iHeart : Nama [Akhirnya]


blue-baby-boy-parisian-baby-shower-cupcake-with-topper

Setelah puas aku bertegang leher dan bertikam lidah dengan FG, akhirnya kami sepakat (setelah aku terpaksa bersetuju) untuk memilih nama Mohd Al-Fattah untuk Jr. Even aku sebenarnya nak letak nama Farish, tapi FG dengan kejamnya menggunakan kuasa veto untuk nama Jr. Ini tidak adil (dia siap pergi bayar zakat fitrah terlebih dahulu sebelum daftar nama Jr). Punyalah nak cakap betapa desperate nya FG nak nama tu (takut aku daftar nama Farish lah tu).

Tapi tak mengapalah, janji nama tersebut bermaksud yang baik untuk anak aku. Tapi, in future aku kalau dengar FG short form kan nama tu (sebab antara alasan dia adalah tak nak orang short form kan nama Jr); sumpah berbakul-bakul aku #$@% &# (perkataan hidden, tak cukup umur nak display). Yelah, aku sudah mengalah kan jadi awaslah kalau pendekkan nama dia lagi. Memang aku tukar jadi Super Seiya. Siaplah ya!

Tapi serious, kalau aku dengar orang short form kan nama Al-Fattah (biar pun keluarga sendiri) sampai hilang maksudnya; aku rasa otak dia memang ada something wrong. Nama tu dah cukup short kot, kalau pendekkan lagi macam species Alien je bunyinya. Sangat “yuck”. Aku memang akan buat muka punyalah (since from beginning nama cadangan aku tak dapat dipakai jadi hati aku memang panas dengan nama Jr kalau orang permainkan). Aku tak pedulilah apa orang nak cakap. Yang aku tahu, mesti panggil dia dengan nama penuh Mohd Al-Fattah, Al-Fattah atau Fattah. Nama lain, serious macam $%ˆ& (hidden lagi, hahaha). Sebab nama itu saja yang ada maksud baik-baik nya.

Apa maksud nama Jr? Pembukaan pintu (di mana aku sentiasa mendoakan agar dia membuka semua pintu kebaikan dan pintu keburukan ditutupkan darinya). Dan bagi kami, Jr ada permbukaan permulaan hidup kami sebagai parents. Alhamdulillah.

Pssst… Satu lagi, macam pelik tapi benar; jika Jr ada adik nanti mestilah aku nak panggil dia Along. Ngeh ngeh ngeh, kalau ada Along mestilah ada Angah kan? Hahaha… Gedik tak ayat aku tu? Muhahaha… Lepas Angah ada Alang lagi… Wah, berderet-deret. Kihkihkih… Larat ke FG woi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s