iHeart : Hari Mendengar Luahan Ibu Bapa


Tak lama lagi akan berlangsung hari perjumpaan guru kelas dengan ibu bapa di sekolah aku untuk pemberian rekod prestasi PPT pelajar secara officially. Most sekolah bagi masa akhir Penggal 1 tapi oleh kerana ada banyak kekangan masa Penggal 1, maka baru sekarang diberi rekod prestasi akademik secara officially (sebab actually boleh tengok secara online di website SAPS). 

Apa-apa pun sudah bertahun-tahun aku jadi guru kelas (kelas belakang pula tu) dan hari perjumpaan ini macam satu sesi terapi luahan ibu bapa tentang perangai anak-anak mereka. Kecewa mungkin dengan markah yang anak mereka dapat selama belajar ini. Tapi actually ini adalah satu sesi yang bagus. Sekurang-kurangnya guru boleh mengenali latar belakang pelajar masing-masing.

Biasanya sekolah aku ada Penolong Guru Tingkatan (PGT) tapi 2013 ini hanya ada Guru Tingkatan (GT) saja jadi guru kelas akan berseorangan dalam kelaslah nampak gayanya. Dan kelas 4B 2013 kali ini ada 40 orang pelajar (cuma aku pasti yang seorang itu tak akan datang ambil jadi sebab sejak bulan Mac 2013 dia tidak datang ke sekolah jadi boleh dibundarkan kepada 39 orang saja). 

Kalau boleh aku memang nak bagi A+  pada semua pelajar 4B sebab mereka berperangai sangat baik dan mendengar kata. Perangai mereka amat menenangkan aku dalam kelas. Memang baik-baik pelajar 4B 2013. Tapi rekod prestasi ini adalah markah akademik jadi bagi kelas belakang, agak sukar nak bagi A+ tapi kalau ini adalah rekod sosialis mereka, mesti aku bagi A+. 

Apa-apa pun pada hari tersebut aku tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa pelajar aku memandangkan aku sudah fly balik ke KL. Jadi, akan ada guru lain yang menggantikan aku bagi sesi menyerahkan rekod prestasi mereka. Walau siapa cikgu itu yang aku pasti dia adalah salah seorang guru subjek di kelas 4B. Tidak kisahlah siapa pun, yang penting aku berharap agar pelajar datang membawa ibu bapa mereka pada hari tersebut.

Dan bagi menyambut ibu bapa ke kelas, aku dengan bagusnya telah memastikan semua papan kenyataan kelas aku lengkap dihiaskan. Sanggup tu aku bawa stapler gun aku dari KL untuk memastikan kelas berada dalam keadaan yang cantik pada pandangan orang luar dan dalam (terutamanya pada pandangan mata aku sendiri). Meja guru pun aku tukar alasnya. Meja pelajar? Well, itu atas daya usaha mereka sendiri. Hahaha…

Pssst… Walaupun aku tiada nanti, ada aku tinggalkan nota untuk guru yang bakal menggantikan aku pada hari perjumpaan tersebut untuk memberitahu bagi pihak aku apa yang nak aku sampaikan. Harapanku agar para pelajar berubah menjadi lebih baik pada Penggal 2 2013 dan seterusnya bersedia untuk SPM pada 2014. Insya-Allah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s