iHeart : At my 8 months


5641623402_d36d6f71a2_z

Yeah, lama sungguh aku menyepi dalam menulis berikutan kesibukan yang melampau baru-baru ini. Maaflah, sebab berat badan dah naik semacam, aku mudah penat dan nak buka notebook Apple aku ini pun sangatlah ‘bercinta’. Apa-apa pun sekarang ini aku sudah dalam fasa zon 8 bulan bermakna bulan depan 9 bulan (dan means Jr akan lahir!!!). Oh, paniknya fikir.

Bukan aku nak merungut (walaupun Ain selalu cakap aku suka merungut) tapi kaki aku dah macam bukan kaki aku. Yelah, bengkak semacam! Muka aku pun dah chubby (nak mention bengkak, tak sanggup tu) dan bila tengok diri sendiri rasa macam obesiti pula gaya aku ni. Dan paling tak best, rasa sakit kaki, lutut, pinggang dan satu badan rasa menyucuk sakit. Oh, sakit-sakit. Masa inilah aku terfikir, macam manalah ibu-ibu di luar sana menangani masalah ini dengan penuh kesabaran (dan mestilah aku teringat macam manalah my Mum boleh melalui peristiwa ini sebanyak 4 kali?). Oh magic sangat.
Itu belum lagi nak story perut aku yang berjalur-jaluran akibat penambahan kebesaran perut (skin stretching to become XXXL size). Aduyai, sangat scary. Memang nak baik pulih diri after ni memang memakan banyak duit. Hohoho…

Sebab itulah aku selalu pesan FG (since aku tiada Mum nak berbakti lagi kan) supaya menghargai Mak. Yelah, sakit tu proses nak melahirkan insan baru di dunia ini. Kalaulah bila anak tak dengar cakap dan meninggikan suara pada his/her mother, memang tak patut. Tunggulah rasa jadi bapa atau ibu baru tahu betapa sakitnya ini bukan kepalang. Eh, macam merungut je kan aku ni? Hahaha…

Tapi apa yang sweet pada fasa 8 bulan ini? Hohoho, aku boleh nampak dan rasa pergerakan Jr. Kalau rasa betul-betul, boleh rasa tangan dia. Sangat tak sabar nak pegang tangan Jr. Huhuhu, best tau pengalaman tu. Jr pandai bagi response kalau kita cakap dan pegang (belai) dia. Siapa kata bayi dalam perut tiada perasaan dan fikiran? Apatah lagi kalau sudah 8 bulan tu, semua struktur sudah terbentuk dan bayi pun sudah besar. Memang terasa sungguhlah kan?

Mungkin itulah ubat perangsang yang membuatkan ibu-ibu tabah mengharungi 9 bulan 10 hari. Sebab ketenangan bila kita pegang perut dan bercakap-cakap dengan bayi, itulah terapi. Tabik spring dengan semua ibu yang sudah melalui fasa yang sedang aku alami ini.

IMG_3155

Apa-apa pun aku rindukan nak minum Nescafe yang saban pagi menemaniku. Dan belum lagi nenas yang sangat sluuurrrp. Hohoho, makanan terlarang masa mengandung ini memang buat aku tidur tak lena fikir. Hahaha, ngada kan?

Pssst… Tunggulah lepas habis pantang nanti, memang pantang jumpalah aku makanan tu semua. Hahahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s