iHeart : Yes, Aku Jealous!


Aku selalu dengar (sebelum kahwin) yang pasangan yang kampung berjauhan akan bergaduh untuk pulang balik kampung beraya. Sebab tu ada yang sanggup letak syarat-syarat bakal suami adalah mestilah satu negeri (malah kalau satu daerah lagi baik).  crazy monkey 011 Dan inilah dilema yang aku pula yang hadapi (OMG!). crazy monkey 025 Dan aku lagi teruk, (mujurlah kampung aku hanyalah satu di MLK) sebab FG ada dua kampung nak kena beraya (PRK & KDH) cuma priority di KDH sebab Grandma FG ada lagi berbanding di sebelah PRK. Tapi still his home is at KL (Argh…!!!) crazy monkey 049

Aku admit, aku rindukan orang-orang di MLK (hello, come on lah kan sudah lebih 20 tahun aku hidup di MLK). crazy monkey 057 Walaupun aku tak cakap, (aku tak tahu nak cakap pada siapa) tapi aku rindukan semua saudara mara aku di MLK. Especially bila waktu aku bercuti (masa cuti sekolah yang panjang macam ni), aku rindu nak bergosip dengan Nenda. Come on, aku kan gossip girl. Ahaks!  crazy monkey 059

Di sini okay juga (di KL). Keluarga FG adalah keluarga aku juga (epecially dengan aku yang tiada keluarga ni) crazy monkey 054  tapi aku selalu rindukan masakan air tangan orang yang sudah lama menjaga aku (orang di MLK) walaupun itu bukan ibu bapa aku. Dan aku mengaku, AKU CEMBURU dengan mana-mana pasangan yang boleh balik ke kedua-dua rumah keluarga pada waktu cuti walaupun untuk sekejap.  crazy monkey 062

Aku tak tahu macam mana perasaan orang yang jarang balik kampung. Mungkin nilai kekeluargaan dalam dirinya tidaklah setebal dalam diri aku (atau adakah aku ni terlalu manjakan diri aku?). crazy monkey 063  Entahlah, tapi aku selalu fikir “kan bagus kalau dapat balik ke MLK masa cuti ini biarpun FG tak dapat balik dengan aku”. Pelik kan fikiran aku ni (sedangkan kami telah berjanji untuk pulang ke kampung bersama-sama sampai bila-bila, romantik kan?).  crazy monkey 056

Aku mungkin tak pandai masak asam pedas MLK yang terkenal tu (walaupun aku ni lahir di MLK) crazy monkey 066  tapi aku tahu asam pedas yang tersedap pernah aku makan adalah masakan di rumah Nenda (biarpun bukan Nenda yang masak, mungkin my Aunties yang masak). Biar pun aku cuba masak sesedap yang boleh, tapi masih lagi tidak setanding rasa seperti makan di rumah di MLK. crazy monkey 064 Selalu bila aku makan asam pedas, aku selalu imagine kan ini di masak oleh orang-orang di MLK biarpun aku beli di kedai makan saja. crazy monkey 065 Sadisnya cerita aku ni kan? crazy monkey 068

Tinggal berjauhan kalau bekerja mungkin tak sekronik perasaan rindu tu tapi bila tengah cuti sebegini lama dan melihat seronoknya semua orang di KL berkumpul beramai-ramai, buat aku rindukan saat ramai orang berkumpul di MLK. crazy monkey 068 I guess aku jadi HOME SICK sebab aku tengah bercuti lama macam ni. crazy monkey 067  Aish, tiba-tiba aku jadi sensitif emosi pula kan? Aduyai… crazy monkey 078

Aku tak boleh nak selfish sangat sebab FG comes 1st dalam senarai things to think aku. crazy monkey 077  Aku kena fikirkan tentang FG. Takkan sesuka hati aku nak balik MLK dan tinggalkan laki aku di KL seorang diri. Memang tempah tiket neraka kalau aku buat macam tu.  crazy monkey 083 Tak bagus, tak bagus buat kerja gila macam tu. Tapi aku tetap masih sedih bila cuti lama macam ni tapi tak dapat balik MLK. Uwaaa… crazy monkey 002

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s