iHeart : “Sayonara SMSS”


Bagi perantau seperti aku yang jauh dari kampung halaman, sememangnya apabila lihat peta Malaysia begini, memang rasa sebak.cry cute cat  Terutamanya jika musim perayaan. Lihatlah betapa jauhnya aku dengan Faiz semasa aku di SDK. Malah fly pun akan mengambil masa 2 jam 45 minit untuk SDK-KL. Mujurlah selepas ini noktah Biru dan Pink dalam iPhone aku tidak akan jauh jaraknya sebegitu. in love cute cat

Tetapi bagi rakan-rakan sekerja yang masih lagi ada di sana, aku tahu perasaan kalian jauh ditempat orang macam mana. Bersabarlah. Insya-Allah, akan ada juga satu masa nanti pulang semula dekat di kampung halaman masing-masing. Aku selalu doakan dari jauh dalam doaku. traveler cute cat

Ini adalah kawasan tempat kerja aku. Nampak tak yang tulis SMSS tu.star eyes cute cat  Di situlah aku kerja sebagai seorang penjawat awam biasa mulai 2009. Dan inilah akhirnya. Sayonara SMSS, kenanganmu akan aku ingat selalu sebagai tempat pertama aku bekerja setelah 4 tahun berhempas-pulas bertarung di universiti dulu (itu belum aku kira daripada kolej dan sekolah, mahu banyak tahun nanti bunyinya). sad cute cat

Ada banyak memori yang baik untuk aku ingati dan ada juga memori yang tidak menarik yang patut aku lupakan. Paling tragik sekali adalah pengalaman kemalangan jalan raya yang sampai sekarang terasa bahangnya.   Setiap kejadian ada hikmahnya jadi pasrah sahaja dengan ketentuan Allah s.w.t pada kita. Kita kena yakin bahawa insan yang diuji itu adalah insan yang diingati-Nya dan bersyukurlah kerana Allah s.w.t tidak melupakan kita.

Walau apa pun, SDK ini pesat juga pembangunannya. 2009, tertubuhnya kompleks beli-belah Giant.

2010 macam tidak pasti sangat pembangunan yang ada sebabnya aku 6 bulan tiada di SDK selepas kemalangan ngeri kerana masih dalam rawatan.

2011, banyak kedai-kedai makan Islam terutamanya di kawasan bandar-bandar kecil dalam SDK.

2012, adanya kedai berangkaian seperti McDonald dan Big Apple yang sudah ada di SDK.

2013 pun sudah berdirinya Harbour Mall yang menjadi medan melepak utama para remaja di SDK ini.

Dan aku pasti, insya-Allah selepas ini pasti SDK akan lebih maju lagi daripada sekarang ini.

Kepada para pelajar yang pernah aku ajari dahulu yang kini mungkin sudah belajar keluar dari SDK atau mungkin ada yang masih ada di SDK. Diharapkan kalian dapat berusaha dengan gigih mengejar impian kalian walau di mana kalian belajar. Sentiasa aku doakan yang terbaik untuk kalian dari jauh. Insya-Allah… binocular red fox

Dan untuk keluarga aku yang di Melaka, walaupun sekarang aku berada di Kuala Lumpur (sebab mengikut suami) tetapi jarak antara KL ke Melaka tidaklah sejauh masa aku di SDK ke Melaka. Insya-Allah, dulu aku di SDK pun selalu aku balik ke Melaka; apatah lagi sekarang ini aku di KL yang hanya 2 jam sahaja kalau driving. in love red fox

Hohoho, sangat bersemangat untuk ke sekolah baru. Dan kali ini no more cuti-cuti sakit lagi. ghost red fox  Taubat dah aku asyik terperap dalam rumah dengan pantang makan sini sana (bubur lagi jangan cerita sampai seminggu aku kena makan). Bosan asyik makan ikan haruan sahaja. Rindu pada ayam dan seafoods! Hohoho, sangat tak sabar! worry red fox

Psst… Paling best sebab dapat together dengan FG!!! Hehehe… in love red fox

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s