iHeart : Opsss… Aku Kena Tahan Wad


Aku sudah ambil kedua-dua suntikan tetanus (kancing gigi) di mana dos ke-2 di ambil sebulan selepas dos yang pertama.ballerina crazy rabbit Sengal tu tangan. Aduh, memang tak best langsung. Dua-dua pun aku ambil di klinik yang memang aku buat check-up setiap bulan semasa pregnant ni. Dan ini bermakna kali kedua terakhir check-up aku di SDK ni sebab selepas ini aku akan bertukar semula ke klinik di KL. Terima kasih tidak terhingga pada Doktor di klinik tersebut dan (terkenang) Azy yang banyak kali bawa aku ke klinik ni untuk check-up dan (terkenang lagi) Wani yang selalu teman aku di klinik ini juga. blush crazy rabbitUh, memori! Yelah, aku ni anti-medicine jadi kalau nak kerap ke klinik tu memang bukan akulah kan. Mujurlah ada mereka dan sebab Jr juga, kalau tak memang itulah antara tempat terakhir aku nak jejak. bad luck crazy rabbit

Walau bagaimana pun, aku kantoi paras gula tinggi pada ujian ke-2 diabetes. drama crazy rabbit Alah, yang kena minum air gula tu. Sebab di klinik di SDK ini dia beritahu yang kandungan gula aku dalam darah normal pada kali pertama ambil ujian tu. Tapi procedure untuk semua perempuan yang mengandung (mesti) untuk buat dua kali ujian tersebut. Adeh, tak sanggup nak minum air gula klinik kerajaan (sangat nak termuntah bila fikir, belum lagi minum). Jadi aku pun decide untuk buat ujian air gula tu di SDK dan keputusan menunjukkan yang aku perlu dan WAJIB buat ujian susulan BSP. Arrrgghh, tidak! get out crazy rabbit

Ujian BSP tu sangat LECEH (serius tak tipu!) walaupun tak sampai 5 minit check darah setiap kali.floating crazy rabbit Mujur kena buat di SDK sekali saja sebab lepas ini kena buat di KL pula. Terima kasih tidak terhingga pada Azy yang hantar-tunggu-ambil aku di klinik untuk ujian BSP ini. blush crazy rabbit Tau apa yang lecehnya? Sebab sehari tu kena datang ke klinik untuk check aras gula setiap 4jam dan kali pertama aku buat BSP, 4 kali kena ulang alik klinik. help crazy rabbit Argh, leceh tul BSP ni. Aku tak tahu macam mana aku nak buat di KL nanti. Mesti FG merungut-rungut bawa aku ke klinik. Hohoho… Sudahlah klinik di KL tu jauh (nak dibandingkan dengan di SDK). Tahan telinga sajalah aku masa nak buat ujian BSP ni nanti.dunno crazy rabbit Tapi yang bikin lagi leceh buat ujian BSP ini di SDK adalah, ujian BSP ini aku buat masa aku bekerja jadi nak curi-curi masa buat memang sangat leceh. Penat aku jadinya hari buat ujian BSP tu. Memang kejang keras kaki aku akibat kejar masa untuk ujian BSP ini. Mujur keputusannya bagus. Kalau tak bagus keputusaannya (tinggi bacaan gula) kena rujuk ke doktor pakar pemakanan lagi haru. Lagi melecehkan. Uh, sakit kepala. kill myself crazy rabbit

Apa-apa pun sudah berakhir aku berklinik di SDK. Selepas ini aku akan menyambung pula di KL dan aku tak tahulah procedure di KL tu macam mana pula. Tapi walau macam mana pun kena juga aku berklinik untuk menjaga kesihatan aku dan Jr. Sekarang ini Jr sudah seberat 1.9 kg. Besar dah dia kan (yelah, sudah minggu ke 33 dah ni). Hehehe… Aku sangat excited dan tak sabar nak tengok Jr. Aku tahu FG pun sama. Hehehehe… moving crazy rabbit

