iHeart : Selamat Hari Mak & Selamat Hari Abah


Sorry ya kerana aku termissed nak wish Happy Mom’s Day bulan lepas. Bukan apa, bulan Mei 2013 ini aku tersangatlah sibuk dengan macam-macam aktiviti di tempat kerja. Jadi nak taip tu memang tak sempatlah sebab sibuk bekerja (tapi masih lagi aku dilabel PEKERJA PALING TIDAK BERDEDIKASI kan?). dunno crazy rabbit

Jadi dalam entri ini aku rangkumkanlah sekali Mother’s Day dan Father’s Day (since tahun ini aku sudah ada Mak & Abah – keluarga mertua). crazy monkey 003Maka aku mengambil kesempatan ini nak ucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat untuk pasangan mertua aku ini yang aku kira perkahwinan mereka sudah lebih 25 tahun (kalau nak ikutkan dengan umur FG). Wow, hebat kan? dance with me crazy rabbit

Mula-mula sekali mestilah utamakan event bulan ini dulu iaitu Father’s Day. Yelah, takkan nak anak tirikan event Jun sedangkan sekarang ini memang tengah hot celebration Father’s Day. crazy monkey 011Aku pergi ke kedai kek & roti di SDK, banyaknya design kek untuk Father’s Day janganlah cerita. Ramai yang tempah untuk kek Father’s Day. Wah, bersemangat sungguh penduduk di SDK ini dengan event sebegini kan? crazy monkey 014

Tapi aku tak belilah. Since nak rai dengan FG tak boleh lagi (next year baru boleh itu pun nak paksa Jr raikan, hahaha kejam kan Mom dia ni kan?). happy dancing crazy rabbitOps, cakap tentang FG aku nak wish juga father-to-be tu Happy Father’s Day. love you crazy rabbitWalaupun aura event tu macam dekat gitu dengan FG tapi nak tunggu a month tu lama juga ya? Hahaha… Sabar ya FG, keluar tu nanti Jr awak bila sampai masanya nanti. Insya-Allah. crazy monkey 031

Selain hot nya event tu di kedai kek, di Facebook & Twitter janganlah cerita. Berderetan semua wish Happy Father’s Day untuk insan-insan yang wujud dalam kisah cerita masing-masing.help crazy rabbit Tapi aku diam-diam saja, ahaks… Memang dua event ini aku memang tak tweet dalam Twitter atau status up in Facebook since aku sweet 17 lagi. Yelah, Mummy dah arwah so nak wish apa pula kan. Dari wish sana, baik aku solat doa dan sedekah Al-Fatihah banyak-banyak. Tu lagi baik. Father’s Day lagi la haram aku nak wish. Right, fellas? shake crazy rabbit

Anyway, tahun ini ramai rakan aku yang bertukar status kepada Bapa (seperti FG sendiri). crazy monkey 068Ada yang sudah bergelar dan ada yang sedang menunggu masa. Yang sudah tu, kalian jangan lupa tanggungjawab seorang bapa ni besar tahu. Jangan pandai buat anak saja, tapi tak pandai jaga. patpat dance crazy rabbitYang tengah menunggu, aku sedar kalian mesti berdebar-debar nak bertukar status sebagai bapa pula kan? crazy monkey 067Relaxlah, Ehsan dalam drama Teduhan Kasih tu pun cool je nak jadi bapa kepada Adam yang bukan darah daging dia so kalian yang memang anak sendiri apahal pula nak gabra? (Ni pesanan ikhlas kepada FG juga ni).crazy monkey 070 Kepada yang belum lagi diwar-warkan berita nak tukar status suami kepada bapa, cuba lagi mengorat bini kalian ya. Hahaha… Mana tahu, esok lusa dapat berita gembira. Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 069Ops, yang masih single tu; nah… Ko nak tunggu bidadari mana melamar ni? Umur makin meningkat kot. Ceh, over la kalau nak tunggu Yuna kan? Ahaks… floating crazy rabbit

Apa-apa pun aku harap janganlah hari ini saja sibuk nak layan baik bapa masing-masing (lepas tu esok sudah mula keras kepala melawan cakap). Sepatutnya kena layan whole days a year baik-baik bapa kalian tu sebab tanpa beliau maka tiadalah kita di dunia ni. flying crazy rabbitAhaks, aku memang pandai nasihat orang tentang hal begini tapi; aku sendiri hanyut kan?  snack crazy rabbitJangan campur adukkan soal peribadi aku dalam nasihat aku. Sebab aku tahu yang tentang hal ini, aku memang bias. Ngeh ngeh ngeh… teehee crazy rabbit

