cikgu Puan Bebiri (bila dapat status tu nanti lah kan) akan faham dan merasai sendiri perubahan cara hidup berstatus Puan. Adventure tapi tak glamour. Hahahaha… Tak sabar pula aku nak tunggu tahun depan (November 29, 2014) sebab nak taip Cikgu Puan Bebiri. Hahahaha… Jangan marah, nanti kena jual. Ngeh ngeh ngeh.

Psst… Kepada Cikgu Yani yang berkongsi sama tarikh dengan Cikgu Bebiri, HAPPY BIRTHDAY juga. Moga dirahmati Allah hingga ke akhir hayat dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Teringin sangat nak tengok Aakif tapi belum ada kesempatan. Kalau datang ke KL untuk shopping sila roger-roger ya. Boleh jumpa Yani dan anak. Wah, jauh sungguh shopping nya. Hahaha…

Kepada Cikgu Panda yang akan berjumpa dengan Cikgu Bebiri pada esoknya iaitu November 30, 2013 (untuk meraikan hari lahir Cikgu Bebiri), jangan lupa bawa kek tau. Kek Adele. Hahaha, apa lagi; ngap sama Adele. Hahaha… Teringat masa jumpa Adele dulu. Pink sangat!!!! Hahahaha… Dah boleh dah join club pink aku. Hahaha…

Again sebelum aku tutup entri ini. Happy Birthday Cikgu Bebiri.

3 thoughts on “iHeart : Hari Cikgu Bebiri

  1. cik bebiri says:

    Terharunye adeq.. tq so much 4 ur gift n ur wishes.. insyaallah doakn tau mudah2 an dipertemukan jodoh yg ikhlas.. hihihi.. btw u always be my bff.. insyaallah time senang n susah kite akan stil together.. dun wori k sbb da adapt pon bile korg da lain status.. hihihi..
    ♥♥♥♥ LOVE U SO MUCH ♥♥♥♥
    Tq.. such a lovely blog.. bebiri suke sgt!!!! >_<

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s