Dan sebelum aku menutup kisah kesihatan aku di SDK ini, aku nak berkongsi tentang hospital.poking crazy rabbit Aku sudah merasa masuk hospital di MLK masa aku buat pembedahan (dua kali tu) bahu kiri aku sebelum ini. Aku tak pernah terfikir aku akan diberi peluang merasai hospital di SDK ini. Dan tak sangka, aku sudah pun merasainya. Hahaha… patpat dance crazy rabbit Aku pergi 3 kali ke wad kecemasan di SDK (April 21, April 22 dan April 23) sebelum aku kena admit di wad SDK pada April 23 (hari ke-3 aku ke wad kecemasan). Cuak sungguhlah masa tu sebab aku tak sangka aku akan ditahan wad (sudahlah dengan baju kerja masa tu sebab aku pergi ke wad kecemasan selepas waktu kerja). Dan masa tu memang tak bawa apa-apa pun mujur ada Azy & Wani yang balik ke rumah mengemas barang-barang untuk aku (macam toiletries etc). Blank blur aku masa tu bila Doctor di wad kecemasan beritahu aku kena tahan wad.sigh crazy rabbit Nak call mengadu pada FG, dia pula masa tu dalam meeting (langsung tak layan CALL & SMS aku masa tu, sedih tau). So masa tu aku layan seorang-seorang saja feeling kena tahan wad. on jail crazy rabbit

Tak lama pun aku dalam wad SDK, 3 hari saja (April 23- April 25) tapi kasihan pada Azy & Wani (sudahlah pregnant) kena bermalam 2 hari di hospital menemani aku. Itulah orang cakap kan, bila berjauhan dari keluarga sebegini; kawan-kawanlah merupakan keluarga terdekat kita. Dan aku berterima kasih dan sangat bersyukur untuk pengorbanan masa & wang mereka untuk aku selama aku di dalam hospital. blush crazy rabbit

Terima kasih juga pada Kak Haiza sekeluarga, Kak Haniso, Laurence, Suhailah dan Ct Panda yang datang melawat aku. blush crazy rabbit Mujurlah timing mereka datang bukanlah sewaktu aku sedang sangat sakit (kalau 10 paling sakit, aku bagi 20 untuk sakit yang aku rasa pada hari ke-2). Masa mereka datang melawat, sakit aku hanya suam-suam saja. Hahahaha… Mujurlah kan? yipee crazy rabbit

Oh ya, terima kasih juga pada Doctor di Wad Perempuan Aras 5 dan Nurse (samada yang tetap atau pelatih) kerana melayan kerenah aku sepanjang aku di dalam wad. blush crazy rabbit Tak sangka juga sempat berkenalan juga dengan Nurse di sana. Hahaha… Punyalah nak cakap selalu mereka datang check condition aku. Oh ya di sini juga aku diberi peluang dengar bunyi degupan jantung Jr. Uuu… cute! First time dengar kan, sangat teruja. Yelah, biasa di klinik ultrasound tengok saja kan (tak dapat dengar) tapi kali ini dapat dengar; over excited jadinya. taichi crazy rabbit

Makanan dalam hospital SDK boleh tahan jugalah sedapnya cuma biasalah kalau kurang garam dan gula. Kata makanan hospital, takkan macam di hotel pula kan? Lagipun aku stay di bilik Kelas 1 jadi makanan pun sedap jugalah. Tapi terima kasih kepada Azy dan Wani yang curi-curi masa hantar makanan kepada aku (macam faham-faham saja yang makanan hospital tak berapa nak menyelerakan). Masa ni aku teringat pada Bee Shelly yang sokmo datang hantar makanan kepada aku setiap hari semasa aku di hospital MLK. Fuh, terkenang lagi. Hahaha… Memori-memori… blush crazy rabbit

Seperti mana-mana hospital, kena cucuk di tangan (untuk di masukkan ubat atau ambil darah) itulah yang paling berbisa. smooth crazy rabbit Memang aku tak suka betul kena cucuk di tangan tu. Sakit woo (teringat pengalaman di MLK masa tu). Itu membuatkan aku tak dapat nak ikat rambut aku dan mujurlah di SDK ini ada Nurse pelatih yang menolong aku mengikat rambut setiap pagi. Dan yang buat aku stress di SDK ini adalah, mereka tidak guna pun tempat yang mereka cucuk aku tu. Doctor tu ambil secara manual juga darah aku di sebelah tangan yang lain dan buat aku wonder mengapakah tangan aku ini masih dicucuk begini kalau ambil darah pun secara manual. Ubat juga semuanya pil (tiada injection) jadi tak pakai juga di situ. Bagi aku rasa sakit berbisa adalah. Sampai bengkak urat di tangan aku. Dan sebagai penutup kisahnya, tangan aku sakit sampai seminggu selepas keluar wad. Sakit tuh! Nak gerak sikit mula mengaduh. Macam gedik je rasa. Hahaha… Mujurlah aku kerja tak memerlukan aku angkat barang extremely berat. Kalau tak mesti meraung-raung drama aku. Hahaha… up down crazy rabbit