Tapi since aku ada father-in-law, jadi kena fokus pada dia 2013 ni. crazy monkey 079  Sebab 2014 nak fokus pada FG pula hari sebegini sebab masa tu FG memang dah jadi Daddy, so tahun ni mengalah sikit pada Abah ya? (ngeh ngeh ngeh).taichi crazy rabbit Aku tahu Abah excited bila tahu aku pregnant (hello, siapa yang tak excited kan?). smooth crazy rabbit Yelah, most adik-beradik Abah sudah bergelar Tok (GrandPa) so Abah mesti tak sabar nak rasa juga (apatah lagi umur sudah lebih 55 tahun ni kan?). Abah kadang-kadang ada juga cerita tentang feeling dia masa nak dapat FG dulu (nervous katanya). So masa tu aku terfikir, FG nervous tak? Hahaha… Kalau dia nervous pun, mesti dia tak cerita pada aku. Malulah tu. Hikhikhik… teehee crazy rabbit

Aku sebenarnya blank & blur nak type apa dalam entri Father’s Day ni sebab ini adalah 1st time aku taip tentang event ini sejak aku umur 17 lagi. Mungkin 2014 banyak sikit nak type sebab masa tu mesti aku banyak story nak kutuk FG. Hahaha… teehee crazy rabbit

Apa-apa pun aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang bertanggungjawab di dunia ini (yang tidak bertanggungjawab aku tak nak doa untuk kalian) yang sabar mencari nafkah, mengasuh dan mendidik isteri dan anak-anak ke jalan yang diredhai Tuhan.  crazy monkey 077Tahniah jika anda adalah salah seorang bapa yang bertanggungjawab dan insya-Allah akan suatu hari Allah s.w.t membalas di akhirat segala pengorbanan yang telah anda lakukan. Dan aku berdoa agar FG tergolong dalam golongan yang aku doakan ini. Amin. crazy monkey 094

Okay siap tentang Father’s Day. Sekarang Mother’s Day pula. Bila sharing satu entri dua event, rasa berjela-jela pula aku merepek. Hahaha… crazy monkey 100

Mula-mula mestilah aku ambil kesempatan nak wish Mak yang aku kira sabar melayan kerenah aku yang belum cukup dewasa ni (biar pun nak bergelar Mommy pun). yes sir crazy rabbitYelah, aku sangat serba-serbi kekurangan (sampai aku fikir Mak mesti was-was nak lepaskan FG di bawah jagaan aku dengan aku yang sangat tak pandai apa-apa dengan hal rumah tangga). Yelah, masak nasi pun tak passed apatah lagi nak masak lauk bagai kan? crazy monkey 096Cakap tentang masak-masak ni, teringat pula masa aku panggang kambing pun boleh rentung; tak pastilah kalau aku masak gulai kari pula macam mana. Alamatnya macam kena food delivery saja kan? Hahaha… Teruknya skill memasak aku ni kan? crazy monkey 112

Jadi aku kira Mak memang sangat bersabar dengan aku. Aku tahu dia mesti menggeleng-gelengkan kepala sebab aku memang otak zero tentang hal rumah tangga. Mesti dia fikir, FG ni macam manalah boleh nak kahwin dengan girl macam ni. Hahaha… crazy monkey 115Aduyai, aku bukan apa. Tak berapa nak minatlah ke dapur. Makan simple-simple saja apa yang ada. Hahaha… Macam manalah aku nak jaga anak (Jr) lepas ni? Curious pula aku dengan diri sendiri pada masa akan datang selepas bergelar status Mommy ni. Hahaha… crazy monkey 123

Cakap tentang penukaran status ni, Happy Mother’s Day pada aku yang mom-to-be ini juga. Uh, on the way nak tukar status ni; aku memang banyak dapat penginsafan. Serius.what crazy rabbit Buat aku asyik ingatkan FG supaya jangan melawan cakap Abah & Mak (especially Mak) sebab nak lahirkan satu zuriat ni, azabnya menanggung sakit-sakit ni. Ini belum lahir lagi ni aku dah rasa macam separuh mati. Tak tahulah masa melahirkan dan selepas tu macam mana pula rasa sakitnya. Tapi memang aku insaf yang teramatlah. Sampai nangis-nangis dramatik kalau tak tertahan sakit.boohoo crazy rabbit Masa tu aku terfikir, banyaknya dosa-dosa kecil aku diampunkan Allah s.w.t semasa aku mengandung ni. Alhamdulillah… boohoo crazy rabbit

