iHeart : Selamat Hari Guru


 

 

SELAMAT HARI GURU aku ucapkan kepada diriku sendiri (ini mestilah kan) crazy monkey 069 dan semua guru di Malaysia yang bergelar pendidik tidak kiralah di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti mahu pun yang mengelolakan kelas-kelas khas seperti kelas lukisan, kelas memasak atau kelas make up. Yang penting pokok pangkalnya mendidik dan mengajar seseorang tidak kiralah umur berapa pun.  crazy monkey 077

 

Mengambil kesempatan ini aku mengucapkan TERIMA KASIH crazy monkey 094 atas semua jasa guru-guruku yang bersusah payah mengajar dan menasihati aku sehinggalah aku adalah aku sekarang ini. Apabila terfikirkan satu persatu guru yang pernah mengajar aku (ada yang sudah arwah juga), terharu rasa.  Especially semasa aku di sekolah menengah (kerana pada masa tu Mum passed away).  Terima kasih banyak-banyak. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas jasa guru-guru tersebut. 

 

Tahun ini aku tidak banyak mengajar di Menengah Rendah maka kuranglah hadiah yang diterima tahun ini. Tapi, sebenarnya ucapan Terima Kasih pun sudah cukup menyejukkan hati aku. in love cute cat Dan apatah lagi kalau markah mereka melebihi 80 ke atas dalam subjek yang aku ajar lagi menarik, Ahaks! star eyes cute cat Itu hadiah yang lagi berganda-ganda tau! Tapi untuk beberapa kelas (yang tidak boleh nak dinyatakan sebab tak sampai hati nak type), dapat LULUS pun aku sudah bersyukur. Huhuhu…  emoticon laugh cute cat

 

 

Dan kini aku juga seorang guru dan aku berharap aku juga menjadi guru yang terbaik untuk para pelajar di bawah ajaraku. Moga apa yang aku ajari sekarang bermanfaat kepada mereka dan mereka guna sehingga bila-bila pun umur mereka selagi ada. Insya-Allah. 

 

Pssstt… FG mana hadiah Selamat Hari Guru for me?

One thought on “iHeart : Selamat Hari Guru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s