Baju di hospital janganlah story kan. Dah hospital kerajaan, agak-agaklah nak dapat uniform warna-warni. Mestilah baju aku warna hijau tu juga. Tapi yang best di sini, pesakit Kelas 1 tak semestinya pakai baju uniform hijau tu (di MLK kau jangan mimpi nak pakai baju sendiri, memang macam halilintar Nurse membebel kalau nampak kita pakai baju sendiri).  love food crazy rabbit Tapi since aku mana ada baju yang sesuai di SDK ni maka aku ambil keputusan pakai sajalah baju uniform hijau tu walaupun tak berapa nak rela. Hahaha… Apa mahu buat, bukan warna fave aku kan. Bila aku memikirkan masa bersalin nanti baru berpeluang pakai uniform pink, buat aku sengih sendiri. Tak sangka tak lama lagi peluang nak pakai uniform hospital warna pink itu akan tercapai kan. Hehehe, tak sabarnya! hate crazy rabbit

Kepada keluarga aku di MLK dan keluarga mertua aku di KL, maaf sebab sengaja tak mahu beritahu kalian yang aku masuk wad di SDK ni. Aku tak mahu kalian risau pada aku di sini (kecuali kalau aku extremely in danger condition baru aku akan beritahu) dan fly ke sini semata-mata risaukan aku. FG pun aku tak bagi fly datang sini apatah lagi ahli keluarga yang lain kan? Aku cuma beritahu pada FG, Hafiz & Ain saja masa tu. love you crazy rabbit Yelah, at least mereka tahu keadaan aku. Kepada orang lain tu, janganlah berkecil hati pula ya. Aku cuma tak mahu kalian risau sangat pada aku. Risau sikit tak mengapa tapi kalau risau banyak sangat tak baiklah (terutamanya Nenda). flying crazy rabbit

Dan entri ini pun sengaja aku poskan dalam WordPress setelah lama berlalu kisah tersebut. Sengaja aku pos masa aku dah lepas cuti. Kalau pos entri ini awal-awal, aku takut ada pula yang kena serang sakit jantung. Don’t worry, aku sudah okay ni. flying crazy rabbit

Mujurlah aku balik bekerja pada April 30 adalah pada hari paper Science Form 4 aku di launch (mujur aku sudah stapler semua kertas exam tu). Yelah, paper itu ada correction jadi risau juga aku kalau berlaku masalah apa-apa pada masa exam tu. Sayangnya aku tak sempat pun nak bagi tips pada pelajar aku tentang exam memandangkan aku sudah masuk ke wad sebelum sempat nak pesan apa-apa. Malah kelas tambahan yang sepatutnya di bawah jagaan aku pun entah ke mana (sebab aku dalam wad masa tu kan?). Apa-apa pun perkara itu sudah pun lepas. Cuma bila terkenang, boleh bikin aku senyum sendirian. help crazy rabbit

Pssst… Terima kasih kepada FG yang membelanja aku, Azy, Wani dan Kak Nani (yang kebetulan datang ke sini minggu tersebut) Pizza Hut Delivery. Sangat terharu. FG sangat berterima kasih kepada Azy & Wani (especially) yang menjaga aku di hospital. blush crazy rabbit Hahahaha… Mesti dia rasa guilty sebab tak dapat fly SDK jaga aku kan? Hahaha…  teehee crazy rabbit

One thought on “iHeart : Opsss… Aku Kena Tahan Wad

  1. Phyllis says:

    Hi, i think that i saw you visited my web site thus i came to “return the favor”.I’m trying to find
    things to improve my website!I suppose its ok to use some of your ideas!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s