iHeart : Happy Birthday Khidir!!!


Aku kira ini kali pertama aku mention dalam blog mengenai Khidir. Happy birthday, Khidir!!! tv baby 56 Actually ini adalah adik bongsu aku yang sudah besar panjang dah pun (sudah 20 tahun umur dia tahun ni). Wah, makin sihat badan kau ya sekarang ini. Orang kata kalau badan makin montel ni maksudnya hati girang. Gembira tak dengan life kau sekarang ini? tv baby 44

Seingat-ingat aku dia bekerja sekarang ini, sayangnya kan? Patut umur sebegini adalah belajar (belajar kemahiran di kolej-kolej ke)tv baby 38 tapi entah mengapa dia memilih untuk bekerja pada usia muda sebegini (hanya dengan berbekalkan sijil SPM saja?) Ruginya hidup muda sebegini kau sia-siakan. Ish ish ish…  clapping soldier baby

Dan kalaulah bekerja itu yang memang kau pilih, aku harap agar kau bekerja betul-betul serius sehingga berjaya. Sebabnya boleh naik ke pangkat yang lebih tinggi dengan time based tau. Mana tau nanti boleh naik sampai jadi Manager ke. Okay apa!  shooting soldier baby

Dan ingatlah yang tahun depan (2014) pada bulan 5 adalah bulan terakhir duit PERKESO Mum. Selepas umur kau genap 21 tahun memang terputus sudah duit bantuan PERKESO tu jadi aku harap kau janganlah bergantung harap dengan duit tu sangat. Carilah duit untuk simpanan masa depan. Yelah, kau tu lelaki; nanti nak sara anak dara orang macam mana? Takkan tak nak kahwin sampai bila-bila pula?  tv baby 62

Tapi aku memang sarankan kau pergi belajar kemahiran. Bukan apa, itu untuk kebaikan masa depan kau juga tapi kalau hati dan otak kau sudah tertutup nak belajar, aku memang tak boleh nak tolong apa. Yelah, yang belajar tu kau jadi takkan nak paksa-paksa pula. Aku yang dah “dewasa” ini pun nak sambung belajar lagi, sayangnya kalau kau yang muda ini tak nak sambung belajar.  tv baby 67

Aku cuma terfikir, kesenangan yang kau menumpang orang selama ini sampai bila kau rasa akan bertahan. Nanti kalau kau kena halau sehelai sepinggang baru padan muka kau. Masa tu kau jangan cakap aku tak beritahu ya. Aku bukan berfikiran negatif atau berprsangsangka buruk pada orang tapi tak salah sediakan payung sebelum hujan. Takkan dah terberak baru nak cari tandas kan? tv baby 72

Apa-apa pun inilah jalan hidup yang kau nak dari mula kan? Kau nak “bebas” dari bebelan dan nasihat orang. Kau nak buat apa yang kau nak buat dan tak nak fikirkan pandangan orang kan. Pada kau, the only yang betul cuma kau. Orang lain semuanya salah kan. Aku bising-bising, kau cakap aku mendera mental kau padahal memang kau yang ada sakit mental tak boleh menerima pendapat dan kritikan orang. Lepas tu nak salahkan orang pula bila things turn out bukan seperti yang kau fikirkan. Susah kalau orang macam ini wujud. Sebab kau seorang saja yang boleh mengubah nasib kau, sebab apa pun orang nak nasihatkan semuanya kau tolak masuk dalam tong sampah kan? tv baby 65

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau. Harap-harapnya kau tidak sesat berada di duniawi ini. Bukan apa, banyak perkara tak baik di luar sana jadi janganlah kau sesat termasuk ke simpang yang tak baik itu ya. Banyak-banyakkan beristigfar ingat Allah s.w.t. sebab kerana Dia kau masih hidup lagi sampai sekarang. Muda cuma sekali, sayangnya kalau disalah gunakan. Kelak masa tua nanti akan terseksa kalau masa muda tidak prepare sebaiknya. Fikir-fikirkanlah. tv baby 63

Oh ya, Aidilfitri ini datanglah ke rumah untuk melihat anak saudara kau yang baru lahir tu nanti (insya-Allah). Datang bagi duit raya ya. Bagi hadiah pun bagus juga (hahahaha) tv baby 47 tapi datang menziarahi aku dan anak saudara kau tu pun sudah cukup mengukir senyum pada bibir aku. Aku tak harap apa-apa pun. Kau doakan keselamatan kesihatan kami pun sudah lebih dari cukup. Datang tu pakai baju melayu. Jangan nak pakai baju t-shirt pula masa hari raya. Macam tidak beradab pula.

Pssst… Maaflah kalau kau tersinggung dengan entri aku yang “pedas” ini. Bukan apa, aku memang tidak pandai nak menipu jadi ayat yang aku taip ini memang ikhlas nak kau tahu betapa kau belum terlambat untuk berubah. Aku tak berniat pun nak menyakitkan hati kau cuma aku harap kau tersedar sebelum semakin parah. Enjoylah hari ini, genap sudah umur kau 20 tahun.  tv baby 53

Aku kira ini kali pertama aku mention dalam blog mengenai Khidir. Happy birthday, Khidir!!! Actually ini adalah adik bongsu aku yang sudah besar panjang dah pun (sudah 20 tahun).
–>Aku kira ini kali pertama aku mention dalam blog mengenai Khidir. Happy birthday, Khidir!!! Actually ini adalah adik bongsu aku yang sudah besar panjang dah pun (sudah 20 tahun).
–>

2 thoughts on “iHeart : Happy Birthday Khidir!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s