Aku tanya Mak macam mana perasaan dia masa nak dapat FG. Uh, happy tu pastilah sebab Abah & Mak menunggu agak lama baru FG lahir (tak macam aku dengan FG, advance tak sabar – ahaks). teehee crazy rabbit Macam-macam dia ingatkan aku tentang persiapan barang-barang yang perlu dibeli untuk menyambut kehadiran Jr. Seperti biasa aku ni, masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Hahaha…crazy monkey 148 Mesti stress Mak tengok perangai aku dan FG yang sambil lewa tentang hal ni. Hahaha… Jangan marah ya Mak sebab masa aku Cuti Tanpa Gaji nanti akan aku paksa FG siapkan persiapan Jr. Tapi masa tu kena interview Mak sekali lagilah apa barang-barang yang perlu untuk menyambut kelahiran Jr di dunia ini. Ahaks, FG sila bersedia ya. crazy monkey 142Jangan nak busy bekerja saja. Faiz Jr tu penting lagi dari kerja. Family comes 1st ya!crazy monkey 178 Mak sangat excited nak tukar status Tok (GrandMa) ni sebab di kalangan adik-beradik Mak, kiranya Mak orang 1st menukar status. Ahaks, gempak! crazy monkey 157

Jadi kepada kawan-kawan sedunia aku yang sudah bergelar Ibu, aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada kalian. Mesti seronok sebab keluarga dah complete set kan?crazy monkey 155 Kalau mana yang sudah dapat anak laki dan perempuan tu, lagilah senyum sampai ke telinga kan? crazy monkey 156  Yang sedang menunggu waktu macam aku ni (ehem ehem ehem),crazy monkey 175 sabar ya menghitung hari. Tahun depan kita leh sambut sama-sama event ni. Ngeh ngeh ngeh…  crazy monkey 175 Yang belum lagi dapat berita gembira, sabar ya. Cuba lagi. Insya-Allah tahun depan rezeki datang bergolek-golek kembar. Rezeki Allah s.w.t mana kita boleh duga. Usaha dan doa banyak-banyak ya. Insya-Allah okay?crazy monkey 194 Yang masih lagi solo tu, uit… Tunggu siapa lagi ni? Nak tunggu Shaheizy Sam masuk meminang ke? Fulamakatak, biar betul? crazy monkey 201

Dan wajib mesti pada arwah Mum. yesss crazy rabbit Tak perlu Hari Ibu untuk aku mengingatinya sebab Mum selalu ada dalam hati dan minda aku. Saban kali selepas solat mestilah aku menyedekahkan surah Al-Fatihah atau Yaasin untuk Mum. Doaku agar dosanya di ampunkan dan di ringankan hukumannya di sana.  up down crazy rabbitAku tahu Mum tahu progress aku yang sedang dalam perjalanan menukar status menjadi Mommy. Aku pasti dia juga tersenyum senang di sana dan sentiasa mendoakan agar semuanya selamat untuk aku di sini. Dan kadang-kadang buat aku terfikir sendiri, apa perasaannya jika dia bergelar GrandMa tahun ni? Mesti berbakul-bakul nasihat dia pada aku kan? Ngeh ngeh ngeh… crazy monkey 212

Anyway aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang pernah merasai 40 minggu menanggung azab mengandung (yang sedang aku rasai sekarang ini). crazy monkey 209 Betapa besarnya jasa dan pengorbanan kalian dalam mengasuh sedari dalam kandungan hingga anak-anak membesar menemui pasangan masing-masing (insya-Allah). Pengorbanan ibu memang tak boleh nak cakap (aku sendiri pun sedang melaluinya). Tahniah dan ketahuilah segala kesusahan dan keperitan yang dilalui di dunia sekarang ini akan di balas di sana dengan berganda-ganda kebahagiaan. Insya-Allah. Dan aku berdoa agar aku juga merupakan salah seorang golongan beriman yang mendapat keberkatan-Nya kelak. Insya-Allah. crazy monkey 195

Pssst… FG, sudah bersedia bulan Julai ni?  teehee crazy rabbit Ngeh ngeh ngeh…. Ops, aku dah sedia ke? Hahaha…  teehee crazy rabbit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s