iHeart : Belajar Masak Secara Serius


3meals

Ini adalah satu masalah besar pada aku. Hahaha, sebabnya semua orang nampaknya semakin suka memerli ketidakpandaian aku memasak. Oh paling terasa sampai Abah pun kalau Mak dan Rahimah (biras aku) balik lambat, siap-siap beli lauk di kedai dan aku hanya perlu masak nasi saja. Hahaha, macam teruk betul ketidakpandaian aku memasak kan? Tapi itulah, tak insaf juga kan aku ni? Janji nak belajar bulan Disember tak pernah tertunai. Hahaha, ada saja aral melintang. Kikikiki…

Ini bila dah nak ada Jr ni, mestinya Jr kena makan masakan air tangan aku kan? Aduyai, bila nak belajar masak ni? Risau pula aku fikir. Yelah, tak naklah Jr makan makanan orang lain masak. Mesti dia kena makan apa yang aku masak (walaupun tak sedap, dia ada choice ke?). Jadi, aku rasa betul-betul Disember 2013 ini aku kena belajar masak. Kalau ditunda-tunda alamatnya tak makanlah anak aku nanti. Sebab aku percaya masa bulan Disember 2013, Jr baru nak belajar makan so aku pun mestilah baru nak belajar masak. Hahaha…

Pssst… Jadi, aku rasa untuk menaikkan mood belajar memasak aku ini, boleh tak aku mulakan dengan membeli apron yang comel-comel? Hehehe, baru bersemangat aku rasa nak masak. FG, sila beli satu apron comel boleh? Hikhikhik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s